Terkini tiga sekolah di Kedah diarahkan tutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober. Ini sekolah sekolah yang ditutup ekoran penularan covid 19.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

Baling: Tiga sekolah di Baling dan Pokok Sena ditutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan warganya. Menerusi pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, tiga sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling serta SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

Susulan itu semua pelajar, guru dan warga sekolah dikehendaki menjalani kuarantin serta patuh prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan. “JPN Kedah memutuskan menutup sementara semua kelas di sekolah berkenaan dan guru serta kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah, manakala pembelajaran secara dalam talian,” kata pekeliling itu.

Sementara itu, tinjauan di SMK Baling pagi ini, mendapati pagar utamanya ditutup dan tidak kelihatan warga sekolah di pekarangan. Difahamkan, langkah diambil susulan seorang pelajar sekolah itu yang menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif Covid-19. Kedah merekodkan lebih 1,200 kes positif setakat semalam, membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.

Oleh yang demikian, semoga kita semua terpelihara daripada penularan wabak covid 19 ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Untuk dapatkan info menarik mengenai isu semasa, tips, dan lain-lain marilah LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA. Terima Kasih!!

Sumber: HMETRO

Terkini Kementerian Pendidikan Malaysia beri kenyataan baru mengenai penutupan sekolah ketika musim pandemik covid 19 yang semakin menular. Syarat syarat itu dikemukakan disini.

Sebelum meneruskan pembacaan, jangan lupa LIKE dan SHARE page kami, Kucingasm Media.

Kuala Lumpur: Pentadbiran sekolah seluruh negara diberikan kuasa untuk menutup operasi persekolahan jika terdapat kes positif kes Covid-19 membabitkan penghuninya. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, tindakan tutup sekolah untuk tempoh tujuh hari boleh dilakukan tanpa menunggu analisa risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif Covid-19 perlu ditutup untuk tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisa risiko oleh KKM. “Ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi dijalankan berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penykit Berjangkit 1988 (Akta 342). “Dalam hal ini, sekolah yang mempunyai kes positif Covid-19 perlulah mematuhi garis panduan yang akan dikeluarkan oleh KPM,” katanya.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan Covid-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin. Katanya, keputusan adalah susulan trend peningkatan kes di seluruh negara sejak kebelakangan ini. Kenyataan itu juga berkata, murid sekolah berasrama di dalam zon merah perlu kekal di hostel masing-masing.

“Perintah ini turut terpakai ke atas murid sekolah berasrama di zon hijau, tetapi memiliki keluarga yang menetap di zon merah,” kata kenyataan berkenaan. Menurutnya, semua kebajikan murid akan diuruskan pihak sekolah yang berkenaan. Dalam perkembangan lain, Sekolah Kebangsaan Bangsar diarah tutup selama seminggu bermula, apabila dua muridnya disahkan positif Covid-19.

Sumber: HMETRO

Banyak tanda tanya mengenai penutupan sekolah selepas kes semakin meningkat setiap hari. Terbaru ini jawapan PM bagi isu penutupan sekolah itu.

PUTRAJAYA: Setakat ini kerajaan hanya memutuskan untuk menutup sekolah di kawasan zon merah iaitu Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna di Sabah. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang peka dengan kebimbangan ibu bapa di kawasan lain yang tidak terbabit dengan penutupan sekolah, memberi jaminan Kementerian Pendidikan sentiasa memantau keadaan COVID-19 di sekolah di seluruh negara.

“Jika ada sebarang kes COVID-19 melibatkan warga sekolah, Kementerian Pendidikan akan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menanganinya. “Dalam hal ini, KKM akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan langkah-langkah yang perlu diambil bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid, guru dan kakitangan sekolah. “Jika perlu, keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara akan dibuat di peringkat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 setelah menerima nasihat daripada KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Perutusan Khas Situasi Semasa COVID-19 yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi beliau pada Selasa. Dalam perkembangan lain, Muhyiddin menegaskan sekiranya terdapat keperluan untuk menyekat pergerakan rentas negeri, Sidang Khas MKN akan berbincang dan membuat keputusan mengenainya. “Saya memberi jaminan notis yang mencukupi akan diberikan kepada orang ramai sebelum sebarang keputusan dilaksanakan supaya tidak ada sesiapa yang terkandas.

“Kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menghadkan majlis dan perhimpunan orang ramai bagi mengurangkan kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19. “Ini termasuk persidangan besar, kenduri kahwin serta majlis perhimpunan orang ramai,” ujarnya.Bagitupun, Muhyiddin berkata, kerajaan akan mendapatkan input daripada KKM terlebih dahulu sebelum melaksanakannya termasuk cadangan mengadakan SOP tambahan jika perlu.

Dah baca? Jangan lupa Like & Share Page Kami KUCINGASM MEDIA.

Sumber: Awani

Sekolah di empat daerah ini ditutup mulai hari ini. Penutupan ini melibatkan hampir 400 buah sekolah dan sehingga ke satu tarikh ini dan harap semua maklum dengan hal ini

Semua sekolah yang berada di zon merah Covid-19 di seluruh negara akan ditutup mulai hari ini.Ini termasuklah sekolah di empat daerah – Klang, Sandakan, Papar dan Tuaran – yang akan dikenakan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula Jumaat ini.

Menurut kenyataan media Kementerian Pendidikan petang semalam, sekolah-sekolah di daerah itu akan ditutup sehingga 23 Oktober.Penutupan sekolah itu akan melibatkan sebanyak 142 buah sekolah di daerah Klang dan 242 buah sekolah keseluruhan di tiga daerah di Sabah.Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.Sementara itu sebarang pemakluman berhubung penutupan sekolah bagi daerah-daerah lain akan dibuat dari semasa ke semasa. Sumber: Awani

Keputusan KPM Tutup Sekolah Berdasarkan Penelitian Data Dan Perbincangan – Radzi

KUALA LUMPUR, 7 Okt  — Sebarang keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkaitan penutupan sekolah dibuat berdasarkan penelitian mendalam terhadap data yang ada serta perbincangan terperinci dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata KPM menghargai saranan dan sedar kegusaran serta kebimbangan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah.“Saya menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak mengenai keperluan menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan COVID-19.

Kami di KPM sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah seluruh negara,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasminya malam ini.Radzi juga berkata kemungkinan terdapat pihak mendakwa KPM seolah-olah lambat membuat keputusan namun hakikatnya ia tidak begitu kerana negara tidak pernah berpengalaman menangani masalah seumpama ini.

“Ianya tidak pernah berlaku. Namun kita (KPM) mula belajar beberapa bulan kebelakangan ini mengenai pendekatan sesuai dalam keadaan tertentu,” katanya.Katanya lagi, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas, operasi  institusi pendidikan di bawah KPM tetap berjalan lancar.“Kita belajar bahawa ketelitian adalah penting dalam melahirkan keputusan yang tepat dan jitu,” kata Radzi.

Mengulas penutupan sekolah di kawasan Klang di Selangor, Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah  bermula esok, beliau berkata keputusan diambil setelah mendapat pengesahan daripada KKM bahawa kawasan terbabit adalah kawasan Zon Merah.

“Sepertimana yang dinyatakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khasnya semalam, sebarang keputusan mengenai penutupan sekolah di seluruh negara sekiranya perlu akan dibuat di peringkat sidang khas MKN Mengenai Pengurusan COVID-19  setelah menerima nasihat KKM,” katanya.Justeru, beliau mengajak semua pihak termasuk rakyat negara ini untuk bekerjasama dalam menangani cabaran pandemik tanpa vaksin ini.— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *