Terbaru lelaki yang tular disebabkan memakai gelang pink di stesen minyak sudah berjaya ditahan. Siasatan sudah dibuat dan rupanya ini yang terjadi sebenarnya.

berita ISU SEMASA

KLANG: Lelaki yang memakai gelang merah jambu di stesen minyak di Buki Tinggi, tular di media sosial sudah ditahan, malam tadi. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan penngkpn itu.

“Individu yang disyaki sudah berjaya ditahan jam 8 malam tadi di kawasan Klang. Siasatan mendapati individu itu bekerja sebagai jurutera di Sabah dan pulang ke Semenanjung pada 3 Oktober lalu. Siasatan masih diteruskan, kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Ksksaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan polis sudah mengenalpasti lelaki tempatan yang berumur 30 tahun itu. Shamsul Amar dalam kenyataannya semalam berkata, pihaknya akan membuat tngkpn sebaik mendapat pengesahan status lelaki yang disyaki bebas COVID-19 daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang.

Rakaman video berdurasi 1 minit 4 saat itu, menunjukkan insiden tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan wanita dengan lelaki terbabit Lelaki terbabit ditegur kerana keluar dari kuarantin malah menyebabkan orang ramai takut untuk menghampiri stesen minyak terbabit apabila melihat gelang merah jambu dipakainya.- BHONLINE

Polis kenal pasti lelaki pakai ‘gelang pink’

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti seorang lelaki memakai gelang merah jambu dipercayai dalam tempoh kuarantin, yang berada di sebuah stesen minyak di Bukit Tinggi, Klang seperti dalam video yang tular di media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata video berdurasi satu minit empat saat itu ditonton oleh pegawai kanannya sebelum membuat laporan polis kira-kira jam 7.24 malam.

“Video itu memaparkan berlaku tegur-menegur antara seorang petugas kesihatan dengan seorang lelaki yang memakai gelang merah jambu disyaki masih dalam tempoh kuarantin,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini. Shamsul Amar berkata, pihaknya kini sedang menunggu status ujian saringan COVID-19 lelaki berumur 30-an itu daripada Pejabat Kesihatan Daerah Klang sebelum melakukan tangkapan. Bandar Bukit Tinggi, Klang adalah antara 36 kawasan dalam mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 14 hari bermula semalam sehingga 23 Oktober ini. – BERNAMA

Terkini Kkm dedahkan bukan hanya gelang pink je gelang pink kini ada 5 warna. Rupa rupanya ini maksud setiap warna gelang yang ramai tak tahu.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan gelang tangan atau tag kuarantin C0VID-19 tidak hanya berwarna merah jambu, sebaliknya terdiri daripada lima warna berbeza. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun perbezaan warna gelang itu mempunyai fungsi yang sama iaitu dipakai oleh individu di bawah pengawasan (PUS).

Jelas beliau, perbezaan warna gelang tersebut adalah tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). “Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran.

“Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. “Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Apa maksud setiap warna gelang?

Tegas Dr Noor Hisham, individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin tersebut tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga. Bagaimanapun, gelang kuarantin hanya boleh dip0tong oleh PKD yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. “Kegagalan untuk mematuhi arahan kuarantin boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat sekeliling.

“Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan C0VID-19. “KKM sangat berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan di kawasan masing-masing yang bertindak melap0rkan individu dengan gelang kuar4ntin yang berada di tempat umum,” katanya lagi.

Sumber: Awani, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Gara gara tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan ketika penularan covid 19 sekarang. Individu ini terus ditahan dengan polis di sebuah restoran makan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki bergelang merah jambu ditahan kerana tidak mematuhi syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKKP) COVID-19 di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, malam tadi. Lelaki berusia 52 tahun dan tinggal di Bandar Tasik Puteri itu ditahan ketika makan di sebuah restoran oleh sepasukan anggota polis pada jam 7.30 malam susulan aduan diterima daripada orang awam. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata semakan mendapati lelaki berkenaan mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjalani kuarantin di rumah bermula semalam sehingga 16 Oktober ini.

“Lelaki itu sudah menjalani ujian saringan COVID-19 selepas tiba dari Kota Kinabalu, Sabah dengan satu penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) semalam dan keputusan ujian masih belum diterima. “Justeru kita tahan dia kerana tidak patuh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit COVID-19 mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Bejangkit 1988,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, proses remn terhadapnya akan dijalankan hari ini dan ia akan dibuat di sebuah bilik khas yang disediakan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak. Katanya, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Kesksa*n iaitu kesalahan sebarang perbuatan yang dilakukan menyebabkan merebaknya penyakit yang memberi kesan buruk kepada nyawa.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 22(b) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988/ Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) (No 8) 2020.

“Perbuatannya yang tidak mematuhi arahan menjalani kuarantin jelas boleh menggusarkan masyarakat sekitar. “Justeru kita nasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah menjalani kuarantin seperti yang diarahkan pihak KKM bagi memastikan keselamatan mereka, keluarga mereka serta orang lain,” katanya.

Arifai berkata, polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak patuh perintah kuarantin. Dalam pada itu, tular beberapa gambar, semalam menunjukkan sepasukan anggota polis menjalankan pemeriksaan ke atas individu yang disyaki di hadapan sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri.

Sumber: BHONLINE

Instafamous anggap gurauan pakai gelang pink di temapt umum. Ismail Sabri tampil beri penjelasan dan tindakan susulan perbuatan individu terbabit

MANA-mana individu yang mempersendakan gelang pink yang diketahui umum hanya untuk mereka yang menjalani kuarantin adalah dianggap sebagai satu kesalhan kerana menpu orang ramai.Perkara itu ditegskan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada sidang media petang Selasa.

“Kalau dia tu betul-betul dikuarantin, keluar dengan pakai gelang tentu saja dia akan dikenakan tindakan.“Kalau dia tidak dikenakan kuarantin, tapi pakai gelang, dia juga men1pu menggunakan bahan atau peralatan daripada Kementerian Kesihatan untuk tindakan tertentu bertujuan tertentu dan tujuan dia adalah menpu orang ramai. Dia pun salah melakukan perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai terdapat individu-individu termasuk influencer yang mempersendakan gelang merah jambu atau tag kuarantin, dengan tujuan untuk membuat guravan atau pr4nk kepada orang awam.Video Chazynash memakai gelang merah jambu di sebuah restoran mencetuskan kontr0versi.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.“Terserah kepada polis untuk ambil tindakan.“Saya harap kita perlu bertanggungjawab. Jangan kita menjadikan ini sebagai bahan mainan atau ketawa. Ini melibatkan isu nyawa, isu yang besar.

“Jadi, jangan menganggap ini perkara yang boleh dibuat lawak, dimain-mainkan kerana kesannya adalah amat besar,” katanya.Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada semua pihak supaya melihat pandem1k Cov1d-19 sebagai perkara yang serius dan bukannya sesuatu yang boleh dijadikan bahan gur4uan.

Terdahulu, dilaporkan seorang personaliti media sosial mencetvskan kontr0versi apabila memuat naik video menunjukkan dia memakai ‘gelang pink’ ketika makan di restoran.Instafamous berkenaan yang lebih dikenali sebagai Chazynash kemudian tampil membuat permohonan maaf bahawa video tersebut hanyalah lakonan dan bukannya pr4nk di tempat awam.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: MSTAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *