Tak mahu toleh ke belakang lagi. Kini Nana Sheme tekad ada pendirian sendiri dan berpegang pada prinsip ini. Ini yang dibongkarkannya selepas menyertai BigStage 2020.

artis selebriti

Siapa sahaja yang tak kenal Nana Sheme seorang penyanyi terkenal. PELUANG kedua. Itulah yang disimpulkan penyanyi Nana Sheme berhubung perjalanan seninya pada fasa baharu selepas menyertai Big Stage 2020 (BS2020) yang melabuhkan tirainya minggu lalu. Mengakui menimba pelbagai pengalaman menarik yang tidak pernah difikirkan sebelum ini, pemilik nama sebenar Nur Nabilah Hashimi, 25, berkata, apa yang dipelajari sepanjang menyertai pertandingan tersebut menjadi bekal terbaik untuk membina semula nama dalam bidang seni.

“Saya berani katakan melalui perubahan 360 darjah selepas  menyertai pertandingan ini, baik dari segi persembahan mahupun keyakinan diri. “Saya anggap ia sebagai peluang kedua untuk memulakan langkah baharu dalam bidang seni yang telah saya tinggalkan lebih dua tahun sebelum ini,” ujar Nana yang menganggap BS2020 sebagai comeback terbaik dalam kerjaya seninya.

Tidak mahu lagi menoleh ke belakang, anak kelahiran Sarawak yang mula menceburi bidang seni sejak lebih tujuh tahun lalu itu, kembali merencana kerjaya seninya. Nana bersama syarikat pengurusannya, Xeno Entertainment, bakal tampil dengan pelbagai perancangan, selain meneruskan aktiviti promosi single terbaharunya, Ragu-Ragu yang dilancarkan pada Mac lalu.

“Single ciptaan Nadya Fatira yang digubah komposer Indonesia, Barry Maheswara itu merupakan percubaan saya untuk tampil dengan sesuatu yang dekat dengan diri sendiri, selain berhasrat menembusi pasaran Indonesia. “Alhamdulillah sejak dilancarkan, lagu ini mendapat respon cukup positif daripada peminat yang menantikan lagu terbaharu daripada saya,” katanya.

Tidak hanya itu, kata Nana yang pernah popular dengan lagu Hantu Buaya, dia kini bersedia tampil berbeza daripada apa yang pernah diberikan sebelum ini. “Sejak tampil menyampaikan lagu Ngam nyanyian Sophia Liyana yang berentak hip hop pada konsert suku akhir BS2020, ramai kata saya sesuai dengan konsep lagu itu dan mahukan saya tampil dengan single baharu yang mempunyai elemen sebegitu.

“Jujurnya ia memang sesuatu yang baharu pada saya kerana sebelum ini saya hanya tampil dengan lagu-lagu fun, tapi bila masuk BS2020, macam-macam yang saya buat termasuk buat rap. “Saya sendiri akui, sejak menerima tugasan lagu tersebut, saya mula sukakan lagu-lagu sebegitu. “Insya-ALLAH jika semuanya berjalan lancar, saya dan pihak pengurusan ada perancangan untuk tampilkan sesuatu berkaitan itu selepas ini,” katanya yang terharu didatangi ramai peminat baharu.

Tolak gimik

Dalam pada itu, Nana yang juga merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pembinaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), menolak untuk menjadikan gimik sebagai pelaris membina nama, sebaliknya memilih bekerja dari bawah meskipun mengambil sedikit masa. “Pengalaman mendedahkan tentang banyak perkara, malah peningkatan usia juga mengajar kita untuk menjadi lebih baik.

“Saya tak nafikan gimik boleh membantu pemasaran, tetapi saya tetap berpegang pada pendirian untuk tidak bergantung kepada cara itu menaikkan kerjaya. “Bagaimanapun ia terpulang kepada individu kerana masing-masing ada pandangan dan strategi sendiri untuk ke depan,” tegas Nana.

Tambah Nana, selain mahu tampil dengan karya yang menghiburkan, dia dalam masa sama mahu memainkan peranannya untuk menyebarkan perkara-perkara positif kepada masyarakat. “Meskipun pandangan saya ini mungkin kedengaran agak klise, tetapi kenyataannya, itulah yang saya cuba usahakan sejak mula bergelar anak seni sehingga hari ini.

“Apatah lagi pada ketika media sosial menjadi medium utama komunikasi semua orang, kita sepatutnya menggunakan platform tersebut dengan sebaik mungkin. “Jangan kita jadikan perkara-perkara negatif itu sebagai kebiasaan sehingga ia menjadi amalan dalam kehidupan sedangkan ia tidak betul. “Di media sosial saya sendiri, jika ada pengikut memberikan komen tidak baik atau cuba membawa vibe negatif terhadap orang lain, saya akan terus menegur sebelum menyekat aksesnya di situ,” akhiri Nana.

Sumber: Sinarplus

Mengejutkan Nana Sheme sempat tengok wajah Sandra Dianne buat kali yang terakhir. Ini yang dia nampak. Tergamam sampai macam tu sekali wajah Sandra.

PESERTA Big Stage 2020 dan penyanyiQody Rany mengakui sebak dan tidak dapat menahan air mata ketika menziarahi penyanyi Sandra buat kali terakhir. Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata, dia yang sampai kira-kira pukul 1.30 pagi Jumaat di bilik Hospital Putrajaya sempat membacakan surah Yasin buat rakannya itu.

Katanya, dia dan beberapa peserta lain bergegas ke hospital sejurus dimaklumkan tentang perkara itu. “Alhamdulillah sempat menziarahi dia buat kali terakhir dan kami bacakan Yasin, kami balik rumah pukul 5.30 pagi tadi selepas semua selesai. “Saya sedih sangat bila keluarga dan kawan baik dia beritahu yang Sandra selalu cakap dia selesa berkawan dengan saya di Big Stage tu,” ujarnya kepada mStar.

Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuriam, 26, pergi menghadap illahi pada pukul 1 pagi, Jumaat selepas enam hari bert4rung nyawa di Unit Raw4tan Rapi , Hospital Putrajaya. Sandra akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 3 petang Jumaat untuk diuruskan di kampung halamannya di Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah. Dalam pada itu, Qody berkata, Sandra pernah meluahkan rasa penat kepada guru vokal mereka Cikgu Shafi minggu lalu dan mahu berehat daripada pertandingan itu.

Wajah dia sangat cantik dan bersih. NANA SHEME. “Dia seperti tahu akan tinggalkan kami semua, minggu lalu dia luahkan rasa penat dan dah tak larat. Dia kata tak nak teruskan perjuangan di Big Stage ini. “Sehari sebelum kejadian pun saya lihat dia betul-betul lain dan seperti sudah tiada semangat dan wajah penat” ujarnya.

Sementara itu, Nana Sheme atau Nur Nabilah Ashimi, 25, berkata, suasana pilu menyelubungi bilik Sandra pada awal pagi Jumaat. Penyanyi lagu Hantu Atau Buaya ini bersyukur berpeluang menatap wajah Sandra buat kali terakhir dan menyifatkan Sandra terlalu cantik dan bersih.

“Saya berkesempatan beberapa jam di bilik Sandra, sempat juga bacakan doa dan Yasin beramai-ramai. Kami dibenarkan masuk secara bergilir untuk lihat Sandra buat kali terakhir. Ya wajah dia sangat tenang, cantik dan bersih,” ujarnya.

Peserta Big Stage 2020.

Nana berkata, perkara yang berlaku ini memberi hikmah tersendiri dan mengeratkan lagi hubungan mereka peserta Big Stage 2020. Tambahnya, kehilangan Sandra akan dirindukan oleh kesemua peserta program itu berikutan sikapnya yang sentiasa ceria menghiburkan orang sekeliling.

“Walaupun kami dalam status pertandingan tapi tidak pernah sesekali rasa nak bersaing sesama kami. Bunyi macam cliche tapi itu kenyataannya. Dia mempunyai suara yang sangat indah dan kami mendengar suara dia hampir setiap hari kerana dia suka menyanyi secara random depan orang ramai. Ini akan jadi perkara yang paling kami rindukan,” ujarnya.

Sumber : Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *