Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Rozita Che Wan hembus nafas lega bila orang yang memperdayakannya sebelum ini berjaya ditahan. Ini kisah selanjutnya.

artis Hiburan selebriti

PELAKON popular, Rozita Che Wan bersyukur apabila pasangan suami isteri yang didakwa memperdaya orang ramai dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah dengan harga promosi berjaya ditahan baru-baru ini. Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata, penahanan pasangan itu dianggap habuan atas perbuatan yang dibuat.

“Ini pengalaman pertama saya kena tipu sebegini. Apa boleh dikatakan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Ramai yasng sudah ditipu dengan penipuan dia yang lega apabila dia ditangkap. “Walaupun saya berasa ralat sebab duit tak dapat balik, tapi sekurang-kurangnya dia terima habuan atas perbuatan jijik mereka,” katanya.

Pun begitu, Che Ta berkata dia tetap meneruskan percutian seperti yang sudah dirancang bersama keluarga dan beberapa rakan lain. “Percutian itu pada 26 September lalu. Disebabkan sudah rancang awal, jadi saya, suami dan rakan lain pergi juga. Cuma, kami tempah hotel lain,” katanya. Terdahulu, Harian Metro hari melaporkan suspek terbabit didakwa mengambil kesempatan menawarkan promosi pakej penginapan bilik hotel mewah kononnya bagi menghargai petugas barisan hadapan Covid-19.

Sumber: Hmetro

Che Ta berang belanja jutaan ringgit tapi banglo tak siap

Pelakon Rozita Che Wan mengmuk apabila sudah membelanjakan hingga jutaan ringgit untuk kos pengubahsuaian banglo miliknya tetapi kontraktor didakwa gagal menyiapkan tugas itu dalam tempoh dipersetujui. Lebih terkilan, dakwa Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, kepercayaan yang diberi kepada kontraktor terbabit turut dikhinti apabila pada saat akhir dia didakwa menghilangkan diri.

“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap. “Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. “Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main,” katanya dipetik BH Online.

Untuk rekod, Rozita mengupah kontraktor terbabit bagi projek pengubahsuaian tersebut sejak dua tahun lalu. Menurut pelakon drama Kiah Pekasam itu, dia memberi tarikh akhir iaitu pada 10 Januari lalu kepada kontraktor terbabit untuk menyiapkan semua kerja.

“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baru untuk menyudahkan semua kerja,” katanya. Dakwanya, dia juga sudah puas cuba menghubungi nombor telefon selain melayangkan mesej kepada kontraktor terbabit namun usahanya itu tidak membuahkan hasil.

“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain. “Lucunya, foto dan video proses pengubahsuaian rumah saya dipromosikan pada akaun Facebook kontraktor terbabit. Kerja tak siap, ada hati pula hendak perkenalkan perkhidmatan mereka kepada orang lain,” katanya. Terdahulu, Rozita memuat naik video melalui Instagram (IG) Story menunjukkan projek pengubahsuaian banglo miliknya di Damansara, Petaling Jaya, tidak siap.- BHONLINE

“Ni yang tipu Che Ta tu kan?”- Bekas PA Aliff Syukri Kantoi menipu Frontliner Dengan Pakej Hotel Mewah Harga Murah?

Terdahulu, Frontliner sepatutnya kita hargai sebab dah menghabiskan masa dan tenaga demi menjaga keselamatan negara. Bukannya ambil kesempatan dari keletihan dorang. “Khamis lalu, sepasangan suami isteri telah ditahan kerana kes penipuan dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah membabitkan pasukan barisan hadapan.” – Sinar Harian

Ada 30 laporan polis telah dibuat setakat Jumaat ni” – Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa’aton Abu Bakar Penipuan aktif sejak September tahun lalu. Siasatan polis juga mendapati, pasangan tersebut aktif menjalankan kegiatan penipuan sejak September lalu dengan menggunakan nama I&I Paradise Venture. Sumber: Sinar Harian

Nilai kerugian membabitkan kes ini berjumlah RM26,193 dan kebanyakan mangsa terdiri daripada pasukan barisan hadapan.” Beliau juga menambah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesksaan iaitu menipu.

Modus operandi suspek. Mereka akan mengiklankan pakej hotel mewah di seluruh negara dengan harga murah menerusi aplikasi Whatsapp.” “Sesiapa yang berminat kemudian akan diminta membuat bayaran penuh sebelum diarah berhubung dengan suspek dalam tempoh 10 hari daripada tarikh daftar masuk hotel.”

Kemudian pada hari tempahan suspek akan memaklumkan yang hotel penuh dan akan menawarkan tempat penginapan lain dengan harga lagi tinggi. Tak patut dorang ni, dahlah frontliner keletihan, dorang sc*m pula!

Kalau korang pengguna Twitter yang tegar, korang mesti tahu kes ni. Kes ni menjadi viral bukan saja sebab dorang banyak scm frontliner tapi sebab suspek (si suami) adalah bekas pembantu peribadi Dato Aliff Syukri. Namun, Dato Aliff ,menjelaskan di IG yang suspek sudah lama berhenti kerja dan dia tak ada kaitan langsung dengan kes ini.Sumber: instagram Kesian Dato Aliff, tak memasal nama dia pun turut terpalit dengan kes ni.

Sumber: LobakMerah

‘Biarlah Che Ta saja yang menjawab’

Kuala Lumpur: Pelakon Zain Saidin menjelaskan dia memang memberi ruang sepenuhnya kepada isteri, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta untuk menjawab apa saja kritikan mahu pun kritikan warganet berkaitan perihal membabitkan keluarga mereka.

Zain, 36, ditemui pada sesi fotografi baru-baru ini berkata dia selesa apabila Che Ta yang lebih ke depan untuk menjawab segala-galanya berkaitan kritikan mahu pun kritikan yang dilemparkan segelintir warganet itu. “Saya tahu apa saja kritikan warganet terhadap keluarga kami termasuk kepada anak saya, Aaisyah Dhia Rana, 6, di media sosial.

“Cuma, saya tidak suka melayan semua perkara remeh ini kerana tak kenal pun mereka. Malah, kebanyakan yang komen,  mengkritik itu menggunakan akaun palsu. “Apapun, Che Ta sebagai ibu saya tahu dia takkan berdiam diri. Dia pasti mahu menjawabnya dan saya memberikan ruang berkenaan. Apapun, semua jawapan diberi Che Ta itu saya dah setuju,” katanya.

Menurut Zain, dia pun ada kalanya tidak faham dengan tindakan segelintir warganet yang sanggup mengkritik Aaisyah yang masih kecil dan tak tau apa-apa itu. “Umpamanya, macam video Tik Tok yang Aaisyah menari itu. Pada saya, dia hanya menari saja dan biasalah budak perempuan suka menari dan pakaiannya pun okay, tapi tetap kena kritik.

“Apapun, saya mengambil pendekatan berdiam diri bukan bermakna tak tahu apa-apa langsung. Termasuk, tidak ambil peduli mengenainya. “Saya tahu semua itu, tapi hanya tak suka nak layan saja. Bagi saya lebih baik beri fokus pada perniagaan nasi kambing bakar yang diusahakan kerana mendapat sambutan,” katanya.

Zain berkata kini dia berusaha memikirkan inisiatif bagaimana hendak memantapkan lagi perniagaan itu terutama aspek kualiti makanan, kepuasan pelanggan dan perkhidmatan disediakan. Terdahulu, Zain cukup dikenali dengan watak Henry  Middleton dalam drama Oh My English! pada 2012 selama enam musim selain drama Kiah Pekasam yang mempertemukannya dengan Che Ta pada 2009. Zain dan Che Ta bernikah pada 13 Disember 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Aaisyah pada 2014. Selain itu, Zain juga memiliki dua anak tiri lelaki, daripada perkahwinan terdahulu Che Ta.

Sumber: Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *