Terbaru gelombang ketiga dilihat semakin mencabar berbanding yang dahulu. Kini Dr Noorhisham mengulas lanjut perkara itu sehingga membimbangkan orang ramai.

berita Covid 19 Semasa

Seperti yang kita tahu, virus covid 19 semakin menular setiap hari. Di ambang gelombang ketiga ini dapat dilihat penat lelah frontliner, mahupon setiap masyarakat Malaysia sendiri memberi peranan besar bagi mencegah penularan wabak itu. Ayuh kita baca selanjutnya mengenai gelombang ketiga yang dihadapi sekarang dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE page KUCING MEDIA ONLINE untuk info lebih banyak dan menarik.

KUALA LUMPUR: Gelombang ketiga penularan pandemik COVID-19 di negara ini disifatkan lebih mencabar berbanding dua yang terdahulu ataupon sebelum-sebelum ini. Mengakui perkara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noorhisham Abdullah berkata, ia berikutan penularan berkenaan membabitkan virus mutasi D614G yang sebelum ini telah dikesan dalam kluster di Kedah dan Sabah.

Beliau berkata, mutasi terbabit memiliki kadar kebolehjangkitan yang tinggi dan amat mudah merebak. “Sejumlah besar kes dikesan baru-baru ini termasuk pada kluster membabitkan sel besi (p3njr4), seperti Kluster Tembok dan Kluster Benteng terdiri daripada mutasi virus,” katanya dalam sidang media Kementerian Kesihatan di sini.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai status gelombang ketiga, yang dilihat sesetengah pihak sebagai lebih mencabar dan membimbangkan. Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, kewujudan mutasi itu walaupun menyumbang kepada sejumlah besar kes berkaitan kluster sel besi (pnjr4), ia adalah jangkitan terasing yang tidak merebak ke dalam komuniti setempat.

“Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara Pentadbiran banyak membantu mengekang kes daripada menular. “Ia terkawal hanya di dalam sel besi (penjr4) , terasing daripada orang ramai dan berjaya ditangani dengan baik,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, jentera kementerian memiliki keupayaan penuh dalam menghadapi kemaraan gelombang ketiga COVID-19 itu.

Dr Noor Hisham menarik perhatian, 60 makmal yang ada ketika ini mampu menjalankan lebih 41,000 ujian sehari, berbanding sebelum.”Ketika kita mula-mula berdepan penularan COVID-19, hanya ada 23 makmal dengan kapasiti 1,000 ujian sehari.

“Dengan keupayaan dimiliki sekarang, kita hanya menggunakan 51 peratus daripada kapasiti sedia ada,” katanya. Beliau memberi jaminan, jentera perubatan negara sudah lebih bersedia, berbekalkan pengalaman sebelum ini. “Katil di hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) sudah ditambah, selain kelengkapan bantuan pernafasan untuk dihantar ke Sabah, dan ia termasuk sut peralatan perlindungan diri (PPE),” katanya.

Sumber: BHONLINE

Dr Noor Hisham dedahkan gelombang ketiga covid 19 lebih mencabar gara gara lebih libatkan mutasi D614G. Rupa rupanya D614G dikatakan 10 kali lebih mudah untuk berjangkit.

Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Hal ini demikian kerana, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam satu sidang media berkata gelombang ketiga ini lebih mencabat kerana melibatkan virus mutasi D614G. Gelombang ketiga ini lebih mencabar kerana melibatkan virus mutasi D614G dalam kluster-kluster di Kedah dan Sabah yang cepat menjangkiti dan mudah merebak. Namun, KKM lebih bersedia menghadapi gelombang kali ini dan telah membuat persiapan lengkap lebih awal.

Walau bagaimanapun, pihak KKM lebih bersedia awal bagi menghadapi gelombang kali ini dan telah membuat persiapan lengkap lebih awal mengawasi penularan Covid-19 di negara kita.

Sumber: Sidang Media KKM

Terkini Dr Noor Hisham Dedahkan Lebih Banyak Mutasi D614G Yang Ditemui Dalam Sampel Ujian Covid 19. Mutasi D614G Dikatakan 10 Kali Lebih Mudah Untuk Berjangkit. Mengejutkan Rupanya Ini Punca.

Kesemua 32 ujian saringan yang dibuat terhadap sampel pesakit positif Covid-19 disahkan mempunyai mutasi D614G oleh Dr. Noor Hisham hari ini. “Institute for Medical Research (IMR) Malaysia telah melakukan ujian genom terhadap sampel virus yang diambil dari proses pengasingan dan pemupukan untuk kluster Benteng (23), Sivangangga (4) person under investigation (PUI), Tawar (3), Sungai (1) dan Bukit Tiram (1).”

“Ujian susulan telah dilakukan untuk mengkaji susunan genetik virus yang telah kita pisahkan dan bandingkannya dengan mutasi sebelumnya yang terdapat di kluster Tawar dan Sivangangga.” “Seperti yang dijangka, semua sampel virus yang kami pisahkan dari kelompok Kedah ini saling berkaitan dan berkemungkinan besar berasal dari sumber yang sama.”

Selain itu, menurut Dr. Noor Hisham, semua 23 sampel dari kluster Benteng didapati serupa tetapi tidak mempunyai kaitan dengan virus yang dijumpai di Kedah, walaupun semuanya mempunyai mutasi D614G. Tambahnya, KKM akan terus melakukan ujian dan membandingkan sampel virus ini dengan yang lain dalam keluarga Covid-19 atau Phylogenetic tree.

Mutasi Covid-19 ini telah dikenalpasti oleh para saintis pada bulan Julai lalu dan kemunculannya dilihat sebagai penghalang kepada usaha yang sedang dilakukan untuk mencipta vaksin Covid-19 yang berkesan. Ya lah, dorang buat vaksin berdasarkan sampel virus masa awal penemuan, sekarang ada mutasi pula. Bertabahlah saintis dan para medical line sekalian.

Sumber : Malaymail

Terkini KKM kesan lagi 3 kluster baru hari ini. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bongkarkan disini kluster baru tu dikesan. Menegejutkan rupa rupanya ini punca.


KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini, 9 Oktober 2020 iaitu di negeri: Sabah – Satu (1) kluster. Perak – Satu (1) kluster. Terengganu – Satu (1) kluster.

1) KLUSTER ATAP, SABAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12880) telah dikenal pasti positif COVID19 hasil saringan bergejala pada 4 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tiga (3) lagi kes positif COVID-19. Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut. Empat (4) kes dikesan positif COVID-19. 36 individu negatif. Sembilan (9) individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BAH LADA, PERAK

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Perak iaitu di daerah Perak Tengah dan daerah Hilir Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12374 kes ke13978) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan 6 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. 7 Saringan kontak rapat telah mengenalpasti dua (2) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut. Empat (4) kes dikesan positif COVID-19. 31 individu negatif. Enam (6) individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER BAH SAHABAT, TERENGGANU

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut. 10 kes dikesan positif COVID-19. 34 individu negatif. 44 individu masih menunggu keputusan. 

Sumber: Sidang Media KKM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *