Sebanyak 6 kluster baru COVID19 dikesan hari ini. Dr Noor Hashim dedahkan 3 Kluster yang dikesan di KL dan punca berlakunya kluster ini

berita

Putrajaya, 12 Oktober – Sebanyak enam kluster baru COVID-19 dikesan hari ini di beberapa negeri di seluruh Malaysia.Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster tersebut merupakan Kluster Kolong, Bah Tropicana, Baiduri, Bah Perdana, Rinting dan Bah Kasturi.Dari jumlah tersebut, Kuala Lumpur mencatatkan dua kluster baharu, Selangor (1), Sabah (1), WP Putrajaya (1) dan Johor (1).Berikut merupakan perincian keenam-enam kluster berkenaan.

Kluster Kolong.Kluster ini dikesan di Keningau, Sabah.Kes indeks merupakan kes ke-13,548 yang disahkan positif hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 yang lalu. Kes dimasukkan ke Hospital Lahad Datu.Hasil saringan mendapati 7 kontak rapat pesakit disahkan positif.Sehingga kini, seramai 92 individu telah disaring di mana 8 positif, 81 negatif dan 3 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Tropicana.Kluster baru ini dikesan di Petaling.Kes indeks, kes ke-11,804 dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 2 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.Seramai 13 individu disahkan positif hasil saringan kontak rapat.Setakat ini, seramai 147 individu telah disaring di mana 14 positif, 105 negatif dan 28 masih menunggu keputusan.

Kluster Baiduri.Kluster ini dikesan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan daerah Hulu Langat dan Cheras.Kes indeks, kes ke-14,312 dikenalpasti positif hasil saringan sebelum pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh.Seramai 17 kes disahkan positif hasil saringan kontak rapat.Setakat ini, sejumlah 39 individu telah disaring, 18 positif, 12 negatif dan 9 masih menunggu keputusan.

Kluster Bah Perdana.Dikenalpasti di daerah Cheras, WP Kuala Lumpur.Kes indeks kes ke-11,305 dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 28 September 2020.Seramai 8 kontak rapat dikesan positif.Hingga 12 Oktober, seramai 22 individu telah disaring di mana 9 positif dan 13 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Kasturi.Kluster ini melibatkan Seremban, Cheras, Putrajaya, WP KL, Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat.Kes indeks merupakan kes ke-12553. Kes dikenalpasti positif hasil saringan pulang dari Sabah pada 24 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar di Negeri Sembilan.Saringan kontak rapat mendapati 17 individu positif.Setakat hari ini, seramai 305 individu telah disaring dalam kluster ini di mana 18 positif, 277 negatif dan 10 lagi masih menunggu keputusan.

Kluster Rinting.Melaka Tengah dan JB.Kes indeks, kes ke-14,350 dikenalpasti positif hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Melaka.Hasil saringan kontak rapat mendapati 7 individu positif.Setakat hari ini, sejumlah 162 indiviu disaring, 8 positif, 97 negatif dan 57 masih menunggu keputusan.

Ramai Terjejas Akibat Pandemik, Ini 4 Tips Penting Jika Serius Nak Pulihkan Ekonomi Negara

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 akibat penularan wabak Covid-19 di Malaysia, ramai peniaga-peniaga kecil dan sederhana serta syarikat-syarikat tempatan mengalami pelbagai masalah dan kesulitan untuk meneruskan perniagaan mereka. Masalah paling utama adalah premis-premis tidak dibenarkan beroperasi dan peniaga-peniaga mengalami masalah kewangan yang teruk sehingga menjejaskan ekonomi diri dan keluarga dan secara tidak langsung melembapkan ekonomi negara.

Sehingga kini, kes baharu positif Covid-19 terus direkodkan di Malaysia dan negara masih dalam pelan merancakkan semula ekonomi negara ketika kita sedang berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Bagi membangunkan semula ekonomi peniaga-peniaga kecil dan sederhana, rakyat Malaysia perlu memainkan peranan penting dan ini EMPAT tip penting jika serius kita mahu pulihkan ekonomi negara.

1. Pengguna perlu mengutamakan produk buatan Malaysia ketika membeli barang-barang keperluan harian seperti beras, sos, kicap, dan macam-macam lagi. Rakyat Malaysia juga perlu membeli barang-barang keperluan di kedai-kedai peniaga kecil dan sederhana bagi membantu semula mereka menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat Covid-19
keluarga sudah pulih, rakyat sudah boleh berbelanja dan ekonomi negara turut meningkat.

2. Jika permintaan produk-produk tempatan kembali meningkat, barulah pemilik-pemilik perniagaan dan syarikat-syarikat tempatan boleh membuka peluang pekerjaan kepada mereka-mereka yang kehilangan kerja dan hilang punca pendapatan untuk membangunkan semula ekonomi keluarga mereka yang juga turut terjejas. Jika ekonomi keluarga sudah pulih, rakyat sudah boleh berbelanja dan ekonomi negara turut meningkat.

3. Selepas permintaan produk buatan Malaysia kembali meningkat, syarikat-syarikat pengeluar barangan buatan Malaysia akan kembali menjadi lebih stabil dan tidak lagi mengalami masalah untuk menggajikan pekerja dan tiada lagi pekerja-pekerja yang hilang pekerjaan.

4. Jika ingin melancong, kita digalakkan memilih tempat-tempat pelancongan yang boleh membantu menaikkan semula produk-produk buatan Malaysia seperti membeli-belah di Pasar Payang, menginap di hotel-hotel milik rakyat tempatan, makan di restoran-restoran rakyat Malaysia. Dengan langkah ini boleh membantu menaikkan jenama buatan Malaysia dan menambah pendapatan industri kecil dan sederhana.

Pastikan produk dan apa sahaja barangan yang anda beli adalah buatan Malaysia dan untuk produk-produk yang dihasilkan dikilang selalunya ada logo Buatan Malaysia seperti yang tertera pada gambar-gambar di bawah. Jadilah pengguna yang bijak.

Pelbagai produk-produk dari Malaysia yang ada juga telah menebusi pasaran antarabangsa. Bagi sektor makananan dan minuman jenama popular seperti Mamee, Paparich, Secret Recipe, Baba’s, Brahim’s, Lingham’s, OldTown White Coffee, Life’s, Munchy’s, Spritzer dan Beryl’s. Untuk produk elektronik pula jenama Khind dan Pensonic boleh dijadikan pilihan untuk membeli barangan elektrik. Bagi sektor fesyen juga Malaysia tidak ketinggalan dalam menghasilkan jenama-jenama yang berkualiti seperti Bonia, British India, Raw Denim House, Poney dan Vincci.

Hal ini bersesuaian dengan kempen yang dilancarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) iaitu Kempen Beli Barangan Malaysia dengan hashtag #BarangBaikBarangKita. Penglibatan Kementerian dalam meningkatkan mutu barangan buatan Malaysia sangat penting bagi memastikan pemimpin dan rakyat bekerjasama membangunkan ekonomi negara yang telah jatuh teruk ketika wabak melanda.Jadi tunggu apa lagi, jom sama-sama sokong dan beli barangan Buatan Malaysia kerana sudah semestinya Barang Baik adalah Barang Kita. Untuk maklumat lanjut klik SINI

“Pertempurn Frontliners Di Sabah Telah Hampir Ke Tahap bahaya” – Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah meluahkan rasa bimbangnya apabila perjuangan barisan hadapan atau frontliner di Sabah telah hampir ke tahap bahaya.Perkara itu dikongsi menerusi satu posting terbaru di Facebook rasminya, malam tadi.Menurut Noor Hisham, kesemua petugas barisan hadapan kini telah bersiap-sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19. 

“Stratergi kami berdasarkan ‘community surveillance’‘contact tracing’ serta mengasingkan dan merawat pesakit yang dijangkiti, sekali gus memutuskan wabak menerusi kaedah memperkettkan kawalan di daerah dan sempadan.“Pertmpuran barisan hadapan di Sabah kini telah hampir ke tahap bahaya,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi satu lagi posting di Facebook beliau, Noor Hisham turut memberitahu Ketua Pakar Perubatan Pnyakit Berjangkit Dr Suresh dan pasukannya telah pun berada di hospital Semporna, Sabah. “Beliau melihat kepada penambahbaikan dan memberi tunjuk ajar serta dorongan kepada semua warga kerja KKM. “Insha-Allah dengan usaha dan tawakkal semoga kita semua diberkati dan berjaya,” katanya.

TERKINI: Dukacita 2 Lagi Pemergian Angkara COVID-19 Dilaporkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 12 Okt  – Dukacita dimaklumkan terdapat dua lagi individu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah pemergian meningkat ke 159 kes.Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua kes pemergian terkini itu melibatkan wanita.

“Kes pemergian 158 adalah kes ke 15,947 melibatkan seorang wanita berusia 85 tahun yang ada latar belakang pnyakit drah tinggi, jantung dan paru-paru. Beliau hembuskan nafas terakhir di Hospital Tawau.“Manakala kes pemergian ke 159 adalah kes 15,948 juga melibatkan wanita berusia 48 tahun dan hembuskan nafas terakhir di Hospital Tuaran,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.Sumber: KKM

Petugas KKM dijangkiti Covid-19 boleh tuntut dana khas RM5 juta

Semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menuntut dana khas berjumlah RM5 juta sekiranya dijangkiti Covid-19 ketika bertugas. SHAH ALAM – Semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menuntut dana khas melalui Dana MOH FWD MY Heroes yang berjumlah RM5 juta sekiranya dijangkiti virus koronavirus (Covid-19) ketika bertugas menangani penularan pandemik berkenaan.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, dana tersebut merupakan inisiatif pihaknya bersama FWD Takaful Berhad bagi membantu petugas barisan hadapan KKM yang dijangkiti ketika bertugas dan ahli keluarga mereka.Beliau berkata, berdasarkan laporan KKM, terdapat lebih 406 petugas kesihatan di hospital kerajaan dijangkiti Covid-19 dan ia tidak termasuk ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun katanya, sejak dana tersebut dilncarkan pada 1 April lalu, hanya 288 tuntutan diterima dengan nilai berjumlah RM732,000.”Daripada jumlah tersebut, Cuepacs dan FWD Takaful membuat pembayaran kepada satu tuntutan melibatkan kes pemergian akibat Covid-19 sebanyak RM50,000, sejumlah 10 tuntutan pemergian akibat lain-lain sebab (RM100,000) dan 274 tuntutan kemasukan ke wad (RM552,000).

“Cuepacs menjangkakan tuntutan bertambah berdasarkan jumlah kes yang berlaku di Sabah dan menggalakkan semua ketua jabatan di KKM menghebahkan inisiatif Dana MOH FWD MY Heroes kepada kakitangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau berkata lagi, petugas barisan hadapan KKM adalah termasuk doktor, jururawat, paramedik, juruteknik makmal, pekerja ambulans, pekerja pentadbiran hospital dan kakitangan KKM yang dikenal pasti bertugas secara rasmi bagi menangani penularan Covid-19.

Katanya, dana itu juga boleh dimanfaatkan kepada ahli keluarga petugas barisan hadapan yang mendapat jangkitan Covid-19 daripada mereka.Dalam pada itu, Adnan berkata, dana terbabit terbahagi kepada dua jenis tuntutan yang boleh dikemukakan iaitu pembayaran ihsan dan elaun pelepasan.

Jelas Adnan, pembayaran ihsan dibayar sekiranya berlaku pemergian petugas barisan hadapan sahaja dan sejumlah RM40,000 akan dibayar sekiranya pemergian disebabkan oleh jangkitan Covid-19, manakala RM10,000 akan dibayar sekiranya pemergian akibat lain-lain sebab.”Untuk elaun pelepasan, tuntutan akan dibayar sekiranya petugas barisan hadapan dan ahli keluarga mereka dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan akibat jangkitan Covid-19.

“Sejumlah RM10,000 akan dibayar sekiranya dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi), manakala sejumlah RM2,000 dibayar sekiranya dimasukkan ke wad biasa,” katanya.Beliau berkata, kelayakan bagi pembayaran elaun pelepasan untuk wad biasa bergantung kepada nasihat KKM yang mana dibuat berdasarkan pengesyoran oleh ketua jabatan petugas barisan hadapan berpandukan garis panduan oleh kementerian itu.

“Ahli keluarga termasuk pasangan sah, anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak mestilah berusia tidak kurang dari 25 tahun, belum berkahwin dan tidak bekerja.”Pembayaran dana itu hanya untuk petugas barisan hadapan yang dijangkiti virus Covid-19 sewaktu bertugas dan percuma bermula 1 April lalu sehingga 31 Disember depan atau sehingga dana khas terbabit habis diguna pakai,” katanya.Katanya, maklumat lanjut mengenai dana tersebut boleh dirujuk melalui laman web www.cc4usolutions.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *