Disebabkan PKPB telah berkuatkuasa di kawasan ini. Terbaru ini prosedur upacara akad nikah di kawasan Klang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Info Infomaklumat ISU SEMASA Semasa

Sebelum ini, akibat penularan wabak covid 19. Kita dapat tahu bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat sudah berkuat kuasa bagi membendung penularan tersebut. Namun, tular isu pasangan yang hendak berkahwin telah menyerbu pejabat agama baru baru ini. Baca selanjutnya tentang prosedur akad nikah dalam tempoh PKPB dan jangan lupa untuk LIKE & SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA.

SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menetapkan beberapa prosedur pelaksanaan upacara akad nikah di daerah Klang, Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). JAIS menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook menyatakan, pelaksanaan akad nikah (yang telah mendapat kebenaran untuk bernikah) bagi pasangan di daerah Klang hanya akan dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

“Majlis akad nikah hanya dibenarkan dengan kehadiran beberapa pihak sahaja termasuk pengantin lelaki dan pengantin perempuan. “Selain itu, dibenarkan dengan seorang wali sahaja, manakala jurugambar tidak dibenarkan,” menurut kenyataan itu. Terdahulu, seramai 800,000 penduduk di mukim Klang terlibat dengan PKPB sejak kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ia melibatkan sebanyak 36 kawasan antaranya Bandar Bukit Tinggi, Kampung Johan Setia, Kampung Bukit Naga, Kampung Perigi Nenas, Kampung Kuantan, Kampung Serdang, Bandar Puteri, Kampung Sungai Kandis dan Taman Sri Andalas.- SinarHarian

118 pasangan pengantin ‘serbu’ Pejabat Agama Klang

KLANG – [DIKEMAS KINI] Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah melakukan persediaan awal bagi menghadapi kemungkinan situasi bakal pengantin ‘menyerbu’ Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Klang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), mulai hari ini. Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata, persiapan itu termasuk dari sudut pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) PKPB agar ia seiring dengan garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya, majlis akad nikah di Selangor dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada asalnya hanya dibenarkan dilaksana di masjid di negeri ini. “Ekoran tarikh akad nikah mereka (pengantin) jatuh pada tempoh PKPB dan aktiviti di masjid pula ditangguhkan, JAIS ambil tanggungjawab untuk bantu mana-mana pasangan yang akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh PKPB ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar bakal pengantin yang ‘terpaksa’ beratur panjang di hadapan PAID Klang untuk menunggu giliran dinikahkan berikutan pelaksanaan PKPB bermula hari ini. Mohd Shahzihan berkata, semalam seramai 118 pengantin diijabkabulkan di PAID Klang oleh lima Pendaftar Perkahwinan Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor.

Beliau turut menasihati kakitangannya agar bersedia dengan keadaan luar jangka itu dan semua proses pernikahan dapat diselesaikan sebelum lewat malam semalam. Mohd Shahzihan menjelaskan, keadaan tersebut hanya sementara waktu kerana hari ini proses pernikahan di pejabat agama daerah itu sudah kembali seperti biasa.

“Buat masa ini keadaan sekarang (PKPB) JAIS akan bantu pasangan untuk meneruskan majlis nikah mereka dengan membuka pejabat pada Sabtu dan Ahad serta pada hari bekerja,” katanya. Beliau berkata, hanya pengantin perempuan, wali dan pasangan pengantin lelaki yang dibenarkan hadir ke pejabat untuk tujuan akad nikah. – Bernama

Terkini 7 lokaliti zon merah di Semporna dan Kunak dikenakan PKPD mulai tengah malam esok. Ismail Sabri jelaskan sesuatu mengenai PKPD tersebut.


PUTRAJAYA
, 9 Okt – Enam lokaliti Zon Merah di daerah Semporna dan satu di Kunak dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkettkan (PKPD) mulai tengah malam esok.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perintah tersebut yang melibatkan 35,643 penduduk itu dijalankan berikutan kenaikan kes positif COVID-19 dikesan di kedua-dua daerah berkenaan.

Jelasnya, enam lokaliti adalah di Semporna melibatkan Kampung Bangau-bangau (dan sekitarnya), Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunur dan Kampung Pinggir Bakau, manakala hanya satu lokaliti terlibat di Kunak iaitu Kampung Pangkalan.“Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing. Semua laluan keluar masuk ditutup.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pemergian, mereka dibenarkan keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).“Oleh kerana tidak dibenarkan keluar rumah dan semua aktiviti ekonomi ditutup, maka kerajaan negeri bersetuju untuk mengagihkan makanan di tujuh lokaliti tersebut,” katanya dalam sidang video perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelasnya, pengagihan tersebut akan dikoordinasi oleh Pusat Kawalan Operasi Bencn Negeri. Dalam pada itu, sektor-sektor lain seperti sekolah, masjid dan rumah ibadat turut ditutup serta aktiviti sosial, budaya, sukan, rekreasi dan sebagainya juga tidak dibenarkan.

Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan saringan swab secara bersasar sepanjang tempoh tersebut.Pihak PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan turut membantu sepanjang perintah berkenaan.Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Isu Rakyat Bekerja Luar Daerah Sedang Heboh Diperkatakan. Ketua Polis Selangor Maklumkan Surat Pengesahan Majikan Tidak Cukup Malahan Mereka Perlu Dapatkan Kebenaran Dapat Pihak Ini Untuk Lepas

Bermula tengah malam tadi, Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) . Dan bagi mana mana penduduk di mukim tersebut.Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam tadi. Manakala bagi mana-mana penduduk di mukim itu yang bekerja di luar daerah, tidak memadai bagi mereka sekadar menunjukkan surat pengesahan majikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mereka sebaliknya perlu memohon kebenaran daripada pihak polis sekiranya mahu merentas kawasan sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.Surat kebenaran atau pengesahan bekerja daripada majikan masing-masing tidak memadai untuk memastikan mereka berada di dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services).

Surat kebenaran majikan kena ada menunjukkan dia bekerja dengan siapa dan menunjukkan ini dia perkhidmatan perlu atau sebaliknya.”Kalau nak keluar dia kena dapatkan kebenaran daripada pihak kami dan dapat menunjukkan bukti-bukti mereka bertugas khususnya perkhidmatan perlu.”Sebanyak dua sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang akan dilakukan iaitu:

Seterusnya Sekatan jalan raya. Bukit Tinggi Klang di Persiaran Pegaga dan Jalan Kim Chuan. Taman Sri Andalas Klang membabitkan persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail. Penutupan jalan.Jalan Batu Unjur 9,Jalan berhadapan Masjid Ar-Rahimiah,Jalan Sri Siantan,Jalan Sri Siantan 41,Jalan Sri Damak 53.Justeru itu, pihak polis akan mendirikan pondok khas berdekatan kawalan pergerakan bagi memudahkan penduduk yang berada dalam lingkungan kawasan sekatan jalan raya membuat permohonan rentas daerah tersebut.

Mempunyai lebih 40 kes positif. Ismail Sabri umumkan empat zon merah ini sahaja dikenakan PKPB bermula 9 Oktober ini dan harap semua maklum

Kuala Lumpur, 7 Oktober – Empat kawasan di Sabah dan Selangor bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 Oktober.Empat daerah tersebut ialah Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, kata Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini.

“Sidang khas hari ini mendengar pembentangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan situasi di beberapa kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah iaitu di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif.“Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 di kawasan tersebut, maka mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di empat kawasan tersebut bermula 9 Oktober 2020.”

Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung penularan dan pengesanan kes secara bersasar sepanjang tempoh 14 hari, katanya.“Pergerakan keluar masuk ke kawasan tersebut dan dari kawasan tersebut adalah tidak dibenarkan. Hanya perkhidmatan perlu termasuk kilang-kilang dan rangkaian perkhidmatan perlu yang dibenarkan,” ujarnya.

Pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan menyenaraikan perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut, tambahnya.Antara SOP yang dikenakan ialah hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar rumah untuk membeli barang keperluan.

Semua perniagaan bukan perkhidmatan perlu adalah ditutup manakala restoran, kedai makan, kedia runcit dan kedai serbaguna dibenarkan beroperasi 6 pagi hingga 6 petang. Sementara itu, pembelian makanan secara berbungkus dan pandu lalu sahaja dibenarkan.

Jelasnya, waktu operasi stesen minyak adalah dibenarkan dari 6 pagi hingga 6 petang manakala operasi pasar harian 6 pagi hingga 2 petang sahaja. Sementara itu, operasi pasar malam, pasar borong, pasar tani dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali.Perkhidmatan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan beroperasi 24 jam, katanya.

Selain itu, perkhidmatan e-hailing hanya boleh membawa maksimum dua penumpang dan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja. Tambahnya, perkhidmatan bas ekspress dan bas henti-henti tidak dibenarkan.“Penduduk tidak dibenarkan keluar kawasan dan keluar bekerja sepanjang tempoh PKPB,” katanya, menggesa majikan agar tidak mengenakan tindakan kepada pekerja yang terlibat. -siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *