Baru baru ini pasangan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah menjadi bualan hangat warganet apabila gambar yang dimuatnaik menjadi kontroversi. Ini respon Wawa Zainal sehingga mengejutkan warganet.

artis selebriti

“Susah kan nak kurus? Macam tu juga la dengan kejayaan. Bukan hari ini buat esok dah kaya. ulas Wawa Zainal. Wawa yang merupakan pelakon berkata bukan mudah dia dan suami untuk hidup senang dan mewah. Kalau hanya lihat di kaca mata memang nampak sempurna dan mudah je tapi sebaliknya hanya tuhan sahaja yang tahu. Menurut Wawa, mereka melalui pelbagai proses jatuh dan bangun dalam perniagaan selama empat tahun sebelum berjaya.

Pasangan suami isteri ini sudah melalui banyak liku-liku dan onak duri dalam perniagaan. “Wawa dan Aeril pun berniaga dah lama. Pernah jual baju, jual tudung, jual contact lens lagi sehingga la adanya Wawa Cosmetik sekarang. “Sejak 2016, empat tahun bukan sekejap. Pernah jatuh bangun balik. Siapa kata Wawa instant kaya cubit dia! Sekarang pun tak kaya lagi pun .

“Alhamdulillah cukup memadai buat Wawa dan pekerja, syukur,” katanya. Wawa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Sejak semalam, pasangan ini menjadi perhatian selepas Aeril memuat naik foto bersama isteri dan kelihatan kereta mewah jenis Ford Mustang berwarna kuning di belakang mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya Page Kami Kucingasm Media. Terima Kasih!!

Baru je warganet tegur Aeril tak takut SPRM sekali tiba tiba Wawa Zainal bongkarkan sesuatu tentang perniagaan dia buat warganet terkedu. Sampai macam ni sekali Wawa dedahkan.

Rata-rata menegur Aeril supaya tidak terlalu menunjukkan kemewahan bimbang menjadi perhatian pihak berkuasa. Ia selepas beberapa selebriti dipanggil Suruhanjaya Pencegah Rasvah Malaysia (SPRM) bagi membantu siastan kes penggubahan wang haram.

MInggu ni kecoh di media sosial tentang SPRM tahan instafamous dan selebriti yang dikaitkan dengan pengubalan wang harm. Shuib sepahtu juga ada terlibat sekali dalam siasatan pihak SPRM. Disebabkan kes masih dalam siasatan Shuib tidak dapat keluarkan apa apa kenyataan.

Warganet macam biasa akan buat bermacam macam speklasi dan ianya berpunca sebelum ini Shuib seperti selalu menunjukkan kemewahan seperti kereta dan jam tangan. Aeril Zafrel pun antara selebriti yang ada menunjukkan kemewahan. 

Oleh hal yang demikian, pelakon kacak Aeril Zafrel telah dinasihati oleh warganet agar tidak terlalu menayang kekayaan di Instagram bimbang menjadi salah seorang yang dipanggil oleh pihak berkuasa. Ini susulan daripada muat naik Aeril yang memperlihatkan pejabat urusan Wawa Cosmetics serta kereta mewah milik pasangan selebriti tersebut.

Ada warganet yang tanya tentang SPRM kepada Aeril Zafrel dan ini jawapan dia .. memang kelakar. Walau bagaimanapun, kebanyakkan warganet mempercayai bahawa pasangan ini menggunakan saluran yang betul dalam perniagaan kosmetik mereka sehingga mampu meraih pendapatan yang besar. Mereka juga mengakui terinspirasi dengan pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dan mendoakan mereka kekal berbahagia hingga ke Jannah.

Akui cemburu dengan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Shuib Sepahtu luah satu perasaan ini terhadap pasangan tersebut dan rupanya ini sebab musabab perasaan itu muncul

Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu berhasrat mahu meluaskan empayar perniagaan agar dapat memberi banyak manfaat kepada orang lain.Impian terbabit diluahkan Shuib bersempena ulang tahun kelahiran ke-36 yang disambut pada 12 September lalu.”Sempena hari lahir, saya mahukan keluarga yang bahagia, kerjaya berjalan lancar dan bisnes yang berkembang baik.

“Saya juga mahu ada empayar perniagaan besar dan Alhamdulillah, bisnes yang dijalankan semakin mendapat respon positif.”Menerusi perniagaan, saya mahu memberikan banyak kebaikan kepada orang lain dan mahu memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan,” kata Shuib.

Tambah usahawan Bubble Bee itu, dia turut menyimpan hasrat untuk membina masjid.”Saya ada simpan impian untuk mendirikan sebuah masjid menerusi perniagaan yang dibina, menghantar ramai orang menunaikan ibadah Umrah dan mahu membantu orang setiap hari.

“Sejujurnya, saya rasa cemburu melihat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang sedang dalam proses membina masjid menerusi perniagaan yang mereka usahakan, tapi cemburu terbabit adalah cemburu yang baik.”Sebelum melihat mereka membina masjid pun saya sudah simpan impian itu tetapi ia bukannya sesuatu yang mudah.”Jadi, saya mahu berusaha dengan sehabis baik agar apa yang saya impikan menjadi kenyataan,” katanya lagi.-gmpk

Kecoh dengan isu Shuib dan Siti Sarah disiasat dengan SPRM baru baru ini. Kini Shuib luahkan sesuatu selepas mendapat banyak reaksi dari warganet.

PELAWAK dan penyampai radio Hot FM, Shuib menzahirkan rasa terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan dia dan isteri yang juga penyanyi Siti Sarah selepas dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM), Putrajaya, semalam. Shuib berkata, dia dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001.

“Alhamdulillah, syukur. Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya dan isteri. “Saya dipanggil untuk membantu siasatan SPRM berkenaan AMLA dan terima kasih kepada pihak SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik terhadap saya sepanjang 23 jam siasatan,” tulisnya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram, hari ini.

Menurut Shuib, dia menganggap apa yang berlaku sebagai satu cabaran dalam menjalankan perniagaan. “Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam perniagaan. Doakan perniagaan Bubblebee kami terus maju dan memberi manfaat kepada semua orang,” katanya. Sementara itu, Sarah yang menemani suaminya semalam menjelaskan, dia dan suami sudah menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan sebaiknya dan bersyukur proses siasatan berjalan lancar.

“Alhamdulillah syukur. Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” katanya. Terdahulu Harian Metro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram. Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi, semalam. Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan.

Sumber: Harian Metro

Sekian lama bergiat aktif dalam dunia perniagaan. Terkini Siti Sarah dan Shuib dipanggil SPRM gara gara sesuatu ini. Lebih mengejutkan bila mereka disyaki terlibat dalam kegiatan ini.

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipercayai dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasu4h Malaysia (SPRM) hari ini setelah disyaki terlibat dalam kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Difahamkan, pasangan selebriti itu hadir tengah hari ini ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut. Menurut sumber, setakat ini, siasatan masih dijalankan namun penglibatan pasangan selebriti tersebut tidak dapat dipastikan.

Jelasnya, selain mereka, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil. “Masih tidak dapat pastikan sama ada mereka akan ditahan atau pun tidak memandangkan proses merakam keterangan masih berjalan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Utusan Malaysia cuba mendapatkan pasangan selebriti ini untuk pengesahan namun gagal dihubungi. Terdahulu,Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *