Takut ada hati yang terluka. Tergamam bila Bella Astilah sendiri bagi peringatan kepada pihak yang asyik bertanyakan isu sensitif kepada pasangan yang tiada zuriat lagi.

artis ISU SEMASA selebriti

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah memberi peringatan kepada segelintir pihak yang suka bertanyakan soal anak kepada pasangan yang belum mempunyai zuriat supaya menjadi lebih sensitif dan peka. Menurut Bella, 26, seeloknya hanya mendoakan kerana khuatir topik itu mungkin telah melukai hati tanpa disedari.

“Orang luar pun kalau jumpa saudara atau kawan-kawan yang belum punya zuriat tak perlu lah tanya berulang kali takut ada hati yang terguris kerana kita tak tahu perjuangan mereka macam mana. “Doakan dalam diam adalah lebih baik. Dan hargailah kepunyaan yang kita ada terlebih dahulu.

“Sentiasa bersyukur, selebihnya serahkan kepada-Nya. “He knows best. Masa akan tiba. Trust him,” tulisnya. Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri yang dimuat naik di Instagram Stories miliknya pada Khamis lalu. Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz ini mendoakan agar pasangan yang sedang menanti zuriat tidak berada dalam keadaan tertekan.

“Saya doakan untuk semua pasangan yang sedang berusaha dan sedang menantikan zuriat dikurniakan zuriat yang sihat dan walafiat dan comel-comel tak lama lagi. Insya-Allah. “Jangan stress. Jangan terlalu fikir sangat. Jalani hidup ini dengan ikhlas dan reda. “Jangan putus harapan, percaya dengan perancangan Allah swt,” tulisnya lagi. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.- Gempak

Warganet tergamam tengok ank Aliff Aziz Ayden menangis teresak esak. Mengejutkan rupa rupanya ini yang Aliff Aziz buat pada anknya sampai anknya menangis beria.

Anak kepada pasangan selebriti, Bella Astillah dan Alif Aziz, Ayden Adrean sangat merindui bapanya yang kini berada di Singapura. Bella menerusi akaun Instagramnya berkongsi video pendek merakamkan wajah anaknya yang sedang menangis sambil menyebut ‘daddy’.

Paling menyedihkan apabila Ayden yang teresak-esak tidak mahu masuk ke dalam rumah sebaliknya menyatakan hasrat ingin ke Singapura untuk bertemu Aliff. “Daddy, daddy… Ayden tak nak masuk dalam rumah… Ayden nak masuk Singapore…” tangisnya.

Sementara itu, Bella menerusi coretannya menyatakan ini bukan kali pertama Ayden berkelakuan sebegitu. “Sebenarnya bukan sekali ini je. Kadang cari mana dia rupanya tengah duduk menangis (kadangkala depan tandas) ingatkan jatuh rupanya cari daddynya,” tulisnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa sedih melihat Ayden dan berharap Bella dapat terus bertabah. “Kesianlah akak Bella dia tengah cari ayah dia… Terasa pulak hati saya,” komen @_.theredr0se

“Allah kesiannya. Semoga Ayden tabah ya nak nanti daddy pasti akan pulang juga ya,” pujuk @ain_farizal_9112. Terdahulu, Bella memaklumkan tidak bertemu dengan suami semenjak Mac lalu dan bersalin anak kedua tanpa kehadiran Aliff kerana larangan rentas sempadan negara. Bella berterusan diuji apabila Aliff dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mengambil dan berkelakuan tidak senonoh.

Sumber :Gempak

Bila bergelar janda ramai suami orang yang nak kenal kenal. Mengejutkan ini tindakan Bella Astillah bila ramai yang kacau dia. Sampai macam ni sekali tindakan Bella.

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mendedahkan dia pernah didekati lelaki berstatus suami orang sejak tersebar berita keretakan rumah tangganya dengan penyanyi Aliff Aziz tahun lalu. Kata Bella, ramai yang menganggap dia berstatus janda hingga sanggup memberanikan diri untuk berkenalan dengannya.

“Saya ni ramai suami orang nak kenal-kenal mungkin mereka ingat saya sudah janda dan sebagainya. “Sampai saya terfikir adakah isteri mereka tahu,” katanya menerusi ruangan komen di Instagram. Bagaimanapun, Bella mengambil pendekatan untuk menyekat akaun lelaki berkenaan demi menjaga keperibadiannya sebagai wanita.

“Apa saya buat? Sangat mudah, saya blocked.  “Jagalah keperibadian kita sebagai perempuan, kalau kita pandai jaga diri, kita pasti dihormati. “Tapi kalau kita bertepuk tampar, gedik-gedik lelaki pun akan fikir senang nak dapat sebab macam tak ada rasa malu pun,” tambahnya.

Bella sebelum itu sekali lagi tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara dia, suami dan wanita yang pernah terpalit sebagai individu ketiga dalam rumah tangga mereka. “Saya bukan brbalah pasal tak cukup beras, anak, tapi pasal orang ketiga. Saya dah cakap saya takkan berbuat demikian kalau perempuan itu bukan artis dan kerja biasa-biasa.

“Tapi awak tak tahu beberapa kali saya maafkan, tak sangka senyap-senyap mereka berlakon depan saya, cabar saya sampai hilang tahap kesabaran,” jelas Bella lagi. Sementara itu, Bella tampil mengulas mengenai 10 peluang yang diberikan kepada suaminya seperti yang ditulis dalam sebuah artikel portal hiburan baru-baru ini.

Kata Bella, kenyataannya telah digabungkan menjadi tajuk oleh portal berkenaan hingga mengundang komen warganet yang hanya membaca tajuk sahaja. “Saya ada nampak satu artikel sebuah portal di Twitter dan tajuk dia ‘Saya bukan bodoh, 10 peluang pun saya akan begi’. Memang saya cakap tapi bukan macam itu.

“Mereka dah gabungkan apa yang saya cakap. Tapi saya faham dan tidak salahkan media. Saya tahu mereka buat macam itu supaya orang tertarik nak baca. “Tapi masalahnya sekarang ini orang dekat luar sana… tak nak baca. Mereka nampak tajuk dan terus komen. Tapi… tak apa la,” kata Bella dengan nada yang tenang menerusi laman Instastory miliknya. 

Menerusi artikel yang diambil daripada temubual sebuah akhbar tempatan, Bella memberitahu biarpun dirinya dilabel perempuan bodoh, dia enggan melayan persepsi negatif tersebut. Malah, Bella menganggap peluang yang diberikan kepada suaminya adalah risiko yang akan ditanggungnya sendiri.

Sebelum ini, Bella dan Aliff pernah berpisah pada Mei tahun lalu selepas suaminya beberapa kali kantoi curang namun pasangan itu rujuk kembali ketika dalam tempoh edah. Bella dan Aliff mempunyai dua cahaya mata bernama Mohamed Ayden Adrean, 3 dan Ara Adreanna yang lahir pada 18 Julai lalu.

Aliff Aziz Baru Dibebaskan. Terkejut Bella Astillah Tiba Tiba Tampil Katakan Sesuatu. Sampai Macam Tu Sekali Keputusan Bella Astillah. Warganet Tergamam Dgn Apa Yang Dikatakan.

SUSULAN penyanyi Aliff Aziz dipenjara dua minggu selepas didapati bersalah mengambil sesuatu dan berkelakuan tidak senonoh, ada segelintir pihak beranggapan suami kepada pelakon Bella Astillah itu tidak serik melakukan kesilapan berulang kali.

Bagaimanapun menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 26, balasan itu bukan membabitkan kejadian terbaharu sebaliknya ia adalah kes yang terjadi pada tahun lalu. Ujar Bella, dia berasa bangga dengan suaminya yang berasal dari Singapura itu kerana tidak melarikan diri dan mengakui kesilapan yang dilakukannya.

“Alhamdulillah ramai yang mendoakan tapi ada juga yang kata dia buat hal lagi sedangkan itu kes lama. Saya bangga dengan dia sebab mengaku kesalahan. Pada saya, Aliff dah menerima balasan di dunia dan dia pun sedang memperbaiki dirinya. Saya selalu berpesan dekat dia supaya sentiasa kena kuat. Sebagai seorang lelaki, dia kena mengaku kesilapannya.

“Dia pun tak lari daripada apa yang dah dilakukan. Kes tersebut tidak terlalu berat tapi di Singapura sangat tegas sebab itu dia kena juga jalani balasan yang ditetapkan,” kata Bella kepada mStar. Bella ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam diadakan di Stadium Shah Alam selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Turut hadir pada majlis perasmian Havoc 3.0 adalah Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar. Menerusi laporan mStar pada 15 September lalu, Aliff dijatuhi balasan hotel besi dua minggu dan denda RM1,500 ($500) selepas didapati bersalah mengambil dan berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai dalam kejadian yang berlaku pada tahun lalu.

Selepas dua minggu menjalani balasan tersebut, penyanyi lagu Sayang Sayang itu telah dibebaskan pada Ahad lalu. Dalam pada itu berkongsi mengenai jualan laksa di karnival tersebut, Bella memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengembangkan perniagaan itu pada masa depan.

Bella seronok berniaga laksa bersama adiknya, Didi Astillah di Karnival Makanan Havoc 3.0.

“Ini merupakan kali ketiga saya sertai karnival makanan Havoc. Sebenarnya saya seronok bila berniaga cuma buat masa sekarang tak ada plan nak teruskan berniaga. Sebab saya masih ada adik yang bersekolah dan saya tak rasa yang saya ada masa untuk fokus bisnes buat masa sekarang. Tapi kalau ada lagi karnival macam ini, saya akan turut serta,” ujarnya.

Acara yang memberi peluang kepada barisan selebriti dan peniaga tempatan menjana pendapatan selepas terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengunjung yang hadir mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *