Ramai yang bertanyakan bilangan penumpang yang boleh menaiki pengangkutan awam ketika PKPB. Ini had yang dikenakan dan harap semua maklum.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal beroperasi dengan kapasiti penuh pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini. Ketua Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, operasi bas, monorel, Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) beroperasi seperti biasa dari 6 pagi sehingga tengah malam.

“Tinjauan seawal 6 hingga 9 pagi dilihat jumlah penumpang tren adalah seperti biasa namun mungkin berlaku sedikit penurunan berikutan ada syarikat yang memilih pekerjanya bekerja dari rumah. “Prasarana masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika tinjauan pengangkutan awam di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri ketika menggunakan perkhidmatan awam. “Semua penumpang perlu bertanggungjawab dan sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memakai pelitup muka dengan betul dan bukannya jadikan ia sekadar syarat.

“Penumpang juga digalakkan kurangkan bercakap ketika menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kebolehjangkitan virus,” katanya. Azhar Ghazali berkata, mengimbas kod MySejahtera atau mencatat nama dalam buku, mengesan suhu badan serta pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi SOP wajib sebelum menaiki perkhidmatan awam.

Mengulas pemeriksaan surat pelepasan keluar bekerja penumpang, Azhar Ghazai berkata, pihaknya belum menerima arahan untuk berbuat demikian. “Setakat hari ini tiada arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pihak kami memeriksa surat pelepasan keluar bekerja penumpang memandangkan MRT melalui laluan Selangor dan Kuala Lumpur.

“Walaupun begitu, pihak kami sentiasa bersedia dengan apa-apa arahan baru kerajaan terutama dalam membantu mengurangkan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dalam dua minggu PKPB ini,” katanya. Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan Syarikat Telekomunikasi, Farah Mahmud, 26, berkata, jumlah penumpang hari ini lebih ramai tidak seperti PKPB terdahulu.

“Malah, di pasar raya juga tiada pembelian panik kerana rata-rata rakyat sudah bersedia dan mempunyai pengalaman. “Saya sendiri sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika menaiki pengangkutan awam dengan memakai pelitup muka dengan betul dan tidak duduk atau berdiri terlalu rapat dengan penumpang yang lain,” katanya.- HMETRO

Ramai takut menggunakan pengangkutan awam disebabkan takut penularan wabak covid 19. Oleh itu ini penjelasan mengenai penggunaan pengangkutan awam ketika musim covid 19 sekarang.

Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun ini, masyarakat dinasihatkan untuk tidak disarankan untuk berkumpul dan bersesak-sesak terutamanya di tempat awam. Hal ini menyebabkan pengguna tetap pengangkutan awam lebih cenderung merasa takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana sering berada dalam situasi sesak dan padat dengan para penumpang. Tambahan pula, angka kes jangkitan kebelakangan kembali mencecah tiga angka semamangnya merisaukan rakyat Malaysia.

Ramai gusar, lebih rela memandu sendiri…. Tak dinafikan, sebenarnya majoriti rakyat Malaysia terutama yang menetap di Ibu Kota masih lagi dibelenggu kegusaran untuk menaiki pengankutan awam, tatkala dunia masih berjuang dengan wabak pandemik ini.

Disebabkan itu, ramai dilihat mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan menaiki kenderaan untuk menjaga keselamatan kendiri. Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun ini, masyarakat dinasihatkan untuk tidak disarankan untuk berkumpul dan bersesak-sesak terutamanya di tempat awam.

Hal ini menyebabkan pengguna tetap pengangkutan awam lebih cenderung merasa takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana sering berada dalam situasi sesak dan padat dengan para penumpang. Tambahan pula, angka kes jangkitan kebelakangan kembali mencecah tiga angka semamangnya merisaukan rakyat Malaysia.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab… Kalau nak tahu, kebarangkalian yang bermain di fikiran mungkin dapat dielakkan jika semua pihak memainkan peranan mereka dengan telus dan serius! Pengguna pengagkutan awam dinasihatkan untuk tidak perlu bimbang menggunakan perkhidmatan berkenaan kerana sistem kebersihan sudah dipertingkatkan secara menyeluruh.

Susulan penularan COVID-19, penyedia pengangkutan awam mengambil langkah pencegahan melalui kawalan kebersihan secara berkala bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna. Kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman dilakukan lebih kerap termasuklah di eskalator, lif dan kaunter tiket yang menjadi tempat tumpuan awam.

Hidup Norma Baharu, semua diwajibkan pakai mask! Untuk pengetahuan, mulai 1 Ogos 2020 pelitup separuh muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum, dengan orang ramai. Boleh dikenakan denda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), sekiranya ada individu didapati gagal membuat sedemikian.

Amalankan langkah pencegahan kendiri. Walaupun sudah dilaksanakan pelbagai cara demi keselamatan penumpang, indiviu dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan yang mudah dan perlu diamalkan ketika berada di dalam pengangkutan awam. Senang je! Cuba tengok ni…

Tak kisahlah korang naik train, Monorel, Mrt, Brt, Bas atau e-hailing sekalipun, jadikan pembudayaan norma baharu serta langkah pencegahan sebagai satu kebiasaan ketika berada di luar. Hanya melaksanakan beberapa langkah mudah, ia mampu menyelamatkan nyawa kita semua. Mulai hari ini, kitalah wira negara. Kita semua frontliner!

Sumber: OhMyMedia

Heboh KTMB memperkenalkan sesuatu ini bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19 dan keselamatan penumpang. Rupanya ini yang jadi tarikan warganet sehingga tular di media sosial.

Semalam, kita dikejutkan dengan pengumuman pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai 14 Oktober ini. Lantaran peningkatan kes positif COVID-19, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah melangkah satu tapak ke hadapan apabila Polis Bantuan (PB) di stesen dan dalam keretapi memakai helmet pengimbas suhu.

Difahamkan, anggota PB yang membuat rondaan dengan menggunakan helmet tersebut akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu. “KTMB baru-baru ini melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan helmet pengimbas suhu bagi mengekang penularan wabak Covid-19.”. “Kaedah ini adalah tambahan keada kaedah sediada seperti pengimbas suhu di stesen, hand sanitizer dan sanitasi tren. Dengan penggunaan helmet ini, anggota Polis Bantuan (PB) yang membuat rondaan akan dapat mengesan penumpang bergejala melalui alat teknologi canggih itu.”

“Diharap dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan itu akan dapat meningkatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB. Penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian kepada anggota PB.”

Inisiatif tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-rata memuji inisiatif yang dilakukan oleh pihak KTMB. Malah, para warganet turut mengatakan helmet tersebut kelihatan style dan cool. Menurut KTMB, penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesan dan kesesuaian kepada anggota PB. Apakah pendapat anda akan helmet pengimbas suhu tersebut?

Sumber: TheVocket

Hanya 2 orang dalam satu kereta. Rupa rupanya ini antara sop semasa pkpb di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang rakyat perlu tahu.


Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan ke atas seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bakal dilaksanakan pada 14 Oktober 2020 ini menyaksikan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Sidang media hari ini memaklumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuthi oleh rakyat di negeri ini. Menurut Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

1. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah. Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

2. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi; Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jnzh di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

3. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

4. Individu yang perlu merentas melalui kawasan PKPB. Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

5. Individu yang menggunakan pergerakan udara. Bagi individu yang melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis. 6. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta

Sumber: Sidang Media MKN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *