Gara gara sesuatu ini. Kini Dr Noor Hisham menyeru lebih ramai penglibatan sukarelawan bagi membantu mencegah penularan wabak covid 19.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai perkembangan covid 19 terkini dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata 475 petugas perubatan dan kesihatan awam pelbagai kategori serta skim perkhidmatan digerakkan ke beberapa daerah di Sabah setakat Sabtu. Ujarnya, pasukan bantuan itu digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna serta Kota Kinabalu bagi membantu menangani penularan pandemik Covid-19 dan mobilisasi pasukan itu dilakukan sejak awal peningkatan kes di sana.

Dr Noor Hisham berkata, penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan Covid-19 di Sabah selain untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. “Kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.

“Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu berjuang Covid-19 di Malaysia setakat ini,” katanya pada sidang akhbar secara maya yang disiarkan di Facebook KKM hari ini. Dr Noor Hisham turut menyeru lebih ramai sukarelawan perubatan dan kesihatan melibatkan diri untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga Covid-19.

Mengenai rancangan kerajaan untuk mengaktifkan Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia di Tawau bagi melaksanakan bantuan sokongan dalam merawat kes selain Covid-19, beliau berkata, hospital itu akan menyediakan perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik serta Operasi Am.

“Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3-5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan, khususnya Semporna. “Kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC),” katanya. Beliau berkata, perancangan awal KKM bakal menyaksikan 100 katil ditempatkan di hospital itu manakala kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari masa ke masa. – BERNAMA

KKM menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga #COVID19. Koordinasi akan dijalankan oleh pihak CPRC Kebangsaan: (emel: mobilisasi19@gmail.com atau cprc@moh.gov.my).- Twitter KKM

Tak sempat nak minum. Petugas barisan hadapan kongsikan kisah dan pengalaman mereka sepanjang bertugas di Semporna sehingga ramai yang mendoakan mereka.

Keadaan penularan wabak Covid-19 di Sabah sememangnya membimbangkan. Setiap hari ada sahaja berita peningkatan kes positif jangkitan di sana. Para petugas barisan hadapan bertungkus-lumus bagi memberi rawatan serta mengawal pandemik ini dari terus menular. Menerusi satu perkongsian seorang petugas perubatan yang baru seminggu bertugas di Semporna, dia telah menceritakan perjalanan mereka sebagai frontliner sejak Sabah dilanda jangkitan virus itu semula.

‘The Little Wuhan’, tak sempat makan & minum. Muat naik daripada Atfina Ibrahim telah membuatkan kita membayangkan keadaan semasa di Sabah. Tanggungjawab yang digalas oleh mereka sangat berat kerana berisiko tinggi untuk sama dijangkiti.

Frontliner pikul tanggungjawab besar. Namun begitu, Atfina mengakui kagum dengan semangat petugas muda kerana memikul amanat sebagai barisan hadapan dengan amanah sehingga keperluan diri seperti makan dan minum turut terabai demi memberikan rawatan terbaik buat pesakit. Dalam perkongsian tersebut juga, Atfina turut menyatakan bahawa tenaga kerja yang kurang mencukupi membuatkan sesetengah daripada mereka terpaksa on call 24 jam.

Sahabat di Semenanjung, teruslah jaga SOP. Pada akhir perkongsian tersebut, dia menyeru kepada rakan seperjuangan agar bersama-sama dapat membantu Semporna ketika ini. Dia juga menitipkan pesan supaya rakyat yang berada di Semenanjung terus kekal menjaga SOP dan mengikut segala saranan kerajaan kerana kita belum lagi menang menentang wabak utama negara ketika ini.

Jasa anda tidak terbalas oleh kami. Posting itu memperoleh 12,000 tanda suka dan 10,000 perkongsian dimana rata-rata warganet berasa sebak serta simpati dengan keadaan para petugas barisan hadapan yang pastinya sudah terasa letih. Mereka juga menitipkan doa dan juga kata-kata semangat buat frontliner di Sabah serta kawasan yang menunjukkan peningkatan kes agar terus tabah. Semoga urusan mereka dipermudahkan. Terus kuat doktor. Semoga Tuhan membalas jasa para frontliner

Sumber: Atfina Ibrahim

Terkini kes meningkat 374 kes baru positif covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan puncanya buat warganet terkedu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan.

Daripada 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 372 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import. Terdapat 73 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 73 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,780 kes. KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 155 kes atau bersamaan dengan 1.03%

Sumber: KKM

KKM sanggup buat ujian DASS terhadap barisan hadapan. Dr Noor Hisham titipkan pesanan buat barisan hadapan dan rakyat Malaysia bagi mencegah kes meningkat saban hari

Ternyata kes COVID19 yang makin meningkat saban hari memberi kesan psik0logi terhadap para petugas barisan hadapan negara sehinggakan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu KKM membuat ujian depre55ion,anx1ety dan skala str3ss terhadap mereka bagi menentukan tahap kemurungan yang dialami.

kalau diimbas kembali,Masih ingatkah korang awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan dulu? Bagaimana mereka bekerja keras bagi melandaikan lengkungan wabak pandemik ini? Semestinya melihat angka kembali menjadi tiga digit sehari-hari sedikit sebanyak melunturkan semangat mereka.Namun begitu, DG Hisham seru semua kekalkan semangat.

Kepada rakyat Malaysia dan frontliner.Tanpa berputus asa, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini terus menerus bersifat positif dan memberikan semangat dengan menerangkan tugas masing-masing bagi membendung penularan Covid-19.“Mari kita bersatu dalam prang melwan penularan berskala besar Covid-19”

“Kita tak boleh menang prang ini bagi menyekat atau mengurangkan penularan virus tanpa sokongan orang ramai. Yang kami minta, adalah untuk orang ramai ‘Stay at Home’ dan jika mustahil tolong patuhi SOP. ”Frontliners adalah barisan pertahanan terakhir.Beliau juga mengingatkan bahawa petugas kesihatan adalah barisan pertahanan terakhir negara.

“Banyak yang akan merasa letih dan kecewa melihat kesemua kluster baru yang muncul. Lagipun, kita cuma manusia” “Kepada semua petugas kesihatan, ingatlah kita adalah pelindung kesihatan rakyat dan keselamatan negara. Kita adalah barisan terakhir pertahanan negara.”

It is Now or never. Kita kena kekalkan semangat dan terus kuat.”“Kita ada peluang yang kecil untuk melakukannya dengan betul dan melandaikan lengkungan lagi sekali. It is now or never.”“Kesihatan menyatukan kita semua dalam menentang satu msuh utama, Covid-19. InshaAllah.”Terima kasih DG Hisham & pasukan.Rata-rata warganet terharu dengan posting beliau (termasuk min), selain berterima kasih dengan usaha para petugas kesihatan.

Terbaru gelombang ketiga dilihat semakin mencabar berbanding yang dahulu. Kini Dr Noorhisham mengulas lanjut perkara itu sehingga membimbangkan orang ramai.

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai gelombang ketiga yang dihadapi sekarang dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCINGASM MEDIA untuk info lebih banyak dan menarik.

KUALA LUMPUR: Gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 di negara ini disifatkan lebih mencabar berbanding dua yang terdahulu ataupon sebelum-sebelum ini. Mengakui perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah berkata, ia berikutan penularan berkenaan membabitkan virus mutasi D614G yang sebelum ini telah dikesan dalam kluster di Kedah dan Sabah.

Beliau berkata, mutasi terbabit memiliki kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan amat mudah merebak. “Sejumlah besar kes dikesan baru-baru ini termasuk pada kluster membabitkan sel besi (p3njr4), seperti Kluster Tembok dan Kluster Benteng terdiri daripada mutasi virus,” katanya dalam sidang media Kementerian Kesihatan di sini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai status gelombang ketiga, yang dilihat sesetengah pihak sebagai lebih mencabar dan membimbangkan. Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, kewujudan mutasi itu walaupun menyumbang kepada sejumlah besar kes berkaitan kluster sel besi (pnjr4), ia adalah jangkitan terasing yang tidak merebak ke dalam komuniti setempat.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara Pentadbiran banyak membantu mengekang kes daripada menular. “Ia terkawal hanya di dalam sel besi (penjr4) , terasing daripada orang ramai dan berjaya ditangani dengan baik,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, jentera kementerian memiliki keupayaan penuh dalam menghadapi kemaraan gelombang ketiga COVID-19 itu.

Dr Noor Hisham menarik perhatian, 60 makmal yang ada ketika ini mampu menjalankan lebih 41,000 ujian sehari, berbanding sebelum.”Ketika kita mula-mula berdepan penularan COVID-19, hanya ada 23 makmal dengan kapasiti 1,000 ujian sehari.

“Dengan keupayaan dimiliki sekarang, kita hanya menggunakan 51 peratus daripada kapasiti sedia ada,” katanya. Beliau memberi jaminan, jentera perubatan negara sudah lebih bersedia, berbekalkan pengalaman sebelum ini. “Katil di hospital dan Unit Rawatan Rapi sudah ditambah, selain kelengkapan bantuan pernafasan untuk dihantar ke Sabah, dan ia termasuk sut peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.

Sumber: BHONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *