Berita baik. China sudah bersetuju untuk mengutamakan Malaysia dahulu sebagai penerima vaksin Covid 19. Lebih mengejutkan ini jumlah yang dibekalkan.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Pandemik koronavirus ini sungguh memberi impak yang kuat kepada seluruh dunia. Manakan tidak, sektor ekonomi kian merudum, aktiviti-aktiviti perlancongan menanggung banyak kerugian, rakyat hilang pekerjaan.

Parah kerana jika rakyat tak mempunyai gaji atau sumber pendapatan untuk berbelanja, ekonomi takkan pulih kerana tiada kuasa membeli! Namun, sinar makin lama makin dilihat. Ubat bagi virus ini, vaksin, yang sepatutnya mengambil masa bertahun untuk dicipta dikatakan sudah berada di tahap terakhir. Sememangnya khabar baik buat semua.

Satu lagi perkhabaran baik yang dimaklumkan hari ini ialah, China setuju beri keutamaan kepada Malaysia bagi membekalkan vaksin Covid-19! Perkara ini dimaklmumkan sendiri oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya, negara itu bersetuju untuk memberi bantuan pembekalan vaksin kepada rakyat Malaysia. – Berita Harian

“China adalah antara negara yang paling ke depan dalam penemuan vaksin dan saya difahamkan ia sudah berada di tahap akhir, di mana akhir tahun ini sudah ada vaksin yang boleh digunakan. “Menteri Luar China bersetuju untuk memberi keutamaan kepada Malaysia dan sukacitanya saya ingin mengatakan bahawa negara pertama yang akan dibantu adalah Malaysia.”

Di samping itu, TS Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa Malaysia akan menyertai satu badan yang akan membantu negara membangun bagi memperoleh vaksin dan tugas ini diberikan kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

“Saya berikan tugaskan ini kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, kerana untuk menyertai badan ini kita kena bayar sejumlah wang yang agak besar.”Disebutkan mereka boleh bantu hanya 10 peratus daripada jumlah rakyat negara dan di Malaysia hanya tiga juta sahaja dibekalkan.” Semoga vaksin segera siap! Dan pandemik dapat diakhiri, amiinnnn.– Lobakmerah

Sebelum ini mengenai vaksin Covid 19 masih lagi dalam perbincangan antara Malaysia dan China. Ini perkembangan selanjutnya mengenai vaksin itu.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

Baru baru ini status vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China merupakan antara perkara yang dijangka dibincangkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawatannya, dari negara itu, Wang Yi pada lawatan dua hari pemimpin itu, ke Malaysia pada esok dan Selasa.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan ini berkata pertemuan Hishammudin dengan Wang Yi yang merupakan Penasihat Negara China dijangka membincangkan kolaborasi pasca-wabak terutamanya dalam pemulihan kelestarian ekonomi negara serta berusaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua pemimpin itu juga akan turut menyentuh mengenai isu semasa membabitkan kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. “Lawatan Wang Yi akan dilaksanakan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ia juga akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) diluluskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 1 dan 3 Oktober 2020 yang juga diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, berdasarkan kepada SOP itu, semua ahli delegasi China dipastikan mengemukakan bukti saringan negatif COVID-19 tiga hari sebelum tiba di Malaysia. Mereka juga perlu menjalani ujian saringan calitan kedua sebaik tiba di lapangan terbang Malaysia.

Delegasi akan diiringi dari lapangan terbang ke hotel, seterusnya ke tempat acara dan ke lapangan terbang semula untuk pulang ke China manakala kehadiran delegasi hanya dibenarkan dengan kapal terbang persendirian. Kenyataan sama juga menyebut, lawatan rasmi terakhir oleh Wang Yi ke Malaysia adalah pada 2018.

Selain mengeratkan lagi hubungan dua hala, pertemuan kedua-dua Menteri Luar Negeri ini akan turut memastikan Malaysia dan China sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan di sebalik penularan COVID-19 dan terus bekerjasama demi kepentingan sejagat.- BHONLINE

Covid 19 belum reda terkini China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baru iaitu Norovirus. Hampir 11 mahasiswa di China tumbang gara gara virus ini.

Umum mengetahui virus Corona atau Covid-19 ini mula dikenal pasti di China pada hujung tahun 2019 dan telah merebak sehingga ke serata dunia. Sehingga kini, jumlah individu yang positif Covid-19 di seluruh dunia adalah seramai 37 juta orang. Manakala angka pemergian gara-gara pandemik ini pula adalah seramai lebih daripada 1 juta orang.

Tatkala berhempas pulas untuk menentang pandemik ini belum lagi tamat, China digemparkan sekali lagi dengan kemunculan virus baharu iaitu Norovirus. Lebih 70 orang mahasiswa mengalami simptom, 11 Positif. Lapor XinHua, virus tersebut telah kena sejumlah mahasiswa di sebuah universiti di daerah Taiyuan, ibu kota Provinsi Shanxi, China.

Seramai lebih daripada 70 orang pelajar dari universiti tersebut telah mengalami cirit-birit dan muntah-muntah sejak Rabu lepas. Perkara itu juga telah disahkan oleh pihak universiti menurut laporan media tempatan.

Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit Taiyuan telah mengambil sampel daripada 28 orang pelajar yang mengalami simptom tersebut. Mereka kemudiannya telah menjalankan ujian Norovirus pada Rabu dan Sabtu lalu.

Berdasarkan sumber universiti tersebut, hasil pemeriksaan ujian itu menunjukkan seramai 11 orang pelajar disahkan positif Norovirus. Sehingga semalam, seramai 22 orang pelajar yang mengalami cirit-birit dan muntah masih dirawat di hospital.

Pembasmian kuman dilaksanakan

Usaha pembasmian kuman telah dilakukan oleh Universiti Kewangan dan Ekonomi Shanxi di beberapa tempat. Antaranya termasuklah kompleks asrama, kelas, kafeteria dan kawasan awam yang lain. Selain itu, pendidikan kesihatan juga diperkukuhkan dan pemantauan berkaitan gejala Norovirus ini telah dilakukan terhadap semua staf dan pelajar universiti berkenaan. Pihak berkuasa kawalan dan pencegahan tempatan turut giat menyiasat sumber yang menyebabkan jangkitan tersebut berlaku.

Cara virus ini kena

Norovirus merupakan agen penyebab utama jangkitan usus yang menular melalui hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan pesakitnya. Makanan merupakan cara utama virus ini boleh masuk dan seterusnya masuk pula ke dalam tubuh badan orang yang memakannya.

Simptom muntah dan cirit-birit disebabkan dijangkiti Norovirus ini biasanya bermula dalam tempoh 12 hingga 48 jam. Simptom ini juga boleh bertahan sehingga 3 hari! Cara untuk mengurangkan risiko dijangkiti virus ini adalah dengan kerap mencuci tangan, membasuh buah-buahan atau sayur-sayuran sebelum dimakan, menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Kata kunci dia kat sini adalah sentiasa menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal supaya tak dijangkiti virus berbahaya.

Terbaru pihak ini mahu WHO pertimbangkan penggunaan vaksin Covid 19 keluaran mereka di seluruh dunia. Ini kata putus dari WHO tentang penggunaan vaksin Covid 19 yang didakwa berasal dari negara itu.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 ini mulai tersebar di dunia pada awal tahun ini bermula dari China, wabak COVID-19 yang disangka hanya sekadar demam biasa pada mulanya nampaknya telah mengambil lebih satu juta nyawa seluruh dunia sehingga kini. Penyebaran wabak yang didakwa bermula dari Wuhan, China ini nampaknya bukan sahaja memberi kesan buat warga China malah telah melumpuhkan sebahagian besar ekonomi dunia.

SUMBER: SCMP

Di sebalik isu pandemik yang melanda, China selaku negara terawal yang menerima wabak ini dilaporkan sedang bersedia untuk memperkenalkan vaksin COVID-19. Pihak mereka juga turut memaklumkan pihak World Health Organization (WHO) untuk mempertimbangkan penggunaan vaksin keluaran mereka di seluruh dunia.

PRESIDEN FILIPINA, RODRIGO DUTERTE. SUMBER: FORTUNE

Di Filipina pula, presiden Rodrigo Duterte memaklumkan beliau lebih cenderung untuk menggunakan vaksin keluaran China berbanding Rusia sekaligus menimbulkan persepsi penggunaan vaksin ini turut berkait dengan politik dunia. Setakat ini, pihak WHO masih belum memberi kata putus mengenai penggunaan vaksin COVID-19 ‘made in China’ ini.

Sumber: THEVOCKET

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *