Sikap Usain Bolt dengan orang sekelilingnya telah mendapat perhatian orang ramai menerusi satu video yang dikongsi. Ini reaksi warganet dengan gelagat pelari pecut terkenal itu.

Semasa Viral

Terdapat pepatah dari barat yang berbunyi never meet your heroes atau maksudnya, ‘jangan pernah bertemu dengan wira anda’. Ini kerana apabila kita memerhati dan menilai dari jauh, wira-wira serta idola kita kelihatan sempurna dan wajar menerima pujian serta sokongan, namun apabila kita bertemu dengan mereka secara dekat kita akan kecewa untuk mendapati mereka sama sahaja seperti orang biasa, malah ada segelintirnya lebih teruk.

Perkara itu sangat benar dengan selebriti yang kita pandang tinggi dan idola yang kita puja pada hari ini, di mana kebanyakkannya bermasalah dan tidak pun sebaik yang kita sangka. Namun ada juga segelintir tokoh terkenal yang benar-benar mempunyai personaliti yang dapat dijadikan contoh serta tidak hanya berpura-pura baik untuk media dan publisiti.

Salah seorangnya adalah pelari pecut terkenal dunia, Usain Bolt yang terkenal bukan sahaja kerana kebolehannya tetap juga kerana dia bersifat rendah diri dan mesra dengan orang disekelilingnya. Dalam sebuah kompilasi video yang tular dengan 3 juta tontonan, lelaki terpantas di dunia itu dilihat membuat ramai individu gembira kerana mengambil masa untuk berinteraksi dengan mereka walaupun mereka hanya bekerja untuknya sebagai pembantu.

Dia dilihat menawarkan fist bump kepada individu-individu yang menyediakan persalinan pakaian dan air untuknya membuatkan individu-individu itu tersenyum lebar. Sikap Usain Bolt yang peramah dan mesra serta tidak sombong dengan orang biasa walaupun sebagai seorang ikon dunia membuat ramai mengkaguminya. “Perkara2 kecil tidak sekecil yang kita sangka…”. “Impak positif ke atas hidup orang lain…”. “Memberi masa dia dan membuat kenangan bermakna untuk orang lain…”

Sumber: HCL

Gembirakan Orang Lain Dan Tunaikan Hak Sesama Saudara Muslim

JIKA kamu boleh menggembirakan orang yang bersedih, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman. Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati.

Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya sesuatu yang diperlukan. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan.

Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada
yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka.

Hidup ini umpama roda dan ianya berputar. Adakala diatas dan ada kala dibawah Waktu kita berbahagia, ingatlah ada orang lain yang sedang sedih. Waktu kita senang ada yang melarat dan miskin. Terdapat hadis dari Nabi SAW ada 6 hak muslim kepada muslim yang lain.

Dari Abu Hurairah r a. berkata Bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: 1. Apabila engkau berjumpa dengannya, sampaikanlah salam 2. Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; 3. Apabila ia minta nasihat, berilah ia nasihat; 4. Apabila ia bersin dan mengucapkan “al-Hamdulillah”, ‘ maka jawablah dengan “Yarhamukallah”, 5. Apabila ia sakit, maka jenguklah; dan 6. Apabila ia menghadap ilahi, antarkan jasadnya.” (HR. Muslim)

Islam selalu mengajurkan kepada kehormatan, kemuliaan dan kedamaian kepada umatnya dan selalu mengadakan hubungan antara yang satu dengan lainnya untuk mewujudkan kasih sayang diantara mereka. Untuk menjalin hubungan antara mereka terdapat enam hal yang merupakan hak atas setiap peribadi muslim yang berpengaruh dalam kehidupan bermasyarakat, antara lain:

1. Memulai ucapan ”salam” bila berjumpa; 2. Memberi nasihat, apabila diminta baik tentang urusan duniawi maupun ukhrawi; 3. Memenuhi undangan baik secara individu mahupun jama’ah. Wajib hadir undangan jika dijemput secara khusus melainkan kita ada urusan lain tak dapat dielakkan. Sebaik-baiknya memberitahu tentang keuzuran kita. 4. Saling mendoakan apabila bersin; 5. Mengunjungi saudaranya apabila sakit. Jika kalian dapat memenuhi hajat dan keperluan orang lain di dunia ini nescaya Allah akan memudahkan urusan kalian samaada di dunia mahupun di hari akhirat- juharahman

Usain Bolt positif Covid-19 selepas berparti hari lahir ke-34

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Manusia terpantas dunia Usain Bolt disahkan positif Covid-19 selepas mengadakan sambutan hari lahir ke-34 yang turut dihadiri pemain bola sepak England Raheem Sterling dan beberapa bintang sukan. Kementerian Kesihatan Jamaica semalam berkata, pemegang rekod dunia lari pecut 100 meter dan 200 meter itu disahkan positif wabak dan sedang mengesan kontak rapat, lapor The Guardian.

Usain sebelum itu memuat naik video di media sosial, mengatakan sedang menunggu keputusan dan menggesa individu yang berhubung rapat dengannya baru-baru ini agar menjalani kuarantin. “Saya bangun tidur, dan seperti orang lain saya melayari media sosial yang mengatakan saya disahkan Covid-19.

“Saya menjalani saringan pada Sabtu. Saya cuba bertanggungjawab jadi saya akan duduk di sini demi kawan-kawan,” katanya yang menyambut hari jadi Jumaat lalu. “Saya tidak ada simptom jadi saya akan menjalani kuarantin sendiri dan menunggu pengesahan, melihat protokol dan proses kuarantin.

“Sehingga itu sesiapa yang pernah bertemu dengan saya, anda juga perlu menjalani kuarantin bagi memastikan keadaan selamat.”  Bolt, juara lapan kali Olimpik sebelum bersara pada 2017, memegang rekod dengan catatan masa 9.58 saat pada jarak 100 meter dan 200 meter dalam masa 19.19 saat. Video dari media sosial menunjukkan Usain berparti dan menari dengan orang ramai, kebanyakan mereka tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakan fizikal.

Jamaica, berpenduduk sekitar tiga juta, setakat ini mempunyai jumlah 1,413 kes Covid-19 dengan 16 pemergian. Sementara itu, jurucakap Manchester City turut mengesahkan pemainnya Sterling berada di parti Usain, selain pemain sayap Bayer Leverkusen Leon Bailey dan pemain kriket Chris Gayle, dan kini masih berada di Jamaica.

Ikut Contoh Terbaik Idola Anda – Usain Bolt

Sebelum ini, Usain Bolt pernah beri nasihat kepada orang ramai. “Ikut contoh terbaik idola anda.” Itu nasihat Manusia Terpantas Dunia, Usain Bolt yang turut mempunyai idolanya yang menguatkan semangatnya untuk berjaya, kepada atlet muda. Bolt, dari Jamaica yang meraih kejuaraan berganda bagi acara 100 meter dan 200m pada Sukan Olimpik 2008, 2012 dan 2016, mendedahkan beliau mengagumi bekas jaguh pecut Amerika Syarikat, Michael Johnson yang meraih empat kejuaraan Olimpik.

“Saya sering mahu menjadi juara Olimpik seperti dia (Johnson) sejak dari kecil dan Johnson menjadi idola saya kerana telah meraih banyak kejayaan,” kata Bolt, 30. Beliau berkata demikian di hadapan 3,000 hadirin dalam ceramah bertajuk ‘Lightning Bolt Transformation: The Usain Bolt Code’ yang dikendalikan pengacara dan wartawan CNN International, Richard Quest, di sini Khamis.

Ceramah itu adalah sebahagian daripada program dua hari Forum Tranformasi Global yang berakhir hari ini. Bolt juga menegaskan disiplin diri adalah faktor utama yang membantu atlet untuk berjaya. “Ia bukan perjalanan yang mudah untuk saya berada di kedudukan sekarang.

Banyak yang terpaksa dilepaskan termasuk melupakan hasrat berkumpul bersama rakan lain. “Namun saya gembira mendapat sokongan daripada keluarga dalam olahraga,” kata juara Olimpik dan dunia itu. Bolt yang memegang rekod dunia acara 100 dan 200m turut mendedahkan bahawa beliau adalah pemain kriket ketika remaja sebelum bapanya menyedari potensi yang ada padanya untuk menjadi pelari pecut yang baik.-Mstar

‘Bingung’ lepas pecah rekod dunia Usain Bolt

LONDON: Kejayaan atlet pecut Amerika Syarikat (AS), Noah Lyles yang berjaya memecahkan rekod dunia milik Usain Bolt dalam acara 200 meter tidak bertahan lama apabila penganjur mengakui dia diletakkan di tempat permulaan yang salah. Terdahulu, Lyles merekodkan kepantasan 18.91 saat (s) pada Sukan Inspirasi di Florida, catatan yang mampu memadam rekod dunia bintang sensasi Jamaica, Bolt yang merakam 19.19s pada 2009.

Bagaimanapun, disebabkan catatan terbaik Lyles sebelum ini hanya 19.50s, atlet itu sendiri tidak percaya dia mampu merakam masa terpantas seperti yang dicatatkan itu dan ia jelas dapat dilihat menerusi riak wajahnya yang ‘bingung’ sebaik melepasi garisan penamat. Beberapa minit kemudian, Lyles mendapat tahu yang dia bermula di tempat permulaan yang salah dan hanya menamatkan larian sejauh 185m, bukannya 200m.

“Anda tidak boleh bermain emosi saya seperti ini. Meletakkan saya di tempat yang salah,” kata Lyles menerusi ciapan di Twitter miliknya. Pengulas BBC, Steve Cram terkejut ketika masa yang dicatatkan di paparkan di skrin apabila mengatakan ia tidak mungkin benar dengan dia turut ketawa. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *