Kekecewaan dia tidak diukur dengan baucar. Sharifah Zarina nekad padam video luahan tak puas hati dan jelaskan segalanya di Instagram

artis

Baru baru ini tular video Sharifah Zarina dan anaknya,Athalia meluahka n rasa kurang senang terhadap layanan sebuah restoran. Berikutan video Sharifah Zarina dan Athalia meluahkan rasa kurang senang itu tular di laman sosial,penyanyi tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar.

Zarina, 39, berkata biarpun pihak restoran tersebut sudah memohon maaf di ruang komen video perkongsiannya itu namun dia terkilan dengan tindakan mereka menawarkan baucar yang dianggap sebagai ‘ganti rugi’. Menurut Zarina, dia bukannya tidak bersyukur tetapi beranggapan permohonan maaf dan menghormatinya sebagai pelanggan sudah cukup memandai.Sharifah Zarina memuat naik penjelasan yang panjang di Instagram.

“Pihak restoran ada meminta maaf di ruangan komen video saya. Terima kasih saya ucapkan. Tetapi, dengan menyatakan mereka hendak memberi voucher, saya agak terkilan.”Kerana saya rasa tidak perlu sehingga hendak memberi voucher sebagai ‘ganti rugi’, walaupun mungkin itu procedure daripada pihak restoran.”Bukan saya tidak bersyukur, tetapi memadailah dengan meminta maaf dan hormati saya sebagai pelanggan yang pada awalnya datang ke restoran mereka dengan cara baik,” kata Sharifah Zarina.

Nilai maruah dan kekecewaan saya tidak diukur dengan voucher, ianya lebih kepada kekecewaan dan agak terkilan.

Pemilik nama Sharifah Zarina Wan Hassan itu memberitahu perkara tersebut dengan memuat naik penjelasan yang panjang berhubung dakwaan terhadap dia dan anak perempuannya.Zarina memberitahu dia yang mahu meraikan majlis ulang tahun kelahiran anaknya di restoran tersebut terpaksa menunggu lama sebelum dimaklumkan lokasi itu terpaksa ditutup lebih awal untuk acara lain.

Pemilik restoran tersebut, menerusi laman Instagram miliknya menafikan dakwaan Zarina dan Athalia dan berkata notis penutupan awal kedai sudah dimaklumkan di merata tempat.Luahan kekecewaan Sharifah Zarina terhadap pihak restoran tersebut.Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini berasa kecewa apabila dirinya dipersalahkan dan dikatakan menabur ftnah berikutan permasalahan yang timbulkan oleh pihak restoran tersebut.

“Akibat permasalahan yang berlaku daripada pihak mereka, saya pula dipersalahkan dan dikatakan menabur ftnah. Bukankah ianya lebih baik sekirannya mereka mengambil inisiatif untuk memohon maaf ketika saya berada di tempat kejadian?”Nilai maruah dan kekecewaan saya tidak diukur dengan voucher, ianya lebih kepada kekecewaan dan agak terkilan. Terima kasih! Customers is always right,” ujarnya.-mstar

Anggap Diri Sebagai Influencer. Athalia Baru Tampil Selepas Teruk Dikritik Warganet Dan Juga Isu Dengan Seorang Pemilik Restoran Ini

Walaupun masih dapat kritikan hebat oleh warganet, anak kepada Sharifah Zarian iaitu Athalia tampil menjelaskan pengertian influencer yang merujuk kepada dirinya menerusi sepotong video yang tular baru baru ini. Kata Athalia,hanya satu kerjaya dan dia masih individu biasa yang hanya menyumbang semula kepada komuniti menerusi platform media sosial.

Influencer hanya satu kerjaya, walaupun saya cakap saya influencer ia tidak mengubah apa-apa. Saya masih individu normal, itu yang saya lihat.”Dan di Malaysia pun ramai influencer hebat. Baik influencer atau artis, kami cuba melakukan kerja kami dan saya tidak claim diri saya antara salah seorang daripada mereka. Jangan tersilap.

“Saya tidaklah menyatakan saya ini seorang influencer, saya hanya menyokong dan menyumbangkan semula kepada komuniti. Ia hanya merujuk kepada kerja yang saya buat dan itu tanggungjawab saya,” katanya menerusi sepotong video yang dimuat naik di platform TikTok pada Ahad.

Video terbabit bagaimanapun telah dipadamkan dari platform terbabit.Terdahulu, sepotong videonya yang terasa dengan layanan pekerja dan servis di sebuah restoran hipster di ibu kota tular di media sosial. Katanya dalam video terbabit, dia mewakili dirinya dan keluarga pada masa sama enggan individu lain berdepan nasib sepertinya.”Saya bersuara bukan sebab saya influencer tetapi kerana saya tak nak orang lain kat luar tu kena juga seperti saya,” katanya dalam video berkenaan yang turut ditemani ibunya, Sharifah Zarina.-gmpk

Isu Sharifah Zarina Dan Anak Luah Tak Puas Hati. Pemilik Restoran Tersebut Ambil Tindakan Ini Berikutan Isu Yang Menjadi Tumpuan Dan Bualan Warganet

Baru baru ini tular Sharifah Zarina dan anaknya,Athalia deena Buswani yang berpendapat bahawa servis yang diberi staf restorannya tidak profesional dan beretika. Kini,Christine Bong yang merupakan restoran makanan Pokok.KL tampil memberi ulasan mengenai isu yang dibangkitkan oleh penyanyi tersebut serta anaknya.

Kata Christine.segala apa yang dikatakan oleh kedua anak beranak itu merupakan ftnh semata mata kerana notis mengenai penutupan awal restoran berkenaan telah dihebahkan awal dan dimaklumkan di media sosial. Christine juga dikatakan tidak teragak agak untuk lantik peguam bagi mewakilinya dalam mengambil tindakan undang undang yang boleh merosakkan nama perniagaannya.

Pemilik restoran tersebut telah menghebahkan perkara itu menerusi ruangan Instagram miliknya,semalam“Jadi hari ini pokok.kl disayangi telah didatangi oleh individu-individu yang gagal melihat notis penutupan awal kita yang telah dihebahkan di merata tempat. Ada peguan yang mahu mengambil kes ftnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?”

Dalam pada itu, Sharifah Zarina dan Athalia dilihat telahpun memadam entri yang tular sebelum ni di kalangan pengguna media sosial.Mengimbas kembali, tular video TikTok Athalia dan ibunya itu yang memaparkan mereka berdua meluahkan rasa marah di atas layanan tidak wajar diberikan ke atas mereka. Kedua-duanya mendkwa bahawa ingin meraikan majlis ulang tahun di restoran terbabit namun setelah menunggu lama baru diberitahu bahawa restoran akan ditutup awal kerana telah ditempah untuk majlis lain.-beautifulnara

Masih Tidak Puas Hati Sehingga Raih Perhatian Warganet. Sharifah Zarina Dan Anak Luah Ketidakpuashatian Terhadap Satu Restoran Terkenal Ini

Sekelip mata Penyanyi Langit Ketujuh Sharifah Ketujuh dan anaknya Athalia Deena Buswani menjadi perhatian warganet apabila video mereka luahkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah restoran tular di laman Twitter. Menerusi video tersebut di Instagram dan Tiktok tersebut,Sharifah Zarina dan Athalia mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya tersebut terhadap mereka.

Dikatakan, Zarina dan ahli keluarga ke restoran tersebut kerana mahu menyambut majlis hari lahir Athalia.Bagaimanapun sebaik sahaja mereka duduk, pelayan restoran memberitahu mereka hanya ada 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis tersebut akan ditutup untuk sebuah majlis.

“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!“Tadi aku kat depan tu que apasal  kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?,” luah Zarina yang terpaksa mencari lokasi lain untuk meraikan majlis hari lahir anak sulungnya itu.

Sementara itu Athalia menerusi sebuah video, mendkwa dirinya dimalukan di restoran terbabit.“Kami dah duduk kat meja tu, tak tahu berapa lama…Mereka dah bagi menu, suruh scan dan order. Tak ada orang pun bagitahu yang tempat tu nak tutup sebab ada event.“Kalau mereka bagitahu lebih awal sebelum kami masuk, kami boleh ‘blah’ pergi tempat lain,” katanya bengang.

Difahamkan Athalia dan Zarina juga mendkwa pemilik restoran memohon maaf diruangan komen IG serta menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.Video tersebut telah ditonton lebih 450 ribu kali di Twitter dan diulang kicau hampir 5,000 pengguna laman sosial tersebut.Sementara itu di ruangan komen, warga Twitter mula mengkritik tindakan Zarina dan Athalia dan mendkwa pemilik restoran sudah membuat pemberitahuan menerusi laman sosial mereka.Terdahulu Zarina dan Athalia menjadi tular selepas anak sulungnya itu ditduh mempunyai hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi Alvin Chong.

Pemilik Restoran Cari Peguam Untuk Ftnah Yang Didkwa Sharifah Zarina & Athalia

Pemilik restoran makanan pokok.kl, Christine Bong tampil memberi penjelasan selepas penyanyi Sharifah Zarina dan anak perempuannya, Athalia Deena Buswani mendkwa servis perniagaannya tidak profesional.Menurut Christine, apa yang didkwa oleh Zarina dan Athalia adalah ftnah kerana notis penutupan awal kedai sudah dimaklumkan di merata tempat.

Malah, Christine tidak teragak untuk mencari wakil peguam yang ingin mewakilinya bagi tindakan und4ng-und4ng.“Jadi hari ini pokok.kl yang kita sayangi sedang ‘disrang’ oleh sekumpulan orang yang gagal melihat tanda-tanda penutupan awal kita yang ada di mana-mana.“Mana-mana peguam mahu mengambil kes ftnah ini terhadap personaliti media sosial (Instafamous) bagi pihak kami?” tulisnya di Instagram Stories, semalam.

Sebelum ini, tular video TikTok Athalia meluahkan rasa mar4h dengan restoran tersebut kerana mendkwa tidak wajar dengan layanan yang telah diberikan kerana ia memalukan. Mereka mendkwa mahu meraikan majlis ulang tahun di restoran tersebut namun setelah menunggu lama baru dimaklumkan lokasi yang dipilih ditutup awal kerana sudah ditempah untuk sebuah event lain.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube ViralSumber : GEMPAK

Bila Semakin Tular Kontroversi Anaknya Ada Hubungan Dengan Alvin Chong. Kini Sharifah Zarina Tekad Untuk Awasi Pergerakan Athalia Kerana Takut Sesuatu Ini Terjadi.

KUALA LUMPUR: Nama penyanyi Langit Ketujuh, Sharifah Zarina terheret dengan kontroversi membabitkan kisah percintaan Alvin Chong dengan gadis bawah umur yang juga anak sulungnya, Athalia Deena Buswani. Bukan mahu membela anaknya, tetapi Sharifah Zarina bangkit bersuara ketika gosip mengenai Alvin dan Athalia mula mendapat perhatian warganet. Bagaimanapun, penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu dituduh cuba menangguk di air keruh dan mencari publisiti murahan.

Zarina berkata, dia hanya mahu mempertahankan maruah anaknya, sekali gus menegakkan kebenaran. “Saya tahu setiap pergerakan Athalia. Saya menghantar dan mengambilnya di sekolah kerana tak mahu anak menaiki pengangkutan awam. “Begitu juga membabitkan projek usaha sama dengan Alvin, saya tahu aktiviti mereka, malah saya juga menghantar dan mengambilnya di lokasi dengan penyanyi itu. “Segala-galanya sudah dijelaskan, kerjasama mereka hanya berpaksi urusan kerja dan profesional. Memang tiada hubungan peribadi seperti yang didakwa. Athalia akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi,” katanya kepada BH Online. Zarina berkata, dia tidak kisah jika anak-anak mahu mengikuti jejak langkahnya bergelar selebriti. Namun, apa yang lebih utama, mereka perlu mengutamakan pelajaran. “Saya tak melarang sekiranya anak-anak berminat dalam dunia seni. Seperti Athalia, saya memaksanya belajar bermain piano. Jika ikutkan, anak ketiga, Alfenriz Habeeb lebih menunjukkan minat dalam nyanyian, tetapi anak kedua,

Ariana Deena mempunyai suara lebih sedap berbanding lain. “Athalia pula suaranya tidaklah sedap mana, tetapi masih boleh menyanyi dan diasah bakat. Bagaimanapun, popularitinya dalam Instagram agak hebat kerana jumlah tontonan video dan tanda suka tinggi. Saya sendiri kalah dengan apa diraihnya. Athalia memang minat menyanyi, tetapi kena tunggu habis SPM,” katanya. Dalam perkembangan lain, Sharifah Zarina berkata, minatnya dalam dunia nyanyian masih belum pudar. Kali terakhir muncul dengan single Pernah Bahagia, tahun lalu.

“Dunia nyanyian tetap dalam hati, cuma tawaran masih berkurangan dalam situasi COVID-19 ini. Jadi, saya alih perhatian dan meneruskan survival dengan melakukan perkara lain. “Saya baru dilantik menjadi jurucakap produk kecantikan, Xanzwhite Skincare,” katanya.Sumber: BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *