Sehingga menimbulkan kerisauan dengan perisian animasi yang ditayangkan sekarang. Disebabkan hal itu ini inisiatif Diana Amir bagi membendung perkara itu terutamanya bagi golongan kanan kanak.

artis Keluarga selebriti Semasa tips

Sebagai seorang ibu, siapa sahaja yan tidak risau dengan perkembangan anak-anak. Lebih lebih lagi bila hidup di zaman serba maju yang segalanya dihujung jari. Oleh yang demikian, BIMBANG dengan kandungan animasi yang kadangkala agak berlebihan di kaca televisyen, mendorong aktivis, pengacara dan pelakon, Diana Amir membangunkan sebuah kandungan program kanak-kanak berciri Islamik dan patuh syariah.

Menurut Diana atau nama sebenarnya, Nurdiana Amir Hashim, 36, atas faktor itu, dia mengambil inisiatif untuk memulakan slot program Nurkids di saluran platform digital, Nurflix, yang akan bermula tidak lama lagi. “Bila menonton TV dengan anak-anak, selalunya mereka akan kawal apa yang mahu mereka tonton. Sebagai ibu bapa, walaupun hanya program animasi, tetapi kita masih jaga apa yang mereka tonton. “Kalau kita tengok, program hiburan terutama daripada negara luar banyak tunjukkan kata-kata yang tidak elok dan kesat.

“Jadi saya terfikir, alangkah bagus jika kita buka sesuatu siaran itu, kita tak perlu kawal apa yang mereka mahu lihat. “Atas sebab itu, saya memberi idea untuk mewujudkan program Nurkids yang menghiburkan namun tetap mengikut landas-landas Islam.

“Saya berharap program-program yang ditawarkan di Nurkids mampu membina jati diri, mempe­lajari sifat kepimpinan diri, membentuk sahsiah terpuji serta membina ukhuwah yang baik dan sejati dalam kalangan kanak-kanak dan anak muda,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) serta pelancaran program Nurkids & Turath yang berlangsung di Skyforest, Acapella Suite Hotel, Shah Alam baru-baru ini.

Tambah Diana, selain tampil dengan beberapa rancangan baharu, Nurkids juga akan bekerjasama dengan animasi tempatan sedia ada secara eksklusif di Nurflix. “Kita tidak melihat animasi sedia ada sebagai pesaing, sebaliknya kita akan bekerjasama dengan kandungan lebih eksklusif. “Walaupun ada yang melihat kenapa saya beriya untuk membangunkan program seperti ini, tapi saya kira ini sebagai satu perjuangan juga,” jelasnya.

Perlahankan kerjaya

Nurkids menawarkan pelbagai variasi program menarik serta menghiburkan yang terdiri daripada sitkom berbentuk kekeluargaan serta akademik, drama superhero, masakan, bacaan dan hafazan al-Quran sehinggalah gameshow. Ditanya mengenai perjalanan kerjaya seninya kini, anak kelahiran Birmingham, United Kingdom itu berkata, dia kini lebih selesa memberi tumpuan kepada keluarga, terutamanya tiga cahaya mata yang sedang membesar.

Diana yang mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibbullah A Rahman pada Oktober 2013, dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Khaulah Al Azwar, 5, Khadija Azzehra, 3, dan Muhammad Khalid Al Habib, 1. Katanya, semenjak meninggalkan dunia lakonan kira-kira tiga tahun lalu, dia tidak berasa ralat atau teringin untuk kembali. “Berlakon ini perlukan komitmen yang tinggi, jadi saya kena memilihlah. Bagaimanapun saya tak kisah untuk mengacara sekiranya ada masa sesuai, lebih-lebih lagi sekiranya program itu membawa manfaat,” ujarnya.

Sumber: Sinarplus

Terbaik la usaha Diana Amir bagi membendung gejala yang tidak baik terutamanya bagi golongan yang kecil lagi. Oleh yang demikian kita seharusnya menyebarkan positif seperti ini kepada orang ramai. Jadi, jom Like Dan Share PAGE KUCINGASM MEDIA untuk info yang menarik.

Animasi bercorak Islam tambat hati generasi muda

PERKEMBANGAN teknologi yang berlaku hari ini membawa impak sosial yang hebat dalam aspek tamadun bangsa. Isu identiti bangsa dan warisan Islam semakin dipinggirkan, terutama oleh generasi muda yang hanyut dibuai pesona budaya asing yang dibawa oleh Barat.

Teknologi menjadi pemangkin dalam usaha penyebaran dakwah melalui pelbagai medium yang disediakan. Contohnya aplikasi internet, drama, filem dan iklan, animasi, radio, televisyen dan banyak lagi aplikasi terkini yang terlalu mudah untuk dicapai.

Masyarakat amat terpengaruh dengan apa yang ditayangkan di media massa. Justeru, ia adalah peluang untuk pendakwah teknologi menggunakan kepakaran dalam bidang masing-masing, memainkan peranan dan memikul tanggungjawab dakwah. Di sinilah pentingnya ruang dan kepakaran itu dimanfaatkan bagi menakluki hati masyarakat.

Apa yang perlu digarapkan adalah penghasilan drama, filem dan iklan memerlukan tenaga tunjang iaitu pengarah, penerbit dan penulis skrip yang memahami dan mementingkan aspek ajaran Islam dalam setiap produk mereka. Daripada sini bermulanya pendidikan secara tidak langsung kepada masyarakat yang memerlukan alternatif lain bagi kepelbagaian tontonan mereka.

Pembangunan jiwa ummah. Kanak-kanak juga adalah kelompok yang tidak boleh dipencilkan dalam arena dakwah. Generasi muda yang terdidik dengan acuan yang betul mampu memberi corak yang positif terhadap pembangunan negara. Justeru, pembangunan negara yang mapan perlu bermula dengan pembangunan jiwa ummah yang mantap.

Industri di negara kita masih kekurangan dan memerlukan lebih banyak animasi bercorak Islam yang mewarnai dunia hiburan kanak-kanak supaya mereka terdidik dengan ajaran Islam yang sebenar dengan cara lebih menarik.

Bukan setakat kualiti maklumat yang disalurkan dalam animasi itu dipentingkan, malah ia satu cabang dakwah yang berkesan untuk menambat hati generasi muda dan kanak-kanak. Itulah elemen yang mampu disuntik dalam kerangka pembangunan jiwa ummah bagi golongan teknodaei yang tercari-cari peluang dan ruang yang mudah untuk mendekati masyarakat.

Dominasi media elektronik juga perlu diperbanyakkan dengan pengamal, peneraju, pembikin dan penyampai yang berkualiti dari aspek sahsiah dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap dakwah. Dari sini, akan lahir produk yang pengetahuan dan pengajaran Islam untuk dihidangkan kepada masyarakat.

Berdakwah tidak hanya terhad dengan cara yang membabitkan pendengar atau penonton, tetapi kalangan pembaca juga perlu diambil kira. Sastera dan novel mampu dijadikan alat dakwah dalam mempengaruhi pemikiran masyarakat supaya memahami Islam secara menyeluruh.

Kerjasama pengkarya. Kerjasama antara pengkarya, pengamal filem dan golongan agama perlu disinergikan supaya filem atau novel yang dihasilkan mempunyai nilai tinggi. Bagi mencari kepelbagaian dalam penyampaian dakwah, novel Islam boleh diadaptasi dalam bentuk filem. Ia adalah satu bentuk usaha yang bermotifkan dakwah kerana teknologi sekarang tidak seharusnya merencatkan perkembangan Islam.

Teknologi membuka ruang kepada penyebaran maklumat mengenai agama dengan lebih pantas dan berkesan. Namun, jumlah penyebaran maklumat yang banyak tidak dapat menjamin mutu kefahaman mengenai agama. Di sini wujud halangan yang sebenar dalam dakwah iaitu berlakunya penyampaian semata-mata tanpa ada unsur tarbiah dan mungkin hanya bergantung kepada teknologi semata-mata.

Keprihatinan terhadap perubahan sosial yang melanda tamadun dan budaya warisan bangsa oleh arus kemajuan teknologi ini mendorong Universiti Teknologi MARA Melaka menganjurkan Persidangan Antarabangsa Warisan Islam bertemakan Warisan Islam Memacu Warisan Bangsa baru-baru ini bagi mengangkat budaya, pemikiran dan ilmu warisan kecemerlangan Islam dalam konteks teknologi.

Teknologi sentiasa berkembang dan harus difikirkan bagaimana untuk mengembangkan kesedaran masyarakat dalam mensinergikan pembangunan teknologi dengan pembangunan insan. Realiti hari ini dapat dilihat terpisahnya golongan agama dan profesional seolah-olah satu bentuk sekularisme. Ia terhasil daripada pendidikan yang memisahkan agama dan ilmu. Kemajuan teknologi dianggap gagal sekiranya ia tidak dapat menghubungkan manusia dengan Allah.

Oleh itu, manfaat daripada perkembangan teknologi perlu digunakan dalam usaha teknodaei mendekati masyarakat pada masa kini bagi pembangunan jiwa ummah. Yang penting, penggunaan teknologi perlu secara seimbang dan bijaksana.- BHONLINE

Diana Amir nak bantu warga Bosnia-Herzegovina

Terdahulu, dapat dilihat sifat murni Diana Amir apabila mahu bantu warga Bosnia. Diana Amir yang merupakan pelakon dan pengacara berkata menerusi projek Ramadan Rescue With Diana kini dalam misi mengumpul dana sebanyak RM35,000 bagi kempen kemanusiaan membantu golongan susah di Bosnia-Herzegovina.

Diana berkata, projek di bawah organisasi Islamic Relief Malaysia itu baru dimulakan semalam untuk mengumpul derma daripada orang ramai sehingga 23 Mei ini. “Projek ini dibuat sempena Ramadan di mana saya sasarkan untuk mengumpul sebanyak RM35,000 sehingga tarikh akhir itu. Projek ini sepenuhnya bagi membantu rakyat Muslim susah di negara itu.

“Saya faham, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agak susah untuk kita semua terutamanya bab menderma. Namun, saya percaya setiap pertolongan yang disalurkan pasti ada hikmahnya tersendiri. “Jika melepasi angka sasaran kutipan itu sebelum 23 Mei nanti, saya berbesar hati untuk terus menerima derma berterusan. Saya mahu projek ini membuka mata ramai untuk berbakti dan maklum dana itu disalurkan ke mana,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan membantu warga Bosnia, Diana berkata, ramai mungkin tidak peka mengenai kesusahan orang Islam di sana sehingga saat ini terutama sekali sepanjang Ramadan. “Masih ramai rakyat di sana trauma dengan peperngn yang pernah berlaku. Banyak yang masih berdepan kesusahan hidup termasuklah golongan ibu tunggal.

“Jadi, saya ingin mengajak semua untuk membantu sama dalam misi menyalurkan bantuan kepada mereka. Sekurang-kurangnya kita dapat meringankan beban mereka tidak kiralah sekecil mana pun derma diberi,” katanya.Untuk projek berkenaan, Diana melancarkan laman web khas iaitu launchgood.com/dianabalkan bagi mengumpul derma berkenaan. Bukan setakat di Malaysia, platform berkenaan juga boleh diakses secara global.- HMETRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *