Terbaru polis mengenakan dua lagi sekatan jalan di Klang bermula 4 petang tadi untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

KLANG: Polis mengadakan dua lagi sekatan jalan raya bermula jam 4 petang tadi, susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata sekatan itu di Taman Sentosa (jalan masuk ke Perdana Villa) dan Jalan Sungai Udang, Kampung Delek Klang (bersebelahan Restoran Aishah).

“Penambahan dua sekatan itu menjadi enam sekatan jalan raya di Klang Selatan. “Sekatan sejak Jumaat lalu Bukit Tinggi (Taman Bayu Perdana) dan Taman Sri Andalas. “Semalam pula, pelaksanaan sekatan jalan raya di Bandar Puteri dan Taman Suria Pendamar, Pandamaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsul Amar berkata, kompaun akan dikenakan jika ada orang ramai yang tidak patuh prosedur operasi standard PKPB. “Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan Op COVID-19 di talian 03-33762400 sekiranya ada sebarang pertanyaan atau aduan,” katanya.- BHONLINE

Isu rakyat bekerja luar daerah sedang heboh diperkatakan. Ketua Polis Selangor maklumkan surat pengesahan majikan tidak cukup malahan mereka perlu dapatkan kebenaran dapat pihak ini untuk lepas

Bermula tengah malam, Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) . Dan bagi mana mana penduduk di mukim tersebut.Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam tadi. Manakala bagi mana-mana penduduk di mukim itu yang bekerja di luar daerah, tidak memadai bagi mereka sekadar menunjukkan surat pengesahan majikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mereka sebaliknya perlu memohon kebenaran daripada pihak polis sekiranya mahu merentas kawasan sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan. Surat kebenaran atau pengesahan bekerja daripada majikan masing-masing tidak memadai untuk memastikan mereka berada di dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services).

Surat kebenaran majikan kena ada menunjukkan dia bekerja dengan siapa dan menunjukkan ini dia perkhidmatan perlu atau sebaliknya.”Kalau nak keluar dia kena dapatkan kebenaran daripada pihak kami dan dapat menunjukkan bukti-bukti mereka bertugas khususnya perkhidmatan perlu.”Sebanyak dua sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang akan dilakukan iaitu:

Seterusnya Sekatan jalan raya. Bukit Tinggi Klang di Persiaran Pegaga dan Jalan Kim Chuan. Taman Sri Andalas Klang membabitkan persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail. Penutupan jalan. Jalan Batu Unjur 9,Jalan berhadapan Masjid Ar-Rahimiah,Jalan Sri Siantan,Jalan Sri Siantan 41,Jalan Sri Damak 53.Justeru itu, pihak polis akan mendirikan pondok khas berdekatan kawalan pergerakan bagi memudahkan penduduk yang berada dalam lingkungan kawasan sekatan jalan raya membuat permohonan rentas daerah tersebut.

PKPB Bukan Di Daerah Klang, Tetapi Mukim Klang – Ismail Sabri

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memperjelaskan semula kekeliruan yang dihadapai oleh rakyat Malaysia.Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlaku hanya di MUKIM Klang, bukannya DAERAH Klang. Penjelasan itu dibuat menerusi video Twitter Astro Awani. Mukim Klang. Jadi, kepada mereka yang tinggal di Mukim Kapar di Klang, korang boleh jalani kehidupan seperti biasa. Tapi ingat! Patut SOP.

Disebabkan PKPB telah berkuatkuasa di kawasan ini. Terbaru ini prosedur upacara akad nikah di kawasan Klang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


Sebelum ini, akibat penularan wabak covid 19. Kita dapat tahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sudah berkuat kuasa bagi membendung penularan tersebut. Namun, tular isu pasangan yang hendak berkahwin telah menyerbu pejabat agama baru baru ini. Baca selanjutnya tentang prosedur akad nikah dalam tempoh PKPB dan jangan lupa untuk LIKE & SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan upacara akad nikah di daerah Klang, Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). JAIS menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menyatakan, pelaksanaan akad nikah (yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah) bagi pasangan di daerah Klang hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

“Majlis akad nikah hanya dibenarkan dengan kehadiran beberapa pihak sahaja termasuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. “Selain itu, dibenarkan dengan seorang wali sahaja, manakala jurugambar tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu. Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan PKPB sejak kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan sebanyak 36 kawasan antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas.- SinarHarian

118 pasangan pengantin ‘serbu’ Pejabat Agama Klang

KLANG – [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan situasi bakal pengantin ‘menyerbu’ Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai hari ini. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, persiapan itu termasuk dari sudut pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PKPB agar ia seiring dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, majlis akad nikah di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada asalnya hanya dibenarkan dilaksana di masjid di negeri ini. “Ekoran tarikh akad nikah mereka (pengantin) jatuh pada tempoh PKPB dan aktiviti di masjid pula ditangguhkan, JAIS ambil tanggungjawab untuk bantu mana-mana pasangan yang akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh PKPB ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar bakal pengantin yang ‘terpaksa’ beratur panjang di hadapan PAID Klang untuk menunggu giliran dinikahkan berikutan pelaksanaan PKPB bermula hari ini. Mohd Shahzihan berkata, semalam seramai 118 pengantin diijabkabulkan di PAID Klang oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

Beliau turut menasihati kakitangannya agar bersedia dengan keadaan luar jangka itu dan semua proses pernikahan dapat diselesaikan sebelum lewat malam semalam. Mohd Shahzihan menjelaskan, keadaan tersebut hanya sementara waktu kerana hari ini proses pernikahan di pejabat agama daerah itu sudah kembali seperti biasa.

“Buat masa ini keadaan sekarang (PKPB) JAIS akan bantu pasangan untuk meneruskan majlis nikah mereka dengan membuka pejabat pada Sabtu dan Ahad serta pada hari bekerja,” katanya. Beliau berkata, hanya pengantin perempuan, wali dan pasangan pengantin lelaki yang dibenarkan hadir ke pejabat untuk tujuan akad nikah. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *