Nekad nak berubah lepas adik beradik yang lain sudah berumah tangga. Chacha Maembong akui perbezaan dahulu dan sekarang dan akui sudah tiba masanya untuk jalani kehidupan yang lebih baik

artis

Usahawan dan juga pelakon, Chacha Maembong mengakui sudah tiba masanya untuk dia menjalani kehidupan yang lebih baik, seterusnya cuba fokus dalam kerjaya seni dan bisnes yang diterokainya kini.Mula melancarkan produk Perfect Look, Chacha atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 24, turut menambah kisah sensasi yang pernah wujud di dalam hidupnya sebelum ini menjadi pengajaran yang mematangkan diri.

Apatah lagi apabila mengenangkan adik-beradiknya yang lain sudah pun berkahwin dan mempunyai kehidupan sendiri.“Saya sahaja yang masih belum berkahwin, jadi keadaan itu berlaku, saya merasakan ini bukanlah masa sesuai untuk main-main lagi. Adik-beradik perempuan lain ada kehidupan sendiri.“Jadi bila sendiri ni, rasanya saya perlu menjadi individu yang ada hala tuju, punya masa depan dan bukan masanya untuk ‘have fun’ lagi.

“Saya anak bongsu. Dulu saya dan Emma sebelum berkahwin, kita selalu ‘buat hal’. Saya tahu kakak saya akan ada… I got my sisters. Lantaklah kalau orang nak cakap apa dan sebagainya.“Tapi kini situasinya berubah. Sudah tiba masa untuk saya fokus dalam hidup. Pada masa sama, belajar untuk jadi individu yang lebih baik,” jelasnya kepada MH.

Artis asal Terengganu ini juga tidak menolak transisi hidup kakaknya yang juga pelakon, Emma Maembong turut membuka ruang untuknya memandang jauh ke depan.“Saya rapat dengan Emma, semua pun tahu. Bila dia sudah mendirikan rumah tangga, boleh dikatakan saya hilang kawan baik.

“Akan tetapi kami masih lagi bertemu, hampir setiap hari. Cuma situasi itu sudah pun berbeza. Perubahan itu bagaimanapun mengajar saya.“Ia secara tak langsung sedarkan saya bahawa pada usia sekarang, saya sebenarnya sudah dibukakan rezeki olehNya, tapi saya tidak nampak.“Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan tidak pernah menyesal dengan apa yang dilakukan.

“Bagi saya dalam kehidupan, kita tidak boleh menyesal sebab apa yang sudah kita buat, ia tak boleh patah balik.“Jadikan itu sebagai pengajaran untuk saya sendiri dan cuba berubah untuk jadi lebih baik,” katanya lagi.Ikuti temu bual penuh bersama Chacha Maembong di sini;-mh

Dia Banyak Bimbing Saya. Akhirnya Setelah Sekian Lama Berteka Teki Chacha Maembong Bongkarkan Dah Temui Kekaih Hati. Rupa Rupanya Ini Cerita Sebenar.

baru baru ini, Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini. Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.

Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong. “Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.

“Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea. “Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran,” katanya.

Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon. Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.

“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekvt untuk kongsikan ilmu. “Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya. “Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.

“Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga,” jelas Cacha. Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.

“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini. “Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.

“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan. “Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.

“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya optimis. Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.

CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!Sumber: MH

Chacha Maembong dengan anak VIP

Kisah Chacha lagi? Mungkin itu yang terlintas di fikiran pembaca dan peminat setia Cik Pang bila baca cerita ini. Hendak buat macam mana, memang sudah sampai cerita ke telinga Cik Pang memang tak boleh nak simpan lagi dah.Anggap saja cerita Chacha ini sambungan minggu lalu. Macam orang buat filem sekl sebabnya cerita yang Cik Pang nak kongsi inikan pun memang bertitik-tolak dari kisah minggu lalu. Sewaktu bertemu rakan produksi baru-baru ini, ramai bukak cerita Chacha bermasalah yang Cik Pang kongsi minggu lalu.

Ada teman bertanya, mengapa pelakon muda itu tidak mengikut jejak langkah kakaknya Emma yang sangat komited terhadap kerja. Tiba-tiba seorang lagi teman menyampuk dan berkata, memang Chacha semakin hilang tumpuan terhadap kerja sebab a­syik dengan cinta barunya.

Tambah pula lelaki yang berjaya mememangi hatinya boleh tahan kaya, anak orang berpang­kat. Pendek kata, bapa kekasih­nya kalangan VIP. Disebabkan perkara itu, Chacha seperti tidak kisah lagi dengan soal kerja. Begitu rupa ceritanya tapi bagi Cik Pang, sayang kalau Chacha lupa kerjaya seninya kerana lelaki. Sebabnya sayang kerana kita tidak akan tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.

Kalau cinta itu berakhir di jenjang pelamin tidak mengapa, tetapi kalau musnah di tengah jalan bagaimana? Kalau Chacha masih serius dengan kerja, sekurang-kurangnya apa pun berlaku, dia masih ada kerjaya. Apapun, Cik Pang hanya boleh bagi nasihat tetapi Chacha kena menentukan sendiri perjalanan hidupnya.

Keluarga Semua Dah Kahwin. Chacha Maembong Luah Satu Perasaan Ini Setelah Emma Maembong Mendirikan Rumah Tangga Dan Perbezaan Diri Kakaknya Itu

Pelakon Chacha Maembong mengakui kehidupannya kini sunyi selepas kakak yang dianggap sebagai rakan baik iaitu Emma Maembong telah mendirikan rumah tangga.  Menurut Chacha, dia banyak sibukkan diri dengan kerja dan kehidupan sendiri bagi melupakan kesunyiannya. “Saya rapat dengan Emma, jadi bila dia kahwin, saya dah tiada kawan baik. Tapi benda tu tiada memberikan kesan sebab kita jumpa hari-hari. 

“Cuma sekarang bila jumpa, dah lain la sebab bila dah kahwin, automatik kita akan jadi matang. Jadi, dah tiba masanya untuk saya kesunyian,” ulas Chacha kepada Gempak. Chacha ditemui pada majlis pelancaran Perfect Look hasil kerjasama syarikatnya CM Secrets dan Elysyle di Hotel Armada, Petaling Jaya pada Rabu. Tambah Chacha, tinggal dia bersendirian sebagai anak bongsu membuatkan dia mahu berubah dan lebih memikirkan masa depan. 

“Saya kan bongsu, jadi bila bongsu masa Emma belum kahwin dulu, kita selalu rasa ada kakak yang mempertahankan bila kita buat hal.“Tapi sekarang bila sekali balik rumah, semua dah kahwin, memang sunyi. Sedih tapi inilah masanya saya fokus pada hidup dan kerja. “Dulu saya tak fokus pada hidup. Kini bila sunyi, saya sibukkan diri dengan kerja. 

“Keluarga saya semua dah kahwin, saya sorang je yang belum. Jadi bila saya sorang je belum, saya fikir tak boleh main-main dah. Semua dah ada kehidupan masing-masing, saya keseorangan.“Bila sorang, saya kena jadi manusia yang ada hala tuju, ada masa depan dan fokus pada kerja,” jelasnya lagi. -gmpk

Perut Tiba Tiba Sahaja Mengeras. Emma Maembong Bongkarkan Kejadian Sebenar Yang Berlaku Dan Ini Tindakan Drastik Yang Emma Buat Untuk Redakan Keadaan

Pelakon Emma Maembong yang kini hamil enam bulan melalui detik mendebarkan apabila perutnya tiba-tiba mengeras.Menurut Emma, kejadian itu berlaku sewaktu dia sedang menjalani penggambaran.Emma yang merasai perubahan pada bahagian perutnya itu terus mengambil langkah berjaga-jaga dan berehat seketika.

Posting itu juga disertakan video pendek merakamkan dirinya sedang duduk sambil mengusap perutnya.“Masa ni tengah sh00ting dan tiba-tiba perut saya rasa keras. Jadi duduk rehat-rehat dulu, sakit sangat-sangat tapi cuba tenang dan selawat.“Urut-urut perut sikit, lepas beberapa minit… Alhamdulillah okay dah. Jadi mulakan kerja balik,” kongsinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan Emma dan bayi dalam kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat.“Jaga kesihatan jangan stre3ss. Bagus Emma berselawat selalu,” tulis @maksuu6“Sama macam saya, kadang-kadang tu sebab terlebih kerja lepas tu baby mengeras, baring, relax usap-usap dia, minum atau makan sikit okay dah. Jaga diri mummy dan baby,” komen @niniee8Terdahulu, Emma, 27 dan Shazli, 32, telah melangsungkan perkahwinan pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.-vanilla

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *