Terkini 7 lokaliti zon merah di Semporna dan Kunak dikenakan PKPD mulai tengah malam esok. Ismail Sabri jelaskan sesuatu mengenai PKPD tersebut dan harap penduduk di kawasan tersebut maklum

berita

PUTRAJAYA, 9 Okt – Enam lokaliti Zon Merah di daerah Semporna dan satu di Kunak dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkettkan (PKPD) mulai tengah malam esok.Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, perintah tersebut yang melibatkan 35,643 penduduk itu dijalankan berikutan kenaikan kes positif COVID-19 dikesan di kedua-dua daerah berkenaan.

Jelasnya, enam lokaliti adalah di Semporna melibatkan Kampung Bangau-bangau (dan sekitarnya), Kampung Panji, Kampung Air, Kampung Selamat, Kampung Simunur dan Kampung Pinggir Bakau, manakala hanya satu lokaliti terlibat di Kunak iaitu Kampung Pangkalan.“Semua penduduk di kawasan terlibat tidak dibenarkan keluar dari rumah masing-masing. Semua laluan keluar masuk ditutup.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan pemergian, mereka dibenarkan keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).“Oleh kerana tidak dibenarkan keluar rumah dan semua aktiviti ekonomi ditutup, maka kerajaan negeri bersetuju untuk mengagihkan makanan di tujuh lokaliti tersebut,” katanya dalam sidang video perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Jelasnya, pengagihan tersebut akan dikoordinasi oleh Pusat Kawalan Operasi Bencana Negeri.Dalam pada itu, sektor-sektor lain seperti sekolah, masjid dan rumah ibadat turut ditutup serta aktiviti sosial, budaya, sukan, rekreasi dan sebagainya juga tidak dibenarkan.

Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan saringan swab secara bersasar sepanjang tempoh tersebut.Pihak PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan turut membantu sepanjang perintah berkenaan.Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

Isu Rakyat Bekerja Luar Daerah Sedang Heboh Diperkatakan. Ketua Polis Selangor Maklumkan Surat Pengesahan Majikan Tidak Cukup Malahan Mereka Perlu Dapatkan Kebenaran Dapat Pihak Ini Untuk Lepas

Bermula tengah malam tadi, Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) . Dan bagi mana mana penduduk di mukim tersebut.Mukim Klang kini berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula tengah malam tadi. Manakala bagi mana-mana penduduk di mukim itu yang bekerja di luar daerah, tidak memadai bagi mereka sekadar menunjukkan surat pengesahan majikan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, mereka sebaliknya perlu memohon kebenaran daripada pihak polis sekiranya mahu merentas kawasan sepanjang tempoh 14 hari PKPB dilaksanakan.Surat kebenaran atau pengesahan bekerja daripada majikan masing-masing tidak memadai untuk memastikan mereka berada di dalam kategori perkhidmatan perlu (essential services).

Surat kebenaran majikan kena ada menunjukkan dia bekerja dengan siapa dan menunjukkan ini dia perkhidmatan perlu atau sebaliknya.”Kalau nak keluar dia kena dapatkan kebenaran daripada pihak kami dan dapat menunjukkan bukti-bukti mereka bertugas khususnya perkhidmatan perlu.”Sebanyak dua sekatan jalan raya dan penutupan jalan di Klang akan dilakukan iaitu:

Seterusnya Sekatan jalan raya. Bukit Tinggi Klang di Persiaran Pegaga dan Jalan Kim Chuan. Taman Sri Andalas Klang membabitkan persimpangan masuk dan keluar Jalan Tun Dr Ismail. Penutupan jalan.Jalan Batu Unjur 9,Jalan berhadapan Masjid Ar-Rahimiah,Jalan Sri Siantan,Jalan Sri Siantan 41,Jalan Sri Damak 53.Justeru itu, pihak polis akan mendirikan pondok khas berdekatan kawalan pergerakan bagi memudahkan penduduk yang berada dalam lingkungan kawasan sekatan jalan raya membuat permohonan rentas daerah tersebut.

PKPB Bukan Di Daerah Klang, Tetapi Mukim Klang – Ismail Sabri

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memperjelaskan semula kekeliruan yang dihadapai oleh rakyat Malaysia.Katanya, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berlaku hanya di MUKIM Klang, bukannya DAERAH Klang. Penjelasan itu dibuat menerusi video Twitter Astro Awani.Mukim KlangJadi, kepada mereka yang tinggal di Mukim Kapar di Klang, korang boleh jalani kehidupan seperti biasa. Tapi ingat! Patut SOP.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Kecewa, Pesakit Covid-19 & Keluarga Dikritik Tiap Kali Ada Kes Baru

Sejak wabak Covid-19 melanda negara ini, pelbagai inisiatif diambil kerajaan untuk menimbulkan kesedaran terhadap orang ramai.Namun tugas untuk menghapuskan virus ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.Di Terengganu, kes positif yang dicatatkan adalah sebanyak 149 kes dengan 5 kes baru dan 31 kes aktif.

Kes baharu yang dicatatkan itu adalah dua kes dia Kuala Nerus, dua di Dungun dan satu kes di Kuala Terengganu.“Berbanding tujuh daerah lain di negeri ini, Hulu Terengganu setakat ini belum mencatatkan sebarang kes, manakala sejak Isnin lalu 16 premis diarahkan ditutup sementara untuk tujuan sanitasi bagi mengelakkan penularan sakit,” – Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus

Premis yang terlibat adalah sekolah, klinik swasta, kedai makan, masjid, surau serta tadika lapor Berita Harian.Bagaimanapun Covid-19 bukan sahaja memberi impak kepada kesihatan pesakit, ia turut memberi kesan kepada kehidupan sosial individu tersebut. Pesakit dan keluarga seringkali perlu berhadapan dengan kritikan masyarakat setiap kali kes baru dilaporkan

Tidak cukup dengan itu, premis yang pernah dikunjungi pesakit turut menerima tmpias kritikan tersebut.Min pasti pesakit dan keluarga sedang kesusahan janganlah kita menambahkan lagi beban mereka.“Thmahan dan kritikan sebahagian masyarakat mendatangkan ketkutan yang melampau, terutamanya membabitkan kanak-kanak,”Jadi ada baiknya sebagai seorang yang lebih dewasa dan matang kita lebih rasional dalam berkata-kata.Tiada siapa yang ingin dijangkiti virus ini, jadi sama-samalah kita teruskan norma baharu ini. -lobakmerah

Pelajar Dikesan Kontak Rapat Pesakit Positif Covid-19, Dua Lagi Sekolah Di Kuala Nerus, Terengganu Diarah Tutup Sementara

Hari ini , dua buah sekolah di daerah Kuala Nerus diarahkan tutup untuk sementara oleh Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sehingga 11 Oktober.Penutupan itu melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir 

Arahan ini dikeluarkan kerana beberapa murid telah dikesan sebagai kontak rapat kepada pesakit yang disahkan positif Covid-19 pada Sabtu lepas, iaitu seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA).Ni gambar di perkarangan SK Kompleks Seberang Takir.Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Aalim Ab Ghani berkata,Penutupan dibuat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).”Penutupan sementara sekolah yang terlibat juga dibuat atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.”

Beliau juga difahamkan bahawa hanya guru dan murid sekolah yang mempunyai kontak rapat sahaja yang diarahkan untuk menjalani ujian saringan Covid-19.Jumaat lalu, SK Padang Kemunting ditutup sementara setelah murid Darjah Satu dan Dua sekolah berkenaan dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang guru yang disahkan positif COVID-19.Sehingga kini, 20 orang di Terengganu termasuk pelajar sekolah sedang menjalani rawatan setelah disahkan positif Covid-19.

Kes Melibatkan Pekerja Di 1 Utama Tambah Lagi Satu Kes . Terkini Barisan Hadapan Sanggup Membersihkan Kawasan Tersebut Dan Ini Tindakan Susulan Berikutan Kes Tersebut

Pusat beli belah One Utama laporkan satu lagi kes baru dari staf Mac City, kali ini pusat beli belah itu laporkan satu lagi kes positif Covid-19 dari pekerja Parkson. Menurut Facebook rasmi, Parkson One Utama akan menutup outlet Parkson hingga diberitahu nanti lepas salah seorang pekerja Parkson disahkan positif Covid-19. Penutupan ini dibuat sejurus selepas pihak pengurusan dapat tahu mengenai perkara ini.

Setakat ini, pihak frontliners sedang bertungkus-lumus membersihkan kawasan tersebut bagi memastikan keselamatan pengunjung-pengunjung lain. Sumber: Facebook.Manakala staf-staf yang terlibat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah dan pihak KKM dan pengurusan sedang berkerjasama mengesan kontak rapat. Apa apa pun Stay safe semua!-lobakmerah

Baru Dapat Sahkan Kes COVID19 Melibatkan Salah Seorang Kakitangan Outlet Di Pusat Beli Belah 1 Utama. Menurut Kenyataan Di FB Mereka Gunakan Cara Ini Untuk Kenalpasti Individu Terbabit

Terkini Pusat beli belah 1 Utama memaklumkan bahawa salah seorang kakitangan outlet di Pusat Perkhidmatan Mac City (Lot S330, Tingkat 2 1 Utama) telah dijangkiti COVID-19.Menurut kenyataan yang dikeluarkan di Facebook, hasil siasatan mendapati kakitangan itu tidak memasuki premis pusat beli-belah tersebut sejak 30 September lalu dan bercuti pada 1 Oktober.

“Kami telah mengesan pintu yang dimasuki olehnya ke pusat beli-belah dan Pusat Perkhidmatan Mac City dan mengesahkan bahawa suhunya berada pada bawah 37.5 Celcius. Dia kini berada di bawah jagaan hospital kerajaan,” kata mereka dalam satu kenyataan.Langkah-langkah mitigasi awal dan langkah-langkah keselamatan masyarakat juga telah diaktifkan dengan cepat untuk mengawal sebarang potensi risiko.-siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *