Terkini direkodkan 660 kes baharu dan berlaku peningkatan kes positif covid 19. Lebih mengejutkan ini punca berlaku peningkatan kes positif covid 19 pada 13 Oktober.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

PUTRAJAYA, 13 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 660 kes baharu jangkitan COVID-19 direkodkan hari ini. Angka tersebut menjadikan kes kumulatif kini meningkat ke 16,880 kes dengan kes aktif yang turut meningkat ke 5,345 kes.

Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, hanya dua kes import sahaja dikesan, iaitu seorang dari India (di Labuan) dan seorang dari Nepal di Kuala Lumpur. Manakala 658 kes berikutnya merupakan kes penularan tempatan, melibatkan 618 kes warganegara dan 40 kes lagi bukan warganegara.

Sabah (443) hasil saringan besar-besaran, Selangor (76), Kedah (60) dari Penjara Pokok Sena, Perak (16) dari Kem Tahanan Taiping dan lain-lain negeri. 350 pesakit sembuh, 6 kluster baharu, 4 pemergian. Dalam pada itu, terdapat 350 kes pulih dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan pulih ke 11,372 kes bersamaan 67.4 peratus. Kes pulih hari ini merupakan kes tertinggi yang pernah direkodkan sejak COVID-19 bermula di negara ini. – SiakapKeli

Sumber: KKM

Kes masih lagi tinggi. Semalam 563 kes baru positif covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan puncanya buat warganet terkedu. Rupa rupanya ini punca kes makin meningkat.

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu sebanyak 563 kes baru telah dilaporkan (12 Oktober 2020) menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 16,220 kes. Daripada 563 kes iniadalah 562 kes tempatan (498 warganegara, 64 kes bukan warganegara)dan 1kes import. 

Jumlah kes aktif dengan kebolehan jangkitan pula adalah sebanyak 5039 kes. Manakala 98 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi dan 29 kes memerlukan bantuan pernafasan. 2 kes pemergian baru menjadikan jumlah pemergian sebanyak 159 kes. 109 kes telah pulih menjadikan jumlah pesakit yang telah discaj dan sembuh sepenuhnya adalah sebanyak 11,022 kes.

Sebanyak 6 kluster baru COVID19 dikesan pada 12 oktober. Dr Noor Hashim dedahkan 3 Kluster yang dikesan di KL dan punca berlakunya kluster ini

Putrajaya, 12 Oktober – Sebanyak enam kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di beberapa negeri di seluruh Malaysia.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut merupakan Kluster Kolong, Bah Tropicana, Baiduri, Bah Perdana, Rinting dan Bah Kasturi.Dari jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan dua kluster baharu, Selangor (1), Sabah (1), WP Putrajaya (1) dan Johor (1).Berikut merupakan perincian keenam-enam kluster berkenaan.

Kluster Kolong.Kluster ini dikesan di Keningau, Sabah.Kes indeks merupakan kes ke-13,548 yang disahkan positif hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 yang lalu. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.Hasil saringan mendapati 7 kontak rapat pesakit disahkan positif.Sehingga kini, seramai 92 individu telah disaring di mana 8 positif, 81 negatif dan 3 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Tropicana.Kluster baru ini dikesan di Petaling.Kes indeks, kes ke-11,804 dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Seramai 13 individu disahkan positif hasil saringan kontak rapat.Setakat ini, seramai 147 individu telah disaring di mana 14 positif, 105 negatif dan 28 masih menunggu keputusan.

Kluster Baiduri.Kluster ini dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan daerah Hulu Langat dan Cheras.Kes indeks, kes ke-14,312 dikenalpasti positif hasil saringan sebelum pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh.Seramai 17 kes disahkan positif hasil saringan kontak rapat.Setakat ini, sejumlah 39 individu telah disaring, 18 positif, 12 negatif dan 9 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Perdana.Dikenalpasti di daerah Cheras, WP Kuala Lumpur.Kes indeks kes ke-11,305 dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 28 September 2020.Seramai 8 kontak rapat dikesan positif.Hingga 12 Oktober, seramai 22 individu telah disaring di mana 9 positif dan 13 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Kasturi.Kluster ini melibatkan Seremban, Cheras, Putrajaya, WP KL, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.Kes indeks merupakan kes ke-12553. Kes dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 24 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan.Saringan kontak rapat mendapati 17 individu positif.Setakat hari ini, seramai 305 individu telah disaring dalam kluster ini di mana 18 positif, 277 negatif dan 10 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Rinting.Melaka Tengah dan JB.Kes indeks, kes ke-14,350 dikenalpasti positif hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Melaka.Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 individu positif.Setakat hari ini, sejumlah 162 indiviu disaring, 8 positif, 97 negatif dan 57 masih menunggu keputusan.

Ramai Terjejas Akibat Pandemik, Ini 4 Tips Penting Jika Serius Nak Pulihkan Ekonomi Negara

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia, ramai peniaga-peniaga kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat tempatan mengalami pelbagai masalah dan kesulitan untuk meneruskan perniagaan mereka. Masalah paling utama adalah premis-premis tidak dibenarkan beroperasi dan peniaga-peniaga mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga menjejaskan ekonomi diri dan keluarga dan secara tidak langsung melembapkan ekonomi negara.

Sehingga kini, kes baharu positif Covid-19 terus direkodkan di Malaysia dan negara masih dalam pelan merancakkan semula ekonomi negara ketika kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagi membangunkan semula ekonomi peniaga-peniaga kecil dan sederhana, rakyat Malaysia perlu memainkan peranan penting dan ini EMPAT tip penting jika serius kita mahu pulihkan ekonomi negara.

1. Pengguna perlu mengutamakan produk buatan Malaysia ketika membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, sos, kicap, dan macam-macam lagi. Rakyat Malaysia juga perlu membeli barang-barang keperluan di kedai-kedai peniaga kecil dan sederhana bagi membantu semula mereka menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat Covid-19
keluarga sudah pulih, rakyat sudah boleh berbelanja dan ekonomi negara turut meningkat.

2. Jika permintaan produk-produk tempatan kembali meningkat, barulah pemilik-pemilik perniagaan dan syarikat-syarikat tempatan boleh membuka peluang pekerjaan kepada mereka-mereka yang kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan untuk membangunkan semula ekonomi keluarga mereka yang juga turut terjejas. Jika ekonomi keluarga sudah pulih, rakyat sudah boleh berbelanja dan ekonomi negara turut meningkat.

3. Selepas permintaan produk buatan Malaysia kembali meningkat, syarikat-syarikat pengeluar barangan buatan Malaysia akan kembali menjadi lebih stabil dan tidak lagi mengalami masalah untuk menggajikan pekerja dan tiada lagi pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan.

4. Jika ingin melancong, kita digalakkan memilih tempat-tempat pelancongan yang boleh membantu menaikkan semula produk-produk buatan Malaysia seperti membeli-belah di Pasar Payang, menginap di hotel-hotel milik rakyat tempatan, makan di restoran-restoran rakyat Malaysia. Dengan langkah ini boleh membantu menaikkan jenama buatan Malaysia dan menambah pendapatan industri kecil dan sederhana.

Pastikan produk dan apa sahaja barangan yang anda beli adalah buatan Malaysia dan untuk produk-produk yang dihasilkan dikilang selalunya ada logo Buatan Malaysia seperti yang tertera pada gambar-gambar di bawah. Jadilah pengguna yang bijak.

Pelbagai produk-produk dari Malaysia yang ada juga telah menebusi pasaran antarabangsa. Bagi sektor makananan dan minuman jenama popular seperti Mamee, Paparich, Secret Recipe, Baba’s, Brahim’s, Lingham’s, OldTown White Coffee, Life’s, Munchy’s, Spritzer dan Beryl’s. Untuk produk elektronik pula jenama Khind dan Pensonic boleh dijadikan pilihan untuk membeli barangan elektrik. Bagi sektor fesyen juga Malaysia tidak ketinggalan dalam menghasilkan jenama-jenama yang berkualiti seperti Bonia, British India, Raw Denim House, Poney dan Vincci.

Hal ini bersesuaian dengan kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia dengan hashtag #BarangBaikBarangKita. Penglibatan Kementerian dalam meningkatkan mutu barangan buatan Malaysia sangat penting bagi memastikan pemimpin dan rakyat bekerjasama membangunkan ekonomi negara yang telah jatuh teruk ketika wabak melanda.Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama sokong dan beli barangan Buatan Malaysia kerana sudah semestinya Barang Baik adalah Barang Kita.

Dikhuatiri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini. Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.

“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial,” katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.

“Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19. “Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian,” ujarnya.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober. Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.- Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *