Ada yang menganggap Faezah Elai perlekehkan golongan ini. Akhirnya Faezah Elai tampil beri penjelasan setelah ada pihak yang salah faham dengan kenyataannya.

selebriti

Baru-baru ini pelakon, Faezah Elai telah dijemput untuk menjadi tetamu undangan di saluran Youtube penyanyi, Zarul Umbrella bagi berkongsi pengalamannya sepanjang bergelar pramugari satu ketika dahulu. Bagaimanapun, perbualan di antara Faezah bersama Zarul telah pun disalah ertikan segelintir pihak yang menganggap mereka seolah-olah memperlekehkan golongan tertentu. Tidak mahu isu dibiar berpanjangan, Faezah tampil untuk menjelas mengenai kekeliruan tersebut.

“Dalam video interview saya bersama dengan @zarulumbrella tentang life when i was a cabin crew, ada saya sebut jika anda ada masters or PhD tapi tak pernah travel compare orang yang mungkin hanya ada SPM tapi selalu travel especially solo traveller, experience diorang ni lebih banyak and they are more open and wiser.

“Tak semua orang mampu belajar sampai degree, sometimes bukan sebab duit, tapi tak semua orang mampu untuk duduk dan membaca buku. Ada yang suka kutip ilmu melalui jumpa pelbagai orang, culture and religion. “Saya tak cakap jangan belajar masuk universiti, sebab saya pon belajar sampai universiti.

“Alhamdulillah dapat peluang untuk lihat ciptaan Allah di luar, belajar tentang sabar bila kena kritik, belajar tentang erti syukur, bila kena serve orang makan, belajar sedar diri, kita tak hebat mana pon walau ketika tu, gaji 8 ke 10k sebulan,” tulisnya. Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Tanda Putera itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Faezah turut mengingatkan semua pihak agar menghormati kerjaya orang lain jika mahu dipandang tinggi. “So Alia Suid, since you dah block i, my advice is, if your degree buat you jadi arrogant, and takde adab, biar lah bod*h. Semalamku, U are a father and how are u gonna teach your children about ‘Adab’ when u dont even have one.

“Hormat lah perkerjaan orang lain walaupon cuci jamban, sebab hati dan iman dia mungkin jauh lebih mulia daripada kita yang kononnya rasa pandai tapi takde adab. Sendiri mau ingat. #selfreminder jugak. “But if my words hurt anyone then i truly apologize.

P/S : Dak lani apa masalah dengan cuci jamban ni? Hang tak penah cuci jamban ka? Habis siapa dok cuci jamban rumah hang? I dont post this untuk ampa kritik dia na. “Tapi untuk semua, sebab kadang-kadang kita selalu rasa diri kita hebat, walau hakikatnya kita yg buta peghot. Alhamdulillah dapat laki yang suka travel jugak walau fly 3 tahun. 3 years is more then enough,” katanya lagi.

Sumber: Media Hiburan

Kesal dengan perspektif orang ramai sehingga dituduh sesuatu. Kini Faezah Elai luahkan sesuatu kepada orang ramai sebagai seorang ibu tiri.

KUALA LUMPUR: Bergelar ibu tiri bukan satu tanggungjawab yang mudah, silap percaturan boleh dipersalahkan dan dilemparkan pelbagai tuduhan. Pelakon, Faezah Elai yang menjaga tiga anak tiri seperti darah dagingnya sendiri berkata, status sebagai ibu tiri mudah disalah tafsir.

“Jika berlaku sesuatu tak elok, ibu tiri sering dipersalahkan. Masyarakat anggap duduk dengan ibu tiri, tidak sama dengan ibu kandung. Tentunya anak tertekan berdepan dengan ibu tiri. “Namun, jika anak dididik dengan baik dan berjaya, penghargaan serta pujian akan diberikan kepada ibu kandung. Jadi wujud kononnya ibu tunggal masih mampu mendidik anak. Hakikatnya, anak tinggal dengan ibu tiri,” katanya kepada BH Online.

Faezah atau nama sebenar, Noor Faezah Md Elai mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Heykal Hanafiah pada September 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, malah tiga anak tiri menerusi perkahwinan Heykal terdahulu turut tinggal bersama.

Bagi Faezah, dia berharap senario sebegitu tidak boleh lagi diguna pakai. “Mentaliti jenis apa ini? Ini bukan zaman watak dongeng, Cinderella yang dianiayai ibu tiri. Sekarang sudah 2020. Saya tidak terkejut mendengar kisah anak tiri yang berbuat buruk kepada ibu tiri,” katanya.

Bagaimanapun, Faezah berkata, luahan hatinya tiada kaitan dengan kehidupan realitinya. “Saya bersyukur memiliki tiga tiri yang baik dan memahami. Saya menjaga mereka sejak berkahwin dengan suami. “Saya cukup menjaga sensitiviti dan perasaan ibu kandung mereka. Sebab itu, saya tidak berkongsi mengenai anak tiri kerana bimbang akan mengguris perasaan ibu mereka.

“Ibu tiri juga layak dihormati seperti ibu kandung. Ibu tiri mencurah kasih sayang, masa dan tenaga untuk bukan darah daging mereka. “Jadi, kepada semua ibu kandung, jika anak anda disayangi ibu tiri, kalian cukup bertuah. Nasihat pada anak, tak salah menyayangi ibu atau bapa tiri. Bukan menghasut anak untuk membenci keluarga tiri yang menjaga mereka.

Kena ingat, ibu kandung tak memikul tanggungjawab menjaga dan mendidik anak,” katanya. Katanya, jaga anak dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan jika bergelar ibu atau bapa tiri. “Buatlah dengan ikhlas. Jika terlalu mengharap akan berakhir dengan kekecewaan,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Bukan mudah untuk jadi ibu tiri. Faezah Elai beri nasihat kepada ibu tiri di luar sana dan pengalaman dia sepanjang menjadi ibu tiri

TUGAS seorang ibu tiri tidak mudah seperti disangka, perkara itu diluahkan pelakon Faezah Elai yang kesal dengan mentaliti segelintir masyarakat yang sering memandang ser0ng status berkenaan.
Faezah yang menjaga tiga anak tiri daripada perkahwinan pertama suaminya pengarah Heykal Hanifah memberitahu golongan mereka berhak mendapat penghormatan seperti mana ibu kandung.

“Jadi ibu tiri bukan satu kerja yang mudah, sering disalah erti oleh masyarakat, peranan hanya dihargai segelintir pihak.Faezah meluahkan perasaannya di IG pada Isnin.”Jika sesuatu berlaku pada anak tiri, kamu akan disalahkan. Orang akan cakap duduk dengan mak tiri macam itu la… mana sama duduk dengan mak sendiri. Mesti stres dengan mak tiri la tu.”Tapi jika mereka berjaya kredit diberikan kepada ibu kandung. Apa jenis mentaliti macam ni, ini bukan zaman Cinderella mak tiri buat naya kat anak tiri,” tulisnya.

Jadi ibu tiri bukan satu kerja mudah!

Dalam pada itu, Faezah atau nama sebenarnya Nor Faezah Md Elai, 37, berkata, apa yang diperkatakan itu bukan terjadi kepada keluarganya.Malah, tambahnya, dia menghormati perasaan ibu kandung kepada anak-anak tirinya dan tidak pernah bercerita apa-apa yang boleh mengundang perkara tidak baik.

“Saya bukan cakap pasal hidup saya, saya bersyukur dikurniakan tiga orang anak tiri yang memahami. Ya, saya jaga mereka selepas saya berkahwin.”Saya sangat menghormati perasaan ibu mereka dan kerana itu saya tidak pernah berkongsi pendapat tentang anak tiri saya kerana bimbang ibu mereka akan marah dengan mereka,” ujarnya.

Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi ini turut menasihatkan golongan ibu yang mempunyai anak dijaga oleh ibu tiri mereka agar tidak menanamkan sikap benci dalam diri kanak-kanak itu.Faezah kesal mentaliti masyarakat terhadap status ibu tiri.“Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama diterima oleh seorang ibu, mereka mencurahkan seluruh masa, tenaga dan kasih sayang kepada anak yang tidak mereka lahirkan.

“Oleh itu, kepada semua ibu, sekiranya anak-anak anda mempunyai ibu tiri yang menjaga mereka, anda adalah seorang ibu yang bertuah!”Free your children from loyalty… beritahu mereka perlu mencintai ibu bapa tiri mereka dan bukan cucuk anak suruh bnci tapi hang tak bela anak hang, mak tiri yang bela”Faezah berkahwin dengan Heykal pada 9 Setember 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Dealova Heyrinna, 7 dan Aurora Heyrinna, 4 tahun.Faezah turut menjaga tiga anak tirinya iaitu Luqman Hakim, 20, Sarah, 18, dan Luq Adam, 10.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *