Syukur kesihatan ibu makin membaik dan boleh keluar dari hospital . Hairul Azreen kongsi pula sambutan hari jadi bersama isteri dengan bermain permainan ini

artis

Beberapa hari yang lalu,pelakon tanah air Hairul Azreen berkongsi sedih tentang ibunya yang dimasukkan ke hospital akibat str0k namun begitu semalam ibunya dikatkan sudah boleh keluar daripada hospital dan tahap kesihatannya semakin baik. “Alhamdulilah Mak dah boleh keluar, btw thank you ramai yang doakan mak saya cepat sembuh Alhamdulilah dgn izin Allah selepas 5 hari mak saya sihat & boleh bawa keluar.

“Thank you DM saya pasal urut, ubat-ubat dan supplement untuk str0ke. Saya sangat hargai. love guys yang semua ambil berat pasal family saya,” tulis Hairul.Hari ini pula Hairul menyambut hari kelahiran isterinya, Hanis Zalikha yang ke 30 tahun. Berlainan daripada tahun-tahun sebelumnya, kali ini mereka menyambut bersama dengan bermain badminton.

“Happy Birthday to my forever partner Hanis Zalikha yang ke 30 tahun. Inilah muka kita pada tahun 2020. Inilah partner sehidup semati saya, inilah partner business saya, inilah partner yang sama besarkan anak-anak.”Inilah partner yang selalu support saya. Hari ni 9 October 2020 dia jadi partner badminton saya pulak. I love you very strong ayang,” tulis Hairul buat isterinya yang tercinta.Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Berkongsi Sekeping Gambar Ibunya Sedang Berehat Di Hopital Selepas Dikatakan Alami Sakit Ini. Hairul Azreen Mohon Orang Ramai Doakan Ibunya Supaya Cepat Sembuh

Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya awal pagi tadi, hero filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi sekeping gambar ibunya yang sedang berehat di hospital.Pada perkongsian tersebut, Hairul memberitahu ibunya mengalami str0k serta tekanan darh tinggi.”Mak saya kena str0ke, tekanan darh tinggi.

Doa mak saya sihat. Lepak berdua dengan mak kat hospital,” tulis Hairul Azreen pada kapsyen gambar tersebut.Difahamkan, ibu Khairul Azreen, Habsah Desa telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court sejak empat hari lalu. Ramai teman selebriti dan peminat yang turut mendoakan kesihatan ibu Hairul Azreen.Hairul Azreen Idris berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 dan mereka kini telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.-gmpk

Bertutur Dalam Bahasa Inggeris Sepenuhnya. Warganet Nekad Kritik Satu Rakaman Video Hanis Zalikha Sampai Dia Pula Dikritik Dengan Warganet Yang Lain

Pelakon dan hos, Hanis Zalika ada berkongsi satu rakaman video ketika sedang berkongsi satu resepi makanan sarapan pagi menerusi Instagram. Berkongsi resipi mudah, Hanis turut mengakui mereka sekeluarga sangat menggemari menu berkenaan.

“Siapa nak cuba resepi ni untuk breakfast? Blueberries kan selalu orang buat makan camtu je atau paling2 letak dalam yoghurt atau cake. Macam mana kita nak bagi seisi rumah makan blueberries setiap hari. “I came up with this recipe and kitorang semua sangat sangat suka, nak makan setiap pagi! Senang nak buat and boleh simpan banyak. Pagi-pagi sapu je kat roti!

“If you’re like me jenis suka combination savoury (masin) & sweet (manis), akan terasa yummy yummy sangat dish ni. Kita namakan dia Cheesy Blueberry Garlic Spread! Hanis guna blueberries dari US Highbush Blueberries.

“So setiap hari ada tambahan vitamins & mineral intake untuk seisi keluarga! #USHighbushBlueberries #YourBerryBestFriend @littlebluedynamos,” tulisnya. Menerusi rakaman video berkenaan, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini kelihatan bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya.

Lantas, terdapat seorang individu yang memberi kritikan terhadap perkongsian ibu kepada dua orang cahaya mata ini. “Tak tau gunakan bahasa Malaysia ke..,” tulis individu terbabit di ruangan komen. Bagaimanpun, terdapat respon peminat lain yang memberi reaksi tindakan individu tersebut. Video: Instagram Hanis Zalikha

Sebak Lihat Pencapaian Anak. Hanis Zalikha Bongkarkan Anak Dia Sudah Pandai Membuat Sesuatu Ini Sampai Warganet Pun Kagum Dengan Telatah Anak Dia

Dalam ramai-ramai anak selebriti, boleh dikatakan anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai. Ramai yang suka melihat telatah dua beradik itu yang bijak dan pandai mengikut teladan ibu bapanya. Baru-baru ini perkongsian Hanis menjadi perhatian ramai apabila anak sulungnya, Yusuf meminta untuk belajar cara berwuduk. Menerusi Instagram, Hanis berkongsikan anaknya berusia 4 tahun itu datang ke bapanya untuk bertanyakan sama ada boleh mengajarnya untuk mengambil air wuduk.

Pertanyaan anaknya itu sekaligus membuatkan Hanis berasa sebak seketika ketika dia di dalam bilik mendengar permintaan tersebut.Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada waraganet turut berasa terharu dengan permintaan anak pasangan selebriti itu. Malah, ramai yang memuji Yusuf seorang anak yang cerdik. Dalam pada itu, ramai yang mendoakan agar Yusuf akan membesar menjadi anak yang soleh dan terus berbakti untuk ibu dan bapanya suatu hari nanti.-rotikaya

Akhirnya terbongkar jantina anak Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja.

Akhirnya terbongkar jantina ank Fazura bila tiba tiba Hanis Zalikha komen macam ni. Tak sangka rupanya ini jantina anak Fazura buat ramai teruja. PELAKON popular Fazura berkongsi berita gembira apabila kini hamil anak pertama hasil perkahwinan dengan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin. Fazura berkata, kandungannya kini berusia empat bulan dan dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuk mereka menimang cahaya mata.

“Selepas melayari perkahwinan selama dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. Insya-Allah dengan izin Allah kami bakal menimang cahaya mata kami yang pertama. “Kandungan saya kini dalam bulan keempat. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin dengan peraturan Allah dan sesungguhnya ini adalah waktu paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini,” katanya.

Pelakon itu turut bersyukur terhadap doa daripada semua pihak sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga. “Tiada yang lebih diutamakan dalam hidup kami sekarang melainkan yang tersayang. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan dan memberikan ucap selamat kepada kami selama ini. “Kami amat mensyukuri setiap detik dalam fasa ini dan hari-hari indah yang akan datang,” katanya. Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.-ctto

Hairul Azreen ajak Hanis “buat anak” lagi, waragnet panas hati

PELAKON Hairul Azreen dikritik teruk pengguna Twitter selepas memuat naik sebuah video yang dianggap kurang sopan serta tidak menghormati maruah isterinya iaitu pelakon dan usahawan Hanis Zalikha.Kritikan itu tercetus apabila Hairul, 31, melalui video berdurasi 19 saat secara bergurau berkata “mahu buat anak ketiga” selepas dia selesai menjalani pengambaran filem.

Antara komen pengikut Hairul yang meluahkan rasa kurang senang dengan video tersebut“Ayang, i sho0ting dulu… Ayang jaga anak kita okay? I habis shooting nanti kita buat anak ketiga,” kata Hairul.Lebih menimbulkan rasa kurang senang warganet apabila kata-kata Hairul itu disambut sorakan dan tarian beberapa individu yang dipercayai kru produksi.

Hanis sedang hamil anak kedua mereka.”Respect your wife bro,” kata @yanamatshah.That’s not even a joke. Malu la cerita pada orang hal dalam rumah tangga,” kata @abcdefghijaajaa.“Tolong padam, anda pasti tak nak anak-anak melihat video ini suatu hari nanti. Hormati isteri anda. Ini amat menjijikkan,” kata @vxnicebeach.Video tersebut mendapat respon berbeza di Instagram.Bagaimanapun tidak semua menentang apa yang dilakukan pelakon filem Paskal itu kerana ada juga yang meluahkan rasa terhibur dengan gurauan berkenaan.

Cara jaga anak sering dikritik, Hairul Azreen tiada masa baca komen negatif warganet

Hairul Azreen mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak-anak.BIARPUN sering dikritik tentang cara membesarkan anak, pelakon Hairul Azreen berkata dia tidak pernah terkesan dengan komen-komen negatif yang dilmparkan kepadanya.

Menurut Hairul, 33, dia dan isterinya Hanis Zalikha tidak mahu membuang masa melayan kata-kata warganet dan hanya fokus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk anak-anak mereka.”Saya tak terfikir pun nak tengok komen-komen negatif warganet yang kritik cara saya jaga anak-anak.”Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak fikir apa yang warganet cakap tentang cara kami jaga anak-anak,” katanya kepada mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *