Terbaru wujud 6 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada 10 Oktober. Ternyata ini punca wujudnya kluster baru pada hari ini.

berita Covid 19 Info Infomaklumat Semasa

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat enam kluster baharu Covid-19 dikesan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, enam kluster berkenaan adalah empat yang dikesan di Selangor dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, enam kluster dilaporkan itu ialah Kluster Highway di Sabah. “Empat kluster di Selangor iaitu Kluster Bah Manggis, Kluster Utama, Kluster Tasik dan Kluster Simera manakala Kluster Putra direkodkan di Sarawak,” katanya. Memperincikannya, Noor Hisham berkata, Kluster Highway dikesan di daerah Kota Belud, Sabah.

“Manakala, Kluster Bah Manggis pula membabitkan dua daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. “Bagi Kluster Utama pula, ia telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor manakala Kluster Tasik Selangor membabitkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang,” katanya. Katanya, Kluster Simera pula membabitkan daerah Besut (Terengganu), Kuantan (Pahang), daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat (Selangor). Tambahnya, Kluster keenam iaitu Kluster Putra Sarawak dikesan di Bintulu.- BHONLINE

Terkini kes meningkat 374 kes baru positif covid 19. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan puncanya buat warganet terkedu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 374 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 15,096 kes secara keseluruhan.

Daripada 374 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 372 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import. Terdapat 73 kes yang sedang dirawat di unit rawatan rapi dan daripada itu, 28 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, kes discaj baharu yang dilaporkan pada hari ini adalah 73 kes. Justeru, jumlah kumulatif kes discaj di Malaysia terus meningkat kepada 10,780 kes. KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes pemergian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes pemergian pula meningkat kepada 155 kes atau bersamaan dengan 1.03%

Sumber: KKM

Mengejutkan ada lagi kluster baru dikenal pasti selepas kes melonjak tinggi pada 9 Oktober. Rupanya ini punca muncul kluster baru itu.

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kluster baru di Perak dan Sabah iaitu Kluster Batu dan Kluster Ramai-Ramai. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Batu dikenal pasti di Taiping, Perak yang mana hasil saringan dalam kalangan kakitangan dan ahli keluarga sebuah kem tahanan.

Menurutnya, hasil saringan mendapati sebanyak tujuh kes dikesan positif Covid-19 semalam dan mereka semua dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. “Sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 860 individu disaring iaitu tujuh positif, 182 negatif dan 671 masih menunggu keputusan.

“Kluster Ramai-Ramai dikenal pasti di Sandakan, Sabah yang mana kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12,161) adalah seorang pemandu bas dan mengalami gejala sakit tekak dan demam bermula 27 September lalu,” katanya pada sidang media hari ini. Dr Noor Hisham berkata, kes dikesan positif Covid-19 pada 3 Oktober dan dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent, Sandakan, Sabah untuk rawatan.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 19 lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini membabitkan warga negara Malaysia. “Mereka dimasukkan ke Hospital Dutchess of Kent untuk rawatan,” katanya. Beliau berkata, sehingga jam 12 tengah hari ini, sejumlah 166 individu disaring iaitu 20 dikesan positif Covid-19 dan 146 individu masih menunggu keputusan. “Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Sumber: HMetro

Bukan sahaja pusat beli belah 1Utama yang diarahkan tutup. Terkini satu lagi tempat di Petaling Jaya diarahkan tutup gara gara ada individu yang telah disahkan positif Covid 19.

Sebelum ni Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara tapi sekarang tempat ni pula yang diarahkan tutup untuk elak penularan covid 19. Jadi kalau nak tau, jom kita baca sampai habis tentang isu covid 19 di tempat tempat ini dan jangan lupa untuk LIKE DAN SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA untuk info yang lebih menarik.

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya ditutup esok, berikutan sembilan individu disahkan positif Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencn Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan itu bagi tujuan membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

“Sehingga kini terdapat empat kes positif di pusat beli-belah 1Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis. “Manakala lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pekerja yang didapati positif itu dari Bahagian Kosmetik dan Wangian, aras bawah Parkson Elite serta Mac City, aras dua.

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan saringan kesihatan di One Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh dinyatakan itu,” katanya. Bagaimanapun, Johary berkata, individu bergejala sebelum tarikh saringan itu diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan. 1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara bermula esok (11 Oktober) setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencna Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Dia juga memohon sesiapa yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian Parkson Elite (aras bawah) antara 30 September hingga 7 Oktober, serta mereka yang ke Mac City (aras dua) antara 25 September hingga 30 September, untuk membuat ujian saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya. Mereka yang bergejala sebalum tarikh saringan boleh ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya lagi.

Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.- malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *