Mengejutkan selepas sahaja mereka ini pulang dari Sabah. 4 anggota keselamatan ini terus disahkan positif Covid 19. Rupanya ini kisah sebenar yang terjadi sebelum mereka disahkan positif.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Empat anggota keselamatan yang bertugas semasa Pilihan Raya Negeri Sabah akhir bulan lalu disahkan positif Covid-19 kata Jawatankuasa Pengurusan Bncn Sarawak hari ini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu anggota keselamatan terbabit bersama pasukan mereka bertolak ke Sabah pada 25 Sept dan pulang semula ke Kuching melalui Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia pada 28 Sept.

Setibanya di Kuching, kata jawatankuasa berkenaan, mereka diletakkan dalam kuarantin selama 14 hari di Pusat Latihan Polis (Pulapol) bandar raya berkenaan. “Semua kes ini menjalani ujian saringan pertama pada 29 Sept dan keputusannya adalah negatif,” katanya.

Bagaimanapun menurut kenyataan berkenaan ujian kedua yang dijalankan pada hari ke-10 – atau pada 8 Okt – mendapati empat anggota keselamatan itu positif. “Kesemua kes ini tidak menunjukkan tanda atau gejala dan mereka dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak untuk rawatan lanjut,” katanya.- Malaysiakini

Kes mula meningkat saban hari. Terkini KKM sahkan enam kluster baharu melibatkan tiga negeri ini dan punca kluster berikut boleh dikenalpasti

Terbaru, semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat enam kluster baharu dikesan melibatkan negeri Selangor, Sabah dan Sarawak.Melibatkan  4 kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera. Manakala di  Sabah pula melibatkan Kluster Highway dan di Sarawak melibatkan Kluster Putra.

Di bawah merupakan perincian bagi kluster-kluster tersebut.KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:Selangor – Empat (4) kluster;Sabah – Satu (1) kluster; dan Sarawak – Satu (1) kluster.

1) KLUSTER HIGHWAY, SABAH.Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12205) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19.Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:23 kes dikesan positif COVID-19; dan36 individu negatif.

2) KLUSTER BAH MANGGIS, SELANGOR.Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;26 individu negatif; dan73 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER UTAMA, SELANGOR. Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:10 kes dikesan positif COVID-19;15 individu negatif; dan 89 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER TASIK, SELANGOR. Kluster baharu ini melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana:10 kes dikesan positif COVID-19;Satu (1) individu negatif; dan Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER SIMERA, SELANGOR. Kluster baharu ini melibatkan daerah Besut di negeri Terengganu, daerah Kuantan di negeri Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;88 individu negatif; dan30 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PUTRA, SARAWAK. Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan empat (4) lagi kes positif COVID-19.Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana: Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;Dua (2) individu negatif; dan 50 individu masih menunggu keputusan.

Gara gara sesuatu ini. Kini Dr Noor Hisham menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan bagi membantu mencegah penularan wabak covid 19.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 475 petugas perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat Sabtu. Ujarnya, pasukan bantuan itu digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna serta Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19 dan mobilisasi pasukan itu dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana.

Dr Noor Hisham berkata, penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan Covid-19 di Sabah selain untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. “Kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.

“Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu berjuang Covid-19 di Malaysia setakat ini,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook KKM hari ini. Dr Noor Hisham turut menyeru lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan melibatkan diri untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga Covid-19.

Mengenai rancangan kerajaan untuk mengaktifkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau bagi melaksanakan bantuan sokongan dalam merawat kes selain Covid-19, beliau berkata, hospital itu akan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik serta Operasi Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna. “Kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya. Beliau berkata, perancangan awal KKM bakal menyaksikan 100 katil ditempatkan di hospital itu manakala kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari masa ke masa. – BERNAMA

KKM menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga #COVID19. Koordinasi akan dijalankan oleh pihak CPRC Kebangsaan: (emel: mobilisasi19@gmail.com atau cprc@moh.gov.my).- Twitter KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *