Pernah hidup susah sampai pernah mengutip tin dan buat kerja lain juga. Terkedu Mila Jirin dedahkan kisah dahulunya sehingga meraih perhatian orang ramai.

artis selebriti

Kini bergelar usahawan berjaya apabila empayar perniagaannya dalam industri perkahwinan iaitu Bizmilaa sudah pun berkembang, penyanyi Mila Jirin mendedahkan kehidupan lalu yang serba kekurangan membuatkan dia nekad mengubah nasib keluarga.

Mila berkata, kehidupan keluarganya yang pernah susah dahulu menyebabkan dia terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung pengajian. Berkongsi cerita, dia pernah mengikut bapanya mengutip tin di tepi jalan kerana hidup susah. “Saya anak sulung dalam keluarga dan ibu bapa pula bekerja biasa dengan pendapatan kecil. Bapa saya bekerja sebagai pengawal keselamatan dan aktiviti lainnya, turut memungut tin di tepi jalan.

“Saya sendiri ada pengalaman ikut bapa pungut tin, memang kasihan. Ibu pula bekerja di kilang untuk bantu pendapatan bapa bagi menyara kami sekeluarga. “Malah, pernah satu ketika atap rumah kami berlubang, bocor dan rosak akibat tak dapat diganti kerana tiada duit. Bila hujan, basah satu rumah dan itu sangat menyedihkan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Pernah bekerja di kilang sebelum menyertai Akademi Fantasia musim kelima (AF5) pada 2007, Mila tekad untuk bangkit dan berusaha memajukan diri. Ujarnya, dinobat sebagai juara ketika itu membantunya untuk mengubah nasib keluarga. “Namun, kejayaan menjulang trofi juara AF5 sangat membantu saya untuk mengubah nasib keluarga. Dengan populariti diraih ketika itu, saya dapat memberi keselesaan pada ibu bapa dan adik-beradik.

“Apapun, saya terfikir juga sampai bila akan jadi penyanyi dan terus popular. Justeru, sedikit demi sedikit melalui simpanan dibuat, saya mula berniaga. “Alhamdulillah, mujur bertemu suami saya, Isz Mustapha, ketika itu yang bertindak sebagai pengurus dan dia banyak membantu dengan mengajar saya selok-belok berniaga,” katanya.

Memulakan perniagaan kecil-kecilan selepas menyertai AF5 dan kemudian peniagaan industri perkahwinan sekitar 2013, Bizmilla kini sudah mempunyai tiga cawangan i Selangor, Kuala Lumpur dan Johor Bharu.- ROTIKAYA

JANGAN LUPA LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA

Mila Jirin tampil cadangkan individu yang baru balik dari Sabah supaya kuarantin di pusat sebab takut ada yang degil kalau kuarantin di rumah.

Penyanyi dan usahawan Mila Jirin berpendapat agar individu yang baru pulang dari Sabah menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan. Menurut Mila, 32, dia khuatir ada segelintir yang tidak patuh dengan arahan kerajaan.

“Minta semuanya dikuarantin di pusat kuarantin, baru benarkan pulang ke rumah. Risau ada yang degil dan tidak ikut arahan. “Jika pihak kerajaan dapat arahkan PKPD sementara, itu antara yang terbaik. Kami rakyat sangat risau,” tulisnya di Instagram (IG).

Luahan yang dibuat pada Ahad lalu turut dimuat naik ‘screenshot’ kiriman mesej yang dihantar oleh Majlis Keselamatan Negara Malaysia (MKN). Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut juara Akademi Fantasia Musim Kelima ini bersetuju kerana agak sukar untuk patuh sepenuhnya apabila dilakukan di rumah.

@ahbo01: Setuju. Walaupun kuarantin di rumah, tetap ada ahli keluarga dalam rumah tu. Bukan mudah nak patuh SOP dengan yang tinggal serumah. Guna dapur sama, tandas sama. Kemudian ahli
keluarga pula keluar bekerja, sekolah, ke kedai. Risiko sangat tinggi.

@megatkrul: Setuju. Kami tidak mahu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. “@serirahayumohdrosli: Setuju sangat. Mesti kuarantin di pusat kuarantin. “@zieh4n: Setuju sangat. Tak boleh percaya kalau cuma kuarantin sendiri kat rumah

Memetik laporan Astro Awani sebelum ini, bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020, individu yang pulang dari Sabah diwajibkan menjalani saringan COVID-19 dan diarahkan untuk menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata semuanya akan diberi surat HSO, dipakaikan gelang kuarantin dan tarikh pengawasan pula bermula dari tarikh ketibaan sehingga keputusan makmal diperolehi.

Sumber: Instagram Mila & Astro Awani

Mila Jirin pernah dibawa ke rumah Adik Nurin Jazlin. Mila dedahkan kaitan sebenar dia dan pemergian Nurin yang pernah tular dahulu

” 11 sept 99 jam 6.30am lahir Nurin JazIin ke dunia. Di pinjam hanya sementera & tinggalkan keluarganya di dunia selama lamanya pada 17 sept 2007, selamat ulang tahun ke 21thn kak ngah. Al-fatihah dibaca.” Demikian hantaran ditulis Jazimin, bapa kepada adik Nurin JazIin yang yang pergi buat selamanya ketika berusia 8 tahun.

Semalam juga adalah hari kelahiran adik Nurin yang ke 21, sekiranya dia masih hidup. Siapa sangka sudah 13 tahun kejadian menimpa Nurin yang pernah menggemparkan negara ketika itu.Mila kongsi cerita pernah berkunjung ke rumah Nurin

Penyanyi, Mila Jirin turut berkongsi tentang kunjungannya ke rumah keluarga Nurin JazIin Jazimin di Wangsa Maju, 13 tahun lalu.” Saya tidak berapa ingat situasi sebenar ketika itu kerana ia sudah lama berlalu.” Namun apa yang boleh dikatakan, saya berjumpa adik beradik Nurin dan beri kata-kata semangat kepada mereka.”Mila atau Norsyarmilla Jirin, 32, yang juga juara pertandingan nyanyian realiti Akademi Fantasia 2007 dibawa berkunjung ke rumah keluarga Nurin terbabit berikutan lagunya berjudul Pergimu dihasilkan khas buat pemrgian Nurin JazIin.

” Alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk merakamkan album pertama.” Ketika itu juga, kita dikeejutkan dengan kejadian kehilangan adik Nurin JazIin.” Kebetulan Datuk Freddie Fernandez yang ketika itu Pengurus Besar Maestro Records mencipta lagu khas buat adik Nurin JazIin ini yang liriknya ditulis oleh Habsah Hassan.

” Selain berbual dengan adik beradiknya, saya juga berbual dengan ibu bapa Nurin.” Saya pun masih muda ketika itu, jadi agak terbatas juga cara kita berikan motivasi kepada mereka yang sedang bersedih.” Apapun, saya harap pihak berkuasa dapat cari keadilan atas apa yang berlaku dan semoga keluarga adik Nurin JazIin diberikan pembelaan sewajarnya,” katanya yang ketika dihubungi berada di Johor Bahru kerana menjayakan persembahan.

Harian Metro hari ini melaporkan kes libatkan Nurin JazIin Jazimin sentiasa aktif dan tidak pernah ditutup.Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, yang memaklumkan bukti penting dalam kes berkenaan sentiasa berada dalam bank data PDRM.

Media melaporkan Nurin JazIin, 8, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju pada 20 Ogos 2007.Nurin dikatakan dilarikan seorang lelaki menaiki sebuah van putih.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS. Sumber : http://limauais.pw/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *