Terkini pihak pengurusan pusat beli belah One Utama minta pengunjung yang mengunjungi satu bahagian di One Utama ni tampil buat ujian saringan. Rupanya ini puncanya.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Terkini pihak pengurusan pusat beli belah One utama mengarahkan orang ramai yang berkunjung di bahagian kosmetik Parkson Elite dan Mac City Service Centre supaya memudahkan kerja dengan tampil untuk melakukan ujian saringan disebabkan terdapat kes positif koronavirus (Covid-19). One Utama berkata, orang ramai yang berada di dua bahagian itu pada 25 September hingga 7 Oktober lalu boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah Petaling.

Katanya, setakat ini semua pekerja Mac City Service Centre disahkan negatif, begitu juga dengan kontak rapat pekerja Parkson Elite. Kementerian Kesihatan mengesahkan sebilangan kecil kes di One Utama tidak berhubung atau tersebar oleh satu sumber dengan individu yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala ketika bekerja di premis penyewa kami. “Kami juga menyediakan kemudahan untuk semua kakitangan One Utama dan kakitangan penyewa kami untuk menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas keputusan saringan pada 7 Oktober lalu. Media hari ini melaporkan berlaku empat kes positif melibatkan tiga pekerja dan seorang pengunjung di kompleks itu.

Kenyataan itu juga mengesahkan tentang penutupan sementara pusat beli-belah tersebut bermula esok untuk proses saringan kontak rapat dan proses nyah kuman atas nasihat KKM. Menurutnya, kompleks itu hanya akan dibuka semula setelah semua pekerja One Utama dan penyewa menjalani ujian saringan dan keputusan ujian itu diperoleh.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! dan Jangan lupa untuk Like pagi kami KUCINGASM MEDIA. Jom baca artikel berkaitan dibawah untuk kefahaman mengenai kes covid 19 di One utama ini.

Perunding kecantikan di Parkson One Utama positif Covid-19

Katanya, pengurusan One Utama kesal kerana penularan Covid-19 itu berlaku di luar kawalan walaupun usaha terbaik dilakukan untuk mencegah penularan Covid-19 di pusat beli-belah itu dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) dan kerja-kerja sanitasi yang ketat.

“Terima kasih kami ucapkan kepada petugas barisan hadapan, penyewa, KKM dan semua pihak yang terus membantu dan menyokong kami sepanjang tempoh mencabar ini. “Maklumat (mengenai perkembangan semasa) akan dikemas kini di laman sosial pusat beli-belah kami,” katanya.-SinarHarian

Bukan sahaja pusat beli belah 1Utama yang diarahkan tutup. Terkini satu lagi tempat di Petaling Jaya diarahkan tutup gara gara ada individu yang telah disahkan positif Covid 19.

Sebelum ni Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara tapi sekarang tempat ni pula yang diarahkan tutup untuk elak penularan covid 19. Jadi kalau nak tau, jom kita baca sampai habis tentang isu covid 19 di tempat tempat ini dan jangan lupa untuk LIKE DAN SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA untuk info yang lebih menarik.

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya ditutup esok, berikutan sembilan individu disahkan positif Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencn Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan itu bagi tujuan membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

“Sehingga kini terdapat empat kes positif di pusat beli-belah 1Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis. “Manakala lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pekerja yang didapati positif itu dari Bahagian Kosmetik dan Wangian, aras bawah Parkson Elite serta Mac City, aras dua.

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan saringan kesihatan di One Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh dinyatakan itu,” katanya. Bagaimanapun, Johary berkata, individu bergejala sebelum tarikh saringan itu diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan. 1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara bermula esok (11 Oktober) setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencna Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Dia juga memohon sesiapa yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian Parkson Elite (aras bawah) antara 30 September hingga 7 Oktober, serta mereka yang ke Mac City (aras dua) antara 25 September hingga 30 September, untuk membuat ujian saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya. Mereka yang bergejala sebalum tarikh saringan boleh ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya lagi.

Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.- malaysiakini

Perunding kecantikan di Parkson One Utama positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif koronavirus (Covid-19) selepas keputusan saringan pada Rabu. Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan terbabit bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu. Menurutnya, kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kami telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi dijalankan seperti mana ditetapkan oleh KKM. “Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu,” katanya hari ini.

Isnin lalu, seorang kakitangan Mac City Service Centre di kompleks beli-belah berkenaan didapati positif Covid-19. Kakitangan berkenaan tidak berkunjung ke pusat beli-belah itu sejak 30 September lalu dan telah dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan untuk rawatan. Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan telah menjejaki pintu masuk pekerja lelaki itu dan mendapati suhu kakitangan berkenaan berada di bawah 37.5 darjah celsius.- Sinarharian

Kes melibatkan pekerja di 1 Utama tambah lagi satu kes. Terkini barisan hadapan sanggup membersihkan kawasan tersebut dan ini tindakan susulan berikutan kes tersebut.

Pusat beli belah One Utama laporkan satu lagi kes baru dari staf Mac City, kali ini pusat beli belah itu laporkan satu lagi kes positif Covid-19 dari pekerja Parkson. Menurut Facebook rasmi, Parkson One Utama akan menutup outlet Parkson hingga diberitahu nanti lepas salah seorang pekerja Parkson disahkan positif Covid-19. Penutupan ini dibuat sejurus selepas pihak pengurusan dapat tahu mengenai perkara ini.

Setakat ini, pihak frontliners sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung-pengunjung lain. Sumber: Facebook.Manakala staf-staf yang terlibat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah dan pihak KKM dan pengurusan sedang berkerjasama mengesan kontak rapat. Apa apa pun Stay safe semua!-lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *