Jadi isteri nombor dua. Isteri pertama siap suruh kahwin lagi satu tapi lain pula jadinya bila terbongkar suami dia ada isteri lain. Akhirnya ini keputusan yang dibuat oleh isteri kedua

kisah rumah tangga

Sebelum saya mula kisah saya, saya faham sekiranya warganet nak kritik saya ke apa. Untuk makluman saya merupakan isteri kedua. Cadangnya saya ingin menceritakan kisah saya untuk dijadikan pengajaran buat anda semua. Ceritanya bermula sebelum kami bernikah. Isteri pertama dia selalu menyuruh suami kahwin lagi(suami siap tunjuk bukti menunjuk melalui wasap antara dia dengan madu saya) tak tahukah kalau wasap madu saya tu cuma menguji ke apa.

Nak dijadikan cerita,madu saya ni jenis kasr bahasanya,kalau berbalah dengan suami,dia akan membahasakan aku hang dengan suami. Keluar ayat yang tak elok pun selalu juga.Dia juga pernah kata “abang kawin la lagi bole jaga abang kat sana. Ayang sibuk ni dengan anak anak”dia juga berkata yang dia tak kisah kalau tak dapat bersama selama sebulan. Sebab dia sibuk dengan anak anak dan demi Allah saya tidak berbohong.

saya lihat wasap tu bila suami tunjuk kepada saya. pernah suatu kali (masa ni kami sudah bernikah) suami terbawa balik seluar dalam saya ke rumah madu terus madu saya snap gambar seluar dalam saya dan bertnya pada suami ini seluar dalam siapa? Aku tunjuk isyarat good dekat suami!

Masa itu madu tidak tahu yang kami sudah bernikah. suami kata tidak tahu. dan madu membalas “seluar dalam bini muda abang kot nohh” dan dia simpan seluar dalam saya lipat dengan elok sampai la suami saya ambil seluar dalam saya bawak balik bagi kat saya. dalam wasap tu juga madu mengatakn “kalau abang ade isteri jaga la dia baik baik macam mana bagi jaga ayang” cari lah isteri yang lemah lembut yang bole jage abang kat sana. ayang ni kasaq. asal kan abang berlaku adil ayang bole terima”

Demi allah .. Saya tidak berbohong. wasap tu suami tunjuk dekat saya. suami jugak pernah bagi hint dekat madu yang bercerita pasal poligami dengan pak saudara. madu buat tak kisah saja. tetapi bila madu dapat tau yang dia betoi2 dapat madu. dia dok marah saya kata btina jalng. btina sndal. bbi sndol apa semua. post kat fb kata2 macam2 dekat saya satu keturunan.

Saya tak pernah nak suruh suami berpisah dengan dia atau mintak nafkah yang bukan2. madu dok post kat fb kata yang saya ni permpas pmusnah rumah tangga orang. padahal suami berlaku adil setiap dua hari bergilir2. madu pun la Ni pindah rumah yang lebih besar semi dan yang lengkap semua ada. saya hanya duduk rumah flat yang bilik cuma ada dua. alhamdulillah saya bersyukur.

Madu jugak dapat nafkah setiap kali balik sana suami akan bagi rm2-3 ratus. saya cuma rm100 utk sebulan sja . alhamdulillah .. Saya terima dan bersyukur. dan saya tak pernah cmburu atau dngki. saya tau taraf saya. saya sebelum nikah dengan suami, saya adalah janda. bekas suami yang lama kaki pu kul. dan kami berpisah sebab saya minta fasakh.

sekarang ni hubungan saya dengan suami jadi panas. bila dekat asyik berbalah bila jauh jadi rindu. selalu saya mintak berpisah sebab kadang2 meluat tengok muka suami. kawan ada suruh pergi berubat. ya. ada orang hantar bagi kami suami isteri panas. Suka berbalah. saya tak tau la sapa yang hantar dan saya tak nak ambil tau. sekarang ni hubungan kami goyah. tak apa la kalo setakat ini saja.

Mungkin kehadiran saya menambahkn lagi hubungan madu dengan suami lebih erat bila berpisah dengan saya nt. rezeki suami pun alhamdulillah bole beli macam2 bagi madu anak beranak. (madu saya ada anak 4) madu tidak berkerja. daripada dulu suami sesak la ni rezeki sentiasa cukop. saya bukan nak kata saya ni baik atau nk di puji baik. saya redha andai ini kesudahan nya. sebab isteri kedua ni cakap macam mana pun orang akan mengata juga.

Tapi memang apa yang saya lihat. sejak suami nikah dengan saya. madu dapat terlebih cukop dri sebelum nya. saya tumpang gembira. tak apa la. sekarang ni pun madu dah banyak berubah. dari dulu tak makan jamu la ni dah makan jamu joging semua. berubah untuk pikat suami tu baik. untuk kebahagiaan bersama.

Abang .. Andai kehadiran sayang dalam hidup abang membuat hubungan abang dengan r menjadii lebih erat. sayang mengucap syukur kepada ilahi dan sayang tak kisah orang nak mengata apa saja tentang sayang. hanya allah taala yang tahu tentang kita. tentang semua ni. buat madu ku r .. Saya mendoakan kebahagiaan selalu. semoga menjadi isteri solehah. amiinnnn.-ctto

Bersediakah Aku Nak Jadi Ketua Kluarga Kalau Abah Dah Pergi Satu Masa Nanti

Aku nak kongsi sesuatu. Sebab aku rasa benda ni penting. Untuk aku, untuk kau, untuk kita. Tapi, post ni panjang. Paling panjang aku pernah taip. Kalau kau Melayu yang malas membaca, teruskan scroll. Abaikan post picisan aku ni. Aku seorang lelaki. Berumur 26 tahun. Bekerja sebagai seorang guru Bahasa Melayu. Setiap hari aku akan berulang alik hampir 150km++ untuk ke sekolah. Kenapa?

Bukanlah aku riak, tapi sejujurnya, aku bukan tak mampu nak sewa bilik, nak sewa rumah berdekatan tempat kerjapun aku lebih dari mampu. Jadi kenapa?Masa aku kecik, aku selalu bayangkan, satu hari nanti, aku nak kerja kat KL. Bandar besar, ada LRT, ada KLCC, boleh jumpa Siti Nurhaliza. Senang cakap, semua ada.Well, pemikiran seorang budak berbangsa Orang Asli macam aku kan, ditambah pulak selalu tengok Cerekarama hari Sabtu pukul 10 dulukala, apa kau expect?

Tapi bila makin dewasa, aku ternampak sesuatu. Semakin dewasa kita, semakin banyak halangan untuk kita dekat dengan mak abah kita. Tak kira sama ada suka rela atau paksa redha.Kawan-kawan, kadang-kadangkan, kita lupa. Tulah satu mak abah kita. Hilang yang tu, hilanglah selamanya. Kadang-kadang kita terlalu ikut arus hidup sampai kadang-kadang kita lupa apa yang telah kita tinggalkan.

Kau tahu, aku selalu tersedar tengah malam.Nanti berpeluh-peluh. Berdebar-debar. Kadang-kadang macam nak menjerit rasanya. Hati jadi sayu sangat. Entah sampai bila keluarga aku, mak abah aku akan tetap ada dengan aku.Aku tahu. Dalam hidup takkan dapat lari dari hembuskan nafas terakhir. Sedang hidup itu pun lawannya pergi buat selamanya. Setiap satu yang datang, satu hari tetap akan pergi. Setiap yang hidup, satu hari mesti akan pergi. Cubalah nafikan macam mana sekalipun, kau kena terima hakikat ni walaupun pahit.

Alhamdulillah. Aku belum pernah rasa hilang sesiapa dalam keluarga kecil aku. Aku pernah hilang orang yang aku sayang sangat, yang bukan keluarga aku pun, 3 tahun aku merangkak. Inikan pulak kalau hilang keluarga aku.Oh, by the way, 29 Oktober ni, orang tu akan berkahwin. Semoga bahagia dunia akhirat ya, awak. Jadi, maaflah kalau ada yang kata aku tak layak bercakap tentang ni sebab aku tak pernah atau belum pernah rasa lagi hilang mak abah macam sesetengah orang rasa.

Ya, memang betul. Tapikan, aku nak ceritakan satu pengalaman aku. Aku pernah rasa. Perasaan hilang abah. Walau hanya untuk 2 minit. Sakitnya, Allah. Kau takkan pernah dapat bayangkan. Kau tak tahu apa yang ada dalam hati kau.Kau tak tahu apa yang bermain dalam fikiran kau. Kau malah tak tahu nak menangis atau nak ekspresikan diri kau macam mana. Sebab aku macam hilang rasa, macam hilang jiwa. Macam hilang semua.

Aku dah tengok abah aku terduduk diam. Seperti tak bernafas. Dah goncang badan pun takda langsung pergerakan. Panggil sekuat mana pun takda sahutan. Adik-adik sekeliling aku dah mula menangis.Mak dah mula hilang arah tapi masih usaha sedarkan abah. Satu je ada dalam fikiran aku masa tu.

“Aku ni dah sedia ke nak jadi ketua keluarga?”Dan bila dengan tiba-tiba mata abah sedikit terbuka, rasa syukur tu boleh buat kau tersujud kat situ. Tapi, bila abah tersedar, abah tak boleh bercakap. Abah tak boleh susun kata-kata. Struktur ayat abah tak seperti biasa. Abah hilang kosa kata.

Kau boleh bayangkan tak, abah yang selama ni suka tanya teka-teki hambar, suka buat lawak tak kelakar, tiba-tiba seperti ingin menmpar pipinya sendiri kerana tak boleh nak sampaikan sebaris ayat mudah.“Nak tu , apa …. alah“Abah mengeluh. Tunjuk arah cawan. Tunjuk air.Abah nak minum. Tapi abah tak boleh bercakap lagi. Allah. Beratnya dugaan ini. Abah jadi pendiam. Selalu termenung panjang. Abah dah tak nak cakap. Abah takut kami tak faham. Abah takut dengan diri sendiri.

Abah takut dia dah tak boleh bercakap lagi. Bila dalam kereta, mak selalu ajak abah berbual, tapi abah tak nak balas. Bila abah nak cakap sesuatu, aku cepat-cepat teka apa dia nak cakap supaya abah tak putus asa.Kurang. Aku rasa kurang bila dah tak dapat dengar suara dia. Aku rasa kurang tak dapat dengar lawak hambar dia. Aku cakap dengan adik-adik aku.

“Mesti semuanya dah tak sama macam sebelum ni kan? We gonna miss his voice, his lame jokes, nothing will be the same anymore”.Abah disahkan diserang minor str0k. Dan bahagian yang terkesan ialah bahagian Broca dan Wernicke otak abah yang terlibat dalam proses pertuturan manusia.

Tapi, Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Allah bagi aku rasa tu tak lama. Selepas seminggu, kebolehan bercakap abah kembali seperti biasa. Dan tentang semua rasa tu, walau tak banyak sekalipun, tapi sedikit sebanyak telah mengingatkan aku.Jadi, sebab tulah, aku ulang alik 150km sehari untuk ke tempat kerja. Walau kadang-kadang tertidur dekat traffic light, walau kadang-kadang tersengguk masa drive.

Tak kira lagi yang berhenti tidur tepi jalan sampai polis soal siasat macam aku ambik ddah. Apa gla pengih ddah handsome macam aku siap pakai kemeja ber name tag? Hahahaha.Biarlah. Walau tak banyak aku dapat bantu dalam urusan harian mak abah, tapi cukuplah mak abah orang pertama yang aku nampak bila aku buka mata, dan mak abah jugak orang terakhir yang aku tengok sebelum aku tidur pejam mata. Doa aku, biarlah semua ni sampai bila-bila.

Kadang-kadangkan, aku selalu terfikir. Biarlah aku mti dulu. Dari pada mak aku. Tapi bila fikir semula, kalau aku pergi dulu, siapa pulak nak jaga mak abah? Tapi kalau mak abah yang pergi dulu, kuat ke aku?Dahlah. Aku nak mark worksheet dengan homework student aku. Esok 4.30 pagi dah kena bangun nak pergi cari nafkah untuk makan bulan depan. Kang kena buang kerja satu hal pulak. Hmm. Macam nilah hidup seorang lelaki macam aku. Dahlah mithali, handsome, penyayang, berbudi bahasa, hampir pupus pulak tu. Selamat malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *