Ramai takut menggunakan pengangkutan awam disebabkan takut penularan wabak covid 19. Oleh itu ini penjelasan mengenai penggunaan pengangkutan awam ketika musim covid 19 sekarang.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA tips Viral

Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun ini, masyarakat dinasihatkan untuk tidak disarankan untuk berkumpul dan bersesak-sesak terutamanya di tempat awam. Hal ini menyebabkan pengguna tetap pengangkutan awam lebih cenderung merasa takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana sering berada dalam situasi sesak dan padat dengan para penumpang. Tambahan pula, angka kes jangkitan kebelakangan kembali mencecah tiga angka semamangnya merisaukan rakyat Malaysia.

Ramai gusar, lebih rela memandu sendiri…. Tak dinafikan, sebenarnya majoriti rakyat Malaysia terutama yang menetap di Ibu Kota masih lagi dibelenggu kegusaran untuk menaiki pengankutan awam, tatkala dunia masih berjuang dengan wabak pandemik ini.

Disebabkan itu, ramai dilihat mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan menaiki kenderaan untuk menjaga keselamatan kendiri. Sejak penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia pada awal tahun ini, masyarakat dinasihatkan untuk tidak disarankan untuk berkumpul dan bersesak-sesak terutamanya di tempat awam.

Hal ini menyebabkan pengguna tetap pengangkutan awam lebih cenderung merasa takut untuk menggunakan perkhidmatan tersebut kerana sering berada dalam situasi sesak dan padat dengan para penumpang. Tambahan pula, angka kes jangkitan kebelakangan kembali mencecah tiga angka semamangnya merisaukan rakyat Malaysia.

Sebenarnya tak perlu risau pun sebab… Kalau nak tahu, kebarangkalian yang bermain di fikiran mungkin dapat dielakkan jika semua pihak memainkan peranan mereka dengan telus dan serius! Pengguna pengagkutan awam dinasihatkan untuk tidak perlu bimbang menggunakan perkhidmatan berkenaan kerana sistem kebersihan sudah dipertingkatkan secara menyeluruh.

Susulan penularan COVID-19, penyedia pengangkutan awam mengambil langkah pencegahan melalui kawalan kebersihan secara berkala bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna. Kerja-kerja pembersihan dan nyahkuman dilakukan lebih kerap termasuklah di eskalator, lif dan kaunter tiket yang menjadi tempat tumpuan awam.

Hidup Norma Baharu, semua diwajibkan pakai mask! Untuk pengetahuan, mulai 1 Ogos 2020 pelitup separuh muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum, dengan orang ramai. Boleh dikenakan denda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988), sekiranya ada individu didapati gagal membuat sedemikian.

Amalankan langkah pencegahan kendiri. Walaupun sudah dilaksanakan pelbagai cara demi keselamatan penumpang, indiviu dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan yang mudah dan perlu diamalkan ketika berada di dalam pengangkutan awam. Senang je! Cuba tengok ni…

Tak kisahlah korang naik train, Monorel, Mrt, Brt, Bas atau e-hailing sekalipun, jadikan pembudayaan norma baharu serta langkah pencegahan sebagai satu kebiasaan ketika berada di luar. Hanya melaksanakan beberapa langkah mudah, ia mampu menyelamatkan nyawa kita semua. Mulai hari ini, kitalah wira negara. Kita semua frontliner!

Sumber: OhMyMedia

Selangor catat kadar kebolehjangkitan lebih tinggi berbanding Sabah. Tan Sri dr Noor Hisham dedahkan punca Covid-19 berpotensi merebak lebih cepat di Selangor dan harap rakyat ambil berat dengan isu ini

KUALA LUMPUR – Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) 1.95 lebih tinggi daripada Sabah, berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes. Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia mengambil kira magnitud perubahan dan menunjukkan peningkatan risiko wabak yang lebih besar di negeri itu, sekiranya langkah-langkah pencegahan kesihatan awam tidak diambil.

“Nilai Rt di Sabah telah stabil walaupun masih berada pada tahap 1.29 semalam. Keadaan ini masih merisaukan kerana ia melibatkan bilang kes-kes baharu yang tinggi. “Nilai Rt mungkin akan meningkat, jika kita tidak mengambil langkah-langkah intervensi kesihatan awam yang optima,” katanya menerusi status yang dimuat naik di Facebook hari ini.

Sementara itu, nilai Rt di Kedah menurun lebih besar daripada satu (> 1) kepada 0.65 dan ia sejajar dengan kadar penurunan kes di negeri itu yang merekodkan hanya dua kes dalam tempoh empat hari. Dr Noor Hisham berkata, keadaan itu menggambarkan pematuhan terhadap prosedur operasi standard yang ditetapkan. Sehubungan itu beliau mengingatkan adalah penting untuk semua rakyat Malaysia terus mematuhi SOP serta langkah-langkah yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini. -Bernama

Dikhuatiri pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menyebabkan ekonomi terjejas. Ini jawapan Dr Noor Hisham mengenai perkara itu.

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh memastikan ekonomi dan rantaian bekalan negara tidak terjejas di tengah-tengah penularan wabak COVID-19 ketika ini. Pada masa sama, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kawalan dan sekatan dikenakan ke atas sektor pendidikan dan sosial.

“PKPB membenarkan ekonomi dan rantaian bekalan diteruskan tanpa gangguan. Namun, akan adanya kawalan ke atas sektor pendidikan dan sosial,” katanya dalam status yang dimuat naik di media sosialnya awal pagi ini.Beliau turut menyifatkan usaha mengimbangi kesihatan dan ekonomi merupakan satu tugas yang mencabar.

“Ia merupakan satu cabaran untuk melindungi dan mengimbangi antara kesihatan dan ekonomi daripada kesan COVID-19. “Hilangnya keseimbangan bermakna hilangnya nyawa dan hilangnya mata pencarian,” ujarnya.

Pada Isnin, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKPB di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor berkuat kuasa pukul 12.01 tengah malam, 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober. Dr Noor Hisham menjelaskan, pelaksanaan PKPB di seluruh Lembah Klang adalah berikutan kawasan itu merekodkan kes baharu secara berselerak.- Awani

Kes masih kekal 3 angka. Mengejutkan terkini PKPB di seluruh Selangor Kuala lumpur dan Putrajaya bermula 14 oktober ni.

Majlis Keselamatan Negara hari ini telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa 12.00 tengah malam pada 14 Oktober ini. 

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ia diadakan atas saranan Kementerian Kesihatan Malaysia berikutan peningkatan kes di negeri-negeri berikut. SOP dan informasi berkaitan PKPB ini menurutnya akan menyusul tidak lama lagi.

PKPB tetap dilaksankan walaupun bilangan kes kurang dari 100. Akhirnya Dr Noor Hisham bongkarkan punca tindakan drastik laksankan PKPB di Selangor Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Semalam, jumlah kes di Selangor telah membuat peningkatan mendadak mencecah hampir 3 kali ganda dengan jumlah sebanyak 69 kes berbanding 26 pada hari sebelumnya. Ekoran ini, pada sidang media semalam, Dato’ Sri Ismail Sabri telah memberitahu bahawa mulai 14 Oktober, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sabah, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sejurus selepas pengumuman tersebut, ramai warganet meluahkan rasa terkejut dengan tindakan ini dan menganggap ia sebagai satu keputusan drastik yang dibuat oleh kerajaan. Dalam sidang media perkembangan kes oleh Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam, beliau menjawab soalan dari media mengenai perkara ini.

Katanya, faktor utama PKPB perlu dijalankan bukannya hanya kerana bilangan kes makin meningkat, tapi kes makin berselerak dalam komuniti, ini menjadikan PKP Diperketatkan secara bersasar tidak lagi efektif.

“Bagi kawasan Lembah Klang (Selangor, KL dan Putrajaya) walaupun bilangan kes direkodkan setiap hari kurang dari 100 kes, tapi ia secara konsisten merekodkan kes baru setiap hari dan mula menular di semua daerah kecuali Sabak Bernam.

“Kita tidak lagi boleh untuk hanya melihat dan menunggu zon-zon kuning menjadi merah untuk melaksanakan perintah-perintah kawalan seperti PKPB atau PKPD. “(Kita) bukan hanya sekadar (perlu) melihat bilangan kes positif tetapi juga corak penularan jangkitan tersebut di dalam negeri.”

Oleh itu, pendekatan yang terbaik untuk memutuskan rangkaian penularan adalah dengan melaksanakan PKPB di seluruh negeri suapa penularan jangkitan rentas daerah atau negeri dapat dikawal dan dibendung dengan lebih berkesan.” Walaupun kita tahu benda ni bukan sepenuhnya salah kita, nak tak nak kita tetap perlu bekerjasama untuk sekali lagi melandaikan lengkungan di negara ini. P.s: Jangan panic buying please, boleh je keluar beli barang masa PKPB ye…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *