Syukur kahwin sebelum pandemik COVID19. Zamani Slam luah perasaannya selepas mendirikan rumah tangga tahun lepas dan dedah perkembangan sakit yang dialaminya

artis

Lebih setahun bergelar suami kepada Nur Juliana ABdul Rani,Zamni luah rasa syukur kini melayari kehidupan bahagia dan teratur. Tambahan pula Zamani seronoh selepas kahwin dan ada isteri yang menjaga di rumah. Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim yang berumur 49 tahun berkata sakit tulang belakang yang dialaminya juga kini semkain menunjukkann peningkatan yang ketara

“Alhamdulillah… keadaan saya okay saja dan bersyukur selepas kahwin ini dah ada orang jaga. Nasib baik juga saya berkahwin sebelum pandemik Covid-19 dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kalau tidak, sebelum ini duduk rumah seorang diri.

.“Cuma masalah dari segi kesihatan saja. Sekarang ini saya masih jalani rawatan chiropractic Saya harap-harap okay sebab nampak ada progres. Tapi bila dah mula banyak kerja nanti, saya tak tahu lagi macam mana.”Sekarang ini banyak berada di rumah berehat saja. Insya-Allah harap tiada masalah,” kata Zamani kepada mStar.Zamani ditemui ketika sidang media Konsert Slam Mentari Muncul Lagi di Meeting Room, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Rabu.-mstar

Buat pengetahuan, penyanyi itu selamat bergelar suami kepada Nur Juliana Abdul Rani, 36, dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 20 September tahun lalu.Selepas hampir tiga tahun tiada persembahan berskala besar, kumpulan Slam akhirnya bakal beraksi dalam sebuah konsert pada 17 Januari 2021.Untuk makluman, konsert Slam Mentari Muncul Lagi menawarkan tiket berharga RMM700, RM360, RM260, RM200, RM160 dan RM130.

Dalam pada itu, Zamani memberitahu masalah kesihatan yang dialaminya itu tidak akan menganggu persiapan dan prestasinya untuk konsert tersebut.Dari kiril; Shah, Zamani, Eddie dan man.Malah, Zamani juga akan memastikan kesihatannya dalam keadaan tahap yang paling baik pada malam konsert tersebut agar dia dan ahli kumpulan dapat memberikan semula kegemilangan Slam.

“Walaupun tahap kesihatan saya tidak berada dalam keadaan 100 peratus baik, namun ia tidak mengnggu persiapan saya untuk konsert ini. Bagi saya, masalah sakit tulang belakang ini tidak akan mengganggu prestasi saya.”Saya cuba pastikan pada malam konsert itu nanti kesihatan saya berada dalam tahap paling baik. Kami harap dapat kembalikan semula kegemilangan Slam,” ujarnya.Selain Zamani, Slam yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang itu turut dianggotai oleh Shah (gitar utama), Man (pemain dram) dan Eddie (keyboard).Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!-mstar

Dapat Rasa Berat Hati. Zamani Akhirnya Buka Cerita Mengenai Pemergian Kakaknya Dan Perasaan Yang Mula Timbul Sebelum Kakaknya Menghembuskan Nafas Terakhir

Kuala Lumpur “Saya cakap pada dia ( kakak) saya tak nak pergi show apabila melihat keadaannya agak teruk. “Tapi, dia kata jangan kerana dah janji dengan orang. Nanti kena saman dan lagi pun ia babitkan karier saya,” kata penyanyi Zamani Slam mengulas perbualan akhir dengan kakaknya, Zuraidah Ibrahim pada malam kelmarin.

Zuraidah, 53, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman dalam drah dan komplikasi buah pinggang di Hospital Pakar Al Islam, Kampung Baru, jam 1 tengahari, semalam.Zamani yang sepatutnya menjayakan persembahan Konsert Mini Bersama Zamani & Ameng di sebuah hotel di Pulang Pinang, semalam berkata, dia sebenarnya berat hati untuk ke sana.  

“Perasaan itu amat berat. Saya dan isteri (Nur Juliana Abdul Rani) bertolak pun jam 9 pagi. Ketika sampai di Bukit Gantang, saya terima satu panggilan telefon yang dijawab oleh isteri.”Dia diam selepas itu seperti sembunyikan sesuatu. Melihatkan keadaannya yang lain macam, saya bertanya perkara sebenar dan barulah dia jawab.

“Saya teruskan perjalanan ke lokasi persembahan untuk jelaskan kepada penganjur dan buat video. Mereka pun faham situasi saya,” katanya kepada Harian Metro.Menurutnya, untuk memandu kereta pulang semula ke Kuala Lumpur agak mustahil dan penganjur membantu membelikan tiket penerbangan pulang pada jam 5.45 petang.”Kami bawa kakak ke hospital pada Khamis lalu untuk buat proses ‘dressing’ bahagian kakinya. Keadaannya ketika itu lemah dan dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Sejak itu, saya pastikan setiap malam pergi menjenguk dia. Saya difahamkan kakak saya menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang buat rawatan dialisis.”Siapa yang tak sedih kehilangan kakak. Sekarang tinggal saya dengan abang Zulfazli dan kami pun masing-masing tak sihat,” katanya.Zamani bagaimanapun berkata, hidup perlu diteruskan dan dia bersyukur sempat pulang untuk menyelesaikan urusan persemadian kakaknya.Jnzah Zuraidah yang juga ibu penyanyi Zynakal, selamat disemadikan di Tanah Perkbrn Taman Keramat, Kuala Lumpur pada jam 9 malam.-metro

Kakak Kepada Zamani Slam Dan Ibu Kepada Zynakal Hembuskan Nafas Terakhirnya Sebentar Tadi. Rakan Baik Zamani Maklumkan Punca Sebenar Pemergian Kakak Kepada Penyanyi Tersebut

Kakak kepada penyanyi, Zamani Slam yang juga ibu kepada penyanyi dan komposer Zynakal, Zuraidah Ibrahim, menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di sebuah hospital swasta di Kampung Baru akibat komplikasi buah pinggang.Perkara ini dimaklumkan oleh rakan baik Zamani dikenali sebagai Babah Lan.Menurutnya, Zuraidah dimasukkan ke hospital terbabit sejak dua hari lalu untuk rawatan. Zamani sebenarnya sudah bertolak ke Pulau Pinang kerana terbabit dengan satu persembahan bersama Ameng, hari ini. Sebaik menerima berita ini, penganjur segera membelikan dia tiket penerbangan untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Kami belum pasti masa tepat ketibaannya dan akan menunggunya untuk urusan lanjut. Buat masa ini jnzh masih berada di hospital dan selepas ini akan di bawa ke masjid Taman Keramat,” katanya.   Menurutnya, abang Zamani iaitu Zulfazli juga dalam perjalanan ke hospital. Kakak Zamani, Zuraidah bertindak menguruskan syarikat pengurusan Zamani iaitu ZIME Production.-metro

Tidak Percaya Pengurusan, Keluarga Mahu Urus Akaun Zamani (Slam)

Zamani bersama kakaknya, Zuraidah pada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih pada Isnin. Keluarga penyanyi Zamani (Slam) akan menguruskan kewangan artis itu selepas kurang percaya terhadap syarikat pengurusan Johan Aziz Production yang menguruskan Zamani selama 22 tahun.Kakak penyanyi itu, Zuraidah Ibrahim berkata, syarat tersebut diberikan selepas Zamani berkers mahu syarikat berkenaan terus menguruskan kerjayanya.”Kalau diikutkan saya tidak setuju kerjaya dia diuruskan oleh pengurusan lamanya kerana sebelum ini banyak masalah timbul, namun saya hormati keputusan Zamani untuk menggunakan khidmat mereka lagi.

Oleh itu kami ada sediakan perjanjian bertulis dan meletakkan beberapa syarat kepada pengurusannya terutama berkaitan akaun Zamani yang perlu diuruskan sepenuhnya oleh keluarga,” ujarnya kepada mStar Online.Zuraidah ditemuipada sidang media yang diadakan di Rumah Pengasih, di sini, pada Isnin.Dia diminta mengulas tentang perancangan kerjaya Zamani selepas keluar dari pusat pemulihan Rumah Pengasih.

Wajah terbaharu Zamani yang kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini.Tambah Zuraidah, dia memberi kepercayaan tersebut selepas Zamani, 43,  berusaha meyakinkan keluarga untuk berada bawah pengurusan lamanya.”Saya ingin pengurusan baru untuk kehidupan baru dia, tapi selepas dia meyakinkan saya untuk bersama dengan pengurusan lama, saya tidak boleh menghalang kehendak dia.”Tapi kami mahu satu perjanjian yang jelas dan meminta pihak pengurusan menyerahkan hal berkaitan kewangan kepada keluarga terdekat sahaja. Hal-hal lain iaitu tentang persembahan nyanyian mereka yang akan uruskan,” ujarnya.Dalam pada itu, abang penyanyi itu Zulfazli berkata, keluarga mereka sentiasa menyokong apa juga tindakan yang dilakukan oleh Zamani.

Katanya, mereka akan sentiasa memantau perkembangan mengenai pemulihan Zamani selepas dia mengambil keputusan untuk keluar dari Rumah Pengasih.Kami sekeluarga tidak pernah menghalang untuk dia keluar dari Rumah Pengasih dan gunakan khidmat pengurusan lama. Kami sentiasa sokong dan mahu melihat perkembangan pemulihan dia depan mata kami sendiri.”Kami mahu terlibat dengan kerjaya dia kerana kami lebih rapat dengan dia. Kalau dulu orang tanya saya apa perkembangan Zamani, saya sendiri tidak tahu nak jawab sebab saya sendiri tidak tahu,” ujarnya.Sementara itu, pengurusnya Johan berjanji untuk menjaga kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada pihak mereka bagi memastikan kerjaya Zamani berada di tempat yang betul.”Saya akan sentiasa mengambil pendapat keluarga terlebih dahulu jika apa-apa yang berlaku kepada Zamani,” ujarnya.-mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *