KKM sanggup buat ujian DASS terhadap barisan hadapan. Dr Noor Hisham titipkan pesanan buat barisan hadapan dan rakyat Malaysia bagi mencegah kes meningkat saban hari

berita

Ternyata kes COVID19 yang makin meningkat saban hari memberi kesan psik0logi terhadap para petugas barisan hadapan negara sehinggakan Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu KKM membuat ujian depre55ion,anx1ety dan skala str3ss terhadap mereka bagi menentukan tahap kemurungan yang dialami.

kalau diimbas kembali,Masih ingatkah korang awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan dulu? Bagaimana mereka bekerja keras bagi melandaikan lengkungan wabak pandemik ini? Semestinya melihat angka kembali menjadi tiga digit sehari-hari sedikit sebanyak melunturkan semangat mereka.Namun begitu, DG Hisham seru semua kekalkan semangat.

Kepada rakyat Malaysia dan frontliner.Tanpa berputus asa, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini terus menerus bersifat positif dan memberikan semangat dengan menerangkan tugas masing-masing bagi membendung penularan Covid-19.“Mari kita bersatu dalam prang melwan penularan berskala besar Covid-19”

“Kita tak boleh menang prang ini bagi menyekat atau mengurangkan penularan virus tanpa sokongan orang ramai. Yang kami minta, adalah untuk orang ramai ‘Stay at Home’ dan jika mustahil tolong patuhi SOP.”Frontliners adalah barisan pertahanan terakhir.Beliau juga mengingatkan bahawa petugas kesihatan adalah barisan pertahanan terakhir negara.

“Banyak yang akan merasa letih dan kecewa melihat kesemua kluster baru yang muncul. Lagipun, kita cuma manusia”“Kepada semua petugas kesihatan, ingatlah kita adalah pelindung kesihatan rakyat dan keselamatan negara. Kita adalah barisan terakhir pertahanan negara.”

It is Now or never.Kita kena kekalkan semangat dan terus kuat.”“Kita ada peluang yang kecil untuk melakukannya dengan betul dan melandaikan lengkungan lagi sekali. It is now or never.”“Kesihatan menyatukan kita semua dalam melawan satu musuh utama, Covid-19. InshaAllah.”Terima kasih DG Hisham & pasukan.Rata-rata warganet terharu dengan posting beliau (termasuk min), selain berterima kasih dengan usaha para petugas kesihatan.

Hampir Menang Tapi Ini Yang Terjadi. Dr Noor Hisham Beri Kata Kata Semangat Kepada Frontliners Yang Kini Bersedia Selepas Kes Semakin Meningkat. Ini Pesanannya.


Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir-akhir ini. Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan. Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang tidak menentu kepada orang awam. Sebelum ini, kita hampir menang apabila kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.

Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah. Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan. Kepada semua petugas barisan hadapan kita, kita ada pertempran besar di depan kita. Negara kita bergantung pada kita walaupun banyak malam tidak tidur dan keletihan yang kronik. Sapulah air matamu, pandang ke depan, mari ratakan lekuk sekali lagi.

Sumber: SiakapKeli

KUALA LUMPUR: “Sapulah air matamu…,” demikian ungkapan penuh bermakna yang dititipkan oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada para petugas barisan hadapan tatkala kes COVID-19 di negara ini menunjukan peningkatan, sejak kebelakangan ini.‘Jeneral Prang’ itu dalam kemas kini di laman Twitter dan Facebooknya pada Sabtu menzahirkan kata-kata semangat kepada kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menghalang penularan pandemik COVID-19. Jelas Ketua Pengarah Kesihatan itu, petugas barisan hadapan perlu cekal berdepan dengan situasi tersebut walaupun berada dalam keletihan.

“Kepada semua petugas barisan hadapan, kita sedang berhadapan dengan prang yang besar di hadapan. Negara sedang bergantung kepada kita…“Walaupun sering tidak cukup tidur dan keletihan, sapulah air matamu, bangkit dan terus berjuang (dan) ayuh sekali lagi meratakan lengkung jangkitan COVID-19,” tulis Dr Noor Hisham dalam catatan tersebut.- Awani

Sesuatu tak dijangka bakal berlaku. Terkini KKM lebih bersedia jika kes positif Covid 19 naik secara mendadak lagi. Ini persiapan mereka menghadapi situasi tersebut.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini lebih bersedia untuk berdepan dengan kenaikan mendadak kes positif wabak koronavirus (Covid-19) berbanding ketika tempoh awal penularan pandemik itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keyakinan itu bersandarkan kepada pengalaman dan peralatan yang ada. “Apa yang penting kemampuan KKM, kalau lihat kesiapsiagaan KKM, kita lebih bersedia dibandingkan semasa bulan tiga dan bulan empat. “Ia dari segi peralatan dan pengalaman kita merawat pesakit Covid-19 dan juga dari segi penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan sebagainya.

“Jadi sekarang ini kita lihat peningkatan kes (ketika ini) tertumpu di Kedah dan Sabah,” katanya pada sidang akhbar berhubung situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemampuan KKM untuk berdepan dengan kenaikan kes positif wabak Covid-19 meliputi kapasiti katil dan lain-lain peralatan. Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, KKM juga turut menghantar bantuan pasukan terdiri daripada pakar perubatan dan pegawai perubatan di lapangan untuk tindakan kesihatan awam.

Sumber: Sinar Harian

36 ILKMM siap sedia diaktifkan berikutan pengalaman ketika gelombang pertama dan kedua. KKM jelaskan lebih lanjut susulan pengaktifan pusat kuarantin dan rawatan COVID19

Kota Tinggi: Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap-siaga mengaktifkan semula semua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di seluruh negara jika kes aktif terus mencatat peningkatan. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia akan membabitkan 36 pusat kuarantin dengan kapasiti 3,467 katil.

Katanya, antara fasiliti yang dijadikan pusat kuarantin dan rawatan ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di seluruh negara, selain di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) untuk pesakit di Lembah Klang.”Sekiranya ada pertambahan kes aktif yang drastik, kementerian akan berbincang dengan ILKKM seluruh negara untuk membuka semula Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 bagi menempatkan pesakit berisiko rendah.

“Setakat ini, 36 ILKKM bersedia diaktifkan kerana persediaan sudah dibuat berikutan pengalaman kita ketika gelombang pertama dan kedua.”Kita juga ada 118 hospital di seluruh negara dengan 40 daripadanya dijadikan hospital Covid-19. Baki hospital berkenaan akan turut dijadikan Pusat Kuarantin dan Rawatan jika angka melonjak luar biasa, ” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penutup sesi Town Hall Pembudayaan Norma Bahari Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan COVID-19 di Desaru di sini, hari ini.-metro

Akibat Penularan Wabak Covid 19 Tular Isu Mengatakan Akan Dikenakan Kuarantin Di Selangor. Ini Jawapan Dr Noor Hisham Bagi Kenyataan Tersebut.

MASIH belum ada perbincangan untuk mengenakan ‘l0ckdown‘ di Selangor, demikian tegas Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Ketua Pengarah Kesihatan berkata, kawalan kesihatan awam telah dijalankan dengan cara membendung kes dan kluster di negeri itu. “Jadi, kita harap kita dapat membendung penularan jangkitan dalam kalangan kes-kes yang telah dikesan dan juga kluster-kluster sedia ada.

“Kalau kita dapat laksanakan sebagaimana kita jalankan di negeri Kedah, kita boleh kurang Rt (kadar kebolehjangkitan) kepada kurang daripada 1. “Jadi, tindakan sedang aktif dijalankan di kawasan-kawasan tersebut. Kalau kita dapat jalankan tindakan tersebut, masih belum lagi kita bincang sama ada kita perlu lockdown atau tidak di Selangor,” katanya pada sidang media, petang Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenakan ‘lockdown’ di Selangor berikutan negeri itu mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) lebih tinggi iaitu 1.95. Media sosial sebelum ini kecoh dengan khabar angin bahawa terdapat cadangan untuk mengenakan lockdown di Selangor tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa Selangor mencatatkan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Sabah iaitu 1.95, di mana Rt menunjukkan kadar secepat mana penularan Covid-19 merebak. Ia berikutan peningkatan dalam jumlah kes harian baharu di Selangor sebelum ini daripada dua hingga tiga kes kepada 10 ke 15 kes.Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *