Baru sahaja bermula pelaksanaan PKPB tapi laluan masuk ke Shah Alam sudah mengalami kesesakan luar biasa. Rupanya ini punca situasi itu berlaku.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

SHAH ALAM, 14 Okt – Dua laluan masuk ke Shah Alam dari Lebuhraya Shah Alam (Kesas) mengalami kesesakan teruk pagi tadi susulan pelaksanaan sekatan jalan raya (SJR) oleh polis bagi menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati kesesakan trafik hampir satu kilometer di kedua-dua susur masuk di Persimpangan Hicom dari Kesas menuju Shah Alam itu susulan pelaksanaan SJR di Persiaran Kuala Selangor. Jurucakap Kesas ketika dihubungi berkata, kesesakan trafik berkenaan bagaimanapun kembali pulih mulai pukul 10.30 pagi tadi.

Pada masa sama, kesesakan trafik turut dilaporkan berlaku di laluan keluar dari Plaza Tol Setia Alam menghala Subang berikutan SJR yang dilaksanakan di kawasan berkenaan namun ia kembali pulih kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Pada Isnin lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelaksanaan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya selama 14 hari bermula hari ini sehingga 27 Okt, berikutan peningkatan kes COVID-19.

— BERNAMA

Hanya 2 orang dalam satu kereta. Rupa rupanya ini antara sop semasa pkpb di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya yang rakyat perlu tahu.


Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang dikenakan ke atas seluruh Selangor, Wilayah Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bakal dilaksanakan pada 14 Oktober 2020 ini menyaksikan bahawa kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia berusaha keras memastikan penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.

Sidang media hari ini memaklumkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuthi oleh rakyat di negeri ini. Menurut Datuk Ismail Sabri dalam sidang media hari ini, kawalan Pergerakan PDRM bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas kawasan tempat jangkitan dengan bantuan ATM, APMM, APM & RELA.

1. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah. Selain itu, hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk keluar dari rumah bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan serta keperluan-keperluan yang lain. Orang-orang yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

2. Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri yang melibatkan kawasan PKPB adalah tidak dibenarkan kecuali bagi; Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pengurusan jnzh di luar daerah adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak PDRM.

3. Pekerja-pekerja dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri dengan syarat mempunyai pas pekerja yang sah atau surat kebenaran daripada majikan. Bagi pekerja dari dalam daerah yang sama, mereka tidak perlu mengemukakan surat majikan atau pas pekerja. Pihak kerajaan menggalakkan majikan membenarkan pekerja-pekerja mereka untuk bekerja dari rumah (work from home).

4. Individu yang perlu merentas melalui kawasan PKPB. Bagi mereka yang perlu melalui negeri Selangor dan Kuala Lumpur ke negeri-negeri lain, mereka dinasihatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada balai polis berhampiran sebelum membuat perjalanan.

5. Individu yang menggunakan pergerakan udara. Bagi individu yang melalui KLIA, KLIA2 dan Subang, mereka juga perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak Polis. 6. Hanya dua orang dibenarkan dalam satu kereta

Sumber: Sidang Media MKN

Kes masih kekal 3 angka. Mengejutkan terkini PKPB di seluruh Selangor Kuala lumpur dan Putrajaya bermula 14 oktober ni.

Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut. SOP dan informasi berkaitan PKPB ini menurutnya akan menyusul tidak lama lagi.

Terbaru majlis keramaian di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah dilarang sama sekali. Ini senarai aktiviti keramaian yang tidak dibenarkan.

Kuala Lumpur: Majlis keramaian seperti kenduri, perkahwinan, sambutan ulang tahun, tahlil dan majlis sosial lain tidak dibenarkan diadakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula 14 Oktober.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk majlis rasmi dan tidak rasmi agensi kerajaan dan swasta malah mesyuarat juga digalakkan diadakan secara sidang video. “Selain itu, seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan.

“Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja,” katanya dalam sidang media harian, hari ini. Katanya, selain itu, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak diwajibkan ditutup dalam tempoh ini.

“Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran. “Manakala, semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan,” katanya.-HMETRO

Pelaksanaan PKPB Di Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya. Selain Rentas Daerah Mengejutkan Rupa Rupanya Ini Aktiviti Dilarang Yang Rakyat Perlu Tahu.

Situasi terkini jangkitan COVlD-19 di Malaysia difahamkan berada dalam situasi membimbangkan di mana sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 561 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVlD-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Justeru orang ramai yang bimbang dengan keadaan itu mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah-langkah perlu. Terkini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Aktiviti yang dilarang

” Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. ” Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

” Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. ” Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. ” Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, disini, hari ini.

Kegiatan ekonomi masih dibenarkan

Ismail Sabri berkata, walaubagaimanapun semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. ” Senarai prosedur Operasi Standard (SOP)lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober. Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, berikutan situasi semasa COVlD-19 di kawasan berkenaan.

” Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan. ” Hanya perkhidmatan perlu (Essential Service) termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan sahaja dibenarkan. ” Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan itu,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan PKPB bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVlD-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *