Tak pernah lelah malahan rasa sebak mula menyelubungi diri. Ustaz Ebit Lew sanggup hantar bantuan sampai ke Kedah bagi membantu golongan ini

artis

Sungguh mengagumkan. Seperti yang kita kenal penceramah bebas, Ebit Lew tidak pernah lelah membantu golongan yang memerlukan walaupunpun harus menempuh pelbagai rintangan dan cabaran. Terkini, usaha bantuan percumanya telah diperlukan oleh pihak Pnjara Pokok Sena, Kedah. Menerusi perkongsian terbaharunya semalam, Ebit  mengatakan telah menerima surat rasmi dari Pnjara Pokok Sena, Kedah yang meminta bantuan untuk individu Covid-19 yang dikuarantin.

Agak sedih dengan permintaan pihak pnjara, tanpa membuang masa beliau terus bergegas membeli segala barang keperluan serta menguruskan lori untuk menghantar semua barang ke sana dengan segera.“Sayu rasa. Pagi ini saya dapat surat rasmi dari Pnjara HQ dan Pnjara Pokok Sena memohon bantuan untuk warga pnjara untuk mereka yang dikuarantin. 

Tamabh dia lagi. “Terus bergegas belikan dan uruskan lori untuk penghantaran ke pnjara. Saya doakan lori bantuan selamat sampai. Saya tak kesana. “Kita semua sebuah keluarga. “Syukur selesai dapat belikan keperluan untuk 200 orang. 200 tilam. 200 bantal, tuala dan cadar. Kipas 10 biji. Face shield 2000 pcs. Barang-barang makanan dan barang asas,” katanya seperti yang dilihat oleh Gempak.

Pada masa yang sama, Ebit berharap semua yang disahkan positif Covid-19 diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.“Ya Allah selamatkanlah dan permudahkanlah buat warga Penjara Pokok Sena dan Alor Setar. “Ya Allah selamatkan saudara kami di seluruh Sabah. Selamatkanlah kami semua ya Allah. Semua saudara kami yang sakit sembuhkan. Yang dijangkiti pulihkan. Yang kehilangan keluarga tersayang beri kekuatan kesabaran.“Buat warden semua dan petugas negara barisan hadapan disana terus kuat dan diberi kekuatan. Ini ujian kita bersama,” pintanya.-gmpk

Terkandas Di Universiti. Tak Sanggup Lihat Keadaan Pelajar Pelajar Ini. Ebit Lew Tekad Beri Bantuan Dan Pertolongan Ini Sehingga Meraih Perhatian Masyarakat.

Tular baru baru ini, Isu pelajar terkandas ekoran salah faham mengenai pengumuman penangguhan pendaftaran secara fizikal untuk semester baharu di intitusi pengajian tinggi telah mendapat perhatian banyak pihak. Orang ramai telah tampil memberikan bantuan kewangan dan juga penempatan sementara buat mereka kerana memahami kesulitan yang dihadapi. Nak bantu pelajar yang terkandas. Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Pelajar2 boleh terus pm ustaz. Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu. Terima kasih Ustaz Ebit Lew. Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Macam biasa, laman sosial Ebit Lew telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam. “Nak tolong orang sebenarnya bukan susah”. “Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz”

Sumber: Ebit Lew

2 beradik ini teringin nak ke sekolah. Bantuan dan tindakan Ustaz Ebit Lew ini sekali lagi meraih perhatian ramai bila dia terus daftarkan 2 beradik ini ke sebuah pusat madrasah

Walaupun sibuk menguruskan beberapa perniagaan miliknya, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tetap meneruskan misi bantuan kepada mereka yang memerlukan.Terbaru, pendakwah berusia 36 tahun itu berada di sekitar Kuantan, Pahang semalam sebelum bertemu dua beradik yang pernah dibantu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Menurut Ebit, beliau sayu melihat keadaan kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun itu yang bosan duduk di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti kerana sudah lama tidak bersekolah.“Saya tanya, adik nak sekolah? Nak ustaz. Nak belajar nanti nak jaga mak. Ya Allah baiknya. Dia tak sabar nak sekolah,” kongsinya di laman Facebook rasmi.

Tidak mengambil masa lama, beliau terus mendaftarkan dua beradik tersebut di sebuah pusat madrasah di Kuantan untuk menuntut ilmu agama Islam.“InsyaAllah semoga menjadi Hafiz al-Quran. Jadi alim. Jadi pendakwah. Memberi manfaat untuk ummah. Saya akan bayar yuran mereka berdua,” katanya.Sumber : Ebit Lew, OhMyMedia

Sanggup Redah Sungai Semata Nak Bagi Bantuan. Sampaikan Warganet Ingat Ustaz Ebit Lew Pakai Sesuatu Ini Untuk Ke Sesuatu Tempat

Nama penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew tidak asing lagi di laman media sosial.Meneruskan perjuangan untuk membantu golongan dalam kesusahan, Ebit sanggup meredah sungai dengan menaiki bot kecil di Kampung Bantal Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang.

Menurut Ebit, senyuman yang terukir dari bibir individu yang dibantunya memberi makna dalam kehidupannya.”Doakan yer. Terus ke Kampung Asli Kucing dekat dengan Kampung Bantal Pahang. “Bidadari saya kata abang hati-hati yer. Allah pasti jaga abang. Hidup ini perjuangan. Naik bot kecil bawa bantuan dan hadiah-hadiah.

“Anak saya tanya kenapa ayah suka bagi hadiah dan buat semua ini? Bawa duit banyak-banyak. Ayah seronok kan buat kerja ini.”Yer anakku. Inilah kerja ayah dari umur ayah 12 tahun. Senyuman dan kegembiraan orang miskin. “Kegembiraan manusia dapat dekat dengan Allah. Tanpanya hidup ini tidak bermakna,” luahnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, rata-rata pengikut yang prihatin dengan keselamatan mengingatkan Ebit untuk memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan air sungai yang berada di paras tinggi.”@anaidrontc_: Ustaz jaket keselamatan ustaz. Bahayaa air sungai tengah naik tu nampaknya. Apapun, doa saya semoga Allah lindungi Ustaz dan team selalu.

“@rasro5e: Assalammualaikum Ustaz.. Guna jaket keselamatan. Keselamatan itu keutamaan. “@kak.zila: Ustaz kenapa tak pakai jaket keselamatan? Saya doakan segala urusan ustaz dipermudahkan. Amin.”@scandi.home.ideas: Ustaz. Pakai lah jaket keselamatan. Hati-hati,” antara komen-komen yang ditinggalkan.-gmpk

Ayahnya sampai jual sesuatu berharga semata mata nak bayar yuran pengajian anaknya. Ini luahan pelajar pelajar IPT yang terjejas baru baru ini.

Belakangan ini, laman Twitter dan Facebook penuh dengan luahan rakyat Malaysia yang kecewa dengan peningkatan kes jangkitan Covid-19. Peningkatan ini berlaku selepas mereka yang mengundi semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pulang ke Semenanjung Malaysia tanpa mengamalkan kuarantin selama 14 hari. Tidak cukup dengan itu, rakyat Malaysia terutamanya pelajar pengajian tinggi seolah-olah ‘mengmuk’ selepas Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengeluarkan kenyataan penangguhan pendaftaran secara fizikal.

Berdasarkan arahan yang dikeluarkan, KPT meluahkan rasa prihatin dan khuatir dengan keselamatan para pelajar, maka Intitusi Pendidikan Tinggi (IPT) diarahkan untuk menjalankan pendaftaran secara talian sehingga pengumuman baharu dibuat. Namun begitu, tinjauan penulis di laman Twitter dan Facebook mendapati arahan KPT ini dilihat tidak diterima baik oleh para pelajar dan ibu bapa. Rata-ratanya menganggap keputusan ini adalah terlalu ‘last minute’ serta lebih merumitkan keadaan.

Banyak isu yang diutarakan oleh warganet, antaranya adalah berkenaan bil rumah sewa yang sudah dibayar dan kekurangan wang untuk pulang semula ke rumah meskipun baru sahaja tiba di pusat pengajian masing-masing. Berikut adalah beberapa luahan para pelajar yang kecewa dengan keputusan mengejut KPT.

“Ayah dah takdok duit nak bagi kakak”Pelajar terpaksa jual telefon bimbit dan stethescope untuk perbelanjaan pengajian. Turut mengalami masalah yang sama, Aiman Psikologi juga meluahkan rasa kecewanya dengan keputusan KPT ini. Lebih memilukan, seorang pelajar berkongsikan kisah bapanya yang terpaksa menjual motosikal dan menangguh pembayaran kereta kerana mahu menampung kos perbelanjaan pengajian miliknya. Namun, segala usaha bapanya seolah-olah sia-sia apabila dia tidak dapat pulang ke pusat pengajian, ekoran arahan baru dariada Kementerian Pengajian Tinggi.

Luahan yang mendapat hampir dua ribu perkongsian itu berjaya menarik perhatian warganet, yang rata-ratanya mahu membantu pelajar itu dari segi kewangan. Pada mulanya, pelajar itu berkongsikan nombor akaun bank miliknya, namun dipadam tidak lama selepas itu selepas ditegur bapanya sendiri. “Ayah kata dah cukup, jangan amik duit oang lagi”

Semoga semuanya baik-baik sahaja buat kita semua, terutamanya pelajar pengajian tinggi yang terkesan dengan arahan mengejutkan ini. Buat para pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan, penginapan atau pengangkutan, ramai rakyat Malaysia yang sudi membantu anda.

Sumber: LobakMerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *