Ramai yang sukar menerima pelaksanaan PKPB yang diumumkan secara tiba tiba. Kini Neelofa tampil beri kata kata semangat buat negeri negeri yang dikenakan PKPB baru baru ini.

artis Hiburan Info Infomaklumat ISU SEMASA

Pengacara dan usahawan, Neelofa ada memberikan kata-kata semangat buat seluruh warga Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah yang bakal menempuh sebuah lagi fasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Neelofa, meskipun keputusan ini sukar untuk diterima oleh segelintir pihak, tetapi ia merupakan langkah yang terbaik baik bagi mengendurkan penularan wabak COVID-19 yang sedang meningkat ketika ini. “Saya tahu ketika ini semua orang mempunyai perasaan yang bercampur baur tetapi ini merupakan salah satu cara terbaik bagi menangani penularan wabak COVID-19.

“Saya percaya yang kita semua hampu menghadapinya bersama. Ikutilah S.O.P dan hanya keluar rumah jika ada urusan penting sahaja. Paling penting sekali, kita jaga kita,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Next To Neelofa itu menerusi akaun Twitter.

Dalam pada itu, Neelofa turut berharap agar tempoh PKPB pada kali tidak memberi kesan yang mendalam buat seluaruh rakyat terutamanya para usahawan tempatan. Malah, bintang tersebut turut menyeru kepada orang ramai agar terus menyokong jenama tempatan. “Mendoakan dan berharap, agar PKPB kali ini tidak terlalu memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil secara khususnya dan rakyat secara amnya

“Jom kita support sesama kita. Berbelanja dengan peniaga kecil, bantu promosi. Utamakan produk tempatan!,” katanya lagi. Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pelasanaan PKPB di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini. Manakala bagi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula, tempoh PKPB akan dilaksanakan bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

Sumber: Twitter Neelofa, Media Hiburan

Bimbang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini. Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.

“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial,” katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.

“Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19. “Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian,” ujarnya.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober. Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.- Awani

Baru semalam kerajaan umumkan PKPB di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selain rentas daerah mengejutkan rupa rupanya ini aktiviti dilarang yang rakyat perlu tahu.

Situasi terkini jangkitan COVlD-19 di Malaysia difahamkan berada dalam situasi membimbangkan di mana sehingga 11 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 561 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVlD-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,657 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVlD-19 adalah 4,587 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Justeru orang ramai yang bimbang dengan keadaan itu mencadangkan agar kerajaan mengambil langkah-langkah perlu. Terkini, kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.

PKPB akan turut dilaksanakan di seluruh Sabah berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini hingga 26 Oktober ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan dibuat selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mengambil kira peningkatan kes serta penularan yang berlaku seperti di Klang, Petaling dan Gombak.

Aktiviti yang dilarang

” Antara aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti pergerakan keluar masuk atau merentas daerah adalah tidak dibenarkan. ” Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

” Selain itu, hanya dua orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup. ” Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup selain semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan. ” Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan,” katanya dalam pada sidang media, disini, hari ini.

Kegiatan ekonomi masih dibenarkan

Ismail Sabri berkata, walaubagaimanapun semua kegiatan ekonomi di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. ” Senarai prosedur Operasi Standard (SOP)lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat,” katanya.

Minggu lalu, kerajaan mengumumkan Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa 12.01 tengah malam 7 Oktober. Ismail Sabri Yaakob berkata, ia diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Menteri-Menteri, berikutan situasi semasa COVlD-19 di kawasan berkenaan.

” Pergerakan keluar masuk di ketiga-tiga kawasan PKPB itu adalah tidak dibenarkan. ” Hanya perkhidmatan perlu (Essential Service) termasuk kilang dan rantaian yang berkaitan sahaja dibenarkan. ” Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terbabit di kawasan itu,” katanya. Beliau berkata, pelaksanaan PKPB bertujuan membendung jangkitan dan penularan COVlD-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan.

Terkini institusi pendidikan di tempat tempat PKPB akan ditutup mulai tarikh ini sehingga 26 Oktober. Ini kenyataan selanjutnya mengenai penutupan institusi pendidikan oleh KPM.

KUALA LUMPUR: Kesemua lebih 2,700 institusi pendidikan berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM) di Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Sabah akan ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Institusi pendidikan terbabit di Sabah akan ditutup mulai harini hingga 26 Oktober ini, manakala di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pula bermula esok hingga 27 Oktober. Menurut KPM dalam satu kenyataan, hari ini, penutupan membabitkan kira-kira 1.7 juta murid dan pelajar itu meliputi TADIKA, sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah swasta, kolej vokasional, kolej matrikulasi serta institut pendidikan guru (IPG).

“Keputusan ini akan membabitkan sebanyak 1,336 institusi dengan 511,349 murid dan pelajar di Sabah, termasuk institusi yang sudah ditutup di daerah dikenakan PKPB sebelum ini. “Selain itu, 1,088 institusi pendidikan membabitkan 935,984 murid dan pelajar di Selangor, termasuk sekolah di mukim Klang serta Petaling yang telah ditutup lebih awal.

“Penutupan ini juga membabitkan 344 institusi pendidikan dengan 254,639 murid dan pelajar di Kuala Lumpur; serta 29 institusi pendidikan bersama 31,917 murid dan pelajar di Putrajaya,” katanya. Berikutan penutupan itu turut membabitkan institusi pendidikan yang mempunyai asrama, menurut kenyataan berkenaan, ibu bapa atau penjaga boleh mengambil murid atau pelajar terbabit untuk pulang.

Bagaimanapun, katanya, murid atau pelajar yang menunggu diambil ibu bapa atau yang ingin terus kekal berada di asrama sepanjang tempoh penutupan itu, akan berada bawah penjagaan warden asrama. “Keperluan makan dan minum murid atau pelajar sepanjang tempoh berkenaan akan disediakan oleh pihak institusi pendidikan.

“Bagi ibu bapa atau penjaga yang hanya dapat mengambil murid atau pelajar dari asrama ketika tempoh PKPB, mereka perlu memaklumkan kepada pihak institusi pendidikan dan seterusnya, pentadbir akan mengeluarkan surat kepada ibu bapa atau penjaga berkenaan. “Ini adalah sebagai rujukan kepada pihak berkuasa jika mereka perlu merentas daerah untuk mengambil murid atau pelajar pulang dari asrama,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang perlu menduduki peperiksaan antarabangsa seperti yang telah dijadualkan sepanjang tempoh PKPB pula hendaklah mendapatkan surat daripada sekolah masing-masing untuk menghadiri peperiksaan.

“Pembelajaran bagi murid dan pelajar sepanjang tempoh penutupan juga perlu diberi perhatian. “Justeru, pentadbir institusi pendidikan diarah memastikan guru atau pensyarah serta murid atau pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.-BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *