Terbaru majlis keramaian di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat adalah dilarang sama sekali. Ini senarai aktiviti keramaian yang tidak dibenarkan.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Kuala Lumpur: Majlis keramaian seperti kenduri, perkahwinan, sambutan ulang tahun, tahlil dan majlis sosial lain tidak dibenarkan diadakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula malam ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk majlis rasmi dan tidak rasmi agensi kerajaan dan swasta malah mesyuarat juga digalakkan diadakan secara sidang video. “Selain itu, seminar, bengkel, kursus, latihan, persidangan, ceramah dan aktiviti berkaitan dengan Meeting, Incentives, Conventions and Exhibitions (MICE) tidak dibenarkan.

“Latihan dalam perkhidmatan yang sedang berjalan boleh dilaksanakan hanya dalam kawasan latihan sahaja,” katanya dalam sidang media harian, hari ini. Katanya, selain itu, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, sekolah, tadika, taska, pusat tahfiz dan pusat jagaan kanak-kanak diwajibkan ditutup dalam tempoh ini.

“Bagaimanapun bagi pelajar sekolah, IPTA, IPTS yang mengambil peperiksaan dengan institusi pengajian luar negara, mereka dibenarkan untuk hadir menduduki peperiksaan sahaja dan bukan untuk sesi pembelajaran. “Manakala, semua aktiviti pelancongan ke luar kawasan PKPB dan ke dalam kawasan PKPB tidak dibenarkan,” katanya.-HMETRO

Kaji semula izin majlis perkahwinan di kawasan PKPB – kata MMA

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mempertimbangkan kembali keputusan membenarkan majlis perkahwinan di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Jelas Presidennya Dr Subramaniam Muniandy, membenarkan perhimpunan secara besar-besaran akan meningkatkan risiko penularan Covid-19.

“Kerajaan seharusnya pertimbang kembali keputusan untuk membenarkan majlis perkahwinan di kawasan PKPB dan keputusan untuk membenarkan orang awam dari zon hijau masuk ke zon merah untuk menghadiri perkahwinan. “Membenarkan himpunan besar-besaran akan meningkatkan penularan Covid-19. Tiada majlis sepatutnya diadakan di kawasan PKPB.

“Ketua pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) juga sudah berulang kali menyuruh orang awam jauhi kawasan sesak,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. Tambah Subramaniam membenarkan orang awam memasuki kawasan PKPB juga perlu diteliti kerana seseorang itu berpotensi untuk dijangkiti, seterusnya mewujudkan kluster baru atau zon hijau bertukar menjadi zon merah.

Hari ini, kerajaan membenarkan majlis perkahwinan yang diadakan dalam kawasan PKPB mestilah dihadiri tidak lebih 250 tetamu pada sesuatu masa. Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata sementara prosedur operasi standard (SOP) bagi kawasan yang dikenakan PKPB adalah sama, syarat tertentu boleh berubah berdasarkan keadaan setempat – misalnya di mukim Klang dan pantai timur Sabah. 

Subramaniam juga meminta kerajaan berunding lebih kerap dengan pemegang taruh serta mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa membuat keputusan agar langkah lebih tepat boleh diambil. Tambahnya, dia juga menasihati pasangan yang bakal mengadakan majlis perkahwinan untuk mencari alternatif lain bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Sudah hampir akhir tahun dan banyak perkahwinan dirancang. Malangnya negara mengalami gelombang ketiga Covid-19 dan dengan hanya kesilapan kecil, keadaan akan menjadi lebih teruk. “Mungkin mahal untuk menangguhkan majlis perkahwinan tetapi kesihatan dan keselamatan perlu diberikan keutamaan. “Pasangan yang akan berkahwin mungkin perlu mencari alternatif atau jika tidak, mereka akan membuat diri dan tetamu berisiko untuk dijangkiti Covid-19,” katanya.- Malaysiakini

Lepas je PKPB diumumkan semalam ramai yang dah mula hantar isteri dan ank ke kampung. Tergamam ini alasan padu yang mereka berikan sampai sanggup hantar ank ke kampung.

Gua Musang: Seakan musim perayaan apabila ramai warga kota berpusu-pusu melalui jalan utama Kuala Lipis-Gua Musang dan Kuala Krai untuk pulang ke kampung sejak petang semalam. Kesempatan itu diambil sebelum penguatkvasaan Perlntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid 19 di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai tengah malam ini.

Ketika ditemui, mereka mendkwa menghantar anak dan isteri ke kampung untuk mengelak sebarang kerumitan sepanjang tempoh PKPB. Seorang penjawat awam di Kuala Lumpur, Zainal Abidin Sulaiman, 36, berkata, dia lebih selesa tinggal seorang diri dalam tempoh PKPB itu.

Tambahan pula, katanya, tempoh PKPB itu belum diketahui sama ada dilanjutkan atau sebaliknya. “Kalau tinggal seorang diri di Kuala Lumpur, tidak bimbang sangat, malah saya boleh bergerak persendirian ke mana sahaja dengan mematuhi PKPB serta prosedur 0perasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penguatkvasaan PKPB di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur mulai 12.01 tengah malam ini hingga 27 Oktober, dan rentass daerah tidak dlbenarkan.

Seorang lagi warga kota, Fauzi Yaacob, 41, pula berkata, dia memuji langkah kerajaan melaksanakan PKPB untuk memutuskan rangkaian covid 19. Bagaimanapun, katanya, dia terpksa mengambil keputusan menghantar anak dan isteri tinggal bersama keluarga di kampung di Pasir Mas. “Dalam keadaan ini, saya bimbang dengan keslhatan serta keselamatanm anak dan isteri jika tinggal bersama saya di Kuala Lumpur.“Adalah lebih selamat saya hantar mereka tinggal di kampung,” katanya.

Komen Dari Orang Ramai

Orag tua kt kampung yg jadi sasaran, kalau sehari dua takpa lagi, kalau dilanjutkan jd lama, menambah masalah pulak pada mak ayah yg dah sedia tua tu. Patutlah dikatakan akhlr zaman ni, zamn Ibu yg melahlrkan Tuan.

Kenapa la ada yg fikir macam ni..kalau pkpb ni lebih dari 14hari macam pkp sebelum ni mula la merayu2 plk nk ambik anak bini kat kampung tu..jangan la pentingkan diri sangat..kerajaan tu nk bendung c0vid dari menular ke tempat lain..boleh plk ge hntr anak bini tu balik kampung..kalau kena jangkltan kat org kampung kan susah.

Lepas tu nnti mula la buat ayat cm ni,,p m tolong la buka laluan,,kesian saya x jumpa ank bini,, p m kesian ank sy kat kg bla bla,, sdgkn diri sdiri anta balik kg,,, please la kecik kecik da susahkn mak pak,,dah bsar ni ringankan la,,14 hr je pun bkn lama.

Sumber : HMetro

Kes Masih Kekal 3 Angka. Mengejutkan Terkini PKPB Di Seluruh Selangor Kuala Lumpur Dan Putrajaya Bermula 14 Oktober Ni.

Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut. SOP dan informasi berkaitan PKPB ini menurutnya akan menyusul tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *