Dikatakan untung atas angin. Zara Zya jawab persoalan yang mengatakan dia menggunakan agama untuk demi perniagaannya dan dedahkan kebenaran yang sebenarnya

artis

Walaupun tidak pernah buat sebarang kenyataan tentang penampilannya yang terkini yang tampil berhijab, pelakon Zara Zya dilihat selesa dengan imej baharunya. Enggan menjadikan kisah bertudung itu sebagai topik utama untuk dikongsi kepada khalayak,pelakon Seadanya Aku itu memilih untuk muhasabah diri demi kebaikan.

Ketika sedang bertatih untuk mengejar saham akhirat,wanita berusia 34 tahun itu tidak terlepas daripada cerita kurang menyenangkan. Kebaikan yang ingin dilakukan,disalah erti oleh segelintir pihak yang hanya pandai membuat anadaian sendiri. Ayuh ikuti temu bual antara Kosmo! bersama pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd.Zainuddin itu.

KOSMO!: Apa yang membuatkan Zara nekad bertudung? ZARA ZYA: Alhamdullilah, khabar baik. Saya buat ini (berhijab) atas kehendak diri sendiri, bukan atas desakan orang lain. Keputusan ini tulus ikhlas daripada hati saya. Anda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang imej baharu atau anda memang mahu berdiam diri? Saya bukan berdiam diri tetapi berada dalam fasa untuk perlahan-lahan belajar ke arah kebaikan seperti menutup aurat. Sebenarnya saya tidak mahu keluarkan kenyataan “Ya, saya sudah berhijab” kerana tak mahu isu penampilan dijadikan fokus.

Pinta saya cuma, doakan saya istiqamah dan kuat mendepani ujian pada hari depan. Banyak stesen radio dan televisyen ada menjemput ke program agama. Mereka minta untuk saya berkongsi tentang penghijrahan tetapi saya terpaksa tolak dengan baik. Bukan apa, saya jadi takut pula dengan jemputan sebegitu sebab saya berubah bukanlah nak jadi ustazah.

Ada yang mengatakan penghijrahan Zara dikaitkan juga dengan perancangan untuk mendirikan rumah tangga. Sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut?Kenapa pula begitu. Orang akan sentiasa membuat spekulasi. Takkanlah pakai tudung sebab desakan individu lain. Sebenarnya, saya langsung tiada sebab bertudung sebagai persediaan untuk berkahwin.

Menerusi satu perkongsian dalam Instagram, anda menulis dengan kritikan orang, berbunyi seperti anda dikritik dengan kenyataan dari warganet kononnya memperdagangkan agama untuk kaut keuntungan dalam perniagaan. Boleh jelaskan?Sebenarnya kapsyen saya itu lebih berbentuk pertanyaan. Saya cuma tanya bukan untuk diri saya seorang tetapi orang lain juga. Namun, soalan saya itu tidak berjawab. Platform media sosial sekarang ini dijadikan tempat menilai dan membuat persepsi negatif terhadap seseorang. Saya tidak terkecuali daripada menerima mesej berbaur kritikan dan neagatif.

Apabila kita cuba berubah ke arah kebaikan, ada ujian yang datang. Ada yang komen suruh saya bertudung labuh serta tutup dada dan tutup aurat dengan sempurna. Macam saya katakan awal tadi, saya kini sedang dalam proses belajar bukannya berubah secara drastik.Lebih perit, mereka kata saya ambil untung atas angin dan memperdagangkan agama demi perniagaan tudung yang diusahakan Mungkin ada segelintir yang lupa, saya ada jual tudung pada 2015 tetapi rasanya dalam dua tahun kemudian saya ‘rehat’ sekejap dan baru sekarang kembali aktif. Alhamdullilah, kebanyakan pelanggan lama datang membeli koleksi terbaharu daripada Zarazya.scarfz.

Bagaimana pula dengan kerjaya lakonan?Sehari sebelum saya nekad bertudung, saya sempat habiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu untuk slot Samarinda. Ada sebuah tawaran yang saya terpaksa tolak disebabkan faktor penampilan dan jalan cerita.Dahulu, sebelum bertudung mungkin saya boleh berlakon bersentuh-sentuhan, tetapi sekarang kenalah tukar. Tambahan pula, apabila sudah mahu bertudung, saya tak boleh lengah-lengahkan perkara baik.

Selain itu, ada beberapa kerja yang dah lama dipersetujui, setakat ini tiada sebarang pemberitahuan mengatakan mereka terpaksa batalkan kontrak saya.Alhamdullilah, mereka dapat terima ‘Zara Zya yang baharu’ ini. Insya-Allah pada November nanti, saya akan menjayakan beberapa buah program masakan. Ada antaranya saya jadi pengacara dan tetamu jemputan.

Okey. Beralih tentang kehidupan peribadi pula. Selepas berdepan dengan fasa putus tunang, adakah anda sudah bersedia untuk kembali menjalin hubungan cinta?Buat masa ini saya tidak fikir ke arah itu (cinta). Fokus saya ketika ini ialah keluarga, karier seni dan perniagaan.-kosmo

Perubahan Zara Zya Baru Baru Ini Telah Mendapat Kritikan Dari Segelintir Warganet Sehingga Ada Yang Melibatkan Agama. Ini Komen Balas Padu Dari Zara Zya Untuk Warganet Itu.

Seperti yang diketahui pelakon jelita, Zara Zya mula mengenakan hijab sejak September lalu yang sekaligus menerima reaksi positif peminat. Bagaimanapun, tindakan murni pelakon itu turut mendapat kritikan segelintir warganet, lalu melontarkan spekulasi sendiri.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia mengakui ada segelintir pengguna media sosial yang menuduhnya memperdagangkan agama apabila menjalankan perniagaan tudung selepas mula mengenakan hijab. Jelasnya, dia sebolehnya mahu berubah ke arah yang lebih baik tanpa membabitkan mana-mana pihak mahupun perniagaan yang dijalankan olehnya.

“Selamat Petang Kesayangan Semua Adakah media sosial sekarang dijadikan sebagai platform untuk menilai dan memberi persepsi kepada orang lain. “Lately, saya selalu dapat DM yang menilai dan menghentam diri saya, sampaikan ada warganet yang komen saya memperdagangkan agama antara kehidupan peribadi dan business tudung yang saya buat.

“Kalau nak diikutkan, sejak 2015 lagi saya mula jual tudung dan sekarang saya mulakan balik business ni dengan nafas baru yang lebih fresh,” jelasnya. Zara pada masa sama turut menambah, dia memohon maaf atas kekurangan yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Dan yang penting, kehidupan peribadi saya sekarang adalah fokus untuk berubah ke arah yang lebih baik tanpa melibatkan dunia business dan pihak lain. “Apa pun saya mohon maaf atas kekurangan dan kekhilafan diri saya ye. “Anyway, enjoy lah tengok video tutorial @zarazya.scarfz yang tak seberapa ni okay,” tulisnya di ruangan kapsyen video yang dikongsi.

Sumber: MediaHiburan

Baru sahaja memuat naik gambar bertudung. Zara Zya terus diserbu peminatnya di ruang komen. Namun ada yang mempersoalkan penampilannya itu. Ini jawapan Zara Zya mengenai imej barunya itu.

Kuala Lumpur: Tindakan pelakon, Zara Zya memuat naik gambar bertudung mengundang persoalan ramai terutama dalam kalangan peminat adakah dia sudah bertudung. Malah, menguatkan lagi spekulasi apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah. Bagaimanapun, Zara, 35, ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu.

“Maaf, sebab belum masanya lagi untuk keluarkan apa-apa kenyataan,” katanya ringkas. Namun, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Zara menulis kapsyen seolah-olah dia sudah berhijrah. “Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang,” katanya. Bahkan, di ruangan komen, kebanyakan rakan selebriti dan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah kepada Zara di atas perubahan berkenaan.

Dalam masa sana, ramai juga yang mendoakan semoga Zara akan terus istiqomah jika memang dia kini sudah berhijab kerana kelihatan sangat manis demgan tudung dipakai. Apa yang pasti, Zara yang pernah popular dengan drama Love You Mr Arrogant di TV3, kini giat membina empayar perniagaan yang lebih serius diceburinya sejak Ramadan lalu.-Hmetro


Video Zara Zya tampil berhijab terima pujian ramai, “Alhamdulillah cantiknya…”

Sejak kebelakangan ini, Zara Zya mendapat perhatian peminat dan pengikut di laman sosial Instagram peribadinya apabila dia ada memuat naik beberapa posting kepada umum. Posting yang dikongsikan itu juga membuatkan penampilan pelakon berbakat ini mendapat pujian apabila Zara Zya tampil berhijab lalu meraih perhatian orang ramai. Manakala video yang dimuat naik ini juga mendapat banyak tontonan oleh warganet apabila dia tampil mengayakan selendang berwarna biru muda.

This image has an empty alt attribute; its file name is Zara-zya-600x300-1-300x150.jpg

Tidak menulis sebarang kapsyen malah hanya meninggalkan emoji namun perkongsian video ini membuatkan orang ramai mendoakan agar selebriti ini pula berhijab. Biarpun begitu, menerusi perkongsian foto terbaharu Zara Zya di Instagram peribadinya ini pula membuatkan orang ramai turut tumpang gembira dengan penampilan dia memakai hijab.

Kapsyennya juga mendapat perhatian kerana ujarnya, “Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang…” Perkongsiannya itu bagaimanapun disambut baik oleh peminat dan pengikut dimana rata-rata mereka mendoakan yang terbaik buat pelakon berbakat ini. Disamping itu, turut tidak henti-henti warganet memuji penampilan cantiknya itu selain turut tumpang gembira melihat dirinya dan melalui posting tersebut Zara Zya menerima ribuan tanda suka. “Cantiknya Kak Zara, Alhamdulillah”. “Manisnya Zara… bilalah nak jumpa”

Sumber: HCL

“Hati Saya Nekad Mahu Berubah, Saya Lakukan Kerana Allah” – Zara Zya

Membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu, Zara Zya mengakui dia sudah lama memendam hasrat untuk berhijab dan sangat bersyukur apabila niatnya untuk berhijrah itu dipermudahkan. Enggan berkongsi lanjut mengenai penghijrahannya itu, Zara berkata dia masih dalam proses belajar serta berharap dirinya akan terus istiqamah untuk berhijab dan meminta para peminatnya mendoakan yang baik-baik.

“Saya masih lagi dalam proses belajar. Tiada apa yang nak dikongsikan mengenai perkara ini. Apatah lagi, saya tidak gemar untuk menghebohkannya bagi menarik perhatian. “Apa yang saya harapkan kini ialah terus istiqamah. Semoga, Allah sentiasa memelihara hati saya untuk kekal berhijab selamanya. Terima kasih juga, doakan yang baik-baik,” katanya kepada Harian Metro.

Memaklumkan dia ada menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung itu, Zara berkata dia tidak ralat dengan keputusannya itu kerana hatinya nekad mahu berubah manjadi insan lebih baik. “Hati saya sudah nekad mahu berubah. Jadi, saya lakukannya kerana Allah sudah beri peluang itu. Saya sangat bersyukur dan jauh di sudut hati ini memang sudah sedia sepenuhnya.

“Insya-Allah, saya kini benar-benar inginkan masa depan menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Malah, saya tak rasa sayang langsung untuk menjual pakaian lama dimiliki,” katanya. Kata Zara lagi, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat itu mungkin menjejaskan tawaran lakonan kerana dia percaya bahawa itu rezeki daripada Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kasi Viral PressSumber : Rotikaya

Zara Zya bertudung

KUALA LUMPUR: Pelakon, Zara Zya, 35, sekian lama memendam hasrat berhijrah akhirnya membulatkan tekad bertudung sejak beberapa hari lalu. Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut, baru-baru ini. Kebanyakan peminat menyukai imej bertudung yang digayakan.

Menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik, Zara menyentuh soal doa yang cepat atau lambat dimakbulkan Allah. Ia seperti memberi satu bayangan wanita kelahiran Lenggong, Perak itu sudah mula berhijrah. Mengukuhkan tanda tanya apabila Zara dilihat menjual pakaian lama menerusi laman Instagram (IG) Story, Rabu lalu.

“Secara jujur, saya masih dalam proses membiasakan diri dalam penghijrahan ini. Saya mengharapkan doa yang baik-baik. “Semuanya berlaku atas gerakan hati. Keputusan ini tidak perlu dilengahkan. Saya juga tak mahu hati berbolak-balik dalam melakukan tuntutan wajib ini. “Saya sempat menghabiskan penggambaran drama Beri Sedikit Waktu pada Jumaat lalu, sebelum bertekad mengenakan tudung sepenuhnya,” katanya kepada BH Online.

Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, dia memutuskan untuk menolak beberapa tawaran drama yang kurang sesuai dengan imej bertudung. Baginya, hatinya kuat mahu berubah termasuk menutup aurat. “Saya selalu dengar soal istiqamah ini bukan mudah. Saya harap Allah tetapkan hati dan jiwa saya. Insya-Allah, saya mahu masa depan menjadi lebih baik daripada semalam yang ditinggalkan.

“Tiada langsung rasa sayang menjual pakaian lama. Saya akui, sudah tidak sabar mahu menutup aurat selama ini. Moga ia menjadi permulaan yang baik,” katanya. Katanya, dia tidak gentar sekiranya keputusan menutup aurat mungkin menjejaskan tawaran lakonan. “Saya tak terfikir soal ada tawaran kerja atau sebaliknya. Saya percaya pada rezeki yang tertulis. “Saya banyak membeli tudung dan pakaian baru,” katanya.

Sumber: BHONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Page Kami. Terima Kasih! Kucingasm Media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *