Siapa sahaja yang taknak anak. Achey dan isterinya tekad mahu jalani rawatan ini sebagai satu alternatif setelah lama mendirikan rumah tangga bersama.

artis Hiburan selebriti

Pelawak Achey memberitahu bahawa dia mahu menjalani rawatan kesuburan menerusi proses ujian persenyawaan in vitro (IVF) bersama isteri, Nor Hasanah Yahaya sebagai salah satu usaha untuk menimang cahaya mata sendiri.

Bagaimanapun, kata Achey, hasrat tersebut masih belum lagi tertunai sejak mula dirancang pada penghujung tahun lalu. “Awal bulan Disember tahun lalu, saya dan isteri memang ada rancang nak buat IVF. Cuma memikirkan mungkin banyak program komedi pada hujung tahun, perancangan itu agak susah kerana nak buat proses tersebut tak boleh stres.

“Sepatutnya bulan Jun lepas, tapi tuntutan kerja dan pandemik Covid-19 pula. Insya-Allah mungkin dalam tahun ini juga, kalau boleh secepat mungkin. Orang rumah pun kalau boleh nak anak dari rahim sendiri juga ,” katanya kepada Gempak. Menurut Achey, dia dan isteri memang mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas mengambil anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia dua tahun.

Pada masa sama, katanya, dia tidak kisah sekiranya ada rezeki untuk mengambil anak angkat lagi. “Kalau ada dapat seorang anak angkat (ambil) sahajalah dulu. “Tak kisah sebenarnya kalau tambah anak angkat lagi. Bila dah ada seorang jadi seronok. Cuma, kalau boleh nak puas jaga sampai umurnya tiga tahun. Mungkin tambah seorang anak lelaki pula.

“Cuma, sebelum nak ambil tu, saya kena fikirkan dalam ahli keluarga saya ada tak yang boleh jadi ibu susuan untuknya,” katanya. Sebelum ini, Achey pernah memaklumkan isterinya mengalami masalah dalam memberi penyusuan badan kepada anak angkatnya. Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011.  

Sumber: Gempak

Takut ada hati yang terluka. Tergamam bila Bella Astilah sendiri bagi peringatan kepada pihak yang asyik bertanyakan isu sensitif kepada pasangan yang tiada zuriat lagi.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberi peringatan kepada segelintir pihak yang suka bertanyakan soal anak kepada pasangan yang belum mempunyai zuriat supaya menjadi lebih sensitif dan peka. Menurut Bella, 26, seeloknya hanya mendoakan kerana khuatir topik itu mungkin telah melukai hati tanpa disedari.

“Orang luar pun kalau jumpa saudara atau kawan-kawan yang belum punya zuriat tak perlu lah tanya berulang kali takut ada hati yang terguris kerana kita tak tahu perjuangan mereka macam mana. “Doakan dalam diam adalah lebih baik. Dan hargailah kepunyaan yang kita ada terlebih dahulu.

“Sentiasa bersyukur, selebihnya serahkan kepada-Nya. “He knows best. Masa akan tiba. Trust him,” tulisnya. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Khamis lalu. Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mendoakan agar pasangan yang sedang menanti zuriat tidak berada dalam keadaan tertekan.

“Saya doakan untuk semua pasangan yang sedang berusaha dan sedang menantikan zuriat dikurniakan zuriat yang sihat dan walafiat dan comel-comel tak lama lagi. Insya-Allah. “Jangan stress. Jangan terlalu fikir sangat. Jalani hidup ini dengan ikhlas dan reda. “Jangan putus harapan, percaya dengan perancangan Allah swt,” tulisnya lagi. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.- Gempak

Ada tragedi pernah berlaku disini. Mengejutkan Achey kongsi pengalaman seramnya semasa dalam penggambaran di satu tempat ini. Ini kisah selanjutnya.

Pelawak dan pelakon, Achey aku terkejut apabila mengetahui cerita sebenar lokasi penggambaran filem Kelaster. Menurut Achey, dia terkejut sebaik sahaja diberitahu pernah terdapat kes menyeramkan itu dijumpai ditempat berkenaan. “Habis sahaja penggambaran, kita dapat tahu sebenarnya memang ada tragedi pernah berlaku di lokasi itu.

“Satu badan yang telah pergi menghadap ilahi telah dijumpai di area situ, boleh bayang tak bagaimana kami yang baru lepas shooting. “Kami pula masa penggambaran biasalah nak muat naik gambar yang kami sedang shooting di mana, kemudian bekas-bekas pelajar dan penduduk di situlah yang beritahu,” katanya. Achey berkongsi perkara itu menerusi temubual bersama Gempak TV baru-baru ini. Lokasi penggambaran Kelaster adalah di Mantin.

Selain Achey, Kelaster juga dibintangi oleh Nora Danish, Meerqeen, Amyza Aznan dan Azhan Rani.Kelaster merupakan filem komedi seram terbaharu yang telah pun ditayangkan sejak 24 September lalu. Jadi bagi yang belum menonton, jangan lupa saksikan Kelaster di pawagam rumah anda di Astro First (saluran 480).- Gempak

Setelah sekian lama dikejutkan dengan pemergian Abam. Baru baru ini Achey dan Fad Bocey memuat naik gambar bersamanya sehingga diserbu komen orang ramai disebabkan gambar tersebut. Rupanya ini yang diluahkan.

Pelakon dan kumpulan pelawak terkenal bocey yang di anggotai oleh fad achey dan arwah abam merupakan kumpulan lawak yang sering membuat kita semua tak kering gusi dengan telatah mereka. Umum sedia maklum tentang kepergian abam pada febuari lalu yang di sifatkan sangat mengejutkan dunia artis pada masa itu, pemergian beliau amat di cemburui kerana semasa hayatnya banyak bakti dan kebaikan yang beliau perbuat dalah kehidupannya,dan turut terkesan dengan pemergian itu tentunya fad dan achey yang merupakan anggota kumpulan bocey sanggat rapat dari berawal karier mereka sehingga sekarang .

Fad dan achey memuat naik video dan gambar mereka ketika Abam masih ada dan menulis caption yang sangat menyentuh hati,mereka sangat merindukan abam dan menulis kata-kata semangat buat satu sama lain. Kami pernah alami persahabatan itu…Percaya atau tidak Kami masih alaminya sehingga kini.. Antara komen warganet dan rakan-rakan artis yang turut merasakan kehilangan abam: ” Percaya pertalian persahabatan yang jujur dan setia memang akan wujud..” ” Abam mesti bangga dan dapat sahabat mcm korang”.

Teks By :Staff Video Viral

Sumber : Fad achey

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” – Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey.

PEMERGIAN mengejut Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi persemadian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. 

“Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir… maafkan aku. “Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat,” tulisnya. Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Abam di Instagram miliknya pagi Isnin. Abam menghadap ilahi di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu. “Allahhuakbar… kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *