Kerajaan benarkan ada tetamu pada majlis perkahwinan di kawasan PKPB tetapi ada hadnya yang telah ditentukan. Ini bilangan maksimum bagi tetamu majlis perkahwinan.

berita Covid 19 Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Untuk makluman semua, kerajaan membenarkan tidak lebih 250 tetamu pada sesuatu masa di majlis perkahwinan dalam kawasan yang dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, sementara prosedur operasi standard (SOP) bagi kawasan yang dikenakan PKPB adalah sama, syarat tertentu boleh berubah berdasarkan keadaan setempat – misalnya di mukim Klang dan pantai timur Sabah.

“Walaupun biasanya kita benarkan 500-600 (tetamu) berdasarkan tempat, hari ini kita tetapkan maksimum 250 orang sahaja dan mesti maklumkan kepada polis. “Polis perlu dimaklumkan agar boleh membuat rondaan (bagi memastikan SOP dipatuhi),” katanya ketika ditanya sama ada syarat PKPB berbeza mengikut tempat.

Dia berkata demikian ketika sidang media di rumahnya yang disiarkan secara langsung di Facebook. Menurut Ismail, setelah mengambil kira bilangan kes Covid-19, kerajaan memutuskan untuk membenarkan majlis perkahwinan di mukim Klang tetapi mengenakan sekatan lebih ketat di pantai timur Sabah.

“Di mukim Klang, jauh berbeza dengan Sabah…Tumpuan di mukim Klang hanya tujuh lokaliti manakala hampir seluruh kawasan (yang dikenakan PKPB) di pantai timur Sabah adalah kawasan merah. “Sebab itu kita bila ada permohonan untuk adakan majlis perkahwinan di Klang, kita benarkan dengan syarat ketat, termasuk dengan kerahan Rela dan pihak lain,” katanya lagi.

Ismail berkata, polis memaklumkan kepadanya hanya satu majlis perkahwinan diadakan di mukim Klang hari ini dan tiada yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini dan minggu depan. Pengumuman Ismail berkenaan majlis perkahwinan di kawasan yang dikenakan PKPB semalam mencetuskan kebimbangan pakar perubatan yang membangkitkan kesukaran mengamalkan penjarakan fizikal dan langkah pencegahan penularan yang lain.

Sementara itu, Ismail berkata kerajaan tidak berhasrat mengenakan larangan terhadap semua kegiatan sukan sentuhan, tetapi memaklumkan Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil langkah proaktif dengan membatalkan atau menangguhkan acara yang berlangsung. Dia berkata semua bentuk kegiatan sukan juga dilarang di kawasan yang dikenakan PKPB. Selain Klang, PKPB turut dikenakan di kawasan yang dikategori sebagai zon merah iaitu Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah, sejak 9 Oktober, susulan peningkatan kes Covid-19 di sana.- Malaysiakini

Namun, untuk pengetahuan semua ada yang mempertikaikan dengan keputusan kerajaan dengan pelaksanaan majlis perkahwinan dalam tempoh PKPB ini. Mari baca selanjutnya dibawah ini dan jangan lupa untuk LIKE& SHARE PAGE KAMI KUCINGASM MEDIA. TERIMA KASIH

Kaji semula izin majlis perkahwinan di kawasan PKPB – kata MMA

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa kerajaan mempertimbangkan kembali keputusan membenarkan majlis perkahwinan di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB). Jelas Presidennya Dr Subramaniam Muniandy, membenarkan perhimpunan secara besar-besaran akan meningkatkan risiko penularan Covid-19.

“Kerajaan seharusnya pertimbang kembali keputusan untuk membenarkan majlis perkahwinan di kawasan PKPB dan keputusan untuk membenarkan orang awam dari zon hijau masuk ke zon merah untuk menghadiri perkahwinan. “Membenarkan himpunan besar-besaran akan meningkatkan penularan Covid-19. Tiada majlis sepatutnya diadakan di kawasan PKPB.

“Ketua pengarah Kesihatan (Dr Noor Hisham Abdullah) juga sudah berulang kali menyuruh orang awam jauhi kawasan sesak,” katanya kepada Malaysiakini hari ini. Tambah Subramaniam membenarkan orang awam memasuki kawasan PKPB juga perlu diteliti kerana seseorang itu berpotensi untuk dijangkiti, seterusnya mewujudkan kluster baru atau zon hijau bertukar menjadi zon merah.

Hari ini, kerajaan membenarkan majlis perkahwinan yang diadakan dalam kawasan PKPB mestilah dihadiri tidak lebih 250 tetamu pada sesuatu masa. Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata sementara prosedur operasi standard (SOP) bagi kawasan yang dikenakan PKPB adalah sama, syarat tertentu boleh berubah berdasarkan keadaan setempat – misalnya di mukim Klang dan pantai timur Sabah. 

Subramaniam juga meminta kerajaan berunding lebih kerap dengan pemegang taruh serta mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semasa membuat keputusan agar langkah lebih tepat boleh diambil. Tambahnya, dia juga menasihati pasangan yang bakal mengadakan majlis perkahwinan untuk mencari alternatif lain bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19.

“Sudah hampir akhir tahun dan banyak perkahwinan dirancang. Malangnya negara mengalami gelombang ketiga Covid-19 dan dengan hanya kesilapan kecil, keadaan akan menjadi lebih teruk. “Mungkin mahal untuk menangguhkan majlis perkahwinan tetapi kesihatan dan keselamatan perlu diberikan keutamaan. “Pasangan yang akan berkahwin mungkin perlu mencari alternatif atau jika tidak, mereka akan membuat diri dan tetamu berisiko untuk dijangkiti Covid-19,” katanya.- Malaysiakini

Disebabkan PKPB telah berkuatkuasa di kawasan ini. Terbaru ini prosedur upacara akad nikah di kawasan Klang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.


Sebelum ini, akibat penularan wabak covid 19. Kita dapat tahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sudah berkuat kuasa bagi membendung penularan tersebut. Namun, tular isu pasangan yang hendak berkahwin telah menyerbu pejabat agama baru baru ini. Baca selanjutnya tentang prosedur akad nikah dalam tempoh PKPB dan jangan lupa untuk LIKE & SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan upacara akad nikah di daerah Klang, Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). JAIS menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menyatakan, pelaksanaan akad nikah (yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah) bagi pasangan di daerah Klang hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

“Majlis akad nikah hanya dibenarkan dengan kehadiran beberapa pihak sahaja termasuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. “Selain itu, dibenarkan dengan seorang wali sahaja, manakala jurugambar tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu. Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan PKPB sejak kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan sebanyak 36 kawasan antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas.- SinarHarian

118 pasangan pengantin ‘serbu’ Pejabat Agama Klang

KLANG – [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan situasi bakal pengantin ‘menyerbu’ Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai hari ini. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, persiapan itu termasuk dari sudut pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PKPB agar ia seiring dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, majlis akad nikah di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada asalnya hanya dibenarkan dilaksana di masjid di negeri ini. “Ekoran tarikh akad nikah mereka (pengantin) jatuh pada tempoh PKPB dan aktiviti di masjid pula ditangguhkan, JAIS ambil tanggungjawab untuk bantu mana-mana pasangan yang akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh PKPB ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar bakal pengantin yang ‘terpaksa’ beratur panjang di hadapan PAID Klang untuk menunggu giliran dinikahkan berikutan pelaksanaan PKPB bermula hari ini. Mohd Shahzihan berkata, semalam seramai 118 pengantin diijabkabulkan di PAID Klang oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

Beliau turut menasihati kakitangannya agar bersedia dengan keadaan luar jangka itu dan semua proses pernikahan dapat diselesaikan sebelum lewat malam semalam. Mohd Shahzihan menjelaskan, keadaan tersebut hanya sementara waktu kerana hari ini proses pernikahan di pejabat agama daerah itu sudah kembali seperti biasa.

“Buat masa ini keadaan sekarang (PKPB) JAIS akan bantu pasangan untuk meneruskan majlis nikah mereka dengan membuka pejabat pada Sabtu dan Ahad serta pada hari bekerja,” katanya. Beliau berkata, hanya pengantin perempuan, wali dan pasangan pengantin lelaki yang dibenarkan hadir ke pejabat untuk tujuan akad nikah. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *