Gara gara ada kakitangan mereka yang disahkan positif Covid 19. Terbaru satu cawangan Bank Islam di tempat ini pula diarahkan tutup selepas Agro Bank Sungai Buloh.

Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA

LAHAD DATU: Bank Islam Malaysia Berhad menutup sementara cawangan Lahad Datu termasuk terminal layan diri berkuat kuasa serta-merta selepas seorang kakitangannya positif COVID-19. “Kakitangan tersebut kini sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.”Kakitangan terbabit dan anggota keluarga terdekatnya telah menjalani tempoh kuarantin rumah sejak 28 September 2020 setelah melakukan perjalanan ke Tawau baru-baru ini.

“Langkah itu (menutup cawangan) diambil sesuai dengan garis panduan keselamatan dan kesihatan Bank Islam mengenai COVID-19,” menurut kenyataan bank itu pada Ahad. Bank Islam sedang menjalankan proses sanitasi dan pembersihan di cawangan berkenaan secara menyeluruh, termasuk ruang-ruang kemudahan umum.

Bank Islam juga sudah menjejaki kontak rapat kakitangan tersebut serta menasihati mereka supaya menjalani saringan kesihatan dan kuarantin di rumah. “Saya ingin menekankan kepada semua pelanggan bahawa kesemua premis kami berada dalam keadaan bersih dan selamat setelah kerja-kerja sanitasi dijalankan.

“Sebarang kesulitan yang timbul susulan langkah-langkah yang dilaksanakan ini amat kami kesali,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed. Mengambil maklum akan situasi semasa di Sabah, bank itu juga akan mengecualikan caj pengeluaran tunai di mesin MEPS supaya pelanggan bebas melakukan pengeluaran di mana-mana mesin ATM berdekatan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Bersasar (TEMCO).

Sumber: Awani

Salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid 19. Mengejutkan Agro Bank Sungai Buloh terpaksa ditutup buat masa ini. Ini maklumat selanjutnya

SUNGAI BULOH, 7 Okt – Agrobank hari ini mengesahkan salah seorang kakitangannya di cawangan Sungai Buloh telah diuji positif COVID-19. Menerusi satu kenyataan, difahamkan pekerja terbabit kini sedang menjalani rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan dan penjejakan kontak rapat juga telah dilakukan.

“Cawangan yang terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober (hari ini) sehingga pemberitahuan lebih lanjut kelak bagi tujuan menfasiliti aktiviti sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh. “Semua pekerja Agrobank di cawangan berkenaan akan diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari bermula hari 7 Oktober hari ini sebagai langkah-langkah berjaga-jaga tambahan,” kata kenyataan tersebut, hari ini.

Dalam pada itu, kerja-kerja sanitasi dan pembersihan akan dijalankan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). “Agrobank telah mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan keadaan kesihatan dan keselamatan para pelanggan, pekerja dan masyarakat pada tahap terbaik,” tambah kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, pengguna boleh menjalankan aktiviti perbankan dan berurusan di kaunter Agrobank cawangan Selayang atau mana-mana cawangan terdekat yang lain sebagai alternatif. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476 atau layari laman sesawang www.agrobank.com.my.

Sumber: Agro Bank, Siakap Keli

Terkini tiga sekolah di Kedah diarahkan tutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober. Ini sekolah sekolah yang ditutup ekoran penularan covid 19.

Baling: Tiga sekolah di Baling dan Pokok Sena ditutup mulai hari ini sehingga 17 Oktober berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan warganya. Menerusi pekeliling dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah, tiga sekolah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling serta SMK Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau di Pokok Sena.

Susulan itu semua pelajar, guru dan warga sekolah dikehendaki menjalani kuarantin serta patuh prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan. “JPN Kedah memutuskan menutup sementara semua kelas di sekolah berkenaan dan guru serta kumpulan pelaksana dibenarkan bekerja dari rumah, manakala pembelajaran secara dalam talian,” kata pekeliling itu.

Sementara itu, tinjauan di SMK Baling pagi ini, mendapati pagar utamanya ditutup dan tidak kelihatan warga sekolah di pekarangan. Difahamkan, langkah diambil susulan seorang pelajar sekolah itu yang menjadi kontak rapat kepada ahli keluarga yang positif Covid-19. Kedah merekodkan lebih 1,200 kes positif setakat semalam, membabitkan Kluster Tembok di Kota Setar dan Pokok Sena serta Kluster Tawar di Baling.

Oleh yang demikian, semoga kita semua terpelihara daripada penularan wabak covid 19 ini dan sentiasa patuh kepada SOP yang telah ditetapkan. Untuk dapatkan info menarik mengenai isu semasa, tips, dan lain-lain marilah LIKE & SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA. Terima Kasih!!

Sumber: HMETRO

Bukan sahaja pusat beli belah 1Utama yang diarahkan tutup. Terkini satu lagi tempat di Petaling Jaya diarahkan tutup gara gara ada individu yang telah disahkan positif Covid 19.

Sebelum ni Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara tapi sekarang tempat ni pula yang diarahkan tutup untuk elak penularan covid 19. Jadi kalau nak tau, jom kita baca sampai habis tentang isu covid 19 di tempat tempat ini dan jangan lupa untuk LIKE DAN SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA untuk info yang lebih menarik.

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya ditutup esok, berikutan sembilan individu disahkan positif Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencn Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan itu bagi tujuan membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

“Sehingga kini terdapat empat kes positif di pusat beli-belah 1Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis. “Manakala lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pekerja yang didapati positif itu dari Bahagian Kosmetik dan Wangian, aras bawah Parkson Elite serta Mac City, aras dua.

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan saringan kesihatan di One Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh dinyatakan itu,” katanya. Bagaimanapun, Johary berkata, individu bergejala sebelum tarikh saringan itu diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan. 1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara bermula esok (11 Oktober) setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencna Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Dia juga memohon sesiapa yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian Parkson Elite (aras bawah) antara 30 September hingga 7 Oktober, serta mereka yang ke Mac City (aras dua) antara 25 September hingga 30 September, untuk membuat ujian saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya. Mereka yang bergejala sebalum tarikh saringan boleh ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya lagi.

Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.- malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *