Kecoh temuramah antara Ernie dan Syamel sehingga meraih perhatian warganet. Tak sangka ini yang dikongsikan mengenai hubungannya selepas bertunang.

artis selebriti

Seperti yang diketahui, kisah percintaan antara penyanyi Ernie Zakri dan Syamel tidak terlalu dikongsikan mereka namun selepas sekian lama berteka-teki dan pada Ogos lalu mereka selangkah lagi untuk menghalalkan hubungan mereka.

Siapa menyangka, penyanyi yang sering berduet diatas pentas ini sudah lama bercinta dan telahpun bertunang pada 16 Ogos lalu di kediamannya. Hubungan dan kisah mereka sangat mendapat perhatian ramai apabila Ernie Zakri dan Syamel disukai ramai kerana keserasian mereka diatas pentas disamping kedua-duanya juga memiliki suara yang sangat merdu.

Biarpun begitu, menerusi perkongsian Mbuzz (2020) di Youtube pasangan ini menjadi perhatian warganet lagi apabila ditemuramah mengenai kehidupan mereka selepas bertunang. Ujar Ernie bahawa dia bersyukur dan tiada apa yang berubah selain daripada gelaran dan sempat berseloroh mengenai statusnya itu. Pasangan yang sering menunjukan sikap lucu dan sporting mereka turut menjawab mengenai kerjasama mereka yang sejak sebelum bertunang lagi sering berkerjasama.

Menganggap itu sebagai rezeki dan meskipun sudah berkahwin juga akan teruskan seperti itu dan di akhirnya pula, Syamel turut menjawab mengenai hal tersebut. Lagu berjudul Aku Cinta antara nyanyian duet mereka yang telah melonjakkan lagi nama pasangan selebriti ini sehingga lagu mereka itu turut melayakkan Syamel dan Ernie mendapat trofi Vokal Terbaik di AJL 32.

Sumber: HCL

Terbongkar Sudah Rahsia Mereka Berdua. Ernie Zakri Sanggup Kantoikan Syamel Minta Couple Dekat Tempat Yang Orang Tak Jangka Dan Mengejutkan Ia Berlaku 2 Tahun Lepas

Baru-baru ini, pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel telah diundang menjadi tetamu jemputan pada segmen Johara Pagi Era.Pasangan selebriti yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dilihat ada berkongsi kisah detik perkenalan bersama pendengar di stesen radio berkenaan bagi menyahut cabaran ‘Do You Know Your Lover’.

Menjawab persoalan yang diberi pada papan tulis, penyanyi lagu Aku Cinta ini juga antara lain turut mengimbau momen awal hubungan percintaan mereka terjalin bersama.“Depan rumah pun kira dating lah juga. Depan rumah ni masa awak minta ‘couple’ dengan saya! Kira dating lah tu.

“Tahun 2018 macam tu dia minta ‘couple’ dengan saya masa tu dia kata suka gila dekat saya,” akui Ernie.Lalu, pendedahan tersebut membuatkan Syamel tersipu-sipu selepas cuba memberikan penjelasannya.Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata peminat berasa terhibur melihat gelagat dan kemesraan pasangan sama cantik sama padan ini.Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri telah mengikat tali pertunangan bersama Syamel pada 16 Ogos lalu.

Video: Instagram Syamel, Era.je

Kejutkan orang ramai dengan majlis pertunangan yang berlangsung bulan lepas. Ernie buat satu lagi pengakuan yang ramai tak tahu dan tak jangka tentang hubungannya

Mengejutkan ramai pihak apabila selamat mengikat tali pertunangan bulan lalu, Ernie Zakri memberitahu dia yang mengambil langkah pertama meluahkan perasaan suka kepada tunangnya, Syamel.“Tapi dia cakap dia suka saya cuma masa tu kami tengah bekerja dan dia taknak ganggu fokus saya,” katanya.

Dalam pada itu, Ernie mengakui dia merupakan seorang yang suka berterus-terang apatah lagi jika ia melibatkan soal hati dan perasaan.Pendedahan Ernie itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang memuji keberanian Ernie untuk meluahkan perasaannya.Malah, warganet turut mendoakan urusan pasangan ini untuk ke jenjang pelamin dipermudahkan.-rotikaya

Baru Sahaja Bertunang Dengan Syamel 15 Ogos Lalu. Ernie Zakri Nekad Dedahkan Sesuatu Tentang Tarikh Dan Perancangan Perkahwinan Mereka

KEPUTUSAN penyanyi Ernie Zakri mengikat tali pertunangan dengan Syamel pada 15 Ogos lalu adalah satu tindakan tepat yang ternyata disenangi peminat. Penyanyi yang popular dengan lagu Ku Bersuara ini berkata, dia gembira apabila peminat tidak putus mendoakan yang baik-baik buat mereka.

“Ada yang bertanya sebelum ini berkenaan hubungan kami, juga ada yang menjangka. Cuma kami belum boleh kongsikan kepada semua ketika itu. “Apabila dah bertunang, baharulah perlu diberitahu tapi bukanlah bermaksud untuk menggembar-gemburkan secara berlebihan. Ini adalah satu cara kami menghargai peminat kerana mereka selalu menyokong dan mendoakan kami. Penerimaan mereka positif apabila tumpang gembira dan mengirimkan doa yang baik-baik,” katanya.

Ernie tidak menafikan dia dan Syamel bermain tarik tali dan menyembunyikan hubungan mereka daripada pengetahuan peminat sebelum ini. Baginya, mereka kurang selesa untuk berkongsi sesuatu yang belum pasti dengan peminat.

“Tak semestinya kalau kita bercinta, semua benda nak diberitahu. Ia terpulanglah kepada mana-mana individu jika rasa itu cara yang sesuai buat mereka. “Bagi saya, kami masih di tahap awal bercinta dan macam-macam boleh jadi. Itulah sebabnya kami tak kongsi apa-apa. Bukan niat nak mempermainkan orang, cuma kami berdua lebih berhati-hati apa yang kami buat dan hanya sedia berkongsi apabila tiba masanya,” katanya.

Bercerita mengenai persiapan perkahwinan, Ernie berkata, semuanya masih dalam perbincangan antara kedua-dua pihak. Sebenarnya saya kini mula sibuk semula dengan kerjaya seni yang kembali rancak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya ada single terbaharu dan tawaran persembahan pun dah kembali ada. Jadinya fokus lebih bertumpu ke situ. Berkenaan majlis kahwin, semuanya masih di peringkat perbincangan mulut dan belum ada apa-apa kata putus kedua belah pihak,” katanya.

Menurutnya, masih banyak perkara yang sedang dibincangkan terutama tarikh dan lokasi majlis.”Tema dan konsep perkahwinan pun hanya baru peringkat cakap-cakap dan belum dimuktamadkan lagi. Kami masih berbincang dengan perunding perkahwinan dan sekiranya ada tarikh baharulah kami akan beritahu semua. Kami takkan sorok-sorok.

“Saya pernah ada pengalaman menguruskan perkahwinan kakak dan sedikit sebanyak dapat membantu. Syamel pula anak sulung, jadi kami kena pastikan semuanya okey,” katanya.Ernie berkata, mereka juga perlu ambil kira soal prosedur operasi standard (SOP) berkenaan jemputan dan sebagainya lagi.

“Kena ambil kira juga siapa tetamu yang kami nak jemput. Ia penting dan agak susah untuk buat keputusan. Apa pun, mohon doakan agar semua perancangan kami untuk majlis itu nanti berjalan lancar,” katanya yang mengakui ia akan diadakan pada awal tahun depan.

Ernie tidak menolak jika ada pihak yang mahu menaja majlis perkahwinan mereka dan menganggap itu rezeki.”Mengapa tidak! Kalau ada yang mahu menaja dan bekerjasama, apa salahnya. Ada beberapa tawaran yang datang dan kami sedang meneliti mana yang sesuai.”Berbanding dahulu, sekarang setiap kali persembahan orang pasti akan jemput kami menyanyi berduet. Ia adalah rezeki buat kami,” katanya.

Syamel dan Ernie, dah sah bertunang

PENYANYI Syamel, 27, dan pasangannya yang juga penyanyi Ernie Zakri, 28, sudah bertunang. Sepakat mengumumkan berita pertunangan mereka di Instagram masing-masing hari ini, majlis ringkas itu berlangsung di kediaman keluarga Ernie.

Meskipun majlisnya sederhana, acara pertunangan itu berlangsung meriah dengan kehadiran kedua-dua pihak keluarga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan. Syamel atau nama sebenar Syamel Aqmal Mohd Fodzly berkata agak gementar apabila bertunang, namun bersyukur hajat dia dan Ernie akhirnya termakbul juga.

“Memang gementar memandangkan alam pertunangan ini banyak dugaannya. Namun, Alhamdulillah selamat juga saya bertunang dengan Ernie. “Kami berjanji akan terus menjaga batas hubungan selepas ini. Doakan hubungan kami berakhir di jenjang pelamin dan terima kasih tidak terhingga atas doa-doa peminat juga,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Hidup Dalam Mati itu bagaimanapun, mendedahkan mereka belum berbincang mengenai tarikh pernikahan. “Perbincangan mengenai perkahwinan hanya akan dibuat kemudian. Kalau boleh memang nak dipercepatkan, kerana kami tidak mahu bertunang lama-lama,” katanya. Syamel menyerahkan tiga dulang hantaran, berbalas lima dulang daripada pihak Ernie dalam majlis itu.

Syamel dan Ernie mula berkenalan selepas terbabit dalam program realiti Duo Star beberapa tahun lalu. Kemesraan mereka turut menjadi Namun, hubungan mereka yang makin mesra menjadi teka-teki  selama ini, apakah  betul-betul bercinta? Melalui ikatan pertunangan itu dan pengakuan Ernie kepada media baru-baru ini, nampaknya melenyapkan segala tanda tanya status hubungan mereka.

Sumber: HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *