Suka longgok sampah depan rumah sampai ada yang anggap tak betul. Akhirnya terjawab punca pesara guru ini berbuat demikian

berita

baru baru ini,kisah seorang pesara guru yang mengumpul timbunan sampah di kediaman di Simpang Pulai telah meraih perhatian ramai. Dikatakan Chung sering dilihat berbasikal hingga lewat malam mengutip sampah dari premis berhampiran yang kemudian dibawa pulang.Malah sesetengah pihak mendakwa wanita itu terpaksa memanjat longgokan sampah di halaman untuk masuk ke dalam rumahnya.

Rupanya pesara guru ini normal dan tiada masalah mntaI.Sementara laporan terkini mengatakan pesara guru itu didapati normal dan tidak mempunyai masalah mntaI, susulan ujian saringan kesihatan terhadapnya.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar, dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, sebaliknya pesara guru yang dikenali sebagai Cikgu Chung hanya mempunyai tabiat atau rutin kebiasaan mengumpul dan melonggok sampah di dalam kawasan rumahnya.

Katanya, pegawai kesihatan dan pasukan unit Kesihatan Daerah Kinta hari ini memberi fokus melakukan pemeriksaan tentang keadaan kesihatan dari segi mntaI dan fizikal.” Daripada aspek mntaI, kita sudah melakukan Ujian saringan Stress, Kebimbangan dan Kemurungan (DASS) dan daripada beberapa ujian lain yang juga dibuat, menunjukkan Cikgu dalam keadaan normal.

” Pakar psikiatri yang kita bawa bersama (mendapati) ini mungkin disebabkan oleh tabiat atau rutin kebiasaanya,”Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau keadaan terkini kediaman berkenaan bersama Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin di sini hari ini.

Ahmad Saidi berkata, malah ujian kesihatan yang lain juga mendapati dia tidak memiliki penyakit teruk mahupun sebarang pnyakit lain.” Kita sudah memeriksa di sini bukan kawasan wabak atau kawasan panas dan pihak kesihatan juga sudah melakukan sanitasi di kawasan rumah Cikgu untuk memastikan keadaan kawasan bersih,” katanya.

Sementara itu,Dr Wan Norashikin pula berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat memang sudah memulakan sesi kaunseling secara berkala sejak lawatan hari pertama sebelum ini.” Sebelum ini kita sudah datang mengadakan beberapa sesi kaunseling dan selepas ini kita akan sentiasa memantau keadaannya sehingga betul-betul pulih.

” Hari ini kita datang dan melihat ada perubahan, cikgu memang masih lagi mengutip sampah berkenaan tetapi kali ini dia tidak memunggahnya di rumah tetapi membawanya ke pusat kitar semula berdekatan untuk dilonggokkan dan diasingkan,” katanya. Beliau berkata, pusat kitar semula itu juga sudah menyediakan ruang agar Cikgu Chung bukan sahaja dapat mengasingkan sampah yang baru dibawa tetapi yang sudah dibawakan ke situ.

Sebelum ini, media melaporkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengambil tindakan mhkamah ke atas seorang pesara guru yang tinggal di dalam timbunan sampah di rumahnya di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini.Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dilaporkan berkata, pihaknya menerima aduan mengenai tindakan individu tersebut menyimpan sampah di rumahnya sejak tahun 2017 lagi.-ctto

Sanggup Berjalan 10km Setiap Hari. Budak Ini Nekad Jadi Maskot Cari Rezeki Untuk Keluarga Sehinggakan Terus Raih Perhatian Masyarakat Malaysia

Demi memenuhi keperluan hidup, terdapat segelintir kanak-kanak terpaksa meng0rbankan zaman kecil dengan mencari rezeki untuk menyara keluarga.Itu pengrbanan dilakukan seorang budak lelaki dikenali sebagai Rehan yang rela memakai kostum maskot di jalanan dengan berjalan sejauh 10 kilometer setiap hari.

Kisah Rehan tular setelah dikongsi pengguna laman Instagram @rhmadii_ atau Rahmadi yang menceritakan kehidupan seharian sebagai penghibur jalanan.Budak tersebut perlu bangun seawal pagi bagi menghiburkan orang awam di pinggir jalan sekitar daerah Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan.

Pada usia yang begitu muda, keputusan menjadi maskot dilakukan selepas mengambil kira faktor ekonomi bagi memenuhi keperluan harian keluarganya.Rehan juga tampil dengan beberapa pilihan kostum watak-watak kartun terkenal seperti Dora the Explorer, Upin & Ipin serta Spongebob Squarepants.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Sumber : @rhmadii_k

PERHATIAN: Pihak ERAKINI tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak ERAKINI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Balik sehari awal, rupa-rupanya kepulangan terakhir… video call sebelum bapa didatangi dugaan undang sebak – “Ayah susah nak senyum, tapi masa tu berbeza”

PEMERGIAN insan tersayang ternyata memberi tmparan hebat buat seseorang dalam meneruskan kehidupan.Sesungguhnya perginya seseorang itu adalah ketentuan Tuhan.Begitulah yang dialami oleh seorang wanita yang berkongsi paparan berita yang melaporkan tentang kisah bapanya sudah tiada selepas terbabit dalam kejadian jalan raya.

Love you forever and always, daddy (menyayangimu selama-selamanya, ayah),” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau hampir 5,000 kali.Wanita berkenaan, Iylia Nur Batrisyia Ahmad Azhar berkata, bapanya yang berusia 58 tahun hembuskan nafas terakhirnya di tempat kejadian apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 67 Jalan Kuantan-Segamat dekat Pekan, Pahang pada Rabu malam lalu.

Keadaan kereta yang dinaiki oleh bapa Trisyia yang terlibat dalam kejadian jalan raya.Menurut wanita berusia 21 tahun itu, ketika kejadian bapanya yang bekerja sebagai kontraktor di Johor dalam perjalanan pulang ke kediaman keluarganya di Kuantan.

“Ayah saya kerja di Johor, dan balik ke rumah setiap minggu. Kebiasaannya, ayah akan balik pada Khamis atau Jumaat memandangkan cuti hujung minggu di Johor bermula Jumaat.”Tapi hari kejadian, ayah pulang ke Kuantan sehari lebih awal pada Rabu. Dan ayah tak maklumkan kepada kami sekeluarga yang dia akan pulang pada hari berkenaan.

“Saya sempat membuat panggilan video (video call) dengan ayah pagi tu, dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp tengah hari. Tapi ayah tak cakap pun nak balik, ayah balik senyap-senyap sehinggalah kami dapat berita mengenai kejadian tersebut,” katanya kepada mStar.

Tangkapan skrin panggilan video terakhir bersama bapa dan adik bongsu (gambar kecil) pada hari kejadian.Lebih mesra disapa Trisyia, dia turut mendedahkan mengenai dirinya tergerak hati untuk membuat panggilan video dengan bapanya pada hari kejadian.

“Bukanlah pertama kali buat video call tapi ayah baru saja balik hujung minggu. Tapi pagi itu saya tergerak hati buat video call semasa nak siapkan adik bongsu yang berusia genap dua tahun bulan depan, sebelum hantar ke Taska.

Ayah selalu belanja orang makan. Dia tak boleh tengok orang lain tak makan atau lapar.

“Saya juga tergerak hati nak buat screenshot (tangkapan skrin) semasa adik buat video call dengan ayah. Selama ini saya tak pernah buat screenshot bila video call.”Itulah video call terakhir dengan ayah, dan sebak tengok screenshot video itu sebab ada kenangan dengan ayah,” ujar anak ketiga daripada lapan beradik itu.Menurut Trisyia, bapanya sukar untuk senyum ketika bergambar.

Trisyia yang merupakan lepasan graduan Diploma Pengurusan Pelancongan di Politeknik METro Kuantan menyifatkan bapanya seorang yang tegas dan penyayang.”Ayah ni nampak je garang sampai buat ramai takut. Sebab ayah susah sangat nak senyum. Gambar kahwin saya tahun lepas pun muka ayah nampak serius, tak senyum.

“Tapi masa video call tu muka ayah agak berbeza. Sebab ayah lebih banyak senyum, nampak lebih ceria. Saya dapat melihat senyuman terakhir ayah,” katanya yang menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 15 September.

Trisyia (dua, kanan) pada hari perkahwinannya, September tahun lalu.Tambah Trisyia, sifat penyayang bapanya itu bukan sahaja terhadap keluarganya, bahkan orang di sekeliling termasuk rakan-rakannya.”Ayah selalu belanja orang makan. Dengan kawan-kawan saya masa belajar pun ayah akan tanya dah makan atau belum.”Dia tak boleh tengok orang lain tak makan atau lapar. Keprihatinan ayah tu membuatkan dia disenangi termasuk dalam kalangan rakan-rakan saya,” katanya.-mstar

Bukan calang-calang orangnya… rela jalan kaki KL-Ipoh kerana seorang wanita, lebih teruk si dia larikan diri – “Abang Wan terkejut, terus hulur RM400”

Keow mengambil masa enam hari berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Perak.PERJALANAN seorang jejaka berbangsa Cina dari Kuala Lumpur (KL) yang berjalan kaki sehingga ke Ipoh, Perak selama enam hari meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Lebih mencabar, Keow Wee Loong, tidak membawa sebarang wang ringgit dan hanya bermalam di tepi jalan sepanjang pengembaraan yang belum berakhir itu.Terbaharu, video dikongsi jurugambar berusia 32 itu yang memaparkan seorang lelaki Kelantan dikenali sebagai Abang Wan turut menjadi tular.

Dalam video berkenaan, Abang Wan yang ditemuinya secara kebetulan di Tapah menawarkan wang RM400 setelah mengetahui kisah perjalanannya dari ibu negara.”Saya berjalan dari KL dan tidak pasti tujuan sebenar. Saya berjalan sejauh yang saya mampu. Kini saya berada di Ipoh, 210 kilometer (km) dari kediaman saya.

Lelaki dikenali sebagai Abang Wan berkeras mahu memberikan wang buat Keow setelah mengetahui kisah dia berjalan kaki dari KL.“Saya berjumpa Abang Wan di Tapah. Dia duduk bersebelahan saya sambil merkok. Saya cerita kisah diri sendiri dan kenapa saya berjalan.”Apabila dia sedar saya berjalan dari KL, dia terkejut dan datang kepada saya memberikan RM400. Dia mahu saya buka beg dan simpan duit itu,” ujar Keow kepada mStar.

Selain mendirikan khemah di kawasan R&R, Keow juga tidur di bawah jambatan di tepi jalan dalam perjalanan itu.Ujarnya, dia menolak pemberian ikhlas itu dan sudah menganggap Abang Wan seperti saudaranya sendiri atas budi baik yang ditawarkan menerusi perkenalan singkat itu.Jelasnya lagi, Abang Wan juga berkeras agar dia menerima wang berkenaan sehingga mereka berdua menjadi perhatian individu lain di lokasi itu.

Dalam perjalanan ini saya temui ramai orang Malaysia yang baik hati sehingga membantu saya keluar dari masalah kemurungn.

“Saya memulakan perjalanan tanpa sebarang duit. Tapi saya gembira untuk tinggalkan semua harta. Abang Wan kata ambil duit itu, tak usah kata apa-apa.”Saya kata, saya anggap dia seperti abang. Sebab itu saya tak boleh terima wang berkenaan. Kami ibarat berbalah sehingga orang tengok dan mula menghampiri,” ujarnya yang mengimbas pertemuan itu pada Jumaat lalu.

Dalam pertemuan sama, Keow turut menghadiahkan Jalur Gemilang buat Abang Wan untuk disimpan sebagai kenangan pertemuan dan perkenalan mereka.Keow banyak memanjat bangunan tinggi dalam Malaysia dan luar negara.Tambahnya lagi, dia turut ditawarkan bantuan duit dari beberapa individu sepanjang perjalanan itu, namun hanya mahu menerima makanan dan minuman sahaja.

“Bukan Abang Wan sahaja yang mahu hulurkan wang. Sepanjang enam hari perjalanan, saya tidur di tepi jalan. Saya kata saya berjalan dari KL, ramai yang nak tolong.”Mereka terkejut dan cuba membantu. Ada juga saya tidur di bawah jambatan. Jika ada kawasan Rehat dan Rawat (R&R), saya akan dirikan khemah,” ujarnya yang membawa beg seberat 15 kilogram (kg) dalam perjalanan itu.

Antara bangunan yang pernah dipanjat pemuda berusia 32 tahun itu.Dalam pada itu, Keow mengakui dia berhadapan tekanan perasaan sehingga membawa kepada pengembaraan solo itu.Ujar Keow, dia mahu memohon maaf kepada seorang wanita dikenali Lim Siang Hui yang banyak bersamanya sewaktu susah dan senang selama ini.

“Saya mahu minta maaf kepada Lim Siang Hui dan berharap dia maafkan saya. Kemurungn saya menyebabkan dia melarikan diri. Saya tak tahu bagaimana untuk mencarinya.Ujar Keow, ramai yang bermurah hati dan mahu menghulurkan bantuan buatnya.“Disebabkan kemurungn, saya sakiti dia… kerana itu dia pergi. Sebab ini juga saya berjalan. Dalam perjalanan ini saya temui ramai orang Malaysia yang baik hati sehingga membantu saya keluar dari masalah kemurungn,” ujarnya.

Bagi mereka yang mengenali rapat Keow, dia bukanlah individu biasa sebaliknya pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini gara-gara aksi beraninya yang memanjat pencakar langit di seluruh dunia termasuklah Marina 101 di Dubai, Shanghai 101 di Dubai dan The Exchange 106 di ibu negara.Selain bangunan, dia juga pernah memanjat roda ferris di Perancis dan jambatan tinggi di negara China.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *