Warganet kagum dengan kebijaksanaan adik kepada Anzalna. Perkongsian Anzalna ini raih tumpuan warganet selepas keputusan luar biasa adiknya dalam peperiksaan

artis

Sungguh luar biasa keputusan peperiksaan adiknya. Pelakon Anzalna Nasir teruja berkongsi keputusan adiknya iaitu Nazirah Nazir yang cemerlang dengan purata nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 untuk setiap semester . Melalui laman sosial Instagram, Anzalna memuat naik foto keputusan peperiksaan terbaik untuk tatapan umum.

“Adik perempuan saya @nazirahnasir97 tamatkan pengajian sarjana mudanya dengan empat pointer 4.0 berturut-turut. Road to PhD dia skip Master. Nanti saya suruh dia buat video macam mana dia boleh dapat keputusan macam ni,” tulis Anzalna di ruangan komen. 

Difahamkan Nazirah, 23, atau panggilan manjanya, Maggie merupakan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berkongsi kegembiraan melihat keputusan peperiksaan yang Nazirah perolehi serta memuji kebijaksanaannya dalam pengajian.

“Dia ni betul ke manusia? Saya rasa dia robotlah. Congrats Nazirah,” usik seorang wargamaya.“Pergh, ini betul-betul minum air rebusan kertas nota ni. So brilliant,” puji seorang wargamaya.“Tamat pengajian dengan pointer 4.0 memang rezeki jalan pintas untuk sambung PhD. Tahniah Nazirah Nasir, awak memang layak,” kata seorang wargamaya.

“Eh empat beradik ni memang dilahirkan dengan brain la. Dah la pandai, cantik pula tu. Combo terbaik,” komen seorang wargamaya.“Memang tak silap pun dia kahwin awal. Kahwin awal pun keputusan tip top ye,” ujar seorang wargamaya.“Bapa awak profesor kan? Kemana tumpahnya kuah kalah tidak ke nasi. Tahniah!” tulis seorang wargamaya lagi. 

September lalu, Nazirah memilih untuk berkahwin pada usia yang awal bersama pasangannya, Umar Annuaar di sebuah hotel ternama di ibu kota.Selain Anzalna dan Nazirah, adik-beradik mereka yang lain adalah Diana Nasir, Mia Nasir dan Afifah Nasir.-gmpk

Sanggup Buang Baju Anak Sulungnya. Anzalna Dedahkan Sebab Dia Nekad Berbuat Sebegitu Di Ruangan Komen Dan Ternyata Perkongsiannya Itu Meraih Perhatian Pengikutnya

Pelakon Anzalna Nasir memberi bayangan bahawa dirinya tidak mempunyai perancangan untuk menimang anak lagi dalam masa terdekat. Sebaliknya, Anzalna memberitahu, kemungkinan dia hanya akan memikirkan soal pertambahan cahaya mata kira-kira dua tahun lagi. Perkara itu dikongsikannya menerusi satu ruangan komen ketika menjelaskan punca dirinya mahu ‘membuang’ segala baju anak sulungnya, Mohamad Eidrees yang sudah tidak muat lagi.

“Hahaha, adik (kepada Eidrees) lagi dua tahun. Takut kain reput,” katanya ketika menjawab soalan salah seorang pengikutnya.Terdahulu, pengikut berkenaan mempersoalkan tindakannya yang tidak mahu menyimpan untuk kegunaan anak lain di kemudian hari.Sebelum itu, menerusi entri tersebut, Anzalna memaklumkan bahawa dirinya terpaksa membuang sebahagian baju yang sudah tidak ada tempat untuk disimpan lagi.

“Saya nak let go baju-baju Eidrees yang dah tak muat sebab nak masuk baju-baju baru. Almari dah penuh mommy terlebih berbelanja!”Ini baju-baju keluar rumah, baju-baju duduk rumah pun penuh juga! Pening tak ada tempat nak simpan. Nak suruh Hanif buatkan almari baru takut kena bising!,” katanya.Anzalna mendirikan rumah tangga dengan usahawan Hanif Zaki pada pada 21 Februari 2016.Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Mohamad Eidrees yang kini sudah berusia setahun.-mstar

Takut anak berdepan risiko Covid-19, Anzalna Nasir tolak tawaran berlakon – “Keadaan tak sesuai, saya rela duduk rumah”

Anzalna enggan bekerja selagi Covid-19 belum berakhir.MESKIPUN sudah dibenarkan untuk menjalani penggambaran bermula Rabu depan, pelakon Anzalna Nasir lebih memilih untuk terus duduk di rumah menjaga anak sulungnya, Mohamad Eidrees.Menurut Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 32, dia tidak mahu mengambil risiko memandangkan anaknya masih kecil dan mudah dijangkiti wabak Covid -19.

“Sebenarnya saya ada terima tawaran berlakon dan sepatutnya penggambaran dijalankan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tapi saya tolak sebab keadaan sekarang pun tidak mengizinkan. Anzalna seronok menjaga anaknya di rumah.“Wabak Covid-19 masih ada lagi dan saya tidak mahu pentingkan diri sebab saya ada anak kecil di rumah yang mempunyai risiko tinggi untuk terkena jangkitan tersebut.

“Jadi, saya lebih rela duduk rumah saja untuk menjaga Eidrees. Selagi Covid-19 belum betul-betul dah berakhir, saya tak akan ambil tawaran berlakon,” kata Anzalna kepada mStar.Krisis penularan wabak Covid-19 yang melanda di Malaysia dilihat semakin pulih sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac lalu dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.

Sejak menjadi ibu ini, saya menjadi semakin matang dan banyak bersabar.

Dalam pada itu, pelakon drama popular Dendam Aurora ini mengakui sejak menjadi seorang ibu dia banyak mempelajari perkara baharu selain menyedari dirinya semakin matang.”Alhamdulillh usia Eidrees dah masuk satu tahun pada 31 Mei lalu dan saya sangat bersyukur serta gembira dapat melihat dia membesar depan mata sendiri.

“Banyak yang saya belajar sepanjang bergelar ibu ini. Kalau masa permulaan menjaga anak itu memang penat dan bukan sesuatu yang mudah tapi sekarang Alhamdulillah Eidrees seorang bayi yang tidak banyak meragam.Anak lelaki Anzalna kini berusia satu tahun.“Sejak menjadi ibu ini, saya menjadi semakin matang dan banyak bersabar. Jadi ibu ini dah tak boleh nak marah dan apa-apa pun saya sentiasa nak yang terbaik untuk anak saya,” ujarnya.

Anzalna dan Mohamad Hanif mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 selepas beberapa tahun menjalin hubungan cinta.Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamad Eidree pada 31 Mei tahun lalu.-mstar

Anzalna terkejut ramai menteri di lokasi majlis akikah anaknya – “Mereka tiba-tiba hilang, tak sempat ajak makan!”

Majlis aqiqah anak Anzalna berlangsung serentak dengan majlis makan malam ahli parlimen di Hotel Sheraton pada malam Ahad.MAJLIS akikah anak Anzalna Nasir, Mohamad Eidress dan sambutan ulang tahun perkahwinan aktres itu yang berlangsung secara meriah di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada malam, Ahad.

Namun apa yang menarik perhatian, majlis tersebut bertembung dengan Majlis Makan Malam Muafakat Ahli Parlimen yang dihadiri ahli parlimen dari enam parti di lokasi yang sama.”Nak dengar cerita kelakar? Semalam, boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergempar menteri-menteri.

Anzalna berkongsi mengenai perkara itu di Instagram.“Terkejut juga nampak menteri-menteri sebab setahu kita cuma jemput anak-anak yatim, asnaf, tahfiz, teman terdekat dan keluarga tersayang saja ke majlis kami.”Lepas tu tiba-tiba mereka hilang! Tak sempat nak ajak makan!” kata Anzalna.

Menerusi Instagram, Anzalna atau nama sebenar Nur Anzalna Md Nasir, 32, berkongsi beberapa keping foto suasana di majlis istimewa itu.Pada malam majlis tersebut, Anzalna dan suaminya iaitu Hanif Zaki yang kelihatan seperti pengantin turut meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat.

Boleh pula majlis akikah Eidrees dan sambutan ulang tahun perkahwinan kami bertembung dengan majlis tergmpar menteri-menteri.

Manakala majlis makan malam yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu dihadiri ahli Parlimen dari enam parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), PKR, Warisan, Gabungan Parti Sarawak, Umno dan PAS.Dalam pada itu, menerusi laporanAstro Gempak, Anzalna memberitahu dia dimasukkan ke hospital selama lima hari akibat mengalami luka di bahagian otot.

Menurutnya, dia terjtuh terlntang ketika berlari untuk mendapatkan anaknya yang sedang menangis di rumahnya.”Kejadian berlaku ketika saya sedang bersiap untuk menghadiri sebuah majlis dan pada masa yang sama Eidrees menangis.Anzalna terjatuh ketika berlari mahu mendapatkan anaknya.

“Saya pula sejenis yang tidak suka membiarkan anak menangis lama dan perlu cepat untuk tenangkan dia.”Sewaktu mahu berkejar mendapatkan Eidrees, saya jtuh terlntang. Namun, pada masa itu saya terus bangun, dukung dan sempat beri dia makan.”Tapi selepas masuk ke dalam kereta, badan saya tidak dapat bergerak. Suami terus bawa ke hospital dan doktor sahkan otot saya bngkak,” ujarnya.Anzalna dan suami berkahwin pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Eidress pada 31 Mei tahun lalu.-mstar

Anzalna Menyesal Bersikap Kedekut

PELAKON Anzalna Nasir meluahkan rasa kesal terhadap diri sendiri kerana bersikap kedekut untuk berbelanja dalam hal penjagaan kulit wajahnya sehingga menjadi tidak sempurna.Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 29, berkata kulit wajahnya dipenuhi jerawat dan menjadi semakin serius sejak pulang bercuti di London pada April lalu selama beberapa bulan. 

“Bab penjagaan kulit muka saya memang kedekut. Saya hanya cuci muka dengan produk bawah RM50 sahaja sebab rasa tak ada masalah.“Tapi sebab tak cuci dan jaga dengan cara yang betul, muka saya naik jerawat yang banyak. Boleh dikatakan sangat teruk sejak balik dari London pada bulan April lalu. 

“Saya jenis bersolek dan kadang-kadang tidur tak basuh sehingga ruang pori tersumbat. Bila dah teruk baru menyesal dengan diri sendiri,” kata Anzalna kepada mStar Online. Anzalna ditemui ketika majlis pelancaran produk wajah keluarannya bersama anak produser drama, Datin Zaiton Mohamad Jiwa iaitu Adila Ramly. , Bye Bye Zits di M City, Ampang pada Rabu.“Macam-macam produk saya cuba dan saya ada bertemu dengan doktor pakar kulit tapi semuanya tak berkesan,” ujarnya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *