Jika abang seorang yang normal. Sebak isteri Ahmad Idham kongsikan kisah membesarkan seorang anak istimewa dan perkembangannya ketika menjaga anak sulungnya itu.

artis ISU SEMASA Keluarga selebriti

Tiada siapa di dunia ini ingin dilahirkan dalam keadaan yang tidak sempurna, namun ketentuan Tuhan tiada siapa mampu untuk menidakkannya. Namun, bagi penerbit terkenal Ahmad Idham dan isterinya Amy Aziz, dikurniakan seorang anak, bernama Ahmad Firdaus yang tergolong dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) mendidik mereka menjadi ibu bapa berhati kental.

Didatangi sawan ketika usia 2 tahun. Menerusi perkongsian kisah di Majalah Nona, anak sulung mereka itu pernah didatangi sawan ketika berusia dua tahun dan doktor mengesahkan dia mengalami focal encephalitis yang menyukarkan pergerakan dan pertuturan.

Akan tetapi, Firdaus mempunyai semangat hidup yang kuat, Amy berkongsi dia telah menghantar anaknya pusat pendidikan khas di Saint Claire, Singapura pada tahun 2014. Firdaus sudah pandai berdikari. Sepanjang di sana, Firdaus menunjukkan perkembangan positif dan sudah pandai berdikari selain lebih berani serta yakin. Perkembangan anaknya itu cukup membuatkan kedua ibu bapa berasa amat bangga.

Melihat perkembangan positif Firdaus, telah mencetuskan inspirasi buat Ahmad Idham dan Amy untuk menubuhkan sekolah pendidikan khas dan terapi, Eden Firdaus School buat anak-anak OKU. Mahu lihat Firdaus ada masa depan Amy berkata, sekolah tersebut kelak bakal menjadi harta serta bekalan masa depan buat anaknya agar mampu dia membina kehidupan sendiri jika tiada lagi ibu bapa di sisi.

Namun dalam lubuk hati Amy, dia sering berkata jika Firdaus seorang yang normal mungkin dia akan menjadi yang paling pandai dalam keluarga mereka. “Jika abang seorang yang normal, saya yakin dia akan menjadi yang paling pandai di antara kami semua…”

Ramai sayang abang. Tambah Amy lagi, Firdaus sebenarnya sangat bertuah kerana memiliki keluarga dan insan-insan sekeliling yang sangat menyayanginya. Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat semua ibu bapa yang memiliki anak istimewa agar sentiasa kental dan tidak pernah berputus asa demi anak-anak.

Sumber: Nona (Ermi Shuzila Mohamad), OhMyMedia

Mengejutkan anak lelaki Zarina Zainuddin tidak boleh kawal diri bila dia melakukan sesuatu di luar kawalannya terhadap Zarina dan suaminya. Ini yang diluahkan Zarina ekoran tindakan anaknya itu.

Pelakon Zarina Zainuddin, memberitahu bahawa anak lelakinya, Muhammad Razail Azrai atau lebih mesra disapa Azil yang merupakan seorang autistik semakin sukar dikawal. Ini kerana, menurut Zarina, selain sering tantrum setiap hari, anaknya yang merupakan pasangan kembar kepada Muhammad Razal Azrai atau Azal itu sudah mula melakukan tindakan luar kawalan termasuk menyerangnya.

“Saya sebenarnya dah malas nak tunjuk video Azil tantrum. Perkara ini berlaku setiap pagi Azil akan bangun dan terus mengamuk. “Sekarang dah pandai berkelakuan buruk. Kadangkala saya dikejar keliling meja sebab saya taknak dia bawak makanan ke bilik atas. “Semalam Azil srang abahnya di dapur. Dia tolak abahnya depan mata saya, lihat abahnya bersabar,” katanya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam entri tersebut, Zarina turut berkongsi sebuah video yang memaparkan anaknya berada dalam keadaan tantrum sehingga melukakan diri. Begitupun, menurut Zarina dia tetap sabar melayan kerenah anaknya itu walaupun perlu berdepan situasi tersebut saban hari. “Jadi ibu kena kuat otak kena sihat jangan ikutkan perasaan menangani anak istimewa, anak syurga yang tak tahu apa apa yang tidak ada dosa yang berdosa kita sebenarnya kerana kurang sabar,” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan dan memuji Zarina yang sentiasa tabah membesarkan dua orang anaknya yang autistik. Zarina mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar pada Julai 1993. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat anak lelaki termasuk sepasang kembar, iaitu Azal dan Azil.

SUMBER: GEMPAK

Cabaran Zarina bersama anak autisme sepanjang PKP 

MEMBUAT kerja rumah dan bermain badminton di halaman. Itu antara ‘helah’ digunakan pelakon Zarina Zainuddin, 50, bagi mengawal dua anak istimewanya yang menghidap autism iaitu Azil dan Azal supaya mereka tidak keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu. Zarina mengakui anaknya itu kurang faham mengenai situasi di luar dan dia terpaksa melakukan pelbagai helah demi memastikan mereka kekal duduk di rumah bersama ahli keluarga lain.

“Azil kerap berkeras mahu keluar kerana sudah terbiasa dengan rutinnya membeli barang sendiri sebelum ini. Dia tidak mahu kami yang pergi belikan untuknya. JIka dihalang, dia akan mengmuk dan mula menyakiti dirinya. Ketika itu saya perlu memujuknya dengan betul dan menerangkan mengenai bahaya di luar sana,” katanya.

Walaupun ada kelonggaran terhadap anak-anak autisme sepanjang tempoh PKP ini, namun Zarina lebih suka jika mereka duduk di rumah demi keselamatan masing-masing dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama.- HMETRO

Kalau rasa ‘down’ nak besarkan anak, cuba baca kisah anak istimewa ni dulu

MEMBESARKAN dan mendidik anak bukanlah satu tugas yang mudah. Banyak dugaan yang perlu dihadapi. Tambahan pula jika ibu bapa diuji dengan anugerah ILAHI mendapat anak istimewa. Tentulah lebih besar cabarannya. Ironinya, mereka yang dikurniakan anak normal juga kadang ‘tergugat iman’ dalam menghadapi karenah si anak. Ada yang hilang sabar, mengeluh dan tak kurang hingga ke tahap rasa lelah serta ‘down’.

Ya, setiap orang ada cabaran dan penerimaan masing-masing terhadap situasi yang dihadapinya. Tiada insan yang sempurna. Apa pun, jika ibu bapa berganding bahu dan bijak menghadapi situasi, tidak mustahil semua cabaran itu dapat diatasi. Pun begitu bagaimana? Perkongsian Pegawai Perubatan Bahagian Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Ja’afar Seremban, Dr Ahmad Luqman Bukhari ini antara kisah buat para ibu bapa yang boleh diambil iktibar.

Tiap kali jumpa pesakit cilik yang mengalami kelumphan otak (cerebral palsy), fikiran saya mesti akan teringatkan seorang anak istimewa yang bernama Fajar Abdulrokhim Wahyudiono ni. Sampai sekarang saya tak habis habis lagi kagum dengan mak ayah dia.

Fajar ni kalau korang nak tahu, masa mak dia lahirkan tak cukup bulan (premature) sebenarnya. Berat dia masa tu pun cuma 1.6kg. Kecil sangat. 20 hari jugaklah kena tahan dekat Neonatal Intensive Care Unit (NICU) sebelum dibenarkan keluar.

Waktu dia berusia setahun, doktor baru dapat diagnose rupanya Fajar ni menderita cerebral palsy. Sebelah kanan tubuhnya lemah, cuma anggota sebelah kiri je yang boleh berfungsi. Perkembangan otaknya terbantut. Walaupun Fajar tak sama macam kanak kanak normal yang lain, tapi yang hebatnya mak ayah dia sikit pun tak berkecil hati dengan Tuhan. Anak istimewa tu dibesarkan sehabis baik hinggakan pada umur baru je 4 tahun, Fajar dah mampu menghafal hampir keseluruhan al-Quran!,” katanya.

Cerita Dr Ahmad Luqman, rupanya bila dikorek rahsia daripada ayah Fajar, Joko Wahyudiono, ada amalan yang dilakukan mereka suami isteri hinggakan anak yang kondisinya ‘abnormal’ tu dapat mencapai kecemerlangan tahap tinggi yang jarang kanak-kanak normal lain dapat buat. Mak ayahnya betul-betul yakin pada al-Quran tu ada penawar yang menyembuhkan.

Jadi sejak usia bayi lagi, ayahnya setiap hari akan bacakan dan perdengarkan setengah juzuk pada waktu pagi dan setengah juzuk lagi pada waktu petang. “Paling menakjubkan rupa-rupanya amalan tu dah bermula masa Fajar ditahan kat ICU lagi. Tiap kali ayahnya datang untuk hantarkan susu, dia akan kirimkan sekali kaset untuk staff nurse kat situ mainkan untuk baby bertuah tu.

Dan bila dekat rumah pun sama. Mak ayahnya cerewet betul dalam bab apa yang boleh diperdengarkan untuk anak tu. Mak dia, Puan Heni, siap cakap macam ni lagi, “‘Anak kecil mesti selalu kena dengar benda-benda baik dan semua yang dari al-Quran dah tentu paling bagus’,” kongsinya di Facebook nya.

Tambah Dr Ahmad Luqman lagi, pasangan itu sentiasa mainkan rakaman ayat al-Quran dan dalam masa sama mereka pilih untuk tak letakkan TV atau mainkan muzik lain di rumah. Akhirnya pada umur 3 tahun anak yang diuji dengan cerebral palsy tu barulah mula dapat bersuara. Lambat sangat compare dengan anak orang lain.

Namun demikian, yang ajaibnya, ayat pertama yang keluar dari mulutnya ialah potongan dari ayat suci al-Quran. Subhanallah…. Katanya lagi, sekarang ni diberitakan yang kesihatan Fajar dah makin baik. Fungsi motor dan skill kognitif dia pun meningkat. Siap boleh belajar elok dekat sekolah.

Saya rasa kisah insan istimewa yang seorang ni patut sangat jadi inspirasi untuk kita semua. Mana mak ayah yang Tuhan hadiahkan anak istimewa, jangan pernah putus asa. Teruskan bersabar dan berilah didikan terbaik untuk si kecil tu. Kita semua kena yakin, kalau anak yang diberi ujian sebegitu besar pun boleh berjaya, apatah lagi anak-anak kita yang memiliki fungsi badan yang sempurna.

Mari usaha jadi mak ayah yang hebat kawan-kawan. Tuhan dah kurniakan kita anugerah anak yang paling bernilai. Tinggal lagi kita saja yang kena pilih arah mana kita nak corakkan ‘kain putih’ yang Tuhan hadiahkan pada kita tu,” katanya. Dr Ahmad Luqman turut berharap kisah keluarga hebat ni dapat dikongsikan dengan mak ayah yang lain jugak ye. Kita harap semua parent dapat terus kuat demi anak kesayangan kita tu.

Ibu bapa jangan cepat putus asa ya… DIA kan ada? -AG #JanganPutusAsaMalaysia

Sumber: Sinarplus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *