Kes kembali melonjak harini sehingga merekodkan 561 kes baharu. Terkini muncul pula 5 Kluster baharu yang telah dikenalpasti untuk 11 Oktober.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan lima lagi kluster baharu iaitu tiga di Sabah dan masing-masing satu di Selangor dan Wilayah Persekutuan Labuan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, Kluster Kasih dikesan di daerah Lahad Datu ketika membuat saringan petugas kesihatan pada 27 September lalu.

“Kes indeks bagi kluster ini dikenal pasti positif ketika membuat saringan petugas kesihatan dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut. “Hasil saringan kontak rapat dalam kluster ini mendapati 33 lagi individu disahkan positif COVID-19,” katanya dalam sidang media COVID-19, di sini hari ini.

Bagi kluster kedua yang dikesan di Sabah, Dr Noor Hisham berkata Kluster Surat itu dikesan di daerah Sandakan dan sehingga kini sudah menjangkiti 25 individu. Katanya, kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke 15,097 dikenal pasti positif selepas membuat saringan individu bergejala dan dimasukkan ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

Kluster ketiga di Sabah dikenali sebagai Kluster Khazanah yang membabitkan daerah Lahad Datu. Sehingga kini kluster berkenaan sudah menjangkiti 14 individu. “Manakala kluster di Selangor dikenali sebagai Kluster Sungei Way. Ia dikesan di beberapa daerah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur iaitu di Petaling, Gombak dan Titiwangsa. Sehingga kini kluster ini sudah menjangkiti 18 individu.

“Kluster terakhir yang dikesan ialah Kluster Bah Bundle di Labuan. Kes indeks bagi kes ini dikesan hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi iaitu Sabah dan ia sudah menjangkiti tiga individu,” katanya. PECAHAN KES BAHARU (561) SABAH-488 22 kluster Surat (baharu) 15 kluster Kasih (baharu) 13 kluster Khazanah (baharu) 438 lain-lain saringan COVID-19

Sumber: BHONLINE

Terkini KKM memaklumkan bahawa terdapat 561 kes baharu COVID19 untuk hari ini. KKM memaklumkan punca kes ini berlaku dengan jumlah yang agak tinggi

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa terdapat 561 kes baharu COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 553 merupakan kes tempatan manakala 8 kes merupakan kes import. Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 133 kes telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembut adalah 10,913 kes.

Dukacita dimaklumkan pada hari ini, terdapat 2 pemergian yang dilaporkan di negeri Sabah. Selain itu, KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 5 kluster baharu yang dicatatkan pada hari ini. Menerusi kemaskini Bernama di laman Twitter, lima kluster baharu yang dikesan adalah melibatkan negeri Sabah, Selangor dan juga Labuan.

Covid-19: KKM tambah fasiliti di Sabah

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menambah hospital, pusat kuarantin dan katil dalam usaha memastikan persiapan di semua peringkat bagi memudahkan merawat pesakit Covid-19 di Sabah.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, terbaru Hospital Marudu hospital dijadikan pusat merawat pesakit Covid-19 di negeri itu.

Menurutnya, KKM kini mempunyai tujuh hospital untuk merawat kes Covid-19 yang memerlukan penjagaan perubatan dan enam lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC).“Terdapat 4,834 katil disediakan untuk merawat pesakit Covid-19 di tujuh hospital Covid-19 dan 16 PKRC di Sabah.”Secara keseluruhan 30 peratus katil sudah digunakan, manakala kes yang tidak bergejala atau gejala ringan akan ditempatkan di PKRC,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, dalam usaha meningkatkan bilangan katil rawatan Covid-19 di fasiliti, KKM akan menjalankan penyumberluaran perkhidmatan kepada hospital swasta di Sabah.“Penyumbeluaran dilaksanakan ke beberapa hospital swasta di Sabah seperti Gleneagles Hospital Kota Kinabalu, KPJ Sabah Specialist Hospital, Jesselton Medical Centre dan sebagainya.

“Bagi langkah kesiapsiagaan hospital di pantai timur Sabah, pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menyediakan hospital medan di Tawau membolehkan pesakit bukan Covid-19 dari Hospital Tawau terus mendapat rawatan,” katanya.Dr Adham berkata, hospital medan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik dan Pembedahan Am.

“Langkah itu akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes Covid-19 kategori tiga hingga lima manakala kes bagi kategori satu dan dua pula akan terus ditempatkan PKRC.”Perancangan awal adalah menempatkan 100 katil di hospital medan ini dan bagi menangani peningkatan beban makmal di Sabah, beberapa makmal di semenanjung turut mengendalikan ujian tersebut,” katanya.

Menurutnya, sampel akan di hantar ke Semenanjung menerusi penerbangan ihsan ATM.“Dari segi keperluan ventilator, Sabah mempunyai 180 unit peralatan itu dengan kadar penggunaan semasa sebanyak 38 peratus.“Bilangan ventilator meningkat daripada 66 unit pada fasa awal kesiapsiagaan kepada 180 unit iaitu peningkatan sebanyak 63.0 peratus. KKM dalam proses penghantaran 14 unit ventilator tambahan untuk Sabah,” katanya.-sinarharian

Terbaru mengenai vaksin Covid 19 masih lagi dalam perbincangan antara Malaysia dan China. Ini perkembangan selanjutnya mengenai vaksin itu.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

Baru baru ini status vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh China merupakan antara perkara yang dijangka dibincangkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan rakan sejawatannya, dari negara itu, Wang Yi pada lawatan dua hari pemimpin itu, ke Malaysia pada esok dan Selasa.

Menurut Kementerian Luar dalam satu kenyataan ini berkata pertemuan Hishammudin dengan Wang Yi yang merupakan Penasihat Negara China dijangka membincangkan kolaborasi pasca-wabak terutamanya dalam pemulihan kelestarian ekonomi negara serta berusaha mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Kenyataan itu menyebut, kedua-dua pemimpin itu juga akan turut menyentuh mengenai isu semasa membabitkan kepentingan bersama di peringkat serantau dan antarabangsa. “Lawatan Wang Yi akan dilaksanakan dengan mematuhi langkah pencegahan dan kesihatan ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Ia juga akan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) diluluskan oleh Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, pada 1 dan 3 Oktober 2020 yang juga diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, berdasarkan kepada SOP itu, semua ahli delegasi China dipastikan mengemukakan bukti saringan negatif COVID-19 tiga hari sebelum tiba di Malaysia. Mereka juga perlu menjalani ujian saringan calitan kedua sebaik tiba di lapangan terbang Malaysia.

Delegasi akan diiringi dari lapangan terbang ke hotel, seterusnya ke tempat acara dan ke lapangan terbang semula untuk pulang ke China manakala kehadiran delegasi hanya dibenarkan dengan kapal terbang persendirian. Kenyataan sama juga menyebut, lawatan rasmi terakhir oleh Wang Yi ke Malaysia adalah pada 2018.

Selain mengeratkan lagi hubungan dua hala, pertemuan kedua-dua Menteri Luar Negeri ini akan turut memastikan Malaysia dan China sentiasa bersedia dalam menghadapi cabaran pada masa hadapan di sebalik penularan COVID-19 dan terus bekerjasama demi kepentingan sejagat.- BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *