Masih lagi dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga. Akhirnya Syamsul Yusof dedahkan punca berlaku kemelut rumahtangganya yang menjadi isu baru baru ini.

artis

OBSES terhadap kerja mungkin menjadi salah-satu punca kepada kemelut rumah tangga pengarah dan pelakon popular, Syamsul Yusof dengan isterinya yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana. Syamsul ketika ditemui mengakui dia obses terhadap kerja dan Sarah adalah isteri yang baik.

“Saya gil* dengan kerja. Saya sendiri pun tak tahu apa masalah saya sebab saya akan sentiasa mencari kerja. Setiap benda datang dengan harga yang perlu dibayar. Tuhan beri kejayaan untuk filem dan karya muzik saya, tapi ada benda yang saya perlu perbaiki.

“Kami masih dalam proses memperbaiki hubungan rumah tangga kami. Doakan yang terbaik,” katanya. Ditanya mengenai tindakan Sarah yang dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pertengahan bulan lalu, Syamsul tidak menafikan dan kedua-dua mereka sedang mencari jalan terbaik.

“Semua tahu Sarah ada ke sana (pejabat agama). Mungkin kalau sudah tak ada jalan lain, kami bersedia untuk mendapat khidmat nasihat serta kaunseling untuk memperbaiki rumah tangga kami. “Saya nak tenang-tenang, tapi macam-macam benda berlaku dan terbaru, isu fitnh oleh YouTuber dan ugtan pula,” katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mengenai kehadiran Sarah di pejabat agama ditemani wanita yang didakwa sebagai ibu mentuanya. Berdasarkan pemerhatian Harian Metro, Sarah sudah tidak mengikuti Syamsul di Instagram.

Begitu juga di Instagram Syamsul yang mana kali terakhir dia memuat naik gambar bersama isteri dan anak-anak pada Mei lalu, manakala bersama Sarah pula kali terakhir pada November tahun lalu. Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Dah baca? Jangan lupa like dan share page Kucing Media Online ye!! Terima kasih.

Sumber: Hmetro

Ada individu yang tidak dikenali menghantar mesej yang berbaur negatif. Syamsul Yusof terus buat laporan polis dan ulas kejadian sebenar yang berlaku terhadap dirinya sekeluarga

Baru baru ini,pelakon dan pegarah filem Syamsul Yusif terima mesej yang berbaur negatif seperti ancmn terhadap dirinya,anak dan isterinya di Intagram daripada individu yang tidak dikenali. Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, 36 berkata, mesej dihantar individu terbabit menggunakan akaun bernama Velvetback itu agak keterlaluan kerana ia melibatkan maruah dan keselamatan keluarganya.

“Belum reda kes YouTube itu, timbul lagi kes saya menerima ugutan berbentuk ancman. Sebenarnya sebagai selebriti, saya sudah biasa menerima komen negatif dan kata-kata ugvtan. “Tapi kali ini melmpau kerana melibatkan maruah, keselamatan anak dan isteri. Saya dapat daripada DM (direct message) bernama Velvetblack. Selain peminat, hatrs ada juga menghantar mesej kepada saya tapi saya tidak ambil port (ambil kisah).

Syamsul bersama isterinya Puteri Sarah Liyana dan dua cahaya mata mereka. “Saya tak pasti orang tu hantar sejak bila tapi malam tadi baru saya menyedari mesej tersebut. Saya tidak tahu agenda dia samada dia musvh atau tidak. Tetapi benda itu sudah melmpau sebab itu saya ambil tindakan ini, ” katanya kepada mStar.

Syamsul ditemui ketika sidang media selepas dia membuat laporan polis terhadap akaun tersebut di Balai Polis Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Selasa.Anak kepada penerbit Datuk Yusof Haslam ini turut ditemani dua orang penguam dari Tentuan Saiful, Roger & Co iaitu Aizul Rohan Anuar dan Saiful Dzulhelmi Zulkifli.

Menerusi laporan mStar pada 29 September lalu, Syamsul meluahkan rasa berang apabila kisah rumah tangganya dijadikan modal sensasi berbaur ftnah sebuah saluran YouTube. Tampil menerusi satu rakaman video di Instagram, Syamsul dengan nada marah berkata penggunaan tajuk dengan maksud kononnya dia berlaku menduakan terhadap isteri, Puteri Sarah adalah ftnah.

Menerusi video itu Syamsul turut menunjukkan muat naik saluran YouTube Cabik Geronong dengan tajuk ‘TAK SANGKA! Rupanya Syamsul Yusof Curng dengan Puteri Sarah. Syamsul menunjukkan bukti mesej yang diterima di laman sosial. Dalam pada itu, pelakon dan pengarah filem Munafik ini menegaskan dia akan terus mencari individu di sebalik akaun itu bagi mencari penyelesaian jika ada perkara-perkara berbangkit melibatkan dirinya.

Syamsul juga mengajak individu tersebut berdepan dengannya secara bertentang mata tanpa perlu melibatkan anak dan isterinya.“Saya dah nekad no more Mr Nice Guy. Saya perlu pertahankan diri dan akan cari siapa yang membuat ugtan ini kepada saya. Kalau tak puas hati dengan saya, apa kata jumpa saya depan-depan.

“Tak perlu melibatkan anak dan isteri. Saya pergi buat selamanya pun tak apa, anak jangan sentuh. Saya tidak mahu mengatakan mana-mana pihak kalau tiada bukti. Sebelum ini, saya pernah menerima mesej daripada akaun yang sama pada awal tahun ini.“Kali ini saya menyedari mesej itu sebab ada berbaur negatif. Saya ada balas mesej tersebut namun selepas itu, akaun itu dinyaktifkan, ” ujarnya.

Dalam pada itu antara kandungan ugtan itu berbunyi: Jangan fikir anak dan bini kau selamat sekarang. Aku tahu mana kau tinggal dan mana anak kau sekolah. Bini kau aku follow hari2 B**I, S*** kau Samsul. Jangan ingat kau dah kaya kau boleh lepas. Siap kau, gambar fake photoshoot aku buat kasi virl satu Malaysia. Senang je nak jahnamkan famili kau.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah menjadi perhatian apabila aktres tersebut dilaporkan berada di pejabat agama pada 18 September lalu.Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah yang kini berusia setahun.-mstar

Lepas Tular Tentang Kisah Rumahtangga Puteri Sarah Kali Ini Dikatakan Tidak Duduk Sebumbung. Akhirnya Puteri Sarah Liyana Bongkarkan Sesuatu Tentang Rumahtangganya Buat Warganet Terkedu.

Susulan kisah rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama, banyak spekulasi mengenai perkahwinan mereka timbul.

Terbaharu, menerusi satu kemas kini Puteri Sarah di akaun Instagram miliknya menimbulkan tanda tanya warganet apabila dia memaklumkan amat merindui anak-anaknya, Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1. “Rindu sangat. Harta dunia dan akhiratku,” tulis Puteri Sarah yang memuat naik foto bersama anak-anaknya.

Entri tersebut telah menimbulkan pelbagai andaian warganet mengenai rumah tangganya termasuk beranggapan mereka sudah tidak sebumbung. “Kenapa tak duduk sekali ke. Ruginya masa-masa yang telepas. Moga-moga jodoh berpanjangan berbahagia selalu. Untung hidup boleh mewah boleh bermacam-macam semua impikan tu,” persoal salah seorang pengikut media sosial.

“Moga tabah. Akak pun pernah alami tidak tinggl bersama selama 4 tahun untuk perbaiki hubungan. Alhamdullillah hubungan kami bertambah baik,” nasihat salah seorang wargamaya. Pun begitu, Puteri Sarah tidak mendiamkan diri malah tampil menjawab setiap persoalan yang diajukan.

“Siapa kata tak duduk sekali? Saya sekarang sedang jalani penggambaran di Pahang. Anak-anak saya di Kuala Lumpur,” jawabnya. Terdahulu, ibu Syamsul tampil mendedahkan pasangan itu sudah dua tahun tidak tinggal bersama dengan mereka. Syamsul dan  Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Kalau Nk Ada Org Lain Kena Kerja Keras. Kena Padam Semua Mesej. Mengejutkan Puteri Sarah Muatnaik Sesuatu Di Ig Story Nya. Rupa Rupanya Ini Yang Berlaku Antara Dia Dengan Syamsul Yusof.

HINGGA kini pelakon Puteri Sarah terus bermain teka-teki mengenai perihal rumah tangganya bersama pengarah Syamsul Yusof yang dikatakan dilanda badai. Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun pengkongsian kata-kata hikmah di Instagram memberi bayangan hubungan mereka berdepan masalah.Terbaharu Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik dua petikan kata berkaitan ada org lain dan tidak setia. “Ada org lain adalah pilihan, bukan kesalahan. Ada org lain ini perlu kerja keras, kena padam semua mesej, sentiasa lock phone, kena fikir ayat untuk t1pu.

“Terlalu susah untuk selingkuh. Lebih baik setia,” demikian petikan kata-kata seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instastory. Terdahulu menerusi posting berlainan di ruangan yang sama, Puteri Sarah menyatakan dia berharap agar kehidupannya bersama anak-anaknya bertambah baik.“Tiga bulan menjelang tahun 2021, semoga masa depan yang lebih baik dan bahagia bagi saya dan anak-anak. Menuju ke arah kehidupan yang lebih baik… InsyaAllah,” tulisnya sambil berkongsi lokasi kedudukannya di Ipoh, Perak.

Sebelum ini dunia hiburan kecoh apabila Puteri Sarah dilihat hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail. Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya.

Menerusi laporan mStar pada 21 September lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu. Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu.

Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber :Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *