Mengejutkan muncul satu kluster baru harini selepas diumumkan kes positif covid 19 masih kekal 3 angka. Lebih mengejutkan Dr NoorHisham bongkarkan punca kewujudan kluster baru itu.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu dikesan iaitu Kluster Kencana melibatkan beberapa daerah di Selangor, Johor dan WP Kuala Lumpur. Kluster baharu ini dikenalpasti di Hulu Langat, Petaling, Klang dan Gombak di negeri Selangor, Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Johor Bahru, Batu Pahat dan Pontian di negeri Johor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13805) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sejumlah 23 individu telah disaring, 2 individu masih menunggu keputusan.

Sumber: KKMPutrajaya

Terkini 660 kes baharu direkodkan untuk hari ini. KKM dedahkan punca kes ini berlaku yang melibatkan kes tempatan dan kes import dan harap semua maklum

PUTRAJAYA, 14 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat ke 17,540 kes. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata,  daripada jumlah tersebut, hanya enam (6) kes merupakan kes import.

Sebanyak 654 kes adalah penularan tempatan dengan 608 daripadanya adalah warganegara dan 46 lagi bukan warganegara. Manakala 6 kes merupakan kes import. Sementara itu, terdapat 233 kes pulih dilaporkan hari ini dan empat kes pemergian dicatatkan. Maklumat lanjut menyusul. Gambar: Google

Dukacita Dimaklumkan, 4 Lagi pemergian Akibat COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 14 Okt – Dukacita dimaklumkan bahawa empat lagi pemergian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, umum Kementerian Kesihatan (KKM). Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian terkini meningkat ke 167 kes, bersamaan 0.96 peratus. Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keempat-empat kes pemergian tersebut berlaku di Sabah.

Kes pemergian ke-164 (kes 11,152) melibatkan seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun mempunyai latar belakang sakit drh tinggi dan gout.Seterusnya, kes pemergian ke 165 (kes 17,307) merupakan seorang wanita berusia 63 tahun, kes ketiga iaitu ke-166 (kes 17,308) ialah seorang wanita berusia 73 tahun serta terakhir, kes ke-167 (kes 17,309) wanita berusia 47 tahun. Ketiga-tiga wanita terbabit dilaporkan mempunyai latar belakang sakit darah tinggi. Sementara itu, satu lagi kluster baharu dikesan. Maklumat lanjut menyusul.

SOP PKPB Mukim Klang Terbatal, Kini Selaras Seluruh Selangor – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 14 Okt – Prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan di mukim Klang, Selangor sebelum ini terbatal.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, SOP tersebut kini sudah diselaraskan dengan pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor.SOP PKPB Mukim Klang sebelum ini batal selaras PKPB di Selangor, WP,KL dan Putrajaya mulai hari ini –

Dalam pada itu tambahnya, sebarang kemaskini mengenai peraturan solat di masjid pula akan diumumkan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam masa terdekat.Beliau berkata demikian dalam sidang media perkembangan PKP Pemulihan secara sidang video hari ini.Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memutuskan untuk menangguhkan solat Jumaat, solat fardhu lima waktu berjemaah dan aktiviti-aktiviti imarah di semua masjid dan surau sekitar Selangor yang berkuatkuasa mulai Subuh tadi.

Ia dilaksanakan selaras dengan pelaksanaan PKPB di seluruh negeri sebagai usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.Sebelum itu juga, Majlis Keselamatan Negara juga bertindak melaksanakan PKPB di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini. Sumber: Ismail Sabri

Orang Ramai Diminta Bertenang, Jangan Buat Pembelian Panik – KPDNHEP

PUTRAJAYA, 14 Okt – Orang awam dinasihatkan supaya bertenang dan tidak membuat pembelian panik berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sejak tengah malam tadi.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, bekalan barang terutamanya makanan dan barang keperluan masih dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah.

“Kementerian telah membuktikan melalui tindakan yang telah diambil untuk memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa PKP dilaksanakan dahulu.“Kementerian mempunyai 2,269 anggota penguatkuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga stabil tanpa kenaikan mendadak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan untuk memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi.Dalam masa sama, pengguna turut dinasihatkan untuk membeli barangan mengikut keperluan sahaja dan tiada keperluan untuk menyimpan stok berlebihan.“Pengguna juga digalakkan membuat pembelian secara atas talian bagi mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan.

“Secara tidak langsung, kita dapat membantu memutuskan rantaian pandemik COVID-19,” tambah kenyataan itu lagi.Sebarang aduan boleh disalurkan kepada KPDNHEP melalui portal dan emel ke e-aduan@kpdnhep.gov.my, talian 1-800-886-800, aplikasi Ez ADU, Enforcement Command Centre (ECC) di talian 03-8882 6245/6088, Malaysia Government Call Centre di talian 03-8000 8000 atau WhatsApp ke 019-279 4317.Mengimbas kembali, seluruh negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah dilaksanakan PKPB bermula tengah malam tadi sehingga 27 Oktober ini.

Ramai yang bertanyakan bilangan penumpang yang boleh menaiki pengangkutan awam ketika PKPB. Ini had yang dikenakan dan harap semua maklum.

Kuala Lumpur: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kekal beroperasi dengan kapasiti penuh pada hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini. Ketua Hal Ehwal Media Prasarana, Azhar Ghazali berkata, operasi bas, monorel, Transit Aliran Massa (MRT) dan Transit Aliran Ringan (LRT) beroperasi seperti biasa dari 6 pagi sehingga tengah malam.

“Tinjauan seawal 6 hingga 9 pagi dilihat jumlah penumpang tren adalah seperti biasa namun mungkin berlaku sedikit penurunan berikutan ada syarikat yang memilih pekerjanya bekerja dari rumah. “Prasarana masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ketat sama seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya ketika tinjauan pengangkutan awam di sini, hari ini.

Menurutnya, kesemua penumpang perlu mengamalkan kawalan kendiri ketika menggunakan perkhidmatan awam. “Semua penumpang perlu bertanggungjawab dan sama-sama membantu mengekang penularan wabak Covid-19 dengan memakai pelitup muka dengan betul dan bukannya jadikan ia sekadar syarat.

“Penumpang juga digalakkan kurangkan bercakap ketika menggunakan perkhidmatan awam bagi mengurangkan kebolehjangkitan virus,” katanya. Azhar Ghazali berkata, mengimbas kod MySejahtera atau mencatat nama dalam buku, mengesan suhu badan serta pemakaian pelitup muka masih lagi menjadi SOP wajib sebelum menaiki perkhidmatan awam.

Mengulas pemeriksaan surat pelepasan keluar bekerja penumpang, Azhar Ghazai berkata, pihaknya belum menerima arahan untuk berbuat demikian. “Setakat hari ini tiada arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pihak kami memeriksa surat pelepasan keluar bekerja penumpang memandangkan MRT melalui laluan Selangor dan Kuala Lumpur.

“Walaupun begitu, pihak kami sentiasa bersedia dengan apa-apa arahan baru kerajaan terutama dalam membantu mengurangkan pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dalam dua minggu PKPB ini,” katanya. Sementara itu, Pegawai Khidmat Pelanggan Syarikat Telekomunikasi, Farah Mahmud, 26, berkata, jumlah penumpang hari ini lebih ramai tidak seperti PKPB terdahulu.

“Malah, di pasar raya juga tiada pembelian panik kerana rata-rata rakyat sudah bersedia dan mempunyai pengalaman. “Saya sendiri sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika menaiki pengangkutan awam dengan memakai pelitup muka dengan betul dan tidak duduk atau berdiri terlalu rapat dengan penumpang yang lain,” katanya.- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *