Pernah dikritik pedas oleh Ajai. Misha Omar buka cerita semasa bekerjasama dengan Ajai dan pengalaman dia yang mungkin ramai tak tahu pancaroba dia sepanjang bergelar artis

artis

Sememangnya perjalan seorang artis memang banyak dugaan yang dilalui. Terbaru, Misha Omar mendedahkan dirinya pernah melalui pengalaman dikritik dengan ‘pedas’ oleh komposer, Ajai sewaktu berkerjasama untuk merakamkan beberapa buah lagu sebelum ini. Menurut Misha, apa yang dilaluinya pada ketika itu boleh dikatakan lebih teruk jika ingin dibandingkan sewaktu Ajai menjadi juri di program realiti, Big Stage 2020 (BS2020).

“Saya banyak rakamkan lagu bersama Abang Ajai. Sebenarnya apa yang dikeluarkan sepanjang berlangsungnya BS2020, saya pernah kena lebih teruk dari itu.“Banyak lagu yang saya rakamkan bersama Ajai antaranya, misalnya Pulangkan. Jujurnya, dia pernah cakap, ‘kau jangan buang masa aku Misha… kau datang, kalau aku kena tunggu kau untuk satu note ni betul, kau balik dululah’. Itu katanya pada saya.

“Kemudian saya pun macam nak berair air mata. Dalam fikiran saya ketika itu, saya langkah kiri ke masa datang tadi?“Akan tetapi, sepanjang tempohnya bersama peserta BS2020 rasanya dia masih berlembut,” katanya kepada MH.Dalam pada itu, Misha yang baru sahaja muncul dengan single terbaru Tanpa Rela turut berpesan, para peserta BS2020 kali ini harus cepat mengadaptasi dengan keadaan.

Pada masa sama, jangan terlalu lama dibuai perasaan.Ini kerana, bagi penyanyi senior ini, perkara tersebut hanya akan memberi kesan buruk terhadap karier seseorang penyanyi.“Antara perkara yang harus diperbaiki adalah jangan terlalu dibuai perasaan dan makan masa berhari-hari untuk kembali normal.“Contohnya, apabila kita kecewa, kita ambil masa lama untuk pulih. Tak boleh macam tu. Jadi orang seni kita kena kalis dan kena cepat move on.

“Saya pun nak dapat formula tu lebih kurang 18 tahun juga baru faham. Bahawasanya kita tak boleh hidup terlalu lama dalam kepedihan dan juga kegembiraan.“Nikmatilah momen ini, kerana esok ada tanggungjawab baru menanti anda. Jalankan tugas sebaiknya. Tambah segala ilmu yang diperlukan, jaga penampilan dan imej, pembawakan diri bersama media & masyarakat.

“Pada saya itu semua yang anda perlukan. Soal nyanyian anda semua dah menyanyi dengan sedap. Cuma ada beberapa hal yang anda kena betulkan,” kongsinya lagi.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube ViralSumber : MH

Dah Siap Tahun Lalu Tapi Banyak Benda Yang Berlaku. Ajai Bongkarkan Hasrat Dia Untuk Beri Sandra Sesuatu Ini Tak Kesampaian Dan Berikut Penjelasan Ajai Tentang Hasrat Dia Yang Satu Itu

Ajai tidak akan memberikan lagu yang dicipta khas untuk Sandra kepada penyanyi lain.HASRAT penyanyi dan komposer Ajai untuk memberikan lagu ciptaannya yang berjudul Biarlah Ia Berlalu kepada peserta Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne tidak kesampaian.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 44, lagu tersebut sudah dicipta sejak tahun lalu namun rancangan tersebut tidak dapat diteruskan disebabkan Sandra bertukar syarikat pengurusan.Kata juri tetap program tersebut, dia tidak akan memberikan lagu tersebut kepada penyanyi lain memandangkan lagu bergenre belada itu dicipta khas mengikut kesesuaian nada suara Sandra yang sangat unik.

Sesi perkongsian juri tetap bersama pengacara Big Stage 2020.“Saya ada cipta lagu untuk Sandra pada tahun lalu… lagu itu genre balada. Sepatutnya dah ada persetujuan dengan pihak pengurusannya ketika itu tapi ia tertangguh sebab Sandra bertukar syarikat pengurusan.

“Ada banyak perkara yang berlaku, kelam kabut. Perancangan itu pun senyap begitu saja. Lagu itu tidak boleh diberikan kepada orang lain sebab bila saya buat lagu memang khas untuk orang itu.”Jadi, saya simpan saja lagu itu. Masih working title tapi saya akan guna saja tajuk yang dah ada iaitu Biarkan Ia Berlalu. Cuma saya tak ada rezeki nak rakam dengan dia.”Sandra ada keunikan tone suara dan tidak semua lagu boleh sesuai dengan suara dia. Kita kena custom made untuk dia dan kena betul-betul ikut tone dia,” kata Ajai kepada mStar.

Mereka kena move on sebab kembali ke pertandingan, benda ini mesti kena habiskan.

Ajai ditemui ketika sidang media selepas konsert Big Stage tribute #SandraDalamKenangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam, Ahad.Sandra atau nama sebenarnya Alessadra Dianne Ampuria, 26, yang dikenali dengan lagu Hey Kau pergi buat selamanya pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di ICU, Hospital Putrajaya.

Sandra bersama sepupunya terlibat dalam kejadian jalan raya ketika dalam perjalanan ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk sesi latihan rancangan Big Stage terbitan Astro.Dalam pada itu, Ajai berharap lapan orang peserta Big Stage 2020 yang akan bersaing dalam minggu suku akhir pada Ahad depan terus kuat menghadapi cabaran dari segi dan fizikal.

Lapan peserta perlu teruskan perjuangan di pentas suku akhir Big Stage 2020.“Saya rasa, mereka kena move on. Sebab kembali ke pertandingan, benda ini mesti kena habiskan. Sebab apa yang berlaku, di luar jangkaan kita dan ia qada dan qadar.

“Jadi, mereka kena kuat. Dekat sini la bermula cabaran melibatkan mental dan fizikal. Ambil semangat Sandra untuk teruskan perjuangan,” ujarnya.Konsert Big Stage 2020 minggu kelima yang sepatutnya berlangsung pada Ahad digantikan dengan konsert tribute istimewa #SandraDalamKenangan.Lapan peserta iaitu Usop, Azzam Sham, Qody Rani, Fadh Majid, Nana Sheme, Farisha Iris, Dr Hafiz Zainal dan Dinie Rashid tetap akan meneruskan perjuangan mereka di peringkat suku akhir pada Ahad depan.-mstar

Mengejutkan Ini Rakaman Terakhir Sandra Dianne Sebelum Dia Pergi Menghadap Illahi. Rupa Rupanya Ini Yang Terjadi. Warganet Tergamam Dengan Rakaman Itu.

Siapa Sandra Dianne? Alessandra Dianne Ampuria atau nama popularnya, Sandra Dianne merupakan antara peserta yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas persaingan rancangan realiti nyanyian, Big Stage 2020. Penyanyi BBNU (Budak Baru Nak Up) yang terlibat sama di penganjuran musim ketiga ini termasuk Azzam Sham, Usop (Mentor), Amir Hasan, Hanie Soraya, Qody Rany, Hafiz Zainal, Yamani Abdillah, Farisha Iris, Dinie Rashid, Nana Sheme dan Fadh Majid.

SELAIN aktif bergelar anak seni, Sandra juga menjalankan perniagaan ikan kering di kampung halamannya di sabah. Ayuh saksikan rakaman temubual terakhir bersama mStar yang masih belum disiarkan ini. Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria. Menggunakan nama pentas, Sandra Dianne. Berumur 26 tahun (2020). Berasal dari Sabah. Lahir pada 16 September 1994. Anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Badin Tuaran, Sabah.

Berkelulusan dalam bidang Architectural Drafting. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi yang bernaung di bawah label Sony Music. Popular menerusi lagu ‘Hey Kau’ ciptaan Tam Spider dan senikata oleh Iman Imran yang sehingga kini mencatatkan lebih 7 juta tontonan di laman Youtube.

Lain-lain lagu dipopularkannya termasuk Ku Tak Mahu Cinta, Tulus, Aku Dan Kekasih, Salimah (duet bersama Ryan Deedat) dan Terkemuka (bersama Zizi Kirana dan Benzooloo). Laman sosial Instagramnya atas nama @sandradianneofficial sehingga kini memperoleh lebih 45,000 pengikut.

Sumber : Mstar/ Kasi Viral Press

Ibu Sandra Bongkarkan Keadaan Terakhir Sandra Sebelum Dia Pergi Menghadap Illahi. Rupa Rupanya Sampai Macam Ni Sekali Keadaan Terakhir Sandra.

Putrajaya: “Ibu Sandra cakap, sebelum disahkan pergi menghadap illahi, Sandra menitiskan air mata,” kongsi penyanyi, Zizi Kirana yang sempat memberikan penghormatan terakhir kepada Sandra Dianne di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Zizi berkata, dia bergegas ke hospital selepas dimaklumkan perkara itu oleh pengurusnya yang dikenali sebagai, Bob yang berada di sana. Menurut Zizi, dia juga dimaklumkan Sandra sudah dipindahkan ke Unit Raw4tan Koronari pada pagi semalam sebelum dilaporkan makin teruk pada jam 11 malam.

“Sehari sebelum kejadian, Sandra ada masuk di sesi siaran langsung Instagram saya. Saya ucapkan tahniah dan beri dia kata semangat dan berjanji mahu datang memberi sokongan di Big Stage. Tapi, tidak kesampaian dan akhirnya pertemuan kami di hospital.

“Hampir setiap hari saya dikemaskini mengenai perkembangan Sandra termasuklah Sandra dipindahkan ke unit rawatan rapi. Cuma, semalam seharian saya berasa tak sedap hati. Berkali-kali saya tanya pada Bob mengenai keadaan Sandra.

“Pada jam 11 malam tadi, Bob mesej saya yang Sandra dalam keadaan teruk dan pada jam 1 dia sudah tiada. Kebetulan sesi rakaman saya sudah habis, jadi terus ke hospital,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Zizi, dia juga berada di hospital pada hari pertama Sandra dimasukkan ke unit kecemasan.

Zizi berkata, walaupun dia baru dua tahun berkawan dengan Sandra selepas bekerjasama menerusi lagu Terkemuka, Zizi menyifatkan Sandra seorang yang sangat baik. “Kali pertama jumpa masa nak bekerjasama lagu Terkemuka. Dari situ kami terus berkawan. Dia seorang yang lucu dan lurus bendul. Tapi, sangat ‘best’ berkawan dengannya.

“Hari pertama dia dimasukkan ke hospital saya tunggu sampai tengah malam untuk pastikan dia sedar. Tapi, selepas lebih empat jam masih tak sedar, doktor terus masukkan ke unit rawatan rapi. Lebih menyedihkan, minggu depan iaitu 16 September hari jadi Sandra. Padahal saya ada cakap pada pengurus yang mana nak belikan kek dan berharap dia sedar ketika itu,” katanya.

Terdahulu, Sandra yang juga bintang Big Stage musim ketiga, mengalami kejadian yang tidak diigini di jalan raya pada Sabtu lalu dan sebelum ditempatkan di unit rawatan rapi hospital itu. Sandra akan disempurna dan diuruskan di kampung halamannya di Kg Kauluan, Tuaran, Sabah.Sumber : HM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *