Terkini pemohon baharu digalakkan untuk buat permohonan BPN 2.0 secara dalam talian. Rupanya ini punca dan cara untuk memohon secara atas talian.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai info terkini tentan permohonan BPN 2.0 yang jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

Cyberjaya: Pemohon baharu Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 terutama di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) digalakkan membuat permohonan secara dalam talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan dalam talian lebih digalakkan buat masa ini bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan. “Permohonan baharu boleh dibuat mulai 15 Oktober sehingga 15 November depan dan penerima BPN sedia ada tidak perlu mengemukakan permohonan semula sekiranya telah menerima bayaran sebelum ini,” katanya.

Pemohon baharu BPN 2.0 boleh merujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut. Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September lalu mengumumkan BPN 2.0 dengan jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40, RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang, RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40 dan RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang. Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran iaitu pada hujung bulan ini dan pada Januari depan.- HMETRO

Dah baca? jangan lupa like dan share page kami Kucing Media Online untuk lebih info yang menarik!!! Terima kasih.

Berita Baik Untuk Anda Yang Tak Dapat BPN Sebelum Ni. Terkini Kerajaan Umumkan Tarikh Dibuka Untuk Rakya Buat Permohonan Baru Bagi Yang Tak Pernah Dapat BPN.

PUTRAJAYA: Kerjaan komited untuk memastikan bantuan Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rngsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) dinikmati rkyat memerlukan. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata Kementerian Kewangan menerusi unit LAKSANA akan terus memantau pelaksanaan pakej rngsangan ekonomi dan akan menambah baik langkah sedia.

“Selanjutnya, langkah untuk memperkasakan semula (revitalise) ekonomi akan diperkenalkan semasa Belanjawan 2021 pada 6 November 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Kelmarin, Perdna Mnteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej Kita Prihatin bernilai RM10 bilion dalam usaha kerjaan meringankan b3ban rkyat.

Kita Prihatin merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta. Kita Prihatin menyasarkan golongan B40, M40, pekerja dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro.

Menyentuh mengenai Geran Khas Prihatin 2.0, Tengku Zafrul berkata, peruntukan tambahan sebanyak RM600 juta bagi GKP untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro yang belum pernah menerima GKP sebelum ini dijangka membantu perniagaan yang menghadapi keskaran.

“Pembukaan semula GKP ini mengekalkan jumlah geran sebanyak RM3,000 setiap pemohon yang berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020.

“GKP 2.0 ini dijangka akan memanfaatkan 200,000 PKS mikro untuk membantu aliran tunai serta sebagai modal perniagaan,” katanya. Bagi Program Subsidi Upah (PSU) 2.0, beliau berkata, peruntukan bagi inisiatif PSU 2.0 berjumlah RM2.4 bilion dijangka akan memanfaatkan 160,000 majikan untuk mengekalkan 1.3 juta pekerja selama tiga hingga enam 6 bulan.

“Penambahan peruntukan PSU 2.0 melalui Pakej Kita Prihatin akan menjadikan nilai keseluruhan Program Subsidi Upah kepada lebih RM17 bilion,” katanya. Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut mengambil maklum cbaran yang dihadapi oleh golongan B40 dan M40, justeru Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) berjumlah RM7 bilion akan disalurkan kepada mereka yang layak bermula pada hujung bulan Oktober 2020.

Katanya, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah. “Kerajaan juga akan membuka ruang untuk rayvan bagi mereka yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan BPN atau Bantuan Sara Hidup (BSH) sebelum ini.

Permohonan baharu BPN 2.0 dibuka mulai 15 Oktober – 15 November 2020 dan boleh dibuat melalui pautan bpn atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) /
UTC LHDNM,” katanya. Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan bpn dan pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan semasa permohonan.

Sumber : BHOnline

Akhirnya terjawab segala teka teki bila PM dedahkan tarikh duit bantuan bpn 2.0 akan masuk. Rupa rupanya ini tarikh duit tu akan masuk.

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat pandemik Covid-19.

Bantuan BPN 2.0 ini akan mula dibayar secara ansuran bermula hujung bulan Oktober 2020 dan pada bulan Januari 2021. Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bakal diterima oleh 10.6 juta pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM 7 billion diperuntukkan. Golongan B40 dan M40 yang bujang ataupun sudah mendirikan rumah tangga layak mendapat bantuan ini.

Pemohon tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini. Pihak kerajaan turut memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendapat BPN untuk melakukan rayuan dan permohonan baru. Kategori penerima

Infografik: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 yang mencatatkan seramai 3.7 juta isi rumah. Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang), ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40). Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.
Tarikh kemasukan

Infografik: Irujukan

Duit BPN 2.0 ini akan mula dikreditkan kepada mereka yang layak bermula hujung Oktober 2020 dan pada Januari 2021. Pembayaran BPN akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali. Kaedah pembayaran

Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank. Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Begitupun, permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0. Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baru mulai 15 Oktober 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Cara memohon

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020. MALAYSIA: Bantuan Prihatin Nasional atau dikenali sebagai BPN merupakan insentif atau inisiatif pihak kerajaan dalam membantu rakyat ketika pandemlk c0v-19.

Cara permohonan baru dan rayuan serta semakan status penerimaan BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN. Kategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Semak kelayakan anda di sini.

Sementara itu, anda juga boleh mengemukakan permohonan baru atau rayuan pada tarikh yang sama iaitu mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori isi rumah atau bujang sekiranya menepati syarat kelayakan. Sila klik link di sini. Untuk maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 bagi golongan B40 dan M40 layari laman web Portal Rasmi BPN.

Bantuan ini telah banyak meringankan beban kewangan rakyat Malaysia ketika menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini. Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri, Irujukan & Jabatan Penerangan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *