Tak sempat nak minta maaf dari seseorang ini. Rupa rupanya selepas apa yang berlaku inilah punca Adlin Shauki berdiam diri.

artis selebriti

Penyanyi, pelakon, pengarah dan pengacara Datuk Afdlin Shauki mempunyai sebab tersendiri mengapa dia mengambil pendekatan untuk mengurangkan entri yang berbentuk komentari sosial dan politik di Instagram miliknya.

Pemergian orang-orang yang tersayang dalam tempoh yang dekat dan kerana usia yang semakin meningkat merupakan sebab utama Afdlin mengurangkan entri-entri tersebut. “Di usia abang sekarang dan selepas pemergian ibu, ayah dan adik abang dalam masa yang sangat terdekat. Ada satu insiden yang bermain di minda. Kerana berpemikiran positif yang bonda akan selamat dari operasi jantung yang di katakan rutin, abg tak sempat nak memohon maaf daripadanya sebelum beliau memasuki bilik bdah.

“Dan semua tahu yang ibu abang telah pergi selepas operasi itu. Jadi realisasi paling besar bagi abang adalah kadang kadang kita ni lupa yg Allah SWT sudah set ajl kita dan bila tiba masanya, positive macam mana minda kita pun takkan mengubah anything,” tulis Afdlin di Instagram miliknya.

Tambah Afdlin, dia juga ingin memohon maaf kepada sesiapa yang pernah rasa sakit hati dan kepada mereka yang ada merasakan dirinya melakukan kesalahan. “Apa yang abang buat sekarang adalah lebih kepada action more than words. Nak buat baik kita buat ajalah, social media ni adalah platform paling mudah kita membuat dosa jika kita mengeluarkan pendapat dalam keadaan marah atau terfitnh orang berdasarkan informasi tak tepat.

“Jadi korang akan tengok kerja abang saja di social media dan perkara-perkara happy dan personal abg sahaja. Kepada yang mengata atau memfitnh abang, abang maafkan semuanya,” tulis Afdlin. Tambahnya lagi, kita tidak akan tahu fakta yang sebenar kecuali kita nampak dengan mata kepala kita sendiri tentang sesuatu perkara yang terjadi.

“Jadi kita sangka baik saja semua benda yang tengah kecoh dekat social media macam kes kawan-kawan kita yg berada dalam kesusahan. Jom kita buat media social ni tempat yang kita dapat ilmu dan berhibur secara baik. Diam tak bermakna lemah. Kekuatan datang dari kesabaran dan undang-undang Allah dan kehakiman di dunia,” tulis Afdlin lagi.

Ibu Afdlin, Fadzillah Jelani menghadap ilahi pada 15 Oktober 2018 di Institut Jantung Negara (IJN) selepas menjalani operasi pintasan jantung pada 9 Oktober. Adik bongsunya, Jeffri Adzman, seorang penyunting video menghadap ilahi di Hospital Thomson Kota Damansara, Petaling Jaya selepas terbabit dalam kejadian pada 9 Jun, 2019. Bapanya, Aksan Abu Bakar menghadap ilahi pada 11 Ogos 2020 selepas menjalani satu operasi di HUKM.

“Rasa Kekosongan Yang Sangat Besar…”- Afdlin Shauki Kesal Tak Luangkan Lebih Masa Dengan Ibunya

Pelakon Afdlin Shauki akui sering terkenang serta merindui ibunya, Fadzilah Jelani  terutama ketika hendak tidur setiap malam. Afdlin berkata dia amat kesal kerana tidak dapat meluangkan lebih masa bersama ketika hayat ibunya. “Aku tak boleh nak gambarkan perasaan aku pagi ni, sekali lagi pada pukul 4 pagi aku masih bekerja… 

“Tiba-tiba henfon berbunyi, adik aku pos gambaribu dan kata dia mimpi ibu dan nangis… gambar ibu dgn senyuman yg paling aku rindu… pasal senyuman dia buat aku bahagia…. buat penat aku berbaloi, buat sedihku terubat. 

“Aku sebelum tido tiap malam akan terkenang ibu dan rasa kekosongan yg sangat besar dalam jiwa, aku rasa aku tak complete… aku sedih dan aku marah pada diri sendiri kerana tak luangkan lebih masa dgn ibu masa dia masih hidup dulu…”tulisnya.

Afdlin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Rata-rata pengikutnya berharap Afdlin terus kuat dan mendoakan agar ibunya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Ibu Afdlin menghadap ilahi pada 15 Oktober lalu selepas menjalani operasi pintasan jantung. Sebelum ini, adik pelakon Afdlin Shauki, Jefri Adzman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5:14 petang tadi.

Berita itu dimaklumkan oleh Afdlin menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh semua. Adik lelaki saya, Jefri Adzman Bin Aksan telah menghadap ilahi pada hari ini, pukul 5:14pm di Hospital Thomson Kota Damansara.

“Moga rohnya ditempatkan di kalangan roh-roh orang yang beriman. “Pada yang mengenali adik saya, saya memohon maaf segala kesilapan beliau. Dan halalkan makan dan minum beliau. “Jika adik saya ada berhutang dengan sesiapa, boleh lah sekiranya menghubungi saya.

“Sekarang adik dah boleh jaga mak Insya-Allah di jannah. Tak aci korang dah bersama. Ya Allah jagalah mereka, hindarkanlah sksa kubur. “Elakkan dari azab api neraka, elakkan dari fitnh sewaktu hidup dan selepas mati. Elakkan dari fitnh dajjal. Kejap sangat Allah pinjamkan kau dekat kami Jep… Yeop sayang kau Jep,” tulisnya. Terdahulu, adiknya yang menunggang motosikal jenis vespa mengalami kejadian tak diingini dengan kereta Myvi dari arah tepi dalam satu kejadian di Kota Damansara. Akibat impak kuat insiden itu, dia luka teruk di kepala dan dikejarkan ke sebuah hospital di Kota Damansara.

Bapa Afdlin Shauki menghadap ilahi

BAPA pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar menghadap ilahi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur jam 2.57 pagi. Berita sedih itu dikongsi Afdlin, 49, menerusi Instagram dan meminta orang ramai sedekahkan al-Fatihah dan doa buat bapanya.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda tersayang kami Aksan Abu Bakar sudah kembali menghadap ilahi pada hari Selasa, 11 Ogos 2020, pukul 2.57 pagi di PPUKM, KL. “Sama-sama kita doakan rohnya dirahmati dan ditempatkan dengan golongan orang-orang yang beriman,” tulisnya. Afdlin juga mengakui pasti merindui senyuman ceria bapa tersayangnya itu dan meminta keampunan bagi pihak bapa daripada sesiapa yang mengenalinya.

“Senyuman terakhir bapa yang tak habis-habis membuat orang berasa tenang dan ceria. Bapa kepada 10 orang anak. Suami kepada dua orang isteri. “Bapaku yang tercinta, dia berpesan kepadaku yang dia meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan dia pernah lakukan kepada sesiapa yang mengenalinya.

“Tolong ampunkan ya! Beliau juga memaafkan semua orang dan juga berkata beliau tidak ada rasa dendam atau sakit hati dengan sesiapa. Al-fatihah, I love you papa…Assalamualaikum,” katanya. Bagaimanapun, Afdlin tidak mendedahkan sakit yang dihidapinya.- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *