Selepas rakan sepasukannya disahkan positif Covid 19. Mengejutkan kalini Ronaldo pula dijangkiti wabak tersebut. Ini keadaan Ronaldo sekarang selepas disahkan positif covid 19.

Covid 19 Semasa

Sebelum meneruskan pembacaan, jangan lupa untuk like dan share page kami Kucing Media Online untuk artikel yang menarik dan info yang berguna dengan isu-isu terkini.

Siapa sahaja tak kenal pemain bola sepak dunia yang terkenal iaitu Cristiano Ronaldo yang baru sahaja disahkan positif Covid-19, demikian kenyataan Persekutuan Bolasepak Portugal. Pemain bola Juventus itu bagaimanapun berada di dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala tetapi kini sedang menjalani kuarantin.

Perkembangan terbaharu tersebut sekaligus menyebabkan Ronaldo terlepas menentang Sweden dalam aksi Liga Negara-Negara pada awal pagi Khamis ini. “Cristiano Ronaldo diberi pelepasan daripada misi bersama skuad kebangsaan selepas ujian saringan mendapati dia positif Covid-19, jadi dia tidak akan berdepan Sweden.

“Pemain antarabangsa Portugal itu dalam keadaan sihat tanpa gejala dan kini menjalani kuarantin,” demikian menurut kenyataan Persekutuan Bolasepak Portugal. Kenyataan turut menyebut bahawa pemain lain dalam pasukan Portugal didapati negatif dan sedia beraksi dalam perlawanan itu. Ronaldo adalah bintang dunia terbaharu yang dijangkiti wabak tersebut. Sebelum ini rakan sepasukannya dari Juventus iaitu Blaise Matuidi, Paulo Dybala dan Daniele Rugani disahkan positif Covid-19. – Euronews.com

COVID-19: Kes positif di seluruh dunia hampiri 38 juta. Jumlah kumulatif kes positif global COVID-19 kini menghampiri 38 juta kes. Ini berikutan lebih ratusan ribu jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

COVID-19: Dua lagi pemain Serie A didapati positif

Sebelum ini sebelum Ronaldo disahkan positif covid 19, pemain tengah Juventus, Blaise Matuidi dan Hellas Verona, Mattia Zaccagni masing-masing disahkan positif jangkitan COVID-19, umum kedua-dua kelab Serie A itu, awal pagi tadi. “Matuidi menjalani pemeriksaan perubatan yang menunjukkan dia positif COVID-19,” kata kenyataan dikeluarkan Juventus.

Kenyataan itu turut memberitahu, keadaan Matuidi, 32, yang menjulang trofi Piala Dunia 2018 bersama Perancis adalah asimtomatik dan kini menjalani kuarantin di kediamannya. Rabu lalu, rakan sepasukannya di Juventus, Daniele Rugani menjadi pemain Serie A pertama didapati positif COVID-19 sekali gus menyaksikan seluruh pasukan perlu menjalani kuarantin.

Sementara itu, pemain tengah Itali, Zaccagni, 24, sudah pun menjalani kuarantin sebagai langkah pencegahan selepas Verona bermain menentang Sampdoria pada 8 Mac lalu. “Zaccagni dalam keadaan baik, beberapa hari ini dia mengalami demam,” kata kenyataan dikeluarkan Verona yang kini menduduki tangga kelapan Serie A.

“Pemain berkenaan dan seluruh pasukan akan terus menjalani kuarantin secara sukarela sehingga 25 Mac sambil dipantau pasukan perubatan.” Matuidi menerusi kenyataannya di Instagram turut mengingatkan peminat untuk menjaga diri. “Ia tempoh yang sukar. Pada mulanya, saya tidak sedar betapa serius dan bahayanya jangkitan ini. Jangkitan ini tersebar dengan pantas di Itali,” katanya.

“Ia tempoh yang sukar untuk kita semua, saya ingin mengajak anda semua untuk mengikut arahan yang diberikan dan menjaga diri sendiri dan orang tersayang. “Terima kasih kepada semua pasukan perubatan termasuk jururawat. Kami semua bersama anda.” Seramai 31,000 orang dilaporkan dijangkiti wabak berkenaan dan kehilangan lebih 2,500 nyawa di Itali. – AFP

Usain Bolt sah positif COVID-19

Jaguh pecut, Usain Bolt disahkan positif COVID-19 selepas seminggu majlis sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34. Majlis yang diadakan itu dikatakan dihadiri ramai tetamu dan mereka dilihat tidak memenuhi piawaian ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), termasuk tidak memakai pelitup muka.

Memetik laporan Reuters, Kementerian Kesihatan Jamaica mengesahkan perkara itu pada Isnin. Bolt yang merupakan pemegang rekod dunia acara pecut 100 meter dan 200 meter itu menjalani proses kuarantin di rumahnya.

Bolt berkata, dia melakukan ujian saringan sehari selepas sambutan ulang tahunnya. “Demi keselamatan, saya menjalani kuarantin kendiri dan berehat,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik menerusi laman sosial Twitter. Dia yang juga pemenang lapan pingat emas Olimpik berkata, dia tidak mengalami sebarang gejala wabak tersebut, termasuk masalah pernafasan.

Untuk rekod, kes harian COVID-19 di Jamaica meningkat kepada lebih 60 kes sehari , berbanding kurang 10 kes beberapa minggu sebelumnya. Pegawai Kesihatan negara itu menyifatkan, ia berpunca daripada pembukaan semula sempadan antarabangsa serta sambutan hujung minggu sempena Hari Kemerdekaan negara itu. Sehingga hari ini, Jamaica merekodkan 1,612 kes positif COVID-19 dengan 622 kes aktif serta 16 pemergian. – Awani

Usain Bolt positif Covid-19 selepas berparti hari lahir ke-34

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Manusia terpantas dunia Usain Bolt disahkan positif Covid-19 selepas mengadakan sambutan hari lahir ke-34 yang turut dihadiri pemain bola sepak England Raheem Sterling dan beberapa bintang sukan. Kementerian Kesihatan Jamaica semalam berkata, pemegang rekod dunia lari pecut 100 meter dan 200 meter itu disahkan positif wabak dan sedang mengesan kontak rapat, lapor The Guardian.

Usain sebelum itu memuat naik video di media sosial, mengatakan sedang menunggu keputusan dan menggesa individu yang berhubung rapat dengannya baru-baru ini agar menjalani kuarantin. “Saya bangun tidur, dan seperti orang lain saya melayari media sosial yang mengatakan saya disahkan Covid-19.

“Saya menjalani saringan pada Sabtu. Saya cuba bertanggungjawab jadi saya akan duduk di sini demi kawan-kawan,” katanya yang menyambut hari jadi Jumaat lalu. “Saya tidak ada simptom jadi saya akan menjalani kuarantin sendiri dan menunggu pengesahan, melihat protokol dan proses kuarantin.

“Sehingga itu sesiapa yang pernah bertemu dengan saya, anda juga perlu menjalani kuarantin bagi memastikan keadaan selamat.”  Bolt, juara lapan kali Olimpik sebelum bersara pada 2017, memegang rekod dengan catatan masa 9.58 saat pada jarak 100 meter dan 200 meter dalam masa 19.19 saat. Video dari media sosial menunjukkan Usain berparti dan menari dengan orang ramai, kebanyakan mereka tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Jamaica, berpenduduk sekitar tiga juta, setakat ini mempunyai jumlah 1,413 kes Covid-19 dengan 16 pemergian. Sementara itu, jurucakap Manchester City turut mengesahkan pemainnya Sterling berada di parti Usain, selain pemain sayap Bayer Leverkusen Leon Bailey dan pemain kriket Chris Gayle, dan kini masih berada di Jamaica.

Covid 19 belum reda terkini China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baru iaitu Norovirus. Hampir 11 mahasiswa di China tumbang gara gara virus ini.

Umum mengetahui virus Corona atau Covid-19 ini mula dikenal pasti di China pada hujung tahun 2019 dan telah merebak sehingga ke serata dunia. Sehingga kini, jumlah individu yang positif Covid-19 di seluruh dunia adalah seramai 37 juta orang. Manakala angka pemergian gara-gara pandemik ini pula adalah seramai lebih daripada 1 juta orang.

Tatkala berhempas pulas untuk menentang pandemik ini belum lagi tamat, China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baharu iaitu Norovirus. Lebih 70 orang mahasiswa mengalami simptom, 11 Positif. Lapor XinHua, virus tersebut telah kena sejumlah mahasiswa di sebuah universiti di daerah Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi, China.

Seramai lebih daripada 70 orang pelajar dari universiti tersebut telah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sejak Rabu lepas. Perkara itu juga telah disahkan oleh pihak universiti menurut laporan media tempatan.

Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan telah mengambil sampel daripada 28 orang pelajar yang mengalami simptom tersebut. Mereka kemudiannya telah menjalankan ujian Norovirus pada Rabu dan Sabtu lalu.

Berdasarkan sumber universiti tersebut, hasil pemeriksaan ujian itu menunjukkan seramai 11 orang pelajar disahkan positif Norovirus. Sehingga semalam, seramai 22 orang pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah masih dirawat di hospital.

Pembasmian kuman dilaksanakan

Usaha pembasmian kuman telah dilakukan oleh Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di beberapa tempat. Antaranya termasuklah kompleks asrama, kelas, kafeteria dan kawasan awam yang lain. Selain itu, pendidikan kesihatan juga diperkukuhkan dan pemantauan berkaitan gejala Norovirus ini telah dilakukan terhadap semua staf dan pelajar universiti berkenaan. Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan turut giat menyiasat sumber yang menyebabkan jangkitan tersebut berlaku.

Cara virus ini kena

Norovirus merupakan agen penyebab utama jangkitan usus yang menular melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pesakitnya. Makanan merupakan cara utama virus ini boleh masuk dan seterusnya masuk pula ke dalam tubuh badan orang yang memakannya.

Simptom muntah dan cirit-birit disebabkan dijangkiti Norovirus ini biasanya bermula dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Simptom ini juga boleh bertahan sehingga 3 hari! Cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus ini adalah dengan kerap mencuci tangan, membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum dimakan, menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kata kunci dia kat sini adalah sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal supaya tak dijangkiti virus berbahaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *