Bukan sahaja pusat beli belah 1Utama yang diarahkan tutup. Terkini satu lagi tempat di Petaling Jaya diarahkan tutup gara gara ada individu yang telah disahkan positif Covid 19.

berita Covid 19 Info Infomaklumat Semasa

Sebelum ni Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara tapi sekarang tempat ni pula yang diarahkan tutup untuk elak penularan covid 19. Jadi kalau nak tau, jom kita baca sampai habis tentang isu covid 19 di tempat tempat ini dan jangan lupa untuk LIKE DAN SHARE PAGE KUCINGASM MEDIA untuk info yang lebih menarik.

Kuala Lumpur: Pusat beli-belah 1Utama, Bandar Utama dan Tropicana Golf & Country Resort, Petaling Jaya ditutup esok, berikutan sembilan individu disahkan positif Covid-19. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencn Daerah Petaling, Johary Anuar berkata, penutupan itu bagi tujuan membuat saringan kontak rapat dan proses nyahkuman.

“Sehingga kini terdapat empat kes positif di pusat beli-belah 1Utama membabitkan tiga pekerja dan seorang pengunjung premis. “Manakala lima kes positif Covid-19 membabitkan pekerja kelab golf Tropicana dilaporkan setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata, pekerja yang didapati positif itu dari Bahagian Kosmetik dan Wangian, aras bawah Parkson Elite serta Mac City, aras dua.

Justeru, pihaknya memohon kerjasama orang ramai yang mengunjungi dua tempat berkenaan pada 30 September hingga 7 Oktober (Bahagian Kosmetik dan Wangian) serta pada 25 September hingga 30 September (Mac City) untuk tampil membuat saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan saringan kesihatan di One Utama pada 14 dan 15 Oktober bermula jam 9 pagi sehingga 2 petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja iaitu pengunjung premis pada tarikh dinyatakan itu,” katanya. Bagaimanapun, Johary berkata, individu bergejala sebelum tarikh saringan itu diminta ke fasiliti kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan. 1 Utama diarah tutup lepas pekerja, pengunjung positif Covid-19

Kerajaan Selangor mengarahkan pusat membeli belah 1 Utama ditutup sementara bermula esok (11 Oktober) setelah empat kes positif Covid-19 dikesan di sana. Perkara itu diumumkan Pegawai Daerah Petaling merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencna Daerah Petaling, Johary Anuar dalam satu kenyataan hari ini.

Kes positif pertama di pusat membeli belah itu dilaporkan pada 5 Oktober, melibatkan seorang pekerja Mac City Service Centre, manakala kes kedua pada 8 Oktober melibatkan seorang pekerja Parkson Elite. Menurut Johary, dua lagi kes telah dilaporkan melibatkan pekerja dan pengunjung.

Dia juga memohon sesiapa yang mengunjungi bahagian kosmetik dan wangian Parkson Elite (aras bawah) antara 30 September hingga 7 Oktober, serta mereka yang ke Mac City (aras dua) antara 25 September hingga 30 September, untuk membuat ujian saringan Covid-19. “Pejabat Kesihatan Daerah Petaling akan melakukan saringan kesihatan Covid-19 di 1 Utama pada 14 dan 15 Oktober, bermula jam sembilan pagi hingga dua petang.

“Keutamaan proses saringan adalah kepada kontak rapat kes sahaja, iaitu pengunjung premis pada tarikh yang dinyatakan,” katanya. Mereka yang bergejala sebalum tarikh saringan boleh ke kemudahan kesihatan berdekatan dengan kadar segera untuk pemeriksaan dan rawatan, katanya lagi.

Selain itu, Johary juga memaklumkan penutupan Tropicana Golf Club & Country Resort di Petaling Jaya selepas lima pekerja di sana positif Covid-19. “Penutupan bermula pada 11 Oktober bagi tujuan membuat saringan untuk semua kontak rapat dan melakukan proses nyahkuman,” katanya lagi.- malaysiakini

Kes melibatkan pekerja di 1 Utama tambah lagi satu kes. Terkini barisan hadapan sanggup membersihkan kawasan tersebut dan ini tindakan susulan berikutan kes tersebut.

Pusat beli belah One Utama laporkan satu lagi kes baru dari staf Mac City, kali ini pusat beli belah itu laporkan satu lagi kes positif Covid-19 dari pekerja Parkson. Menurut Facebook rasmi, Parkson One Utama akan menutup outlet Parkson hingga diberitahu nanti lepas salah seorang pekerja Parkson disahkan positif Covid-19. Penutupan ini dibuat sejurus selepas pihak pengurusan dapat tahu mengenai perkara ini.

Setakat ini, pihak frontliners sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung-pengunjung lain. Sumber: Facebook.Manakala staf-staf yang terlibat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah dan pihak KKM dan pengurusan sedang berkerjasama mengesan kontak rapat. Apa apa pun Stay safe semua!-lobakmerah

Mengejutkan lagi kes positif covid 19 melibatkan pusat beli belah. Kali ini di Palm Mall Seremban.

Virus Covid-19 masih ada di Malaysia. Dengan peningkatan kes saban hari, pusat tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah tidak terkecuali dari terpalit dengan masalah ini. Terbaharu, satu lagi kes positif Covid-19 dilaporkan di Palm Mall, Seremban yang melibatkan seorang pekerja restoran, Nandos.

Ikuti laporan ringkat @redzuanNewsMPB dibawah bersama pengumuman rasmi oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah terbabit dan Nandos sendiri. Pihak Nandos sendiri telah memberi arahan untuk semua kakitangannya menjalani kuarantin kendiri  di rumah dan usaha sanitasi sedang giat dijalankan di outlet tersebut. Usaha pengesanan kontak juga sedang giat dijalankan bagi membendung penularan virus ini. Segala update mengenai status operasi mall terbabit boleh didapati di akaun Facebook mereka, Palm Mall Seremban.

Semalam Kes Masih Kekal 3 Angka. Mengejutkan Ini 2 Lagi Pusat Beli Belah Yang Dikesan Ada Kes Covid 19. Rupa Rupanya Ini Punca Buat Orang Ramai Tak Senang Duduk.

Sebanyak 375 kes baharu Covid-19 lagi dicatatkan semalam. Dukacitanya juga lima pemergian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pemergian bertambah 146 kes.

Sabah pula kembali sebagai negeri yang masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu sebanyak 271 kes. Ia diikuti dengan Selangor (36 kes), Kedah (16 ), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan (masing-masing 10), Sarawak (6), Johor, Perak dan Terengganu (masing-masing 5), dan Putrajaya (masing-masing 2) manakala satu kes di Melaka dan Pulau Pinang. Jumlah kes keseluruhan kini sebanyak 14,368. Dalam pada itu, hari ini dua pusat beli belah turut mempunyai kes Covid-19 dikesan.

Setia City Mall

Menerusi sebuah kenyataan, pihak Setia City Mall Shah Alam berkata salah satu penyewa mereka iaitu Fitness First telah memaklumkan terdapat ahli kelab disahkan positif wabak COVID-19. Susulan daripada itu, kakitangan pusat kecergasan berkenaan yang telah bertugas telah menjalani ujian pemeriksaan COVID dan akan menjalankan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Parkson Elite 1 Utama

Seorang perunding kecantikan dekat Parkson Elite di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu. Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Penularan wabak Covid-19 di pusat membeli belah sudah berlesuasa sejak seminggu lalu di beberapa lokasi. Gempak nasihatkan agar anda elak untuk ke pusat membeli belah buat masa ini untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri.

Kredit Foto: HRM Asia

Baru Dapat Sahkan Kes COVID19 Melibatkan Salah Seorang Kakitangan Outlet Di Pusat Beli Belah 1 Utama. Menurut Kenyataan Di FB Mereka Gunakan Cara Ini Untuk Kenalpasti Individu Terbabit

Terkini Pusat beli belah 1 Utama memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19.Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.

“Kami telah mengesan pintu yang dimasuki olehnya ke pusat beli-belah dan Pusat Perkhidmatan Mac City dan mengesahkan bahawa suhunya berada pada bawah 37.5 Celcius. Dia kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.Langkah-langkah mitigasi awal dan langkah-langkah keselamatan masyarakat juga telah diaktifkan dengan cepat untuk mengawal sebarang potensi risiko.-siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *