Dapat isteri yang mulia budi pekertinya tapi terpaksa berpisah gara gara sesuatu ini. Akhirnya kantoi juga perbuatan suaminya selepas isterinya dapat tau sorokkan sesuatu.

kisah rumah tangga Kisah Rumahtangga

Assalamualaikum w.b.t. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Pertama sekali saya ingin memohon maaf setulus hati kepada isteri saya yang mungkin sekarang ini takkan menerima saya semula. Saya adalah suami kepada seorang isteri yg sungguh mulia budi pekertinya. Rabu adalah hari dimana kami mungkin akan berpisah. Usia perkahwinan kami sudah mencecah 5 tahun dan kami belum dikurniakan cahaya mata.

Saya telah beberapa kali mengkhinati kepercayaan nya. Hingga lah baru2 ni kantoi lg dan akhirnya dia nekad ingin berpisah. Sepanjang perkahwinan kami hingga lah hari ini, saya sangat mencintainya dan saya tak pernah ada apa2 perasaan cinta kepada wanita lain selain dia.

Saya menggunakan anugerah Allah (wajah yang boleh di katakan kacak. Maaf saya bukan berniat riak.) untuk menarik perhatian wanita dan mengambil kesempatan untuk mendaptkan wang. Dari awal perkahwinan hingga lah skrg, saya pernah berzin* atau melakukan body contact dgn mana2 wanita utk mendapatkan wang.

Baru2 ni kantoi bhwa sy berjumpa wanita lain (dgn niat yg sama) di dalam whatsapp di hp spare. Hp itu skrg berada di tangan isteri saya dan semua chat masih ada di dalam. Saya mengenali wanita itu melalui aplikasi bigo. Saya ingin tegaskan tiada apa2 berlaku antara kami dan ini berlaku pada siang hari bukan di malam hari.

Even d bigo saya mengakui saya single bila ada yg tnya. Hanya utk mndptkan reward dari situ. Tp saya tak beri harapan pada mereka even saya mengaku single dengan alasan saya tak mampu nak bercinta lagi sebab saya memang hanya mencintai isteri saya. Serba sedikit megenai saya. Saya menanggung hutang yang sangat tinggi. Itu lah yg mendorong saya untuk membuat pilhan itu. Saya sangat berharap untuk menyelamatkan rumah tangga kami dan membimbing beliau ke jalan Allah.

Kepada isteriku, perhatikan chat dalam whatsapp tu. Jika betul abang ingin menduakan, pasti ada chat2 lanjutan yg berbaur percintaan dalam tu. Abang mintak maaf syg. Maaf sbb abang selalu tak ambil peduli bila sayang mengajak beribadat. Maaf kerana abg leka main game bila mana sayang mahukan belaian. Maaf sebab abang tak mampu bawa ayg melancong sperti suami2 yg lain. Maaf sbb abg xmampu belikan sayang barang kemas yang sayang inginkan tu.

Maaf sbb abang bukan suami yang terbaik untuk sayang walaupunn sayang katakan sebgitu pada segelintir kawan sayang. Andai hari ini adalah hari terakhir kita sebagai suami isteri, abang mendoakan yang terbaik untuk sayang. Andai masih ada peluang terakhir, abg berjanji kpd Allah abg akan membimbing sayang mengejar kebahagiaan akhirat inshaallah.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

Jadi isteri nombor dua. Isteri pertama siap suruh kahwin lagi satu tapi lain pula jadinya bila terbongkar suami dia ada isteri lain. Akhirnya ini keputusan yang dibuat oleh isteri kedua

Sebelum saya mula kisah saya, saya faham sekiranya warganet nak kritik saya ke apa. Untuk makluman saya merupakan isteri kedua. Cadangnya saya ingin menceritakan kisah saya untuk dijadikan pengajaran buat anda semua. Ceritanya bermula sebelum kami bernikah. Isteri pertama dia selalu menyuruh suami kahwin lagi(suami siap tunjuk bukti menunjuk melalui wasap antara dia dengan madu saya) tak tahukah kalau wasap madu saya tu cuma menguji ke apa.

Nak dijadikan cerita, madu saya ni jenis kasr bahasanya,kalau berbalah dengan suami, dia akan membahasakan aku hang dengan suami. Keluar ayat yang tak elok pun selalu juga.Dia juga pernah kata “abang kawin la lagi bole jaga abang kat sana. Ayang sibuk ni dengan anak anak”dia juga berkata yang dia tak kisah kalau tak dapat bersama selama sebulan. Sebab dia sibuk dengan anak anak dan demi Allah saya tidak berbohong.

saya lihat wasap tu bila suami tunjuk kepada saya. pernah suatu kali (masa ni kami sudah bernikah) suami terbawa balik seluar dalam saya ke rumah madu terus madu saya snap gambar seluar dalam saya dan bertnya pada suami ini seluar dalam siapa? Aku tunjuk isyarat good dekat suami!

Masa itu madu tidak tahu yang kami sudah bernikah. suami kata tidak tahu. dan madu membalas “seluar dalam bini muda abang kot nohh” dan dia simpan seluar dalam saya lipat dengan elok sampai la suami saya ambil seluar dalam saya bawak balik bagi kat saya. dalam wasap tu juga madu mengatakn “kalau abang ade isteri jaga la dia baik baik macam mana bagi jaga ayang” cari lah isteri yang lemah lembut yang bole jage abang kat sana. ayang ni kasaq. asal kan abang berlaku adil ayang bole terima”

Demi allah .. Saya tidak berbohong. wasap tu suami tunjuk dekat saya. suami jugak pernah bagi hint dekat madu yang bercerita pasal poligami dengan pak saudara. madu buat tak kisah saja. tetapi bila madu dapat tau yang dia betoi2 dapat madu. dia dok marah saya kata btina jalng. btina sndal. bbi sndol apa semua. post kat fb kata2 macam2 dekat saya satu keturunan.

Saya tak pernah nak suruh suami berpisah dengan dia atau mintak nafkah yang bukan2. madu dok post kat fb kata yang saya ni permpas pmusnah rumah tangga orang. padahal suami berlaku adil setiap dua hari bergilir2. madu pun la Ni pindah rumah yang lebih besar semi dan yang lengkap semua ada. saya hanya duduk rumah flat yang bilik cuma ada dua. alhamdulillah saya bersyukur.

Madu jugak dapat nafkah setiap kali balik sana suami akan bagi rm2-3 ratus. saya cuma rm100 utk sebulan sja . alhamdulillah .. Saya terima dan bersyukur. dan saya tak pernah cmburu atau dngki. saya tau taraf saya. saya sebelum nikah dengan suami, saya adalah janda. bekas suami yang lama kaki pu kul. dan kami berpisah sebab saya minta fasakh.

sekarang ni hubungan saya dengan suami jadi panas. bila dekat asyik berbalah bila jauh jadi rindu. selalu saya mintak berpisah sebab kadang2 meluat tengok muka suami. kawan ada suruh pergi berubat. ya. ada orang hantar bagi kami suami isteri panas. Suka berbalah. saya tak tau la sapa yang hantar dan saya tak nak ambil tau. sekarang ni hubungan kami goyah. tak apa la kalo setakat ini saja.

Mungkin kehadiran saya menambahkn lagi hubungan madu dengan suami lebih erat bila berpisah dengan saya nt. rezeki suami pun alhamdulillah bole beli macam2 bagi madu anak beranak. (madu saya ada anak 4) madu tidak berkerja. daripada dulu suami sesak la ni rezeki sentiasa cukop. saya bukan nak kata saya ni baik atau nk di puji baik. saya redha andai ini kesudahan nya. sebab isteri kedua ni cakap macam mana pun orang akan mengata juga.

Tapi memang apa yang saya lihat. sejak suami nikah dengan saya. madu dapat terlebih cukop dri sebelum nya. saya tumpang gembira. tak apa la. sekarang ni pun madu dah banyak berubah. dari dulu tak makan jamu la ni dah makan jamu joging semua. berubah untuk pikat suami tu baik. untuk kebahagiaan bersama.

Abang .. Andai kehadiran sayang dalam hidup abang membuat hubungan abang dengan r menjadii lebih erat. sayang mengucap syukur kepada ilahi dan sayang tak kisah orang nak mengata apa saja tentang sayang. hanya allah taala yang tahu tentang kita. tentang semua ni. buat madu ku r .. Saya mendoakan kebahagiaan selalu. semoga menjadi isteri solehah. amiinnnn.-ctto

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *